Loading

5 Golongan Sesuai Jobdirumah

Kajian yang TPK buat melalui pemerhatian dan emel-emel yang diterima dari pembaca setia blog ini, rata-rata terdapat 5 golongan sesuai Jobdirumah.

Golongan yang TPK akan kongsikan ini antara yang kerap berkomunikasi dengan TPK mengenai jobdirumah.

TPK yakin anda mungkin tergolong dikalangan mereka yang TPK akan senaraikan nanti.

1. Ibu-ibu yang perlu meluangkan masa untuk anak-anak mereka

Istilah yng paling mudah untuk kategorikan mereka ini adalah surirumahtangga. Mereka bukan sahaja ingin meluangkan masa untuk anak-anak sahaja tetapi juga urusan rumahtangga lain seperti bersihkan rumah, memasak, membasuh dan lain-lain lagi.

Kebanyakkan dari mereka bekerja tidak bergaji yang mana ianya lebih ingin membantu suami menguruskan hal urusan rumah. Walaupun mereka tidak terdedah dengan dunia luar tetapi dengan perkembangan teknologi mereka boleh mengetahui apa yang terjadi di dunia luar.

Mereka juga mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu. Sudah pasti keinginan mereka perlu disekalikan dengan wang ringgit. Tanpa bekerja mereka sudah pasti tidak mempunyai wang sendiri untuk membeli apa yang dimahukan.

Disebabkan itu, jobdirumah menjadi pilihan utama kepada surirumah supaya mereka boleh mendapat pendapatan sendiri tanpa meninggalkan tugasan harian sebagai surirumahtangga.

Ramai dikalangan surirumahtangga yang telah berjaya menjana wang melalui jobdirumah. Hinggakan ada yang boleh bergelar usahawan dengan platform jobdirumah sahaja. Anda boleh baca entri Gaji Lumayan Dengan Bekerja Di Rumah.

 

2. Orang-orang yang telah bersara

Semua orang sedia maklum bahawa mereka yang bersara sudah mempunyai pendapatan dengan wang pencen yang diterima atau wang KWSP yang dikeluarkan. Lumrah manusia, walaupun telah mempunyai wang yang diterima setiap bulan tetapi perasaan tidak cukup masih ada.

Selain itu, kebiasaan telah melakukan tugas harian dan bertukar kepada berehat sahaja adalah sesuatu yang sukar. Aktiviti yang telah dilakukan selama berpuluh tahun ingin ditukarkan dalam masa yang singkat adalah sesuatu yang mustahil.

Sebab itu, jobdirumah menjadi pilihan kepada golongan orang-orang yang bersara. Mereka masih ingin membuat kerja bukan disebabkan wang ringgit tetapi disebabkan kesukaan melakukan kerja dan kebiasaan yang telah dilakukan. Boleh baca entri TPK di Tambah Pendapatan Dengan Jobdirumah.

 

3. Orang Kelainan Upaya

Keterbatasan fizikal mereka menyebabkan mereka sukar untuk diterima untuk bekerja di syarikat-syarikat atau mana-mana kerja yang memerlukan penampilan dan aktiviti yang melibatkan fizikal.

Kebanyakkan mereka yang berjaya ini adalah mereka yang mempunyai kreativiti untuk membuat apa-apa barang kraftangan dan dijual. Ini memerlukan kepakaran yang spesifik untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan bagi menampung keperluan harian.

Mereka lebih suka bekerja dari rumah dan platform yang terbaik adalah melalui jobdirumah.com. Platform ini tidak menitikberatkan keadaan fizikal. Yang penting adalah kesempurnaan dalam melaksanakan tugas dan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Oleh sebab itu, jobdirumah.com menjadi pilihan bagi Orang Kelainan Upaya. Mereka ini tergolong di dalam 5 golongan sesuai jobdirumah.

 

4. Pelajar Kolej

Jika dilihat dengan keadaan ekonomi sekarang dan perubahan teknologi sekarang. Ramai pelajar kolej atau universiti yang telah pandai menjana pendapatan sampingan mereka sendiri.

Mereka tidak lagi mengharapkan kepada duit pinjaman atau duit dari ibubapa mereka sendiri. Mereka boleh berdikari dan menanggung kos pembelajaran mereka dengan wang yang mereka terima.

Dengan kesibukan sebagai pelajar, assignment, tugasan, test, kuiz dan macam-macam lagi mungkin antara sebab mereka tidak boleh beri perhatian kepada perniagaan sepenuhnya tetapi jobdirumah memberi mererka pilihan untuk menjana pendapatan sendiri dengan melaksanakan tugas yang diberikan.

Tugas-tugas yang diberikan boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Semua ini bergantung kepada pilihan yang anda pilih semasa menerima tugas yang ingin disiapkan.

Dengan cara ini pelajar kolej tidak meninggal tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan dengan jobdirumah.com

 

5. Orang Yang Tidak Mahu Tekanan Politik Pejabat.

Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan jobdirumah menjadi pilihan utama. Golongan yang tidak mahu tekanan politik pejabat yang mana mereka fikirkan ke pejabat adalah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa perlu terlibat dengan politik pejabat yang memeningkan.

Golongan ini hanya mahu mencari rezeki di tempat kerja mereka dan cukup dengan apa yang ada di pejabat dan mencari rezeki lain diluar selain waktu pejabat. Jobdirumah menyediakan platform yang sesuai untuk golongan ini. Melalui jobdirumah anda tidak berhubung dengan mana-mana pekerja lain. Ianya antara anda dan majikan sahaja. Oleh itu, tiada politik pejabat yang terlibat.

Golongan seperti ini adsalah golongan yang tidak suka dengan birokrasi dan apa-apa politik yang akan membuatkan mereka susah dikemudian hari. Cukup dengan apa yang mereka terima dan usaha.

 

Sekiranya anda diantara 5 golongan sesuai jobdirumah yang TPK kongsikan ini. Mulakan langkah anda dengan log in di jobdirumah

Kongsi Bersama:

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge