Loading
Buku, Panduan Perniagaan

Virus vs Viral

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Virus adalah sejenis bakteria yang merebak dan memberi penyakit dan mengganggu kesihatan kita. Apabila seseorang yang terkena virus maka tiada vaksin yang boleh mengubati virus ini.

Virus yang biasa kita kena adalah selsema dan batuk. Kedua-dua penyakit ini adalah berpunca daripada virus dan sebenarnya tiada ubat yang boleh mengubatinya. Ianya biasa akan hilang dengan sendirinya.

Ubat yang kita ambil bagi kedua-dua penyakit yang berpunca dari virus ini adalah untuk mengawal dari ianya merebak dan menjadi lebih teruk.

Terdapat juga penyakit yang berpunca dari virus yang bahaya dan membawa maut. Antaranya adalah seperti HIV dan Kanser. Kedua-dua penyakit ini tiada vaksin dan kebiasaannya pengidap penyakit ini akan membawa mati bersama penyakit yang dihidapinya.

Apa pula Viral?

Viral hampir sama konsepnya dengan virus dimana viral juga penyakit tetapi penyakit viral ini sangat berguna kepada perniagaan online.

Viral ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Ianya akan menjadi buruk apabila maklumat yang tersebar itu adalah maklumat yang buruk atau mengaibkan.

Contoh baru-baru ini terdapat gambar artis yang diambil di kamar tidur yang boleh menimbulkan pelbagai cerita yang kurang elok yang tersebar luas dan ianya dikenali sebagai viral.

Bukan sahaja di media sosial tetapi juga menjadi liputan di media masa dan media elektronik. Hal ini mendapat perhatian yang sangat meluas.

Cuba anda bayangkan jika berita atau maklumat yang tersebar ini adalah mengenai produk yang anda niagakan. Tidakkah viral ini sangat bagus dan ianya boleh menambahkan lagi permintaan terhadap produk anda.

Itu adalah kebaikan viral yang mana perniagaan internet anda akan mula dikenali ramai dan mendapat liputan yang meluas.

Ramai yang masih kabur dengan viral ini. Disini TPK ingin kongsikan satu ebook PERCUMA mengenai viral ini.

Ebook PERCUMA ini adalah nukilan Khairul Anuar.

Modal untuk memiliki ebook PERUMA ini hanyalah nama dan alamat emel sahaja.

Ebook yang mempunyai 40 lebih mukasurat ini sangat sesuai dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui mengenai viral dan cara-cara bagaimana viral ini bergerak dan berfungsi.

Milik ebook PERCUMA ini sebelum ianya dikenakan bayaran.

==>>http://www.rahsiateknikpemasaran.com/hop.php?ref=mohdyazed

Semoga ebook ini dapat membantu anda dalam melancarkan lagi perniagaan internet anda.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Buku, Kerja Sambilan Dari Rumah

PERCUMA!!!!

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Panduan Ringkas Perniagaan Internet

Akhirnya TPK berjaya menghasilkan satu Panduan Ringkas mengenai Perniagaan Internet. Setelah lama berkira-kira untuk mempunyai ebook sendiri dan berkongsi pengalaman mengenai perniagaan internet, kini TPK berjaya juga menghasilkannya. Read More

Buku

Agenda Yahudi Menakluk Dunia (Bab 1-Sejarah Ringkas)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20130912_134343

Wah..lama TPK tidak update blog ini. Pelbagai urusan yang perlu diuruskan. Kini TPK mulakan bulan oktober ini dengan entry pertama blog ini dengan perkongsian ilmu yang TPK terima dari buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia.

Kepada pembaca sekalian, sebelum ini TPK ada kongsikan bersama sedikit cerita yang terdapat di dalam buku ini untuk bacaan dan panduan semua sebelum memiliki buku ini. Sesungguhnya TPK seorang yang gemar membaca untuk menambah sedikit ilmu pengetahuan.

Sekiranya pembaca sekalian terlepas dengan entry sebelum ini boleh untuk membaca entry tersebut di Agenda Yahudi Menakluk Dunia (Pendahuluan).

Pada kali ini, TPK akan kongsikan apa yang terkandung di dalam Bab 1 – Sejarah Ringkas pada buku ini. Tahukah anda bahawa pada asalnya bangsa yahudi ini merempat di merata negara dan tiada mempunyai negara yang tetap untuk bermastautin.

Di dalam bab ini, ia menceritakan berkenaan dengan kronologi peristiwa yang berkaitan dengan bangsa yahudi bermula dari sejarah asal usul bangsa ini sehinggalah kepada penerimaan mereka sebagai salah satu bangsa di dunia ini.

Hampir di setiap negara tidak menerima akan kedatangan bangsa yahudi ini. Setiap negara memikirkan bahawa bangsa yahudi ini merupakan bangsa yang boleh mengamcam kepada negara mereka dan akan memporak perandakan bangsa mereka.

Di dalam bab ini pembaca akan melihat bagaimana bangsa ini cuba menarik perhatian dan melakukan pelbagai cara untuk mendapat tempat dan diterima oleh bangsa lain di dalam sesebuah negara tersebut.

Pada pandangan TPK  di dalam bab ini, ia menceritakan penderitaan yang diterima oleh bangsa ini pada zaman dahulu dan dengan usaha yang berterusan mereka berjaya diterima. Perkataan ‘SEJARAH’ selalu diungkapkan di dalam bab ini bahawa dengan perkataan ini ianya sentiasa mengingatkan kepada generasi baru bahawa mereka tidak mahu menderita seperti dahulu.

TPK akan kongsikan apa yang terdapat di dalam Bab 2 pada buku ini pada entry akan datang.

p/s: JomNiaga merupakan salah satu platform untuk mereka yang minat untuk berniaga dan mempromosikan produk.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Buku

Agenda Yahudi Menakluk Dunia (Pendahuluan)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20130912_134343

Setelah banyak buku-buku yang TPK baca, rasanya elok sekiranya TPK berkongsi dengan semua pembaca mengenai buku-buku yang TPK baca ini.

TPK fikirkan mungkin dengan perkongsian ini boleh membantu pembaca sekalian untuk mencari bahan yang boleh dibaca. Perkongsian ini adalah untuk panduan pembaca sekalian di dalam memilih sesebuah bahan bacaan.

Pada kali ini, TPK ingin kongsikan dengan semua pembaca berkenaan dengan buku bertajuk AGENDA YAHUDI MENAKLUK DUNIA – RAHSIA DISEBALIK RAHSIA. Buku ini ditulis oleh Sabaruddin Hussein.

Buku ini TPK beli disebuah kedai buku dengan berharga RM17.00.

TPK akan membahagikan kepada beberapa bahagian supaya pembaca akan mendapat kesimpulan menyeluruh bagi setiap bahagian yang terdapat di dalam buku ini.

Pada bahagian pendahuluan ini TPK ingin pembaca sekalian memahami akan perbezaan Yahudi dan Zionis.

Yahudi : Bangsa yang berasal daripada susur galur keturunan Nabi Ibrahim dan isterinya, Sarah, anak mereka Nabi Ishak dan cucu mereka Nabi Yakub. Yahudi menganggap mereka adalah manusia terpilih manakala bangsa lain dianggap haiwan ternakan dan darah mereka adalah bagi orang yahudi. Agama mereka disebut sebagai Judaism yang dibentuk berasaskan kepada kitab Thalmud yang kononnya adalah kitab Taurat asli yang diturunkan kepada Nabi Musa.

Zionis : Fahaman politik yang berdasarkan kepada kepercayaan ‘manusia terpilih’. Ia lebih cenderung kepada perjuangan Yahudi bagi menjdai pemerintah dunia dan mewujudkan sebuah kerajaan agung. Berdasarkan kepada matlamat itu mereka mempergunakan sesiapa sahaja dan apa jua seumber yang tersedia bagi mereka.

Di entri akan datang TPK akan kongsikan dengan pembaca Bahagian 1 dimana ianya menceritakan kronologi peristiwa yang berkaitan dengan Yahudi.

p/s : Apa itu JomNiaga??

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam