Loading
Gadget

Singkatan Perkataan Bagi Orang Lama

Terlalu lama TPK tak update blog ini. Atas kekangan masa dan tugas sedia ada kini blog Tetikus dan Papan Kunci kini kembali aktif.

 

Setelah lama blog ini tanpa sebarang post terbaru, TPK mulakan dengan sedikit perkongsian ringkas.

Read More

Gadget, Panduan Blog, Pelancongan, technology, Teknologi

GenMagz.com..Blog Berbahasa Inggeris Yang Unik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Magazine

Sebenarnya dalam diam telah ramai blogger yang menghasilkan blog-blog berbahasa inggeris. Blog-blog mereka bukan sahaja unik tetapi berinformasi dan mempunyai ramai follower dari pelbagai negara.

Yang paling menarik bukan sahaja mempunyai ramai follower tetapi ada blog yang menjana income yang berlipat kali ganda. Income yang mereka dapat ini bukan dalam Ringgit Malaysia tetapi dalam USD.

Read More

Gadget, Teknologi

Perbandingan Lenovo A850 Vs Samsung galaxy note 2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entry ini ringkas.

Lenovo A850 Vs Samsung galaxy note 2 Specs.  Semoga ianya memberi pencerahan dalam mebuat keputusan.

Anda akan lihat perbandingan memang ketara.  Namun, Lenovo A850 tetap berbaloi-baloi harga dan performance nya…

Jemput like Lenovo Murah.  Boleh juga shoping Lenovo disini.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Gadget

Kenali Storan USB Tiruan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

IMAG0190

TPK tertarik dengan satu artikle mengenali Storan USB Tiruan. Sekiranya pembaca sekalian ke mana-mana kedai komputer, pastinya akan tertarik dengan jualan murah storan USB hinggakan ada yang menawarkan harga yang sangat rendah.

Tahukan semua bahawa terdapat Storan USB Tiruan yang dijual. Bagaimana ingin mengenali Storan USB Tiruan ini. Mari sama-sama kita baca artikle berikut:

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.

Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!

Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.

Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.

Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.

Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?

Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.

Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.

 

IMAG0250

Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.

Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?

Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.

IMAG0251

Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendrive original kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.

Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packaging original. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.

Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan

Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

Pendrive FakeTipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.

Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.

Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwriting secara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarang error sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.

Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?

Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.

Pendrive Fake

Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu file di dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.

Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.

Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.

Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.

Konklusi

Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.

Fake Pendrive Test

Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.

Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

Sumber: amanz.my

Kepada pembaca sekalian, pesan TPK adalah jangan mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan. Berhati-hati dengan setiap barangan yang dibeli.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Gadget, Teknologi

Review aplikasi android Denaihati terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Untitled

Siapa yang tidak kenal dengan blog denaihati.com. Blog yang telah menerima Best Personal Blog di Blogrrr Award 2013. Tahniah TPK ucapkan atas penganugerahan yang diterima.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, blog denaihati.com telah lama bertapak di dunia blogger ini. Bermula dari sebuah blog yang biasa-biasa sahaja sehinggalah kepada kejayaan yang dicapai sekarang. Dari blog yang pada asalnya hanya sekadar suka-suka sahaja hinggalah kepada blog yang dikenali ramai dan boleh menjana pendapatannya sendiri

Kini blog denaihati.com telah melangkah ke satu arah teknologi yang baru iaitu blog denaihati.com telah mempunya aplikasi android sendiri. Aplikasi ini boleh dimuat turun di play store dan pengikut blog ini boleh mengetahui entri terbaru yang disediakan oleh admin blog ini.

TPK baru sahaja muat turun aplikasi android Denaihati ini. Apa yang menarik TPK boleh membaca setiap entri yang terdapat di dalam blog ini dengan mudah. Tidak perlu menunggu lama. Berbeza semasa membaca entri blog ini menggunakan aplikasi internet seperti biasa.

image

Paparan yang mudah dan tidak menyakitkan mata untuk melihatnya. Disamping pengguna boleh mengetahui perkembangan blog denaihati.com ini. Aplikasi android ini juga menyediakan menu facebook, yotube, twitter, instagram denaihati.com. Pengguna boleh dapat access semua maklumat yang berkaitan denaihati.com yang terdapat di pelbagai media sosial dengan hanya satu aplikasi sahaja.

image

image

 

Walaupun begitu, mungkin perlu penambahbaikan sedikit berkenaan dengan aplikasi ini dimana gambar yang terdapat di dalam aplikasi ini tidak dapat dilihat sepenuhnya. Berbeza semasa kita melayari blog ini menggunakan aplikasi google crome, internet explore dan sebagainya. Gambar yang dipaparkan di dalam aplikasi ini hanya dapat dilihat separuh sahaja. Mungkin TPK mencadangkan agar ianya boleh ditambahbaik untuk keselesaaan pengguna.

Tahukah anda bahawa pengikut denaihati.com di facebook telah mencecah lebih dari 100 ribu orang dan tidak mustahil kini ianya telah meningkat. Jika pembaca lihat entri yang terdapat di dalam blog dan di facebook denaihati.com ianya berbeza. Setiap status yang dikemaskini di dalam fan page denaihati.com, ianya perkongsian dari pelbagai sumber dan tidak semestinya dari blog denaihati.com sahaja.

Pengguna akan mendapat sumber bacaan yang berbeza selain dari blog denaihati.com.

image

 

Manakala bagi youtube denaihati.com pula, video yang disediakan adalah diambil sendiri oleh admin blog denaihati.com. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, blog denaihati.com ada menubuhkan akademi denaihati.com yang mana akademi ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada semua blogger baru mengenai cara-cara membuat blog yang betul. Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut mengenai akademi denaihati.com ini di sini.

image

 

Twitter dan intagram merupakan media sosial yang juga disediakan di dalam aplikasi ini. Kepada pengguna yang menyukai twitter boleh mengikuti perkembangan blog ini di twitter denaihati.

Sekeping gambar menerangkan seribu cerita. Begitulah perumpamaan yang mudah TPK berikan kepada pembaca sekalian. Sekarang ini ramai yang suka kongsikan gambar di instagram dan tanpa memberikan apa-apa penceritaan ianya boleh ditafsirkan dalam pelbagai cerita dan maksud. Intagram denaihati ini akan menunjukkan aktiviti admin blog ini dan pengguna boleh mengetahui perkembangan terkini admin blog ini.

image

image

image

Akhir sekali, sekali lagi TPK ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada blog denaihati.com atas penganugerahan sebagai Best Personal Blog dan aplikasi android yang telah disediakan. Sesungguhnya aplikasi ini sangat memudahkan pengguna untuk mengetahui perkembangan blog ini. TPK pun berharap agar blog Tetikus dan Papan Kekunci akan mempunyai aplikasi androidnya yang tersendiri.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan