Loading

4 Jenis Makanan atau Minuman Yang Tidak Digalakkan Ambil Sebelum Tidur

Wah..lama betul blog ini bersarang..tiada informasi terkini..

Minta maaf pada semua kerana kesibukan tugasan harian menyebabkan blog ini terbiar. Selain itu, admin pun tidak perasan yang langganan domain dan server telah expired..so dah renew dah..

Perkongsian kali ini, admin ingin kongsikan mengenai kesihatan iaitu 4 Jenis Makanan atau Minuman Yang Tidak Digalakkan Ambil Sebelum Tidur.

Memang semua sedia tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan salah satu golongan yang dikategorikan sebagai obesiti. Admin tidak menyalahkan pada rakyat Malaysia tetapi tidak dinafikan masakan yang dihidangkan sangat lazat dan menyelerakan. Ini menyebabkan selera makan kita bertambah-tambah..

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah mula sedar untuk menjaga kesihatan dan ramai yang telah mula bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan. Perkara ini dapat dilihat dengan pertambahan pusat-pusat penjagaan kesihatan samaada untuk lelaki ataupun wanita. Setiap malam pasti pusat-pusat penjagaan kesihatan ini akan dikunjungi pelanggan.

Panjang pulak permulaan kata nie..semangat baru mungkin..

Berbalik pada tajuk utama admin iaitu perkongsian kesihatan mengenai 4 Jenis Makanan atau Minuman Yang Tidak Digalakkan Ambil Sebelum Tidur.

Peraturan pertama yang perlu dipatuhi dan diikuti semua adalah Jangan Ambil Makanan Berat Sebelum Tidur. (Makanan berat yang mudah difahami macam nasi, mee, dan kalau bahasa sainsnya makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi)

“Pakar ada mengatakan seeloknnya untuk mengelakkan mengambil makanan 3 jam sebelum tidur terutama makanan-makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi”

Perkara ini disahkan oleh pakar-pakar pemakanan yang mana..sistem penghadaman kita mengambil masa 3 jam untuk proses makanan yang dimakan untuk ditukarkan kepada sumber-sumber lain yang diperlukan di dalam badan.

Anda mungkin penah merasakan yang badan letih apabila bangun tidur awal pagi..perkara ini berpunca daripada pelbagai aspek..salah satunya adalah dengan mengambil makanan berat lewat dan sistem pencernaan badan terpaksa beroperasi walaupun anda telah tidur. Perkara ini antara sebab badan anda berasa kurang segar apabila bangun pagi.

“mengambil sedikit makanan yang ringan tak menjadi masalah sebelum tidur”

1. Coklat

Sekiranya anda makan coklat atau biskut..ianya akan menambahkan gula di dalam badan..Ini akan menyebabkan badan anda mengandungi lebihan gula dan gula yang berlebihan ini akan ditukarkan kepada lemak.

Pisang

Sebaliknya anda makan pisang sebelum tidur adalah sangat baik. Ianya mengandungi karbohidrat dan magnesium yang mempercepatkan pencernaan dan mengurangkan rasa lapar pada lewat malam.

2. Makanan Berlemak

Makanan berlemak juga seeloknya dielakkan diambil sebelum tidur. Kandungan lemak yang banyak akan membuatkan badan anda tidak sihat dan segar..

Antara makanan berlemak yang tidak digalakkan ambil adalah yogurt, avocado, kekacang, ais krim, butter, dan yang paling tidak digalakkan adalah keju.

Biskut Gandum

Sebaliknya ambil makanan yang berbijirin seperti biskut gandum atau gandum. Makanan ini dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang lena.

3. Makanan Berasid

Secara kasarnya 10% dari generasi muda mengidap penyakit yang berpunca dari asid dan selebihnya tidak mengetahui bahawa mereka juga mengidap penyakit yang hampir sama.

Tanda-tanda anda terkena penyakit ini adalah berasa sakit dibahagian tekak atau di dada.

Makanan pedas juga antara punca sakit ini boleh dihidapi.

Telur

Ambil makanan seperti telur dapat membantu menyihatkan badan anda dan proses penghadamannya boleh berlaku dengan cepat.

4. Minuman Beralkohol

Sesungguhnya di dalam Agama Islam mengharamkan umatnya untuk meminum minuman beralkohol. Minuman beralkohol boleh menganggu tidur anda pada waktu malam.

Kepada orang bukan Islam boleh meminum minuman beralkohol sebelum tidur tetapi digalakkan 3 jam sebelum tidur.

Air Kiwi

Kajian yang dibuat pada tahun 2017, minum air kiwi mampu membantu anda mendapat tidur yang berkualiti dan menjauhkan anda dari penyakit insomnia.

Kajian ini dibuat dan mendapati kandungan di dalam buah kiwi sangat membantu tidur pada waktu malam.

 

Semoga perkongsian 4 Jenis Makanan atau Minuman Yang Tidak Digalakkan Ambil Sebelum Tidur dapat membantu anda merancang pemakanan anda selepas ini.

Baca juga:

10 Kebaikan Minum Kopi Pada Kesihatan

Khasiat Buah-Buahan

6 Cara Kurangkan Pengambilan Gula

Selamat mencuba.

 

Sumber: MensHealth

Kongsi Bersama:

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge