Apa itu Dropship?

 

Dropship

Dropship adalah  salah  satu  SISTEM  NIAGA  yang  amat  popular  ketika  ini.  Dengan dropship,  anda:
ü Tidak  perlu  simpan  stok
ü Tidak  perlu  bungkus  barang
ü Tidak  perlu  pos  barang


Semuanya  diuruskan  oleh  SUPPLIER  yang  kita  panggil  DROPSHIPPER.
Anda  bertindak  sebagai AGEN  DROPSHIP.
Tugas  anda?
Tugas  anda  hanya  1

Promosikan  produk  kepada  BAKAL  PELANGGAN.
Pelanggan  yang  berminat,  akan  membuat  bayaran  KEPADA  ANDA.
Ya,  terus  kepada  anda.
Anda  kemudian  buat  bayaran  kepada  SUPPLIER  /  DROPSHIPPER  dengan  HARGA ANDA

 

Keuntungan  anda  diperolehi  hasil  jualan  tersebut.
Contohnya:
Anda  jual  produk  A  kepada  pelanggan  dengan  harga  RM100.
Anda  bayar  kepada  Supplier  dengan  harga  RM60.
Untung  anda  RM40.
Kebiasaannya  SUPPLIER  akan  uruskan  KESEMUANYA  J
ü Simpan  Stok
ü Packing  Stok
ü Pos  Stok
Anda  cuma  perlu  UPDATE  dengan  PELANGGAN  mengenai  TRACKING  NO telah  diberikan  oleh  SUPPLIER.
Supplier  akan  update  tracking  no  setelah  barang  di  pos.  Dalam  projek  kita, kebanyakan  supplier  menggunakan  POS  LAJU.
Jadi  anda  boleh  periksa  semula  dan  berikan  TRACKING  NO  kepada  PELANGGAN. Itu  sahaja  mengenai  dropship.  Sistem  bisnes  paling  popular  ketika  ini.
PERINGATAN: Ini  bukan  BISNES  UNTUNG  ATAS  ANGIN.  Anda  masih  perlukan lakukan  PROMOSI.  Anda  bertindak  sebagai  AGEN  PEMASARAN  kepada  SUPPLIER.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *