5 Cara Mengurangkan Stress

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Dalam kita menjalan aktiviti harian pastinya kita tidak lari dengan rasa tertekan atau stress. Tidak kira apa sahaja kerja yang kita lakukan samaada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.

Setiap orang mempunyai tekanan yang berbeza-beza. Bagi seorang pegawai mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja dengan tugasan dan kerenah anak buahnya. Begitu juga dengan pencuci yang mana tekanan yang dihadapi mungkin mengenai cara untuk memastikan kebersihan sentiasa di jaga.

Itu adalah 2 contoh yang TPK berikan mengenai stress atau tekanan yang dihadapi oleh pegawai dan pencuci. Ianya menunjukkan bahawa tekanan atau stress ini boleh dihadapi oleh semua orang dalam keadaan yang berbeza-beza.

Entri kali ini TPK ingin berkongsi 5 cara bagaimana untuk kita mengurangkan stress atau tekanan. Anda boleh mempraktikkannya dimana-mana sahaja.

1. Biasakan diri berada di dalam keadaan yang tenang.

Apabila seseorang berada dalam keadaan yang stress pasti perasaan tidak tenang akan menghantui diri. Perasaan ini akan menjadi bercampur-campur hingga menyebabkan anda stress.

Tindakan yang anda perlu buat adalah cuba tenangkan diri. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menenangkan diri. Ada yang suka keluar ke pasaraya, ada yang suka melakukan hobi atau minat dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk sentiasa di dalam berwuduk. Dalam keadaan berwuduk kita akan berasa tenang dan perkara yang susah akan menjadi mudah.

2. Perbanyakkan kata-kata motivasi atau kata-kata positif

Setiap hari kita akan menerima kata-kata motivasi dari rakan-rakan, tidak kira dari mana sekalipun. Kata-kata motivasi ini juga boleh kita cari di laman-laman web untuk meningkatkan motivasi diri dan mengurangkan stress.

Setiap pagi sebelum melakukan kerja cuba ambil satu kata-kata motivasi dan fahami akan maksud kata-kata itu. Selain itu, cuba tampal di dinding pejabat atau tempat kerja dengan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan semangat kita dan dengan cara ini ianya boleh mengurangkan tekanan dan stress pada diri.

Di dalam Islam juga dituntut untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran ini boleh membantu dalam menenangkan semula fikiran dan mengurangkan perasaan stress atau tekanan.

3. Melakukan aktiviti yang diminati/disukai

Apabila perasaan tekanan mula menghantui, cuba cari aktiviti yang akan membuat anda berasa gembira. Aktiviti ini mungkin berbentuk hobi, hiburan dan sebagainya.

Jika anda seorang yang meminati permainan video game, teruskan dengan bermain agar perasaan tekanan anda akan berkurangan. Jika anda seorang yang gemarkan bercucuk tanam, teruskan dengan aktiviti bercucuk tanam.

Perbanyakkan solat sunat juga boleh mengurangkan perasaan tekanan atau stress bagi seorang muslim. Apabila anda berasa stress atau tekanan, cuba dirikan solat sunat agar perasaan itu akan berkurangan.

4. Selalu berdoa

Selalu berdoa kepada Yang Maha Esa agar anda tidak dihantui dengan perasaan stress atau tertekan. Memohon agar anda sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna.

5. Bersangka baik

Perasaan bersangka baik perlu diterapkan di dalam diri. Sentiasa bersangka baik dalam semua hal kerana jika anda berperasaan buruk maka mudah untuk anda mendapat stress atau tekanan.

Bukan dalam urusan kerja sahaja yang perlu bersangka baik tetapi dalam semua hal kita perlu bersangka baik. Perasaan yang buruk, hasad dengki, stress atau tekanan akan dapat dihindari jika kita terus mengamalkan perasaan bersangka baik.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi anda semua sedikit panduan untuk mengurangkan stress atau tekanan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

6 thoughts on “5 Cara Mengurangkan Stress

  1. Denaihati

    Dalam keadaan berwuduk memang terbaik, pernah dengar seminar dari seorang non muslim, orang islam ada cara sendiri untuk lebih tenang, solatnya…terkedu juga sebab dengar dari non-muslim.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *