Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Jika dilihat gambar di atas pasti anda terkejut dengan kandungan gula yang terdapat dalam minuman yang kita minum hampir setiap hari.
Sebelum ini anda hanya mengetahui kuantiti gula yang terdapat di dalam minuman tersebut tetapi kali ini TPK berikan gambar gula dalam bentuk kiub yang mana ianya lebih mudah untuk anda buat pengukuran sendiri kandungan gula di dalam minuman ini.
Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat gemarkan akan minuman manis dan ramai juga yang berpenyakit akibat dari faktor pemakanan yang diambil.
Ramai yang tidak boleh meninggalkan minuman manis dalam pemakanan harian. Oleh itu, disini TPK ingin kongsikan 6 cara anda boleh kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
1. Hindarkan Godaan Makanan Bergula
Utamakan makanan yang lebih berkhasiat seperti hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Jangan terlalu mengikut nafsu makan sehingga kain, seluar atau pakaian anda terasa ketat.
2. Banyakkam Minum Air Kosong
Untuk mendapat badan yang sihat dan pemakanan yang sihat adalah memperbanyakkan minum air kosong.
Badan manusia memerlukan air kosong yang banyak. Apabila badan anda mendapat air yang cukup ianya akan mencegah keinginan untuk menikmati hidangan bergula lain atau makanan yang lain.
Oleh itu, TPK nasihatkan agar anda banyakkan minum air kosong.
3. Ambil ‘Supplement’
Pengambilan ‘supplement’ adalah antara yang membantu dalam mengurangkan pengambilan gula. Vitamin C adalah antara supplement yang boleh membantu mengawal pengambilan makanan bergula.
Vitamin C semulajadi boleh ditemui pada buah oren dan buah kiwi. Selian itu, sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin dan protein ikan dan daging boleh mengatur tahap gula dalam darah kerana ianya mengandungi magnesium
4. Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit Tetapi Kerap
Waktu pemakanan yang teratur akan memberi tenaga pada tubuh sepanjang hari dan mengatur tahap gula dalam darah.
Pilih makanan yang tinggi kandungan serat kerana ianya boleh melambatkan gula masuk ke dalam aliran darah.
5. Pilih Makanan Daripada Bahan Pemanis Semulajadi
Pemanis yang TPK maksudkan disini adalah seperti madu atau tumbuhan lain yang manis. Pemanis semulajadi ini merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses.
Pemanis semulajadi mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingakn dengan gula biasa.
6. Jaga Keseimbangan Hormon Badan
Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi boleh menyebabkan kadar insulin dalam badan naik kerana makanan ini cepat diubah menjadi gula dalam darah.
Oleh itu, pola pemakanan perlu seimbang bagi menghalang penyerapan karbohidrat di dalam aliran darah.
Diharap perkongsian TPK ini memberi sedikit panduan kepada anda semua untuk mengurangkan pengambilan gula dan mendapat tubuh yang sihat.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kelebihan gula menyebabkan berbagai jenis penyakit,
Gula memang manis dan sedap tetapi ianya juga punca segala penyakit..