Loading

10 Cara Ajar Anak Membaca

Apabila tiba musim persekolahan..perkara pertama yang dirisaukan oleh ibubapa adalah kelengkapan sekolah..

 

Kemudian adalah kemampuan anak untuk menguasai 3M (Membaca, Mengira, Menulis)..Perkara ini sangat dirisaukan oleh ibubapa terutama kepada mereka yang mempunyai anak yang baru memasuki alam persekolahan.

 

Oleh itu, TPK terpanggil untuk berkongsi 10 tips dan cara ajar anak membaca..

 

Tips dan cara ajar anak membaca ini boleh dipraktikkan dan ianya sangat mudah untuk diamalkan..

1. Pilih tempat yang selesa untuk membaca

Pastikan tempat yang selesa untuk membaca agar anak-anak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika membaca.

Elakkan anak-anak untuk membaca ditempat tidur kerana ini akan membuat mereka mudah mengantuk dan tumpuan kepada bahan bacaan akan berkurangan.

 

2. Baca buku untuk anak-anak

Bagi anak-anak yang telah cenderong minatnya untuk membaca tetapi mereka masih belum boleh membaca…ibubapa boleh bacakan mereka buku-buku yang menarik untuk mereka.

Pilih buku yang mudah difahami dan baca berulang-ulang agar mereka boleh menceritakan semula cerita yang dibaca walaupun bahasa yang digunakan kurang difahami sepenuhnya.

 

3. Jadikan membaca sebagai rutin

Kebiasaannya apabila ada masa terluang pasti ibubapa akan membiarkan anak-anak untuk menonton tv tetapi cuba tukar rutin harian dari menonton tv kepada membaca.

Pada awalnya mereka akan bertanya banyak dan bacaan mereka banyak yang tidak betul tetapi apabila ianya telah menjadi rutin maka anda akan seronok mendengar bacaan mereka ketika mereka telah lancar membaca nanti.

 

4. Nyanyi lagi A-B-C bersama-sama

Join bersama-sama dengan anak-anak menyanyikan lagu kanak-kanak..ini akan membuatkan mereka berasa kebersamaan ibubapa dan mengeratkan lagi hubungan kekluargaan.

Jangan risaukan mengenai suara sumbang atau tidak sedap..anak-anak tidak kisahkan dengan suara yang tidak sedap tetapi mereka akan gembira apabila kita menyanyi bersama-sama

 

5. Menjadi contoh yang baik

Kepimpinan melalui tauladan…ini adalah salah satu pepatah mudah yang selalu kita dengar…Oleh itu, untuk menggalakkan anak-anak untuk membaca kenapa tidak jika kita yang mulakan dahulu.

Biar mereka lihat kesungguhan kita dalam membaca buku sudah pasti nanti mereka akan ikut bersama untuk membaca dan minat tersebut akan dapat dipupuk.

 

Anda boleh ketahui cara untuk didik anak agar Anak Pintar Cerdas

 

Anda sudah ketahui 5 dari 10 Cara Ajar Anak Membaca..TPK harap anda sudah mengetahui sedikit untuk mengalakkan anak-anak untuk membaca. Mari kita sambung tips seterusnya.

 

6. Tanya Soalan Pada Anak

Anak-anak cukup gemar dengan gambar yang ada pada buku..Mereka akan bertanyakan pelbagai soalan hanya dengan melihat pada sekeping gambar.

Anda juga boleh bertanyakan soalan kepada mereka dan selitkan unsur-unsur nasihat agar mereka tahu perkara yang boleh dan tidak dalam melakukan sesuatu.

 

7. Pilih Buku Yang Bagus

Terlalu banyak bahan bacaan yang boleh didapati diluar sana. Jika dibiarkan anak-anak untuk memilih mereka lebih gemarkan kepada buku yang mempunyai kartun.

Anda boleh bantu mereka dengan pilih buku yang bagus dan sesuai dengan peringkat umur mereka.

 

8. Gabungkan membaca dan menulis

Jangan harapkan mereka untuk belajar hanya di tadika dan sekolah sahaja. Anda sebagai ibubapa juga perlu luangkan masa dengan belajar bersama-sama mereka dan tunjuk ajar perkara yang telah dipelajari di sekolah.

Selitkan juga aktiviti menulis agar mereka tidak bosan dengan hanya membaca sahaja. Menulis juga akan merangsang otak mereka untuk bergerak dan pantas berfikir.

 

9. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur

Tidak salah sekiranya anda menampal abjad ABC dibilik tidur mereka agar mereka akan sentiasa membaca dan selalu melihat huruf agar mereka kenal huruf tersebut.

“Waktu yang paling sesuai untuk membaca adalah ketika mereka sedang bermain….”

 

10. Selalu bawa anak ke kedai buku dan perpustakaan

Aktiviti ini boleh dilakukan bersama..Luangkan masa dengan anak-anak ke kedai buku dan perpustakaan..pupuk minat mereka dari kecil dan ini akan menjadi tabiat dan mereka pasti akan singgah ke kedai buku walaupun sekejap.

 

TPK rasa cukup perkongsian 10 Cara Ajar Anak Membaca..TPK harap perkongsian ini boleh dijadian panduan kita bersama.

 

**Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Anak Pintar Cerdas…Anda boleh terus ke Anak Pintar Cerdas

Kongsi Bersama:

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge