Loading
Hiburan

“Gangster Kahwin”

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

1

Apabila bercakap mengenai filem gangster, sudah pasti ianya tidak terpisah dengan pengarah muda ini iaitu Syamsul Yusof. Setelah kejayaan dengan filem gangster yang mendapat sambutan hangat oleh peminat filem kini pengarah muda ini telah menyiapkan sambungan pada filem tersebut.

Walaupun telah selesai pengambaran dan suntingan cuma tinggal ditayangkan di pawagam tetapi pelbagai kontroversi telah melanda dengan filem gangster 2. Semua peminat filem digemparkan dengan isu filem ini telah boleh dimuatturun walaupun belum ditayangkan dipawagam.

Pastinya pembaca sekalian ingin melihat filem ini bukan. Pembaca boleh menonton Filem Gangster 2 ini.

Setelah kejayaan menghasilkan filem gangster 2 ini, pengarah dan juga pelakon filem ini sudah berkira-kira untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihannya. Walaupun gadis pilihan itu masih menjadi misteri tetapi cukup memadai sekiranya pembaca sekalian mengetahui bahawa Syamsul Yusof aka Sol telah mempunyai perancangan untuk masa hadapannya.

2

PETALING JAYA: keluarga kepada Syamsul Yusof menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu selepas Syamsul membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai calon menantu mereka tetapi masih belum berkesempatan untuk bertentang mata.

“Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya. Kami menerima calonnya itu dengan hati terbuka.

“Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Patimah diminta mengulas kenyataan Syamsul yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas filem terbaharu arahannya itu KL Gangster 2 ditayangkan di pawagam.

Filem itu yang menelan belanja RM4.5 juta akan menemui penonton pada 3 Oktober depan.

Ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini, Patimah enggan mengulas mengenainya dan mahu perkara tersebut diumumkan sendiri Syamsul.

“Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih. Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira,” katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.

Sementara itu, berikutan kes cetak rompak filem KL Gangstar 2 sehingga disiarkan di Internet, Patimah berkata, perkara tersebut mempunyai hikmah buat keluarga mereka apabila hubungan Syamsul dengan keluarga semakin rapat.

Katanya, ramai artis memberi sokongan moral kepada Syamsul malah mereka juga turut mengadakan solat hajat.

“Alhamdulillah kami baru sahaja buat solat hajat dan ramai rakan artis yang datang ke rumah beri sokongan moral pada Syamsul.

“Saya lihat ada hikmah di sebalik kejadian ini di mana hubungan bapa dan anak sangat rapat. Syamsul juga lebih rapat dengan adik-adik dia yang lain berbanding sebelum ini,” katanya.

Sumber: Mstar Online

p/s: JomNiaga.com merupakan platform untuk menjana pendapatan

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Hiburan

Rancangan Menarik 1 Syawal (Part 5)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

TPK sajikan sedikit antara rancangan TV yang menarik untuk makluman semua pembaca.

TV3 (103)

Karlos Bolos (09.00 p.m)

Kisah Karlos dan Kenji yang meloloskan diri dari pusat tahanan untuk mencari Sunny untuk bertanyakan tentang ibu Kenji. Ibu Kenji, Cuwie ialah seorang pelacur dan Sunny ialah bapa ayamnya.

Astro Ria (104)

Bini-biniku Gangster (09.00 p.m)

Manja, isteri dan suri rumah yang baik dan dia juga adalah ketua gangster tanpa diketahui suami, Herry. Kerana dia tidak dapat memberikan zuriat, Manja melamar Reanna. Apa berlaku seterusnya?

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Hiburan

Rancangan Menarik 1 Syawal (Part 1)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

Selain dari juadah hari raya dan baju baru yang menjadi bahan bualan kita di bulan syawal ini. Pastinya antara yang ditunggu-tunggu adalah rancangan TV yang dinanti-nantikan. TPK sajikan sedikit antara rancangan TV yang menarik untuk makluman semua pembaca.

Astro Ria (104)

Romantika Raya (8.00 a.m)

Rancangan ini dibuat khas untuk menunjukkan aktiviti para selebriti yang pertama kalinya menyambut Hari Raya bersama. Rancangan yang menarik untuk ditonton bersama keluarga.

Astro Ria (104)

Opah raya Stail (10.00 a.m)

Meon sentiasa menggunakan alasan sibuk untuk tidak pulang ke kampung beraya, namun, pada tahun ini, Nek Yon berhasrat pulang ke kampung untuk bertemu dengan ‘kekasih lama’ di zaman remajanya, Tuk Tam.

Astro Prima (105)

Lemang Sebatang (10.00 a.m)

Drama muzikal komedi ini mengisahkan Lemang yang pulang ke kampungnya dan terpaksa menghadapi kisah silam dan bekas-bekas kekasihnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Hiburan

RUNNING MAN: Ketagih atau Kreatif??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Ramai diantara pembaca sekalian yang tahu akan rancangan ini. Rancangan ini mendapat perhatian ramai orang. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Rancangan yang dianggotai oleh selebriti Korea ini telah mula dipertontonkan sejak 3 tahun yang lalu.

Pada mulanya TPK sendiri kurang berminat dengan cerita dari Korea ini tetapi sejak TPK mula mengikuti rancangan ini ianya sebenarnya banyak memberi impak yang positif selain dapat berhibur. Dalam rancangan ini sememangnya ianya menunjukkan aksi spontan para selebriti dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Walaupun begitu, setiap episod dalam rancangan ini mempunyai misi yang berbeza-beza dan untuk menyelesaikan setiap misi terdapat tugasan yang perlu dilaksanakan dan ianya berbentuk sebuah permainan.

Pada pandangan TPK, rancangan ini sesuai untuk mereka yang menganjurkan aktiviti kerana di dalam setiap episod di dalam rancangan ini banyak aktiviti yang sebenarnya boleh dilakukan. Walaupun pada asalnya setiap aktiviti ini dikatakan mustahil untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya apabila ianya telah dilaksanakan ianya tidak mustahil.

Selain itu, rancangan ini sebenarnya menguji bagaimana kreativiti sesorang itu digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugasan itu. Selain kreativiti, ketangkasan dan kekuataan mental serta fizikal ditonjolkan oleh para selebriti di dalam rancangan ini. Rancangan ini juga menunjukkan sifat bantu membantu dan setia kawan dalam melaksanakan tugasan. Kepada penonton rancangan ini memberi ruang kepada semua untuk bersama seisi keluarga untuk menonton bersama. Sekiranya pembaca sekalian ingin menonton rancangan ini boleh ikuti di Astro 393 atau menonton di youtube.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Hiburan, Masalah Sosial, Sosial

Menutup Aurat Pada Bulan Ramadan Sahaja??

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor

TPK tidak mengikut sangat perkembangan isu berkenaan dengan ainulaishah ini. Dalam blog yang TPK  baca ainulaishah ini telah memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus kepada peminat ainulaishah ini yang menegur agar menutup aurat tetapi yang TPK pelik adakah dibulan Ramadan sahaja kita perlu menutup aurat??Rasanya si penegur dan ditegur perlu tahu bahawa menutup aurat ini bukan satu perkara yang boleh dimain-main tetapi perkara yang wajib so bukan bulan Ramadan pun perlu untuk menutup aurat. Jangan hanya menutup aurat di bulan Ramadan sahaja apabila bulan Ramadan pergi maka boleh la kita nak dedah sana dan dedah sini. Pesan ini bukan sahaja untuk pembaca sekalian tetapi juga untuk diri TPK sendiri.

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor

Ainul Aishah melenting ditegur kerana seksi pada bulan puasa - Terbakor