Loading

6 Sebab Blog Jadi Mati

Mungkin dalam banyak-banyak azam tahun baru ini salah satunya adalah ingin memiliki blog sendiri untuk kongsikan seberapa banyak cerita kepada semua atau untuk diri sendiri.

 

Setiap hari pasti akan ada blog-blog baru yang didaftarkan dengan semangat dan azam yang baru agar blog mereka terus releven dan ada yang pasang niat untuk memiliki blog yang boleh menjana pendapatan.

 

Tidak dinafikan bahawa terdapat blog yang telah mempunyai nilai ribuan ringgit tetapi untuk ke tahap itu anda perlu betul-betul fokus dan berterusan kongsikan perkara yang baik.

 

Walaupun begitu, terdapat juga blog yang sekadar “hangat-hangat tahi ayam”..yang mana pada mulanya sahaja semangat tetapi akhirnya blog tersebut dibiarkan begitu sahaja.

 

Oleh itu, entri kali ini TPK ingin kongsikan 6 Sebab Blog Jadi Mati.

Sebab-sebab blog jadi mati ini TPK kongsikan adalah kebiasaan yang berlaku dan jika anda dapat elakkan dari perkara ini berlaku..maka blog anda masih relevan dan mempu bersaing dengan blog-blog yang lain.

 

1. Tiada Matlamat dan Objektif Yang Jelas

Kebanyakkan blog yang diwujudkan adalah sekadar ikutan sahaja..tidak mempunyai matlaman dan objektif yang jelas serta hala tuju yang tepat untuk membawa blog tersebut serta pembaca-pembaca.

 

Blog yang diwujudkan mempuyai cita-cita yang tinggi asalnya tetapi cita-cita tersebut adalah sesuatu yang mustahil tanpa usaha yang berterusan dan pengorbanan dari pemilik blog.

 

2. Tiada Perancangan

Blog adalah seperti produk yang mana anda perlu memasarkan blog anda supaya orang diluar sana ketahui akan kewujudan blog anda.

 

Content yang dikongsikan juga merupakan elemen yang penting supaya mereka yang berkunjung ke blog anda akan mendapat sesuatu yang boleh digunakan dan akan menjadi rujukan utama. Untuk mencapai tahap sebegini anda perlu sentiasa memperbaiki pengetahuan diri dan selalu mencari penambahbaikan untuk blog dan diri anda.

 

3. Content Yang Tidak Menarik

Salah satu aspek terpenting bagi sesebuah blog adalah content yang dikongsikan kepada semua. Content yang berkualiti akan membuat pembaca tertarik dan akan sentiasa mengunjungi blog anda.

 

Penulisan yang berkesan juga akan menarik perhatian pengunjung untuk terus berada di blog anda. Cara yang TPK cadangkan untuk memantapkan content anda adalah dengan membanyakkan membaca dan mengunjugi blog orang lain untuk mengetahui teknik tulisan blogger lain lakukan

 

4. Terlalu Banyak Iklan

Blogger lama juga tidak terkecuali dari blog mati. Disebabkan terlalu ingin mengejar keuntungan dan mendapat wang dengan cepat..blog yang terlalu banyak iklan juga menjadi salah satu punca untuk menjadi blog mati.

 

Iklan yang banyak akan membebankan pengunjung dan akan menyebabkan pengunjung bosan untuk terus melayari blog anda disebabkan terlalu untuk mendapatkan bahan bacaan yang dikehendaki.

 

5. Tidak Serius Dalam Menguruskan Blog

Jika anda memikirkan mempunyai blog adalah untuk menjana pendaptan maka ianya adalah merupakan sesuatu yang silap yang mana sampai satu tahap anda akan rasa kurang untuk update blog kerana terlalu kejarkan wang.

 

Jika niat anda untuk membantu dan berkongsi perkara yang baik maka blog anda secara automatik akan menjana pendapatan kepada anda.

 

6. Blog Sukar Dilayari

Anda sendiri mungkin pernah mengalami masalah yang sama dimana popup pada sesebuah blog memaksa anda untuk tunggu sekiranya anda tidak mahu untuk like page yang diminati.

 

TPK juga pernah mengalami masalah yang sama dan akhirnya TPK akan leave blog tersebut dan tidak baca isi kandungan yang terdapat pada blog itu.

 

Ini juga boleh menjadi punca sesebuah blog menjadi mati.

 

Oleh itu elakkan dari membuat perkara 6 Sebab Blog Mati jika anda ingin terus relevan dalam bidang blogging dan menjadi blogger yang berjaya.

Kongsi Bersama:

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge