Cara paling cepat untuk naikkan kepercayaan pelanggan

Kepercayaan pelanggan dan perniagaan sudah pasti tidak dapat dipisahkan..

 

Perniagaan memerlukan pelanggan untuk mendapat keuntungan dan sebelum mendapat keuntungan…kepercayaan pelanggan perlu ditagih sebelum produk yang kita terjual.

 

Entri kali ini TPK kongsikan sedikit perkongsian yang TPK terima dari pakar pemasaran online iaitu Aqif Azizan..

Beliau merupakan seorang internet marketer yang hebat dan setiap perkongsian beliau pasti memberi manfaat pada semua.

 

Oleh itu, mari sama-sama kita fahami perkongsian beliau mengenai cara paling cepat untuk naikkan kepercayaan pelanggan.

 

… Tanpa perlu guna testimonial?
Dalam buku Dan Kennedy, beliau menjelaskan teknik ini dengan baik dan memberikan contoh yang diamalkan oleh dirinya sendiri.
Pelanggan rasa ragu-ragu apabila mereka membaca mesej iklan yang beritahu,
 
“Produk saya boleh selesaikan semua jenis masalah!”
Berdasarkan pengalaman Dan Kennedy,
1) Customized solutions atau menyelesaikan masalah yang unik dan spesifik, sangat berkait rapat dengan kepercayaan.
2) Kita dapat meningkatkan kepercayaan dengan cepat apabila kita memperkenalkan produk yang boleh selesaikan satu masalah spesifik, kepada orang yang mempunyai masalah itu saja.
3) Apabila kita beritahu produk kita boleh selesaikan semua masalah, maka lagi tinggi keraguan pelanggan terhadap produk yang kita jual.

Macam mana jual 1 produk kepada segmen pelanggan berbeza-beza.
Sebagai contoh, apabila Dan Kennedy pernah jual satu produk iaitu The Magnetic Marketing System.
Asasnya, produk ini untuk semua pemilik bisnes supaya mahir menghasilkan kempen marketing yang berkesan secara sistematik.
Apabila beliau mahu jual kepada syarikat-syarikat direct selling seperti Herbalife, Amway dan sebagainya, beliau kena tukar tajuk di muka depan iaitu:
“The Magnetic Marketing System for Direct Sales Professionals.”
Setiap kumpulan atau segmen pelanggan, beliau akan tukarkan produknya supaya ia nampak seperti menjanjikan satu masalah spesifik saja.

Kenapa cara ini berkesan?
Kerana marketing melibatkan siapa pelanggan kita, sebelum kita fikir apa yang patut dijual.
Dengan menyelesaikan 1 masalah spesifik, ia bukan saja dapat meningkatkan kepercayaan dengan cepat. Malah ia membantu kita untuk berkomunikasi dengan 1 segmen pelanggan yang jelas.
Kita akan tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, apabila kita sudah tahu dengan siapa yang bakal kita berjumpa.
Secara tidak langsung, ia memudahkan proses untuk menaikkan sales bisnes.
Semoga perkongsian cara paling cepat untuk naikkan kepercayaan pelanggan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

One thought on “Cara paling cepat untuk naikkan kepercayaan pelanggan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *