8 Hadiah Menarik Untuk Sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan

10 Hadiah Menarik Untuk Sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan

Apabila tiba musim cuti sekolah atau cuti-cuti panjang pasti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan atau menyambut ulangtahun perkahwinan.

 

Sambutan ulangtahun perkahwinan merupakan salah satu perkara penting bagi pasangan suami isteri..tidak kira berapa tahun mereka sudah berumahtangga.

 

Tetapi ramai dikalangan pasangan suami isteri tidak tahu hadiah menarik untuk sambutan hari ulangtahun perkawinan yang sesuai.

 

Oleh itu, kali ini TPK ingin kongsikan dengan semua 8 hadiah menarik untuk sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang boleh membantu anda membuat kejutan kepada pasangan anda.

“tahukah anda bahawa mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan juga penting untuk menghargai pasangan anda”

Kebanyakan pasangan kadang-kadang mengambil ringan terhadap ulangtahun perkahwinan mereka. Sesungguhnya dengan memperingati hari ulangtahun perkahwinan ianya dapat mengingatkan semula detik-detik manis ketika mereka mula menjejakkan kaki sebagai suami isteri dan perkara-perkara menarik yang dilalui bersama.

Memberi hadiah juga merupakan salah satu tanda menghargai pasangan yang selama ini telah berkorban untuk memastikan hubungan kekeluargaan itu terus terjalin dan menyemarakkan lagi rasa cinta antara satu sama lain.

Antara pilihan hadiah yang boleh anda berikan kepada pasangan anda:

1. Perhiasan

Sudah pasti apabila kita bercakap mengenai perhiasan ianya sudah tentu sesuai untuk isteri. Perhiasan yang dimaksudkan oleh TPK adalah barang kemas yang sudah pasti ramai isteri yang gemar akan hadiah seperi ini.

Ia juga akan mewujudkan rasa cinta yang mendalam sekiranya anda memberikan hadiah ini.

2. Beg Tangan

Jika anda keluar bersama isteri di gedung membeli belah sudah tentu mereka akan berhenti melihat beg tangan yang dijual..tambahan pula jika beg tangan yang dijual itu membuat jualan murah..ianya akan membuatkan isteri anda rambang mata untuk memilih walaupun ditangan telah ada beg tangan yang masih elok.

Ini menunjukkan bahawa kaum wanita cukup gemar dengan beg tangan terutama yang memenuhi citarasa mereka. Jika anda kurang arif untuk memilih yang sesuai..tips mudah adalah anda minta rakan wanita di tempat kerja untuk pilihkan atau anda membuat pemerhatian pada beg yang digemari oleh isteri anda dan beli sebagai hadiah.

3. Temujanji

Buat satu temujanji anda bersama isteri anda tanpa anak-anak. Temujanji ini boleh dibuat samaada makan malam bersama di suatu tempat yang romantik..keluar berdua berjalan bersama ke tempat-tempat yang anda pernah keluar bersama ketika sedang bercinta dan sebagainya.

Ini akan mengimbas kembali memori menarik yang pernah anda lalui bersama dan mengingatkan kembali kenangan manis ketika anda bercinta bersama.

4. Pakaian couple, mug couple atau benda couple yang lain

Memberikan hadiah yang mempunyai bentuk, warna atau tulisan yang sama juga boleh menarik perhatian isteri anda..Walaupun harganya tidak seberapa tetapi bukan nilai wang ringgit yang diinginkan tetapi hadiah itu sendiri yang sangat-sangat memberi makna kepada isteri anda.

Hadiah ini juga boleh diberikan kepada suami.

5. Buat video sendiri

Kepada pasangan yang mempunyai kemahiran untuk menyediakan video sendiri boleh menggunakan kebolehan tersebut untuk membuat video sendiri dan ucapan dan diberikan kepada isteri sebagai hadiah.

Ucapan-ucapan cinta dan “jiwang” boleh membuatkan isteri anda cair dengan video yang menarik serta diselang-selikan dengan gambar serta lagu yang sesuai.

6. Hadiah buatan sendiri

Hadiah yang direka sendiri dan diselitkan dengan kata-kata yang sesuai juga boleh dijadikan salah satu hadiah yang menarik untuk sambutan hari ulangtahun perkahwinan.

Hadiah ini mungkin lebih jimat dan ringkas tetapi sekiranya anda kreatif ianya sudah pasti boleh membuatkan isteri atau suami anda lebih menghargai atas usaha untuk memberi hadiah yang lain dari lain dan tidak terdapat di mana-mana tempat.

7. Bunga

Kaum wanita memang tidak terlepas dengan kesukaan mereka iaitu bunga. Memberi bunga juga boleh menarik perhatian isteri anda dan menunjukkan bahawa anda tahu akan kesukaan mereka..

Yang lebih menarik sekiranya anda boleh memberikan bunga kesukaan mereka keran setiap wanita mempunyai bunga kesukaan mereka dan ianya berbeza diantara satu sama lain.

8. Kelengkapan Dapur

Ramai yang tidak sedar bahawa selain dari pejabat (bagi wanita bekerjaya)..dapur juga merupakan salah satu tempat yang mereka ingin lihat menarik dan sempurna. Membelikan kelengkapan dapur yang baru atau kesukaan mereka juga boleh dijadikan hadiah sempena ulangtahun perkahwinan.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda dalam memilih hadiah yang sesuai sempena hari ulang tahun perkahwinan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *