30% Pelanggan Membeli Kerana Formula Marketing Ini

Seth Godin yang dikenali sebagai
guru pemasaran menyatakan,

“Kemahiran marketing terletak
pada kemahiran bercerita.”

Dalam bahasa Mat Salleh, ia
lebih sinonim dengan sebutan,
“Storytelling.”

Kemahiran bercerita dengan baik
dapat membantu pelanggan untuk:

1) Memahami fungsi produk kita.

2) Mempercayai kredibiliti bisnes
kita.

3) Yakin untuk beli produk yang
kita jual.

Laman web Quicksprout melakukan
survey terhadap 119 pelanggannya.

Daripada 119 jumlah pelanggan, 37
daripadanya menyatakan bahawa mereka
membeli kerana fungsi story telling.

Survey ini membawa maksud, lebih 30%
pelanggan cenderung membeli sekiranya
kita menggunakan kaedah pemasaran
berasaskan story telling.

===
3 Formula Story Telling Yang Menjual.
===

Teknik story telling dalam pemasaran
mempunyai pelbagai jenis mazhab.

Antara mazhab yang senang diikuti
adalah berasaskan prinsip “6-Years-Old.”

Jika kita boleh buatkan anak kecil
berusia 6 tahun faham tentang fungsi
keseluruhan produk yang kita jual,
maka ia dikira sebagai story telling
yang sukses.

Ada 3 formulasi story telling berasaskan
prinsip “6-Years-Old.”

===
Formulasi #1 – Analogi.
===

“Besar seperti ikan paus.”

Analogi dapat mewujudkan bayangan.

Bayangan ini akan menguatkan lagi
pemahaman seseorang.

===
Formulasi #2 – Darjat Bahasa.
===

“Jangan tulis glucosamine. Tulis suplemen
pulihkan sakit lutut.”

Bergantung pada sasaran pelanggan. Tidak
semua pelanggan faham vokabulari saintifik,
dan vokabulari yang terlalu tinggi
darjatnya.

===
Formulasi #3 – Mudah Hadam
===

“Tulis dengan bahasa penuh.”

Jika menulis untuk story telling, maka
tulis menggunakan bahasa penuh.

Kita mahu orang senang baca. Apabila
pelanggan senang baca, maka mereka senang
faham bagaimana produk yang kita jual
dapat membantu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *