5 Kerja Part Time Online Di Rumah Yang Mudah

tech caption

Perubahan ekonomi negara sekarang ini mengakibatkan ramai yang mula untuk mencari pekerjaan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Peningkatan taraf hidup dan kenaikan harga adalah pendorong mereka untuk terus mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup.

Walaubagaimanapun dengan kesibukan kerja dan kesuntukan masa yang banyak dihabiskan ditempat kerja antara halangan untuk mereka lakukan kerja sampingan yang memerlukan keberadaan mereka diluar rumah.

Baki masa yang ada juga perlu diluangkan bersama ahli keluarga menyebabkan mereka tidak boleh mencari pekerjaan sampingan diluar rumah.

Oleh itu, perkerjaan sampingan yang tidak memerlukan mereka keluar rumah adalah pilihan utama untuk menambah pendapatan.

Di sini TPK ingin kongsikan 5 Kerja Part Time Online yang mudah dan boleh dilakukan dari rumah untuk panduan semua.

 

1. Data Entry (Kerja Memasukkan Data)

Untuk anda melaksanakan kerja ini ianya memerlukan sedikit keperluan asas seperti komputer / laptop dan talian internet. Kebiasaannya syarikat-syarikat besar gemar untuk menawarkan kerja-kerja seperti ini kepada orang ramai kerana ianya dilakukan secara projek dan bukannya secara tetap.

Anda hanya perlu melakukan kerja memasukkan data seperti yang diminta dan bayaran akan dilakukan berdasarkan kepada kerja yang telah anda lakukan. Ada juga pembayaran dibuat berdasarkan kepada jam kerja anda dan ada juga dibayarkan berdasarkan jumlah data yang telah anda lakukan. Ianya bergantung kepada perjanjian anda dan syarikat sebelum kerja ini dilaksanakan.

 

2. Transcribe (Kerja Menyalin Semula)

Kerja ini berbeza dengan data entry di mana kerja-kerja transcribe ini adalah tugasan dimana anda perlu menyalin semula dokumen, audio atau apa-apa bentuk maklumat di dalam bentuk dokumen.

Anda perlu mendengar, membaca dan menyalin semula dan memperbetulkan semula tatabahasa yang salah.

Sekiranya anda mendapat dokumen yang banyak atau tebal…anda boleh untuk scan dan menyalin semula dokumen tersebut.

Sama seperti tugasan untuk data entry…anda boleh untuk menawatkan RM5.00 sejam untuk tugasan transcribe.

 

3. Pereka Grafik

Dengan sedikit kreativiti anda boleh mendapat minimum RM100 sehari..berbekalkan ilmu untuk mencipta logo sahaja..Khidmat pereka untuk grafik kini sangat diperlukan terutama kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan atau ingin rebranding semula perniagaan mereka.

Rekaan ini bukan sahaja tertumpu kepada logo sahaja tetapi lebih kepada design-design banner, streamer, bunting dan sebagainya. Anda boleh bayangkan berapa banyak program yang dianjurkan setiap hari..Setiap program memerlukan promosi dan salah satu promosi yang dilakukan menggunakan banner. Anda boleh mengambil upah untuk design sahaja.

 

4. Penulis

Kepada mereka yang minat menulis atau mempunyai blog sendiri..anda boleh menawarkan khidmat untuk memberi review atau pandangan kepada sesuatu produk. Review atau pandangan yang diberikan ini akan digunakan untuk memberi feedback kepada produk yang akan dipasarkan dan boleh dijadikan sebagai medium pemasaran untuk melariskan produk.

Cuba lihat berapa banyak produk baru yang lahir setiap hari..Setiap produk ini memerlukan review untuk meyakinkan pembeli. Pembeli sekarang pula bijak untuk mendapatkan maklumat sebelum memberli sesuatu produk.

Dengan review yang anda berikan ianya bukan sahaja dapat membantu peniaga tetapi juga pembeli dalam membuat keputusan sebelum membeli.

 

5. Translator (Penterjemah)

Jika anda mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa…anda boleh gunakan kemahiran tersebut untuk menjadi translator. Terjemahan yang anda buat akan membantu mereka yang kurang faham mengenai bahasa tersebut dan mengetahui maksud yang ingin disampaikan.

Kerja ini menawarkan ganjaran yang lumayan sekiranya anda mampu untuk melaksanakannya.

 

DIMANA BOLEH CARI KERJA PART TIME?

Disini TPK kongsikan platform yang boleh membantu anda untuk mendapatkan kerja-kerja seperti yang telah dikongsikan.

Platform ini mengumpulkan seberapa banyak kerja-kerja yang diperlukan dan anda hanya perlu pilih dan laksanakan tugas seperti yang telah dinyatakan.

Platform tersebut adalah Jobdirumah.com

Jobdirumah.com merupakan platform yang mengumpulkan bukan sahaja kerja-kerja yang ditawarkan di dalam negara tetapi diluar negara. Anda akan dibayar dengan mata wang asing terus ke bank anda setelah selesai tugas yang diberikan.

Sekiranya anda berminat boleh terus ke Jobdirumah.com

TPK kongsikan hasil yang TPK terima dari web ini.

Kerja part time di rumah tanpa modal

Komisyen Sebelum Raya

Jobdirumah Tidak Pernah Tipu

3 Cara Mudah Jana Pendapatan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *