Loading
Islamic, Panduan IbuBapa

11 Kelebihan Istighfar Yang Patut Anda Tahu

Setiap orang dituntut untuk memperbanyakkan istighfar dalam kehidupan harian.

 

Sebenarnya tidak ramai mengetahui kelebihan istighfar ini. Entri kali ini TPK kongsikan 11 kelebihan istighfar yang patut kita ketahui.

image

Read More

Islamic

Cara-cara menyambut hari raya menurut Islam

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu. “Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :”Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil”. Read More

Islamic

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa In Sha Allah esok kita akan meraikan kejayaan kita menahan nafsu, lapar dan dahaga selama sebulan.

Umat Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya di atas kejayaan melaksanakan Rukun Islam yang ketiga. Read More

Islamic

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Panduan IbuBapa

4 Cara Mengetahui Kelebihan & Kekurangan Diri

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Insan yang dilahirkan dimuka bumi ini sebenarnya tidak sempurna. Setiap insan ada kekurangannya. Begitu juga dengan diri TPK.

Ramai diantara kita hanya nampak kekurangan orang lain berbanding dengan diri sendiri. Kita sangat suka mencari kekurangan orang lain dan mula menghebohkan kekurangan itu.

Sesungguhnya tindakan itu adalah merupakan tindakan yang tidak elok malah ianya mengaibkan orang.

Kita mungkin tercari-cari akan kekurangan diri sendiri tetapi tidak menjumpainya atau tidak pasti akan benar ianya kekurangan pada diri kita sendiri.

Di sini TPK ingin kongsikan 4 cara mengetahui kelebihan dan kekurangan diri yang anda semua boleh praktikkan.

1. Berguru

Guru atau orang yang mengajar kita adalah antara mereka yang boleh membantu kira untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri yang ada pada diri kita. Mereka boleh memberitahu apa kelebihan dan apa kekurang yang ada pada diri kita.

Mereka boleh memberitahu kelebihan dan kekurangan kita berdasarkan kepada tingkahlaku dan pergaulan kita bersama mereka dan rakan-rakan lain.

2. Bersahabat

Sahabat yang baik akan berkata perkara yang benar dan akan menegur kepada segala kesilapan yang kita lakukan. Mereka akan memberitahu apa yang mereka nampak dengan kelakuan kita serta sikap dan tingkah laku kita yang kurang senang.

Mereka tidak akan bermuka-muka atau menyatakan perkara yang baik sahaja untuk menjaga hai kita tetapi mereka akan berkata perkara yang benar supaya kita menjadi insan yang berguna.

3. Bermasyarakat

Bergaul dengan masyarakat sekeliling boleh memberikan kita sedikit panduan untuk mengetahui kelebihan dan kekurang diri. Kita akan mengetahui samaada kita ini diterima, terpinggir, pelik, menonjol atau dikagumi.

Dari pandangan masyarakat, kita boleh menilai dari penerimaan masyarakat kepada diri kita. Buang sikap yang tidak elok dan elakkan sikap sombong, angkuh, bongkak serta meninggi diri.

Ini akan membantu kita untuk mengurangkan sifat negatif pada diri dan meningkatkan kelebihan diri.

4. Musuh

Bukan TPK menyuruh anda semua untuk mencari musuh tetapi apabila anda mempunyai kelebihan yang orang lain tiada pasti akan ada mereka yang kurang senang dengan diri anda.

Oleh itu, anda boleh mengetahui kekurangan dan kelebihan diri dari mereka yang kurang senang dengan anda ini. Mereka akan mula merendah-rendahkan diri anda serta kebolehan anda.

Dengan cara ini anda akan mula menunjukkan kelebihan yang ada pada diri anda dan secara tidak langsung ini akan memberi cara untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri anda.

Bersikap positif terhadap apa jua yang dikatakan dan cuba atasinya dengan tindakan yang positif.

Semoga perkongsian TPK pada kali ini memberi sedikit impak dan membantu anda.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Islamic

Mencari Keberkatan Dalam Hidup Satu Tuntutan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap dari kita pasti mengimpikan untuk mendapat berkat (barakah) di dalam hidup dan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Perkataan berkat (barakah) bermaksud  perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud berkat  (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikkan.

Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah s.w.t. diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu1. Keberkatan pada umur.,2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.3. Keberkatan pada rezeki. 4. Keberkatan pada berjemaah. dan 5. Keberkatan pada ilmu

Pertama : Keberkatan pada umur.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia.

Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t.

Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya  ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”

Kedua : Keberkatan dalam hidup berkeluarga.

Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasang dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

Keluarga yang diberkati Allah s.w.t. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya.

Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Ketiga : Keberkatan pada rezeki.

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah s.w.t.

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rezeki adalah ketentuan Allah s.w.t. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.

Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.”

 (Hadis riwayat Abu Naim)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah s.w.t semasa mencari rezeki, rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t.

Keempat : Keberkatan hidup berjemaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda.

Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

Kelima : Keberkatan pada ilmu.

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syara’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya  mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

Marilah sama-sama kita muhasabah balik pada diri kita kenapakah sering kita mengalami kerisauan, jiwa sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Jika kita kaji pasti kita akan dapat jawapannya iaitu tidak wujud keberkatan dalam hidup kita. Iaitu tidak ada keberkatan pada umur, hidup berkeluarga, rezeki , berjemaah dan pada ilmu. Oleh itu perlulah kita kembali kepada Allah s.w.t dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah s..w.t akan kita perolehi.

Islamic, Panduan IbuBapa

13 Adab dalam Berdoa

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap kita dituntut untuk sentiasa berdoa tidak kira di dalam apa jua keadaan sekali pun.

Setiap doa yang dipohon pasti ingin dimakbulkan.

Ada banyak sebab mengapa doa yang dipohon tidak atau belum dimakbulkan.

Di sini TPK ingin kongsikan adab-adab ketika berdoa.

1. Berdoa di waktu yang mustajab

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah pada hari Arafah, bulan Ramadan, pagi hari jumaat dan pada waktu sahur atau sepertiga malam terakhir.

Sabda Rasullullah S.A.W:

Allah turun ke langit dunia setiap malam, ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Allah berfirman, ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan, siapa yang meminta, akan Aku beri, dan siapa yang memohon ampunan pasti Aku ampuni’.” (HR. Muslim)

2. Memanfaatkan keadaan yang mustajab untuk berdoa

Keadaan yang mustajab untuk berdoa adalah ketika perang, turun hujan, ketika sujud, antara azan dan iqomah atau ketika berbuka puasa.

Abu Hurairah R.A mengatakan,

“Sesungguhnya pintu-pintu langit terbuka ketika jihad fi sabillillah sedang berkecamuk, ketika turun hujan, dan ketika iqamah shalat wajib. Manfaatkanlah untuk berdoa ketika itu.” (Syarhus Sunnah al-Baghawi, 1: 327)

Doa antara adzan dan iqamah tidak tertolak.” (HR. Abu Daud, Nasa’i, dan Tirmidzi)

Keadaan terdekat antara hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud. Maka perbanyaklahberdoa.” (HR. Muslim)

3. Mengadap Kiblat dan Mengangkat Tangan

Dari Jabir R.A, bahwa Rasullullah S.A.W ketika berada di Padang Arafah, beliau menghadap kiblat, dan beliau terus berdoa sampai matahari terbenam. (HR. Muslim)

Dari Salman R.A, bahawa Rasullullah S.A.W,

Sesungguhnya Tuhan kalian itu Malu dan Maha Memberi. Dia malu kepada hamba-Nya ketika mereka mengangkat tangan kepada-Nya kemudian hambanya kembali dengan tangan kosong (tidak dikabulkan).” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi dan beliau hasankan)

Cara mengangkat tangan:

Ibnu Abbas R.A mengatakan, bahawa Rasullullah S.A.W ketika berdoa, beliau menggabungkan kedua telapak tangannya dan mengangkatnya setinggi wajahnya (wajah menghadap telapak tangan). (HR. Thabrani)

Catatan: Tidak boleh melihat ke atas ketika berdoa.

4. Menggunakan suara yang lembut 

Allah S.W.T berfirman,

Janganlah kalian mengeraskan doa kalian dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (QS. Al-Isra: 110)

Allah S.W.T juga berfirman,

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf: 55)

5. Tidak dibuat bersajak

Doa yang terbaik adalah doa yang ada dalam Al-Quran.

Allah S.W.T berfirman,

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf: 55)

6. Khusyu’, merendahkan hati dan penuh harap

Allah S.W.T berfirman,

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoakepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (QS. Al-Anbiya’: 90)

7. Mantapkan hati dan berkeyakinan untuk dikabulkan

Nabi S.W.T bersabda,

Janganlah kalian ketika berdoa dengan mengatakan, ‘Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mau. Ya Allah, rahmatilah aku, jika Engkau mau’. Hendaknya dia mantapkan keinginannya, kerana tidak ada yang memaksa Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

“Apabila kalian berdoa, hendaknya dia mantapkan keinginannya. Karena Allah tidak keberatan dan kesulitan untuk mewujudkan sesuatu.” (HR. Ibn Hibban dan dishahihkan Syua’ib Al-Arnauth)

8. Memahami maksud doa yang diungkapkan

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Berdoalah kepada Allah dan kalian yakin akan dikabulkan. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai, dan lengah (dengan doanya).” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan Al-Albani)

Ramai yang lali dalam berdoa kerana tida memahami akan ucapan doa yang dipohon.

9. Tidak tergesa-gesa

Tidak mempunyai sifat terburu-buru agar doa yang diminta dimakbulkan dengan kadar yang segera.

Rasullullah S.A.W bersabda,

Akan dikabulkan (doa) kalian selama tidak tergesa-gesa. Dia mengatakan, ‘Saya telah berdoa, namun belum saja dikabulkan‘.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Doa para hamba akan senantiasa dikabulkan, selama tidak berdoa yang isinya dosa atau memutus silaturrahim, selama dia tidak terburu-buru.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud terburu-buru dalam berdoa?” Beliau bersabda, “Orang yang berdoa ini berkata, ‘Saya telah berdoa, Saya telah berdoa, dan belum pernah dikabulkan’. Akhirnya dia putus asa dan meninggalkan doa.” (HR. Muslim dan Abu Daud)

10. Mulai doa dengan memuji Allah S.W.T dan Berselawat ke atas Rasullullah S.A.W

Mulakan doa anda dengan memuji kebesaran Allah S.W.T dan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W. Kemudian diikuti dengan doa yang dipohon.

Rasullullah S.A.W bersabda:

Apabila kalian berdoa, hendaknya dia memulai dengan memuji dan mengagungkan Allah, kemudian bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian berdoalah sesuai kehendaknya.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan dishahihkan Al-Albani)

11. Memperbanyakkan taubat dan memohon ampun

Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah merupakan saranan yang terbesar untuk mendapatkan cinta dari Allah S.W.T.

Apabila dicintai Allah S.W.T, maka doa seseorang itu mudah untuk dimakbulkan.

Amalan yang sangat dicintai Allah S.W.T adalah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar.

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Tidak ada ibadah yang dilakukan hamba-Ku yang lebih Aku cintai melebihi ibadah yang Aku wajibkan. Ada hamba-Ku yang sering beribadah kepada-Ku dengan amalan sunah, sampai Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka …jika dia meminta-Ku, pasti Aku berikan dan jika minta perlindungan kepada-KU, pasti Aku lindungi..” (HR. Bukhari)

12. Hindari memohon doa kepada keburukan 

Memohon doa kepada perkara yang baik sahaja. Jauhi dari memohon doa yang memburukkan.

Dari Jabir R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Janganlah kalian mendoakan keburukan untuk diri kalian, jangan mendoakan keburukan untuk anak kalian, jangan mendoakan keburukan untuk pembantu kalian, jangan mendoakan keburukan untuk harta kalian. Bisa jadi ketika seorang hamba berdoa kepada Allah bertepatan dengan waktu mustajab, pasti Allah kabulkan.” (HR. Abu Daud)

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Doa para hamba akan senantiasa dikabulkan, selama tidak berdoa yang isinya dosa atau memutus silaturrahim.” (HR. Muslim dan Abu Daud)

13. Menghindari makanan dan harta yang haram

Memakan makanan yang haram adalah salah satu sebab mengapa doa tidak dimakbulkan.

Dari Abu Hurairah R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyib (baik). Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya, ‘Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’. Dan Allah juga berfirman, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu’. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang seroang laki-laki yang telah lama berjalan karena jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo’a, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku’. Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan mengabulkan do’anya?” (HR. Muslim)

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Khusyuk Dalam Solat

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Ramai diantara kita yang mencari-cari bagaimana untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat.

Pelbagai teknik dan panduan untuk mendapatkan khusyuk semasa solat. Tambahan pula di bulan yang mulia ini pastinya kita semua ingin mendapat kekhusyukan semas solat.

Begitu juga dengan diri TPK. Teringat TPK ketika belajar dulu dan banyak ceramah yang TPK dengar memberitahu bahawa salah satu cara untuk mendapatkan kekhusyukan semasa solat adalah dengan mengetahui maksud bacaan yang kita sedang baca semasa solat.

Perkara ini sangat membantu kita untuk lebih khusyuk dan memberi perhatian semasa solat.

Oleh itu, TPK kongsikan salah satu bacaan wajib yang perlu dibaca semasa solat iaiti Al-Fatihah.

Gambar yang TPK kongsikan boleh anda gunakan untuk mengetahui maksud bacaan Al-Fatihah.

Semoga perkongsian TPK ini memberi manfaat kepada anda semua.

p/s: Belum mendapatkan panduan perniagaan raya…dapatkannya di http://www.bisnesraya.com/hop.php?ref=mohdyazed

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu semua ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Wordless Wednesday

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu semua ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Masih belum terlambat untuk TPK ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca. Semoga kehadiran bulan mulia pada kali ini memberi anda lebih manfaat dan ganjaran.

Rebutlah seberapa ganjaran yang dijanjikan kerana ganjaran ini hanya boleh di dapati pada bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Panduan IbuBapa, Prihatin

7 Sifat Sombong Yang Perlu Dijauhi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Perasaan sombong adalah merupakan salah satu sifat yang perlu dijauhi oleh semua orang. Sesungguhnya mereka yang mempunyai sifat sombong ini akan dilaknat oleh Yang Maha Esa.

TPK kongsikan 7 sifat sombong yang perlu kita jauhi.

1. Sombong Dengan Ilmu Yang Ada

Manusia boleh menjadi sombong dengan ilmu pengetahuan yang dia ada. Tidak kira ilmu berkenaan dengan perihal dunia ataupun ilmu mengenai perihal akhirat.

Manusia yang sombong ini kebiasaannya akan merasa bongkak dan riak dengan ilmu yang ada. Setiap ilmu yang diketahui tidak akan dikongsikan bersama malah perasaan menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang ada.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa’. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong Dengan Kelebihan Ibadah Yang Dilakukan.

Merasakan diri sudah cukup beribadah dan orang lain tidak mampu melakukan ibadah seperti yang dilakukan adalah dianggap sombong.

Hakikatnya mereka ini telah termakan dengan tipu daya syaitan yang menggoda untuk berasa seperti yang dirasakan.

Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya..”

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

3. Sombong Dengan Keturunan Sendiri

Masing-masing manusia mempunyai keturunannya sendiri. Tidak terlepas terdapat mereka yang berbangga dengan keturunan mereka.

Mereka akan bermegah-megah dengan keturunan mereka hinggakan orang lain patut menghormati mereka dengan keturunan mereka.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT:

 

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

4. Sombong Dengan Paras Rupa Yang Dimiliki

Merendah-rendahkan rupa paras orang lain dan membangga diri dengan rupa paras sendiri juga dianggap sombong.

Perkara ini seringkali terjadi dikalangan kita, rakan-rakan atau sedara mara. Memang niat kita adalah untuk bergurau tetapi ianya dianggap sombong dengan menghina rupa paras orang lain.

5. Sombong Dengan Harta Yang Dimiliki

Sombong dengan harta yang dimiliki sememangnya terjadi disekeliling kita. Tidak kira samaada harta yang dimiliki banyak ataupun tidak.

Harta ini boleh di dalam pelbagai bentuk samaada rumah, kenderaan, peralatan elektronik dan sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT :

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

6. Sombong Dengan Kekuatan dan Kegagahan Diri

Kekuatan dan kegagahan dalam diri bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau dibanggakan. Kelebihan yang dimiliki adalah untuk membantu mereka yang lemah.

Hakikatnya perkara ini berbeza dari matlamat anugerah ini diberikan. Mereka membantu yang lemah tetapi bantuan yang diberikan adalah untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk.

FIRMAN ALLAH SWT :

 

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

7. Sombong Dengan Pengikut Yang Ramai

Pekara ini sering terjadi dan selalu dapat kita lihat disekeliling kita. Ramai yang bangga dan sombong dengan pengikut yang ramai hingga lupa bahawa pengikut yang ramai itu adalah untuk membantu dan bekerjasama kearah yang lebih baik.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan kita sentiasa mengingati satu sama lain.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu semua ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Panduan IbuBapa

Cara Untuk Menjadi Insan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap orang pasti ingin menjadi insan yang lebih baik tetapi ramai diantara kita yang tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menjadi insan yang lebih baik.

Lelaki pasti mengimpikan untuk memiliki perempuan yang baik dan begitu perempuan juga mengimpikan lelaki yang baik.

Disini TPK ingin kongsikan cara yang boleh anda lakukan untuk menjadi insan yang lebih baik.

1. Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik dan Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik

Janji Allah itu pasti. Setiap mereka yang baik pasti akan ditemukan dengan pasangan yang baik dan mereka yang buruk akan dipasangkan dengan mereka yang buruk. Namun begitu, terdapat juga mereka yang baik dipasangkan dengan mereka yang buruk. Ini adalah dugaan dan supaya mereka boleh membimbing yang buruk kearah yang lebih baik.

2. Muhasabah Diri

Melihat kembali diri sendiri dan merenung kembali kelakuan yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Ini akan memberikan kita ruang dan masa untuk berfikir dan memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan. Setelah kita ketahui betapa banyaknya kesilapan yang telah kita lakukan maka mohonlah keampunan kepada Yang Maha Esa.

3. Memafkan Adalah Lebih Baik Dari Bermusuhan

Memaafkan mereka yang telah melakukan kesalahan kepada diri kita adalah lebih baik dari kita bermusuhan. Padamkan di dalam diri kesalahan yang telah dilakukan kerana jika dipendam ianya akan menjadi dendam dan sukar untuk dimaafkan. Biarlah orang lain ingin buat apa sahaja kepada kita dan janganlah kita membalasnya. Setiap perbuatan jahat yang dilakukan pasti ada balasannya di kemudian hari.

4. Berdiam Lebih Baik Dari Berkata-kata

Berdiam adalah satu tindakan yang lebih baik kerana pepatah ada mengatakah “tiada yang lebih tajam dari mata pisau selain lidah manusia”. Perkara ini diakui oleh ramai pihak kerana apabila lidah berkata-kata ianya boleh menyebabkan hati terluka dan akhirnya mengakibatkan perasaan dendam timbul dan juga permusuhan sesama manusia.

Cara mudah untuk menewaskan musuh anda adalah dengan berdiam diri dan memberikan senyuman.

5. Berfikiran lebih positif

Sekiranya anda sentiasa berfikiran positif maka ianya akan menghindarkan diri dari semua perkara negatif dan kita semua akan sentiasa bersangka baik.

6. Sentiasa menghargai masa

Masa yang ada digunakan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghargai masa yang ada. Sesungguhnya masa yang berlalu itu tidak boleh berpatah balik.

7. Sentiasa menghormati orang

Hormat-menghormati adalah perkara yang dituntut untuk kita lakukan. Bukan sahaja perlu menghormati kepada orang yang lebih tua tetapi juga sesama makhluk lain. Selain dari orang yang lebih tua, hormat menghormati kepada kedua ibubapa adalah perkara yang sangat dituntut.

8. Sentiasa menjaga hubungan dengan Pencipta

Menjaga solat adalah salah satu cara bagaimana untuk anda menjaga hubungan dengan Pencipta (Allah S.W.T). Dalam usaha kita untuk mencari rezeki dan kemewahan di dunia sesungguhnya jangan lupa akan tuntutan dan perintah-Nya

Semoga perkongsian TPK kali ini memberi anda manfaat dan sedikit ilmu.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam