Loading
Dalam Malaysia, UiTM

Jawatan Kosong PDRM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Jawatan kosong PDRM

Pada 23 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung satu majlis pelancaran program pengambilan pegawai Kor Suksis sebagai Kadet Inspektor PDRM. Majlis ini berlangsung di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza ianya menguntungkan pelbagai pihak. Bermula dari Kadet Polis di persekolahan, Suksis di IPTA dan terus menyambung karier sebagai Pegawai Polis. Perjalanan mengambil mereka yang berpengalaman dalam bidang kepolisan ini amat berguna dan menguntungkan.

Pada zaman persekolahan, pelajar-pelajar yang berminat dengan badan beruniform akan mula mempelajarinya dengan menyertai kelab kadet polis. Di kelab ini kebanyakkan mereka akan memperlajari teknik dan cara-cara berkawad dan mendisiplinkan diri.

Pembelajaran mengenai bidang kepolisan ini tidak terhenti di situ sahaja. Ianya disambung pula dengan badan beruniform suksis di IPTA. Di dalam suksis bukan sahaja mempelajari mengenai teknik kawad kaki dan mendisiplinkan diri sahaja tetapi lebih kepada peraturan, akta-akta yang berkaitan dan macam-macam lagi mengenai ilmu kepolisan.

Setelah selesai mereka boleh diserap terus sebagai pegawai PDRM. Walaubagaimanapun, syarat-syarat utama perlu dipatuhi bagi melayakkan mereka menjadi pegawai PDRM

Usaha murni ini perlu diteruskan bagi meningkatkan lagi kemampuan dan kepercayaan orang terhadap PDRM. Selain melahirkan generasi yang rapat dan mesra dengan PDRM ianya juga melahirkan generasi yang minat untuk menjadi anggota PDRM.

p/s: TPK sempat mengikuti majlis pelancaran ini. Hebat dan ianya satu permulaan untuk hubungan baik ini.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Musim Bunga di Utara Malaysia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setelah hampir 3 bulan musim kemarau melanda Malaysia, kini kebanyakkan negeri di Malaysia sudah dibasahi dengan hujan walaupun tidak banyak.

Sepanjang 3 bulan kemarau yang melanda pelbagai reaksi yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Sehingga ada negeri yang terpaksa membuat catuan air kerana takut kehabisan air.

Cuba kita ingat kembali sebelum musim kemarau melanda, negara dikejutkan dengan suhu yang menurun secara mendadak dan sejuk yang terlampau. Ianya merupakan cuaca yang tidak pernah dialami oleh rakyat Malaysia.

Setelah kemarau melanda, ramai yang berdoa agar hujan dapat membasahi bumi dan akhirnya permintaan itu dimakbulkan oleh Yang Maha Esa dengan menurunkan hujan. Walaupun tidak banyak tetapi syukur kerana ianya cukup untuk menyejukkan suasana.

Kini disebalik hikmah yang terjadi selepas kemarau yang panjang dan hujan yang membasahi bumi, di utara Malaysia ramai yang kemaskini laman sosial masing-masing dengan musim bunga pula.

Bunga yang mekar berkembang di pohon-pohon menyebabkan suasana ini seperti berada di luar negara. TPK tidak pasti akan jenis bunga ini.

Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan mengambil gambar untuk diabadikan bersama keindahan bunga-bunga yang cantik.

TPK sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

musim bunga

10245320_10201653944693738_132692582_n 10170912_10201653946253777_2011288816_n 10154381_10201653946773790_486135206_n 1184913_10201653947573810_917590592_n

1505546_10152682781966102_1642333499_n
Chef Kamarul juga tidak lepaskan peluang untuk bergambar bersama bunga-bunga

 

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Luar Malaysia, Panduan IbuBapa, Pelancongan, Prihatin

Panduan Bercuti


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Panduan Bercuti

Hanya tinggal beberapa hari lagi cuti persekolahan akan berakhir. Walaupun begitu masih belum terlambat untuk ibubapa menggunakan baki cuti persekolahan yang ada untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Terpulang kepada ibubapa untuk memilih tempat yang sesuai untuk bercuti bersama anak-anak.

Ibubapa perlu menggunakan peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Setelah sibuk bekerja mencari rezeki, kini tiba masanya untuk meluangkan masa sepenuhnya untuk melayan kerenah anak-anak.

Pelbagai tempat menarik pilihan ibubapa dan ianya bergantung juga kepada kos percutian tersebut. Ibubapa boleh membawa anak-anak ke Taman Negara, Zoo Negara dan Taman Tema.

TPK tidak mahu membincangkan mengenai tempat menarik yang boleh dilawati. Mungkin TPK akan buat satu entri khas mengenai tempat yang sesuai dilawati nanti.

Entri kali ini TPK akan membincangkan mengenai Panduan Bercuti. Panduan ini sesuai untuk mereka yang akan pergi bercuti.

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan sediakan sebelum pergi bercuti.

1. Merancang Tempat Percutian

Dalam apa aktiviti/perkara yang ingin kita lakukan perancangan adalah sangat perlu. Begitu juga dalam percutian, perancangan ke mana tempat bercuti adalah penting.

Perancangan tempat bercuti penting kerana ianya memberi ukuran awal mengenai seberapa banyak keperluan yang diperlukan sepanjang percutian.

Jika percutian itu jauh maka persediaannya banyak dan sekiranya percutian itu dekat maka persediaan memadai dengan jarak atau tempoh percutian.

2. Pakaian

Pakaian yang lengkap perlu untuk memastikan pakaian yang di bawa dan diperlukan mencukupi. Persediaan pakaian ini adalah mengikut tempat percutian yang telah dirancang.

Sekiranya percutian tersebut adalah ditempat yang sejuk maka perbanyakkan baju yang tebal, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung kaki dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu.

Sebaliknya sekiranya percutian itu adalah ditempat yang panas maka perbanyakkan pakaian yang lebih sesuai dengan tempat percutian.

3. Keperluan Diri

Apa yang TPK maksudkan dengan keperluan diri?

Keperluan diri yang TPK maksudkan adalah keperluan harian yang kita gunakan untuk membersihkan diri. Keperluan ini penting agar masa percutian anda tidak diganggu untuk mencari keperluan ini.

Keperluan ini termasuklah:

1. Sabun

2. Berus Gigi dan Ubat Gigi

3. Pencukur

4. Pengepit Kuku

5. Pencuci Telinga

7. Pewangi Badan

8. Keperluan Wanita

9. Getah Ikat Rambut (Untuk wanita atau anak-anak)

4. Ubat-Ubatan

Ini adalah antara perkara yang penting. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda sememangnya telah diarahkan oleh pakar perubatan untuk mengambil ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan maka perkara ini tidak boleh diketepikan.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil maka keperluan ubatan mereka tidak boleh diambil ringan. Sediakan ubat-ubatan secukupnya sebagai persiapan sekiranya mereka ditimpa sakit semasa percutian. Antara ubat-ubatan yang TPK cadangkan adalah:

1. Ubat Demam

2. Ubat Batuk

3. Ubat Selsema

4. Ubat ‘Sumbat’ (Ubat yang dikhaskan untuk bayi atau kanak-kanak apabila didapati suhu badan terlalu panas)

Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau bayi, TPK menyarankan agar anda membawa bersama penyukat suhu.

Penyukat suhu ini penting kerana ianya membantu anda untuk membuat tindakan awal sekiranya anak anda perlu rawatan susulan atau tidak.

5. Makanan

Makanan perlu untuk anda yang pergi bercuti. Makanan yang TPK maksudkan adalah makanan yang diperlukan untuk anda sebelum anda mengenali tempat percutian tersebut.

Makanan ini seperti roti, maggie, air kotak, air mineral, dan sebagainya. Makanan ini diperlukan terutama pada mereka yang bercuti dan kurang arif mengenai tempat makan yang sesuai dan murah.

Selain itu, makanan ini juga bertujuan untuk mengelakkan anda dari berasa lapar di hotel atau rumah penginapan.

Cukup setakat ini TPK kongsikan panduan bercuti ini. TPK akan tambah nanti perkara-perkara yang perlu mengenai panduan bercuti ini dientri yang lain.

Diharap anda semua dapat menggunakan panduan ini untuk percutian anda nanti.

Sebelum TPK tamatkan entri ini, TPK ingin kongsikan satu panduan pada semua mengenai Teknik Berenang – Panduan Asas Berenang Dengan Mudah

Panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin belajar berenang dan sangat sesuai pada mereka yang tiada asas berenang.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Dalam Malaysia, Luar Malaysia, Prihatin

Terjawab sudah semua persoalan #MH370

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Terjawab sudah semua persoalan mengenai pesawat MH370. Sesungguhnya Yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya. Semoga keluarga penumpang dan anak kapal tabah menerima berita sedih ini.

IMG-20140325-WA0002

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. TPK berharap keluarga penumpang dan anak kapal dapat menerima hakikat ini dan jangan putus-putus berdoa kepada-Nya.

Dengan permakluman mengenai pesawat #MH370 ini bukan bermakna pengakhiran untuk kita terus berdoa. Doa perlu terus dipanjatkan kepada Yang Maha Esa untuk melindungi kita semua dan kesajahteraan kita semua di dunia dan di akhirat.

==>>Al – Fatihah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Dalam Malaysia

Buruk Baik Di Sebalik Kejadian #MH370

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Gambar: Google Image

Hari ini genap 8 hari ke’hilang’an kapal terbang #MH370 dari pandangan radar dan juga pandangan mata semua orang. Setelah genap 8 hari juga TPK ingin menulis sedikit mengenai buruk baik di sebalik kejadian #MH370.

Terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh mereka yang pakar dan kurang pakar dalam bidang ini. Pada masa ini semua orang akan mengeluarkan pandangan mereka bagi merungkai misteri disebalik ke’hilang’an pesawat #MH370 ini.

Walaupun telah dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau spekulasi tetapi sehingga kini masih ramai yang mengeluarkan pandangan mereka sendiri atau rumusan terhadap kejadian ini hasil dari pembacaan dan andaian.

TPK tidak berhasrat langsung untuk mengeluarkan pandangan atau andaian atau menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Biar pihak yang berkenaan menyelesaikan permasalahan ini. TPK lebih tertarik kepada pekara buruk dan baik disebalik kejadian #MH370.

1. Semua rakyat bersatu memohon dari Yang Maha Esa agar pesawat #MH370 dijumpai. Pada ketika ini, fahaman atau ideologi seseorang atau kumpulan itu diketepikan. Sifat bersatu padu dan perpaduan dapat dilihat bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat dari negara lain memohon keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat #MH370.

2. Kejadian #MH370 menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk budaya membaca. Mereka cuba mendapatkan mamklumat yang terkini dengan membaca sebarang maklumat yang diterima di media massa tanpa meneliti kesahihan maklumat itu. TPK tidak mahu mempericikan bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang sahih tetapi disebalik kejadian #MH370 ianya memberi impak baik kepada rakyat Malaysia dengan sifat membaca dan ingin tahu.

3. Negara Malaysia lebih dikenali oleh semua orang bukan sahaja di Malaysia dan negara serantau tetapi negara di seluruh dunia mula mengenali Malaysia. Tidak kira dari perspektif baik atau tidak baik mereka mengenali negara Malaysia. Kehilangan pesawat #MH370 menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian ini dan secara tidak langsung mereka akan cuba mencari maklumat lebih lanjut mengenai negara Malaysia.

4. Ke’hilang’an pesawat #MH370 ini memberi peluang kepada semua manusia terutama umat islam agar kembali mengingati kepada Maha Pencipta. Umat Islam akan bermuhasabah diri untuk melihat semula diri sendiri dan memohon agar Yang Maha Esa memberi petunjuk kepada ke’hilang’an pesawat #MH370. Hal ini menunjukkan bahawa sehebat mana ilmu dan teknologi yang ada, ianya tidak boleh menandingi kekuasaan Allah S.W.T.

5. Kejayaan yang dicapai sebelum ini tercalar atau ‘musnah’ dengan satu kejadian sahaja. Kejayaan yang dicapai oleh Syarikat Penerbangan Negara (MAS) sebelum ini dengan pelbagai pengiktirafan tercalar atau ‘musnah’ dengan kejadian kehilangan pesawat #MH370 ini. Pelbagai pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat penerbangan ini. Bukan sahaja diperingkat teknologi pesawat tetapi juga dari segi pengurusan penerbangan. Semuanya ‘musnah’ dengan kehilangan sebuah pesawat. Mungkin ianya merupakan satu peringatan kepada kita semua bahawa sesuatu kejayaan itu boleh musnah sekiranya kita tidak sentiasa mengingati dan tidak balik kepada mana asal usul kita.

Perkara buruk baik disebalik kejadian #MH370 ini merupakan pandangan peribadi TPK. Pembaca boleh setuju dan tidak setuju dengan pandangan TPK ini. Mungkin banyak lagi perkara buruk baik di sebalik kejadian #MH370 yang TPK tidak nyatakan. Pembaca boleh kongsikan di ruangan komen ye.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

R&R Pilihan

Perjalanan yang jauh pastinya persediaan yang rapi akan dibuat sebelum perjalanan.

Apabila memandu terlalu lama akan membuatkan diri terasa letih dan lemah. Rehat sebentar adalah diwajibkan bagi mereka yang letih memandu agar tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

TPK tidak terlepas dengan kerja luar kawasan. Boleh dikatakan setiap bulan akan kerja luar kawasan.

Perjalanan dari utara ke lembah klang adalah perkara biasa pada TPK.

Walaupun TPK tidak memandu keletihan yang hampir sama dengan pemandu yang membawa kenderaan.

Lebuhraya Utara-Selatan menjadi pilihan utama. Disepanjang perjalanan terdapat banyak Hentian Rehat & Rawat (R&R) yang disediakan oleh pihak PLUS.

Antara hentian R&R yang menjadi pilihan TPK jika bergerak dari utara – lembah klang adalah di R&R Kuala Kangsar atau R&R Tapah atau R&R Ulu Bernam.

Ketiga-tiga R&R ini mempunyai pelbagai kemudahan. Kemudahan yang disediakan seperti surau, kedai menjual makanan, tandas, taman permainan, mesin ATM dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan R&R ini besar dan pelbagai kemudahan disediakan.

Manakala jika dari lembah klang – Utara, TPK gemar untuk berhenti di R&R Tapah atau R&R Simpang Pulai atau R&R Kuala Kangsar atau R&R Bukit Gantang.

Pilihan kawasan rehat yang lebih banyak berbanding dari Utara – Lembah Klang. Setiap R&R yang disediakan mempunyai keistimewaannya tersendiri.

R&R Kuala Kangsar (Kedua-dua arah)

R&R ini kebiasaannya menjadi pilihan ramai orang yang bergerak dari Utara – Lembah Klang. Keistimewaan R&R ini adalah menu makanan yang disediakan.

Jika disebut dengan Ikan Patin pastinya ianya akan dikaitkan dengan Negeri Pahang tetapi bagi pengguna Lebuhraya dari Utara, menu masakan Ikan Patin ini boleh didapati di R&R Kuala Kangsar. Pengguna lebuhraya boleh menikmati juadah ini di R&R Kuala Kangsar di kedua-dua arah.

R&R Tapah (Kedua-dua arah)

R&R Tapah pula menjadi destinasi kedua atau pilihan kedua kepada pemandu dari arah utara mahupun selatan. Apabila musim perayaan R&R ini akan menjadi pilihan orang ramai untuk berhenti rehat.

Tarikan utama R&R Tapah ini adalah kemudahannya yang sangat selesa dan luas. Pengguna tidak perlu bersesak-sesak untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.

Bagi R&R Tapah arah ke Utara, TPK sukakan kedai Tu…Dia Pak Tam. Kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. Makanan yang TPK cukup gemarkan di R&R ini adalah Roti Bakar.

R&R Ulu Bernam (arah Selatan)

R&R ini boleh dikatakan antara R&R yang besar tetapi TPK hanya singgah hanya untuk menyegarkan badan dengan berhenti rehat untuk mendapatkan minuman. R&R ini antara R&R yang besar dan menyediakan pelbagai kemudahan lain.

R&R Simpang Pulai (arah Utara)

Sebelum ini R&R ini jarang dijadikan pilihan oleh pengguna lebuhraya kerana ianya hanya menyediakan kemudahan tandas dan gazebo untuk beristirehat sahaja. Kini, setelah perubahan besar dilakukan maka R&R ini menjadi antara pilihan pengguna lebuhraya untuk beristirehat.

Perubahan yang berlaku pada R&R ini adalah dengan wujudkan Rural Transformtion Center (RTC). R&R yang mempunyai pasaraya dan kemudahan makan yang lebih selesa. Tandas dan ruang solat yang lebih besar dan sangat cantik.

R&R Bukit Gantang

Penggemar buah-buahan tempatan boleh berhenti seketika di sini. R&R ini terkenal dengan gerai buah-buahan yang banyak dan pengguna boleh mendapat pelbagai jenis buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Ramai yang berhenti disini hanya ingin menbeli buah-buahan untuk dijadikan buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara mara atau untuk dimakan bersama keluarga.

Secara keseluruhannya, TPK berpandangan bahawa setiap R&R yang ada akan cuba menonjolkan keistimewaan masing-masing untuk menarik pengguna lebuhraya.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Uncategorized

Rewang vs Katering

 

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Musim cuti sekolah akan melabuhkan tirainya. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Walaupun begitu jemputan ke rumah kenduri tetap meriah.

Pada musim cuti sekolah ini ramai yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis kenduri kahwin. Pada masa ini ramai sanak saudara yang berkunjung ke kampung bagi memeriahkan majlis ini.

Para sahabat juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin ini. Walaupun mendapat sebanyak 10 undangan ke majlis perkahwinan tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk memenuhi semua undangan perkahwinan.

Apabila kita cakap mengenai kenduri kahwin, ianya saling tidak terpisah dengan pengantin lelaki, pengantin perempuan, pelamin, dan yang paling penting adalah nasi minyak serta lauk pauk yang bakal di hidangkan.

image

Sekarang ini kebanyakan rumah-rumah kenduri banyak mengambil jalan mudah dengan menghidangkan makanan nasi minyak, cuma dihidangkan oleh pihak katerer. Susah untuk kita dapati rumah kenduri yang menyediakan makanan secara gotong-royong.

TPK dijemput untuk menghadiri satu undangan perkahwinan. Apa yang menarik dengan rumah kenduri ini ialah penduduk kampung bergotong-royong menyediakan makanan kenduri.

Makanan yang disediakan berbeza dengan rumah kenduri lain. Kebiasaannya rumah kenduri menyediakan nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging atau ayam dan sayur dalca tetapi rumah kenduri ini menyediakan lauk kampung yang tidak pernah kita dapati di rumah kenduri iaitu nasi putih, ayam masak merah, gulai batang pisang, masak lemak ikan masin dan sayur dalca.
image

Kenduri ini menarik perhatian TPK kerana semua penduduk kampung bergotong-royong membantu dalam menyediakan makanan untuk kenduri. Bermula dari proses penyediaan makanan sehinggalah kepada proses menghidangkan makanan.

Suasana pada kenduri kahwin ini sangat meriah dengan semua pekerja bekerjasama bagi memastikan semua jemputan mendapat tempat dan mendapat makanan yang disediakan.

Bak kata pepatah “Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing”  dan “Perkara yang berat jika dibuat secara bersama akan menjadi mudah”. TPK sangat seronok melihat mereka ini bekerjasama dalam menghidangkan makanan.

image

 

Kebiasaannya kenduri kahwin kini akan menyediakan makanan secara buffet tetapi berbeza dengan kenduri ini apabila jemputan yang hadir hanya perlu duduk sahaja. Semua makanan akan dihidangkan dan disediakan oleh penduduk kampung. Sekiranya lauk-pauk yang disediakan tidak mencukupi, jemputan hanya perlu meminta untuk ditambah. Cukup susah untuk mendapat suasana sebegini semasa majlis kenduri kahwin sekarang ini.

TPK mengharapkan agar sesuasana kenduri seperti ini tidak ditinggalkan dan tidak dilupakan. Sesungguhnya suasana ini sebegini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung.

image

image

image

image

image

image

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Memperkasakan Wanita

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Memperkasakan wanita…itulah ayat yang sering diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam setiap ucapannya tidak kira dimana sahaja. Kini wanita menjadi antara faktor penting dalam sesuatu kejayaan itu.

Pastinya pembaca tahu bahawa dalam kejayaan seseorang lelaki itu pasti ada wanita disebaliknya. Itulah istilah yang TPK boleh gambarkan betapa pentingnya peranan wanita di dalam sesuatu kejayaan itu. Wanita yang dimaksudkan mungkin seorang ibu, isteri, anak, dan sebagainya.

Bagi kejayaan seorang pemimpin itu, mungkin atas pengorbanan isterinya dalam menjaga dan membesarkan anaknya. Begitu juga, kejayaan seseorang itu mungkin atas pengorbanan ibunya untuk melihat anaknya berjaya. Begitu besar pengorbanan wanita dalam kejayaan seseorang.

Kini Perdana Menteri telah menaikkan martabat wanita ke tahap yang lebih tinggi apabila wanita kini diangkat supaya menjadi salah seorang yang penting dalam memajukan negara. Dulu wanita hanya berperanan di belakang tabir tetapi kini tidak lagi. Peranan mereka dalam memajukan negara pastinya diperlukan untuk mengimbangi kejayaan sesebuah negara itu.

Dalam sesebuah keluarga juga, pengorbanan wanita tidak kurang hebatnya. Apabila mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan rumah, anak dan urusan yang berkaitan terurus. Dalam apa jua keadaan sekalipun mereka akan cuba yang terbaik untuk memastikan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan baik.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tiada tandingannya. Oleh yang demikian, TPK sarankan agar pembaca sekalian renung kembali sebelum pembaca sekalian berada di tempat sekarang atau sebelum pembaca sekalian berjaya siapa yang menyokong dan membantu sehingga mencapai kejayaan seperti sekarang ini.

Fakta Menarik: Kajian di 48 negara mendapati 40 peratus hingga 70 peratus wanita mati di tangan orang disayangi termasuk suami, bekas suami, atau rakan sendiri. Personaliti Cinta – Bongkar Kod Cinta Pasangan Anda adalah panduan yang terbaik.

Datuk Seri Najib Razak dalam ucaptama Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) semalam mencadangkan keperluan memperkasakan wanita untuk me-ningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mapan. 

Dalam ucapan di hadapan kita-kira 2,000 peserta termasuk 10 ketua kerajaan dan negara, Perdana Menteri berkata, dalam mencari model pertumbuhan baru yang lebih mapan tiba masanya peranan wanita diletakkan sebagai nadi pertumbuhan global. 

 

Menurutnya, kemajuan dalam tiga bidang untuk wanita iaitu pendidikan, tenaga kerja dan kepelbagaian korporat akan membuka kunci kemakmuran kepada rakyat dan negara. 

 

Beliau juga menyatakan bahawa pemerkasaan wanita dalam pertumbuhan ekonomi mampu meningkatkan produktiviti, memperbaiki prestasi membuat keputusan korporat dan mengukuhkan ekonomi. 

“Bagi negara yang ramai warga berusia ia akan menambah tenaga kerja, manakala bagi negara miskin memberi kesan kepada bidang pendidikan, kesihatan dan pembangunan. 

Manfaat bagi negara maju 

“Untuk negara maju pula ia menambah manfaat produktiviti dan mengimbangi semula pertumbuhan,” katanya berucap pada forum yang julung kali diadakan di luar negara Islam sejak 2005. 
Antara yang hadir ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai; Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga, Presiden Bangladesh, Abdul Hamid; Perdana Menteri Bermuda, Craig Cannonier dan Raja Jordan, Raja Abdullah II. 

WIEF adalah cetusan idea Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pentas kepada anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berinteraksi dalam sektor ekonomi. 

Kini WIEF semakin mendapat pengiktirafan dunia termasuk negara Barat sebagai forum menjalin kerjasama ekonomi dan perdagangan demi manfaat bersama. 

Najib berkata, kajian menunjukkan ekonomi bertambah baik apabila pembabitan wanita dipertingkatkan, manakala menurut hasil kajian Forum Ekonomi Dunia, persamaan gender yang lebih besar serta peningkatan pendapatan perkapita saling berkaitan. 

Katanya, pembabitan wanita juga memperkukuhkan pertumbuhan, lebih kompetitif serta meningkatkan kemajuan kemanusiaan. 

Beliau juga memetik pernyataan pengasas Forum Ekonomi Dunia, iaitu “untuk meningkatkan dimensi gender, persoalannya bukan untuk mencipta persamaan semata-mata, ia adalah tiket untuk kejayaan kemakmuran dalam dunia penuh kompetitif.” 

Justeru, beliau menyarankan pembuat dasar, sektor perniagaan dan institusi tidak hanya fokus kepada merit untuk meningkatkan pembabitan wanita. 

“Sebaliknya, semua pihak harus beralih daripada kenapa kepada bagaimana. Semua negara termasuk dunia Islam tidak perlu bimbang untuk belajar daripada mereka yang telah berjaya,” katanya. 

Selari prinsip Islam 

Najib berkata, negara Islam kini mula memberi tempat kepada wanita untuk memainkan peranan dalam sektor pendidikan, pekerjaan dan korporat demi masa depan ekonomi masing-masing. 

Menurut beliau, ia tidak bercanggah dengan kepercayaan agama atau tradisi, sebaliknya bertepatan dengan prinsip Islam. 

Sementara itu, Najib pada sidang media WIEF berkata, Malaysia adalah negara Islam tunggal berada dalam senarai 10 negara terbaik dari segi menjalankan perniagaan. 

Beliau berkata, ia bukti keberkesanan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini. 

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan perubahan dengan membuat perancangan ke arah pertumbuhan mapan. 

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata beliau gembira kedudukan Malaysia meningkat ke tempat keenam daripada ke-23 tiga tahun lalu, selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Tersepit atau Terdesak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

norazita 37

Semalam negara digemparkan dengan berita pembunuhan seorang pegawai bank akibat ditembak oleh pengawal keselamatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bank tersebut. Ramai yang mengeluarkan pandangan masing-masing di media sosial.

TPK juga tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pandangan berkenaan dengan hal ini. TPK tidak memihak kepada sesiapa tetapi ini sekadar pendangan sahaja.

Pada hemat TPK, kita perlu lihat secara menyeluruh berkenaan dengan perkara ini. Bagaimana ianya boleh berlaku??Mengapa ianya berlaku??Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku??Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini??

TPK akan cuba berikan sejelasnya berkenaan dengan hal ini. Pastinya ramai yang meminta agar pengawal keselamatan ini dihukum dengan setimpal kerana dengan kejam menembak pegawai bank ini.

TPK berpendapat pasti ada sebab mengapa pengawal keselamatan ini bertindak sedemikian. Mungkin dengan kesempitan hidup menyebabkan pengawal keselamatan ini bertindak diluar dugaan tanpa memikirkan risiko dan akibat yang bakal menimpanya. Mungkin ada peluang untuk pengawal ini bertindak sedemikian. Mungkin juga proses pengambilan pengawal keselamatan ini tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pelbagai aspek yang perlu dilihat semula dalam kejadian ini agar ianya tidak berulang lagi. Pada ketika ini bukan masanya untuk menuding jari pada sesiapa. Pada ketika ini kita perlu lihat semula tindakan pembetulan yang perlu diambil memandangkan perkara ini telah terjadi.

Sebagai kerajaan yang memerintah, ianya perlu melihat dari perspektif yang berbeza. Selain dari mencari penjenayah yang bersalah dan menjatuhkan hukuman tetapi perkara yang harus difikirkan adakah polisi yang telah diperkenalkan telah membantu mereka lari dari kesempitan hidup sekiranya ini punca pengawal keselamatan ini bertindak sedemikian.

Kepada premis yang bertanggungjawab menyimpan wang ini. Adakah prosedur yang ada dipatuhi dan tiada pelanggaran peraturan atau prosedur semasa kejadian tersebut. Jika sekali imbas dari cctv yang terdapat di media sosial, bilik yang menyimpan wang itu dibiarkan terbuka dan memudahkan penjenayah mengambil kesempatan untuk bertindak sedemikian.

Syarikat pengawal keselamatan pula perlu meniliti semula proses pengambila pengawal keselamatan. Adakah ianya mengikut prosedur yang telah ditetapkan atau membuat proses pengambilan pengawal keselamatan dengan mengetepikan prosedur yang telah disediakan.

Banyak faktor yang perlu dilihat dalam kejadian ini. Semua pihak perlu meneliti punca dan membuat penambaikan kepada proses yang ada. Sekiranya peraturan tidak dipatuhi maka perketatkan ia supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Kepada keluarga mangsa, TPK ingin mengucapkan takziah atas pemergian insan yang tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Tabahkan hati untuk meneruskan hidup di dunia ini. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Al-Fatihah

Subang Jaya: Pegawai operasi cawangan AmBank di sini, maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis itu yang menyamun bank berkenaan dalam kejadian jam 6.15 petang semalam.

Dalam kejadian di Jalan USJ Sentral 2 itu, mangsa Norazita Abu Talib, 37, terkulai di hadapan pintu bilik kebal bank berkenaan akibat cedera parah di mukanya selepas terkena tembakan Pump Gun digunakan suspek.

Iring mangsa simpan wang di bilik kebal

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga petugas wanita bank diiringi suspek berusia 37 tahun itu, membuka pintu bilik kebal terbabit untuk menyimpan sejumlah wang tunai.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebaik peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian dipercayai melepaskan tembakan yang terkena muka mangsa.

“Selepas itu, suspek mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan wang tunai dari bilik kebal itu ke dalam beg hitam yang dibawanya.

“Sejurus memperoleh wang berkenaan, suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank ini, kita mendapati suspek tidak gementar ketika melakukan rompakan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Pengawal gantian

Abdul Rahim berkata, suspek adalah pengawal keselamatan gantian, selepas pengawal sedia ada di bank itu tidak bertugas semalam.

“Dia menggantikan petugas lain pada hari ini dan sebelum ini juga pernah diberi tugas sama untuk mengawal keselamatan bank ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal polis menemui keraguan dalam kad pengenalan suspek yang disyaki palsu, namun ia akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

p/s: JomNiaga merupakan salah satu platform untuk mereka yang minat untuk berniaga dan mempromosikan produk.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Ragam Suami Isteri

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20131023-092214.jpg

Pelbagai ragam manusia sekarang ini. Walaupun sesuatu perkara itu dilakukan untuk kebaikan bersama tetapi ada yang bersalah sangka.

Itulah yang terjadi kepada sepasang suami istei ini. Mungkin si isteri ingin melakukan ujian untuk mengetahui punca atau sebab mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi disalaherti oleh si suami. Tindakan si isteri itu mengundang padah apabila ditumbuk oleh si suami.

Pada pandangan TPK dalam kes ini, mungkin atas rasa ego menyebabkan si suami bertindak demikian. Mungkin juga disebabkan perasaan takut dengan keputusan ujian itu nanti akan menyebabkan dirinya dipandang rendah.

Mengapa perlu risau atau takut. Sekiranya kekurangan itu ada pada si suami pastinya akan ada cara bagaimana untuk mengubati atau membaiki kekurangan itu.

Berbincang adalah jalan yang terbaik sebelum melakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan. Harap pasangan ini akan menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Selamat Berjumpa Lagi

Dalam Malaysia

Fobia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Boleh dikatakan setiap orang mempunyai fobia. Tidak kira apa situasi sekali pun setiap manusia sememangnya mempunyai fobia. Cuma sesetengah di kalangan kita tidak tahu fobia kepada apa atau situasi apa.

Banyak perihal fobia ini dan kadang-kadang ianya boleh dikatakan tidak logik dan tidak masuk akal. Tetapi ianya lumrah manusia dimana setiap manusia ini tidak sempurna dan perasaan fobia ini lahir secara semulajadi atau terdapat sesuatu perkara yang berlaku menyebabkan perasaan fobia.

TPK tertarik dengan sebuah video yang menunjukkan seorang remaja ini yang begitu takut kepada seekor kucing. Kepada peminat kucing pastinya menganggap ianya biasa tetapi kepada mereka yang fobia kepada kucing atau pernah mengalami sesuatu yang buruk pastinya memahami perasaan remaja di dalam video ini.

Sesungguhnya perasaan ini boleh dikawal dengan selalu menguji diri dan memberanikan diri untuk mengatasi perasaan fobia tersebut.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Ingin tahu caranya daftarlah di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Uncategorized

Minyak Naik 20sen

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20-cents

Ketika entri ini sedang ditulis harga minyak telah pun naik sebanyak 20 sen. Pengumuman ini telah pun diumumkan dan ramai rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa akan berlaku kenaikan melalui media sosial.

TPK tidak terkecuali menerima pelbagai maklumat berkenaan dengan kenaikan harga minyak ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong dan ada yang berdiam diri sahaja. Itu adalah hak masing-masing untuk bersuara dan menyuarakan apa yang mereka rasa.

IMG-20130902-WA0037

Pada ketika ini juga sepanjang pengamatan TPK, hampir semua stesen minyak dipenuhi dengan kenderaan yang ingin mengisi kenderaan masing-masing dengan minyak sebanyak yang mungkin sebelum kenaikan harga minyak ini pada jam 12.01 tengah malam tadi.

TPK merasakan kerajaan yang sedia ada telah memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu rakyat dan tidak membebankan rakyat. Mungkin terdapat beberapa faktor sebelum pengumuman kenaikan ini diumumkan. TPK tidak menyokong mana-mana pihak tetapi TPK rasakan perkara ini perlu diambil secara positif. Mengapa TPK berkata demikian.

IMG-20130902-WA0040

Mungkin ramai yang tidak menyokong dengan pandangan TPK secara keseluruhan tetapi TPK hanya menyuarakan apa yang TPK rasa dan pembaca berhak untuk tidak setuju dengan pandangan TPK. Pada pandangan peribadi TPK kenaikan ini berlaku diatas beberapa faktor yang difikirkan rasional dan sebab yang munasabah.

Sekiranya kerajaan tidak memikirkan rakyat sudah lama kenaikan ini berlaku dan berkemungkinan besar harga minyak jauh lebih mahal dari sekarang. Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Pelbagai kempen dijalankan untuk rakyat Malaysia memikirkan langkah terbaik untuk menjimatkan minyak kenderaan tetapi ianya hanya dilakukan oleh segelintir sahaja.

1186197_515496758538345_569185586_n

Ramai yang marah apabila harga minyak naik tetapi mengapa kita perlu marah dan menyalahkan orang lain. Bukankah lebih elok sekiranya kita mencari penyelesaian bagi masalah ini. Kerajaan yang sedia ada telah melakukan yang terbaik, kini tiba masanya kita mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Berkongsi kenderaan, menggunakan kenderaan awam, dan banyak lagi kempen yang dijalankan untuk membantu menjimatkan minyak tetapi adakah kita menggunakan dan menghayati kempen yang dijalankan ini??Kini tiba masanya untuk kita melihat semula berkenaan dengan kempen-kempen dan cara-cara untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Terdapat alternatif lain yang telah diperkenalkan iaitu dengan menggunakan gas NGV. Ye..sememangya ada yang menyatakan sekiranya menggunakan gas NGV performance kereta akan kurang. Pilihan masih ditangan kita samaada ingin menggunakannya atau terus menggunakan minyak. Dalam membantu menggalakkan penggunaan NGV ini kerajaan perlu memperbanyakkan semula stesen minyak yang menyediakan kemudahan ini.

Tidak terhenti setakat itu untuk alternatif penjimatan minyak. Kini banyak kenderaan hybrid yang mana penggunaan minyak sangat minima. Mungkin boleh difikirkan bersama untuk memiliki kenderaan ini.

p/s: Mari kita menjana pendapatan dengan JomNiaga.com

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Raya Berganda

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

Dalam kemeriahan kita menyambut syawal dan hari raya, ada di antara kita yang menyambut raya berganda. Apa yang dimaksudkan dengan Raya Berganda?? Raya berganda yang TPK maksudkan adalah mereka yang melangsungkan perkahwinan dibulan syawal ini. Sememangnya kemeriahan syawal ini diserikan dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga. Mungkin menerima suami atau isteri dan kepada ibu bapa menerima menantu dan besan baru.

Kahwin

Kahwin1

Kahwin2

TPK juga tidak terlepas dengan jemputan kemasjlis perkahwinan ini. Selain cuti pada hari raya ianya juga bersesuaian dengan cuti persekolahan. Ramai diantara kita yang menggunakan kesempatan ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Kebiasaannya apabila disebut dengan perkahwinan ianya tidak lari dengan pelamin dan meja makan pengantin. Perkara ini merupakan perkara penting yang difikirkan dahulu oleh mereka yang bergelar pengantin. Sesungguhnya pasangan pengantin akan memilih hiasan pelamin dan meja makan pengantin yang cantik dan lain dari yang lain.

Kahwin4 Kahwin5

Selain dari pelamin dan meja makan pengantin, perkara yang harus difikirkan oleh tuan rumah adalah jamuan makan yang ingin dijamu kepada para tetamu. Sudah pasti ianya tidak lari dengan jamuan makan yang sinonim dengan kenduri kahwin iaitu nasi minyak. Mungkin disini TPK ingin mencadangkan sedikit kelainan yang mana memandangkan kenduri perkahwinan ini masih lagi di dalam suasana hari raya kenapa ianya tidak ditukarkan menu makana itu kepada ketupat rendang atau makanan-makanan yang berkaitan dengan hari raya. Sesungguhnya mereka yang hadir pasti akan mengingati akan kenduri kahwin ini yang menjamu makanan yang lain dari yang lain.

Kahwin6

Kahwin7

Setelah memikirkan juadah yang ingin dijamu kepada para tetamu, sudah menjadi tradisi dimana buah tangan yang diberikan kepada tetamu yang hadir sebagai tanda terima kasih. Pelbagai bentuk buah tangan yang diberikan dan terdapat pelbagai jenis dipasaran yang boleh dipilih untuk dijadikan sebagai buah tangan.  Ianya terpulang kepada tuan rumah untuk memilih buah tangan apa yang bersesuai untuk diberikan kepada para tetamu. Sekadar peringatan dari TPK dalam kita ingin memberikan sesuatu yang terbaik fikir-fikirkan akan kemampuan kita dan janganlah hanya ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Cukuplah sekadar berbelanja mengikut kemampuan dan sesunguhnya walaupun perkara atau barang itu kecil ianya akan nampak besar sekiranya ianya diberikan dengan ikhlas.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia

Haiwan Pelik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

MARANG, 24 Julai – Rupanya seperti udang galah namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinic, ekornya kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

‘ Saya terkejut melihat haiwan berkaki lapan. Bahagian depan kelihatan seperti seekor ketam, bahagian belakang seperti seekor udang galah, ekor seakan-akan kala jengking’

Ismail mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat untuk memelihara haiwan tersebut.

Kini , ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.