Loading
Kemalangan

Penuntut Maut Dikelar – Mana Satu Berita Yang Sahih

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Mungkin diantara kita telah mengetahui mengenai penuntut yang maut dikelar di kilometer 228.2 lebuhraya Utara-Selatan.

Berita ini telah menjadi ‘viral’ di media sosial. TPK disini tidak mahu menceritakan mengenai kes tersebut tetapi TPK ingin menarik perhatian anda semua ke satu sudut yang lain iaitu

MANA SATU BERITA YANG SAHIH??

Terlalu banyak medium untuk menyampaikan maklumat sekarang ini tetapi medium mana yang betul-betul boleh dipercayai dan benar belaka.

TPK ingin anda semua baca, faham dan menilai akan berita yang disampaikan oleh media terkemuka negara.

Pelajar IPT maut disyaki dikelar teman lelaki

Pelajar perempuan IPT maut dikelar teman lelaki

Penuntut maut dikelar teman lelaki

TPK berikan sedikit contoh untuk tatapan semua. Di atas adalah antara berita yang menceritakan perkara yang sama tetapi diceritakan semula dengan cara yang berbeza.

Penceritaan ini adalah untuk menarik lebih ramai orang untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Tidak ketinggalan juga, blog-blog juga turut mencerita perkara yang sama tetapi diolah dengan pemahaman yang berbeza-beza.

Apa yang TPK ingin menarik perhatian anda semua adalah, berita yang mana satu mencerita perkara yang benar dan sahih??

Itu persoalan yang perlu anda cari dan kaji disebalik entri ini sebenarnya.

Masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri. Media elektronik memaparkan cerita yang mereka ketahui berdasarkan dari hasil siasatan yang mereka terima, berdasarkan dari siasatan dan temubual bersama pihak berkuasa.

Walauapapun, ianya berbalik kepada kita semua untuk menilai dan mendapatkan berita yang sebenar dan memastikan berita yang disampaikan itu benar dan sahih.

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan bahawa cerita yang disebarkan itu sahih.

Semoga perkongsian TPK pada kali ini boleh membantu dan memberi anda sedikit ilmu yang berguna.

p/s: Salam Takziah kepada keluarga mangsa dan TPK mendoakan agar roh arwah akan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman…AL-FATIHAH

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kemalangan, Kesihatan, Panduan IbuBapa

Rawatan Awal Kecederaan Buku Lali / Pergelangan Kaki

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entri kali ini berbeza sedikit dengan entri sebelum-sebelum ini. TPK akan kongsikan sedikit info mengenai rawatan awal kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Setiap orang pasti tidak lari dengan kecederaan. Tidak kira kecederaan apa sekali pun. Untuk kali ini, TPK akan tumpukan pada kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Kecedaraan ini biasanya mudah dialami kepada mereka yang gemar dengan aktiviti sukan. Ianya juga boleh juga dialami kepada mereka yang tidak juga terlibat dengan aktiviti sukan.

Bagaimana ianya boleh terjadi??

1. Kurang latihan hingga menyebabkan kecederaan mudah terjadi

2. Keadaan permukaan jalan yang tidak serata

3. Kecuaian kita semasa berjalan atau berlari.

Itu adalah antara punca yang biasa kita dengar mengenai kecederaan buku lali / pergelengan kaki

Jika dilihat dari aspek fisioterapi atau sains sukan punca kecederaan buku lali / pergelangan kaki adalah:

1. Kecederaan ligamen yang menyambung tulang antara satu sama lain

2. Kecederaan pada ligamen yang seterusnya membawa kepada bengkak, lebam dan koyak. Menjadikan sukar untuk menanggung berat badan pada sendi.

3. Kerosakkan atau bengkak pada tendon (penyambung otot ke tulang) atau rawan (kusyen sendi)

4. Jangkitan pada sendi buku lali / pergelangan kaki

Cara Rawatan:

1. Letakkan Ais

Apabila anda terkena kecederaan buku lali / pergelangan kaki, perkara pertama yang penting adalah meletakkan ais batu pada tempat yang cedera.

Ianya adalah berperanan untuk mengurangkan bengkak dan kebiasaannya pada tempat kecederaan akan berlaku banyak aktiviti peredaran darah.

Di ingatkan supaya tidak meletakkan minyak panas atau terus urut kaki.

Tempoh masa yang perlu dilakukan adalah selama 3 hari. Letak ais ini selama 10 – 15 minit dan kemudian rehatkan dulu tempat yang cedera. Kemudian letak semula ais tersebut sekerap yang mungkin.

2. Kurangkan Pergerakan

Kurangkan pergerakan dan beban pada tempat yang cedera. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan.

3. Membalut buku lali / pergelangan kaki

Membalut tempat yang cedera juga adalah merupakan salah satu rawatan awal yang perlu dilakukan. Ianya dapat membantu dalam mengurangkan pergerakan hingga mengakibatkan kecederaan semakin teruk.

4. Letakkan bantal di tempat cedera ketika duduk atau baring 

Ini adalah untuk memastikan kecederaan yang dialami dapat dipulihkan dengan cepat.

5. Dapat rawatan susulan di hospital

Setelah rawatan awal dilakukan dan ianya masih tidak berkurangan, mohon terus rujuk kepada hospital untuk mendapat rawatan susulan.

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit idea dan ilmu kepada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kemalangan

Pelakon Utama FAST & FURIOUS Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Tengahhari tadi kecoh dimedia sosial mengenai kematian hero cerita fast & furios ini. Tidak kurang di forum-forum yang memberitahu akan kematian hero kegilaan ramai ini.

Dalam usia 40-an pelakon fast & furious ini maut dalam kemalangan jalan raya. Mungkin ramai yang tidak boleh menerima dengan pemergian pelakon ini kerana mereka menunggu kemunculan filem terbaru fast & furious 7. TPK difahamkan bahawa filem ini masih di dalam pembikinan dan pastinya jalan ceritanya akan bertukar dengan perginya hero kesayangan ramai ini.

Pastinya media antarabangsa akan menayangkan semula semua filem hebat lakonan pelakon ini.

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker 40, dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California pukul 3.30pm waktu tempatan. 

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu. kenderaan yang dinaikinya dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup. 

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina. 

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.  

Difahamkan penggambaran filem  Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.

head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kemalangan

Dua maut pesawat kecil terhempas di barat Caribbean

Dua orang terbunuh apabila sebuah kapal terbang kecil terhempas di daerah terpencil barat Caribbean.
Pegawai Pejabat Perlindungan Awam Haiti, Sylvera Guillaume, berkata pesawat itu terhempas berhampiran bandar pantai Jeremie lewat tengah malam tadi.

Beliau berkata, identiti dua mangsa itu masih belum dikenalpasti berikutan teruk terbakar. – AP

Kemalangan

Mayat ditemui dalam runtuhan jambatan di P.Pinang

 

BATU MAUNG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

“Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya,” kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.

 

 

 

 

 

Sumber: mytrueinfo.net

Kemalangan

MATI KETIKA MELAKUKAN AKSI PARKOUR

Pada 6 Aprilvyang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai.

Kemalangan

Rumah Penyembunyian Al Capone, Gangster Paling Digeruni USA di Kanada

Siapa tak kenal Al Capone? Dia adalah gangster yang paling digeruni dan menjadi orang yang paling di’wanted’ pada tahun 40-an. Rumah persembunyian ini yang terletak di Quadeville, Ontario




Kemalangan

Mayat lelaki tanpa kepala ditemui

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan itu.

“Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan reput. Kepalanya sudah tiada dan bahagian kaki serta tangannya tidak sempurna.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan. Ketika ditemui dia hanya memakai sehelai kain tanpa baju,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dipercayai beradadi dalam sungai lebih kurang 10 hari sebelum ditemui berdasarkan keadaannya yang sudah reput dan berulat.

Hamdan berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan keputusannya hanya diketahui selepas menerima laporan bedah siasat.

“Sehingga kini kita masih belum mendapat petunjuk sama ada mayat yang dijumpai mempunyai kaitan dengan kepala tanpa badan milik warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di kuil di Ladang Coronation, 20 Mac lalu.

“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan diminta menghubungi polis dan datang ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pengecaman,” katanya.

Kemalangan

Nahas motosikal kuasa tinggi

jenazah

REMBAU – “Saya mula berasa tidak sedap hati apabila melihat abang secara tiba-tiba menghidupkan motosikal Ducati Master 800cc milik saya dan berlalu pergi tanpa sempat bertanyakan kepadanya,” kata Zainal Abas, 39, adik mangsa kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kundur – Pedas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Abdullah Abas, 57, yang pertama kali menunggang motosikal itu maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhampiran persimpangan Taman Pedas Indah, dekat sini.

Zainal berkata, sekitar 3.30 petang, dia berbual seperti biasa dengan abangnya yang baru pulang dari menghadiri kenduri kahwin di kampung berdekatan.

“Memang rutin saya pulang ke kampung setiap minggu bagi menjenguk orang tua tetapi tidak menjangka abang akan keluar dari rumah membawa motosikal yang dibeli sejak Ogos tahun lalu.

“Melalui panggilan daripada salah seorang adik beradik kami, pada mulanya saya dimaklumkan abang hanya patah kaki. Namun, apabila sampai di lokasi kejadian, badan abang sudah pun ditutup dengan kain,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tampin (HT), di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, arwah abangnya tinggal bersama ibunya, Dara Buyong, 78, di Kampung Batu 3, Pedas selepas berpisah dengan isterinya dan mempunyai lima anak berusia 14 hingga 23 tahun.

“Arwah sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej Komuniti (KK) Rembau,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah sama iaitu Kundur bergesel sebaik tiba di lokasi kejadian dan berlaku pelanggaran.

“Mangsa yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HT untuk proses bedah siasat. Sementara, pemandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.-SH

Kemalangan

Terduduk atas arus elektrik

Foto

Klang: Sikap individu tidak bertanggungjawab mencuri penutup kotak pembekal elektrik (link box) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah (SMKTIS), Kapar, di sini, membawa padah apabila seorang pelajar lelaki maut terkena renjatan elektrik.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa, Mohd Amirul Shafiq Halim, 15, dikatakan duduk di atas kotak pembekal elektrik berkuasa 33 kilovolt (kV) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama tujuh rakan yang lain.
Bagaimanapun, tiba-tiba dia terkena renjatan arus elektrik yang mengalir dari kotak itu sebelum terpelanting dan tidak sedarkan diri.

Saksi, M Ganisan, 55, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan rondaan rutin di kawasan luar sekolah bagi memantau keadaan keselamatan pelajar.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar kekecohan di kalangan pelajar sebelum bergegas meninjau apa berlaku.

 

Kemalangan

Detik-detik belon udara panas meletup

KAHERAH – Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.

Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.

Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.

Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.

Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.

“Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon,” kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.

Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. – Agensi

Kemalangan, Masalah Sosial, Sosial

Bukti Melalui Telur Lalat

Johor Bahru: Seorang buruh kontrak mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam, berhubung kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, Mac tahun lalu.
Semalam, Muidin Maidin, 26, mengaku tidak bersalah, tetapi mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan kepadanya di depan Hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Muidin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Nurul Nadirah, 5, di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam antara jam 11.30 pagi, 1 Mac 2012 dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Mohamad Abd Kadir.

Umar Saifuddin berkata perbicaraan dijangka empat hari sehingga Khamis ini membabitkan beberapa saksi awam dan saksi polis.

Menurutnya, pihak pendakwaan akan memanggil beberapa saksi, termasuk ibu mangsa, Roselyn Alan, nenek Dirang, Milnah Jul serta Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori, yang melakukan bedah siasat. “Keterangan saksi pakar ini akan membuktikan melalui penemuan fungal dan telur lalat pada mayat si mati mengesahkan si mati sudah mati pada 2 Mac 2012 atau lebih awal dari tarikh itu,” katanya. Nurul Nadirah dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu selepas keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Kematiannya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui pada 8 Mac di ladang sawit di Nusa Damai, Masai.

Tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada hari Dirang dilaporkan hilang serta bapa kandung kanak-kanak berkenaan, Handry Yongot, 30-an, turut ditahan bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun pada 16 Mac tahun lalu, Handry disahkan tiada kaitan dengan pembunuhan itu. Pada 26 Mac tahun lalu, Muidin dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak-kanak itu.

Umar Saifuddin berkata, pendakwaan akan memanggil Pegawai Sains Adrienne Reeza Alwi yang menganalisis tulang mangsa dan membuat perbandingan DNA dengan darah Roselyn.

Prosiding semalam memanggil Roselyn, Milnah, serta tiga jurugambar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

Dalam Malaysia, Kemalangan

Belasah kerana cemburu

K Manoharan

KUALA TERENGGANU – Dek kerana cemburu buta, seorang buruh bertindak seperti dirasuk selepas menyerang seorang lelaki menggunakan kunci tambahan kereta dan kayu kerana berang mangsa datang bertemu teman wanitanya.

Kejadian berlaku di Kampung Bukit Cherana, Marang, Khamis lalu.

Bagaimanapun, suspek, 22, yang berjaya menyembunyikan diri hampir seminggu selepas kejadian, berjaya ditahan di kediamannya di Kampung Gemuruh, Bukit Payong, Marang, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Selain itu, turut ditahan adalah abang ipar kepada teman wanitanya itu, 30, yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian berkenaan di kediamannya di Kampung Bukit Cherana, Marang, kira-kira jam 1.15 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, mangsa, 20-an, dikatakan telah membuat temu janji dengan teman wanita suspek di sebuah kawasan di kampung itu.

“Namun, setibanya di tempat dijanjikan itu, secara tiba-tiba dua suspek ini muncul sebelum memukul mangsa menggunakan kunci tambahan kereta dan kayu.

“Ekoran perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, manakala kedua-dua suspek terus melarikan diri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Manoharan berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah bermotifkan cemburu dan dua suspek itu kini direman untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Pada masa sama, jelasnya, barang kes iaitu kunci tambahan kereta yang dipercayai digunakan untuk membelasah mangsa turut dirampas.

Kemalangan

Susulan kemalangan bas: Penumpang terpaksa melangkah tangan mayat

Susulan kemalangan bas: Penumpang terpaksa melangkah tangan mayat

Susulan kemalangan bas: Penumpang terpaksa melangkah tangan mayat

HULU SELANGOR – “Ya ALLAH.. ALLAHU AKBAR.. itu saja yang saya ungkapkan berulang kali sebaik mendengar bunyi seretan bas yang bergesel dengan besi pembahagi jalan sampailah saya lihat besi menembusi bas dan menghimpit penumpang di depan saya,” kata Sutirah Miswari, 47, menceritakan detik cemas kemalangan menimpa bas ekspres yang dinaiki awal pagi semalam.

Tiga maut dan seorang parah apabila sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuh raya di Kilometer 420 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Ipoh, dekat Bukit Tagar, Hulu Selangor jam 3.10 pagi semalam.

Menurut Sutirah, sebaik bas terhenti dia terus mencari jalan keluar dan terpaksa melangkah tangan mayat salah seorang penumpang yang duduk di depannya sambil meminta tolong.

Menurutnya, dia juga terpaksa merangkak di bawah lekukan besi untuk menyelamatkan diri melalui pintu depan bas.

“Sambil mengucap saya menendang pintu bas dan terus keluar meminta pertolongan sebab saya takut bas terbakar.

“Lepas itu penumpang-penumpang lain turun menyelamatkan diri sampailah ada orang selamatkan kami semua,” katanya.

Sutirah, warga Indonesia berkata, dia bersama 16 penumpang lain dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Menurutnya, bas ekspres yang terbabit kemalangan itu merupakan bas kedua yang mereka naiki selepas ditukar di Kuala Lumpur.

“Sepatutnya, perjalanan kami ke Sungai Nibong hanya menaiki satu bas tetapi kami diarahkan menaiki bas lain ketika tiba di Kuala Lumpur sebab bas itu hanya sampai di Butterworth.

“Jadi, kami tiada pilihan dan pemandu juga bertukar orang. Kemudian, tidak sampai sejam perjalanan kami kemalangan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, bas yang dalam perjalanan daripada Skudai, Johor ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Zamri Abd Rani, 42, yang berasal daripada Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah dan Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, daripada Simpang Renggam, Johor, manakala mangsa wanita dikenal pasti sebagai Intan Berliana Hutagalung, 34, berasal dari Bandung, Indonesia.

Komander Operasi, Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsul Majidi Hassan berkata, dua penumpang bas yang maut tersepit di tempat duduk penumpang akibat terkena besi pembahagi lebuh raya yang menembusi ruang dalam bas, manakala seorang lagi tercampak keluar melalui cermin depan.

Dalam pada itu, seorang lagi penumpang, Elaina Tan, 40, berkata, sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hatinya tidak tenang kerana pemandu gantian itu dikatakan memandu laju.

Menurutnya, ketika hampir di lokasi kejadian bas terbabit dikatakan terhuyung-hayang sebelum terbabas.

“Saya tidak boleh tenang dan berdoa sepanjang perjalanan sebab pemandu bawa terlalu laju.

“Penumpang di hadapan beritahu, dia nampak pemandu bas sedang berbual dalam telefon sebelum kejadian itu,” katanya yang mahu pulang melawat mendiang neneknya di Ipoh.

Elaina seorang pekerja hotel di Johor berkata, sepanjang perjalanan daripada Skudai keadaan pemanduan selamat, namun selepas diambil alih pemandu gantian tiba-tiba hatinya tidak tenang sehinggalah insiden ngeri itu berlaku.

Budi Prastio, 29, pula berkata, kematian tiga penumpang bas itu sangat ngeri kerana tersepit dan perut terburai.

Dia yang baru sampai ke Malaysia bersyukur kerana terselamat daripada kemalangan tersebut.

Kemalangan

Muka ditusuk payung

London: Seorang wanita yang mabuk bernasib baik selepas terjatuh ke atas payung sejurus selepas pulang dari berfoya-foya, lapor media semalam.
Jessica Yates dilaporkan terlalu mabuk dan secara tidak sengaja terjatuh dari katil hotel dan mukanya tercucuk dawai rangka payung yang baru digunakan.

Disebabkan payung itu tidak ditutup dengan betul, dawainya yang terbuka kemudian menusuk gusi dan tembus ke mulut.

Bagaimanapun, Jessica, 22, dari Solihull, West Midlands, mengakui dia terlalu mabuk ketika itu dan tidak dapat merasai kesakitan itu pada peringkat awal. Rakan Jessica, Laura Sullivan, menghubungi talian kecemasan selepas mendapati kecederaan itu serius dan terlalu berbahaya untuk ditarik sendiri.

Jessica kemudian dibawa berjumpa dengan anggota paramedik dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan payung itu masih tergantung di mukanya.

Kata Jessica, di hospital, pegawai perubatan memotong patung berkenaan dan membiarkan kira-kira 15 sentimeter dawai itu masih tercucuk ke mulutnya.

Dia kemudian dibawa ke hospital kedua dan diberi ubat pelali sebelum membolehkan pembedahan untuk membuang dawai berkenaan dijalankan.

Pengurus kedai kasut itu dibenarkan pulang keesokan harinya dengan beberapa jahitan berserta cebisan payung itu yang masih kekal di gusinya.

Kata Jessica, kemalangan itu berlaku ketika dia dan beberapa kawan berkongsi bilik di Watford selepas puas berpesta.

“Kami menghabiskan malam dengan minum di bar tempatan dan pulang berpayung kerana hujan jam 2 pagi,” katanya. Ketika tiba di bilik, kata Jessica, dia mencampakkan payung kecil itu ke lantai dan tidak menyedari ia dibiarkan dalam keadaan terbalik. – Daily Mail