Loading

5 Kelebihan Jobdirumah

Ramai yang mula tanyakan kepada TPK kenapa sejak beberapa hari ini TPK asyik kongsikan mengenai jobdirumah sahaja. TPK kongsikan jobdirumah kerana ianya satu platform mudah yang semua orang boleh lakukan dan disamping yang sama boleh menjana pendapatan. TPK berikan 5 Kelebihan Jobdirumah.

1. Kelebihan untuk syarikat

Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan membimbangkan  dan ditambah dengan terdapat syarikat yang mula memberhentikan pekerja disebabkan keadaan ekonomi syarikat yang tidak kukuh.

Perkara ini menyebabkan syarikat mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengambil orang dan lebih suka mengambil freelance untuk melaksanakan tugas syarikat.

Disamping itu, menggajikan pekerja dari rumah lebih murah berbanding dengan pekerja tetap. Perkerja dari rumah cuma perlu membayar upah berdasarkan tugas yang diberikan dan persetujuan antara kedua-dua pihak berbanding dengan pekerja tetap yang mana syarikat terpaksa menyediakan pelbagai kemudahan seperti perubatan, gaji bulanan dan lain-lain lagi.

Syarikat juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji pekerja yang berkualiti dari seluruh dunia, berbeza dengan pekerja tetap yang terhad dalam kawasan mereka beroperasi sahaja.

 

2. Kelebihan untuk anda

Anda boleh bekerja pada bila – bila masa di mana sahaja. Lebih banyak masa dengan keluarga dan tidak terikat dengan mana – mana syarikat. Pendapatan juga anda tentukan sendiri, lebih rajin anda mendapatkan projek baru lebih banyak pendapatan anda.

Anda juga bebas memilih kerja yang sesuai dengan kemahiran yang ada perolehi. Jobdirumah bukan platform untuk mereka yang mempunyai skill komputer yang hebat tetapi ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kemahiran asas. Anda boleh ketahui mengenai skill jobdirumah di Mengapa saya pilih Jobdirumah.

 

3. Jenis pekerjaan di rumah

Ada banyak pekerjaan di rumah yang boleh anda buat. Dari yang mudah seperti data entry hingga yang memerlukan kemahiran tinggi seperti programmer.

Bagi mereka yang mempunyai asas komputer, TPK cadangkan untuk mencari pekerjaan seperti data entry. Anda cuma perlukan memasukkan data ke dalam sistem atau mana-mana platform yang diperlukan oleh syarikat. Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang hebat di dalam komputer anda boleh “jual diri” dengan memberi khidmat penggunaan software kepada syarikat yang berminat.

Tapi terdapat 2 jenis pekerjaan di rumah iaitu bekerja di rumah dan berniaga di rumah. walaupun kedua – dua boleh di lakukan di rumah tapi ada sedikit perbezaan antara bekerja dan berniaga di rumah.

Sekarang ini ramai yang mula memilih untuk berniaga dari rumah tetapi tidak ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah. Ruang yang luas jika anda memilih bekerja dari rumah kerana ianya tidak memerlukan kos yang besar.

 

4. Bekerja di rumah

Anda di bayar untuk menyelesaikan tugasan bagi pihak syarikat atau individu yang mengaji anda. Ia sama seperti kerja biasa, yang berbeza adalah kerja ini boleh di lakukan dari rumah dan tidak perlu datang ke pejabat.

Anda bebas untuk menentukan masa bekerja anda dan masa yang anda ada boleh digunakan untuk bersama keluarga atau melakukan tugas-tugas lain. Jadual kerja anda sendiri yang tentukan.

Sistem upah pula mengikut tugasan atau jumlah jam bekerja. Namun paling biasa bayaran upah adalah mengikut tugasan yang di selesaikan atau lumsum.

 

5. Berniaga di rumah

Keuntungan di jana melalui jualan produk atau perkhidmatan anda sendiri atau komisen daripada syarikat yang mengambil anda sebagai agen bebas.

Tidak seperti bekerja di rumah, pendapatan anda bergantung kepada hasil jualan produk atau perkhidmatan terus kepada pelangan.

Kebanyakkan berniaga melalui cara dropship atau enjadi agen bebas dan mula mempromosikan produk kepada pelanggan. Anda akan dibayar berdasarkan jumlah pembelian yang dibuat oleh pelanggan melalui link agen anda.

 

Jika anda ingin menjadi pekerja atau peniaga, boleh terus ke jobdirumah.com

Kongsi Bersama:

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • Khairul Zamri
    March 19, 2017

    Banyak peluang untuk buat duit dari rumah sebenarnya sama ada kita nak atau tidak

  • Gita Sari
    March 1, 2017

    Your comment is awaiting moderation.

    Isi Dari Artikel Anda Sangat Bagus, Menarik Dan Bermanfaat Sekali Sobat Bagi Saya.
    Terima Kasih Berkat Artikel Anda Saya Mendapatkan Banyak Informasi Serta Pengatahuan Lebih Jauh.
    Jangan Lupa Kunjungi Blog/Artikel Saya Ya Sobat ” Berbagi Itu Indah ” !!!!!!

    Just Share My Visit Blog Thanks (^_^)

    1.( >>> Please Jangan Di Klik <<< )
    2. Agen Game Online