Loading
Kesihatan, Panduan IbuBapa

10 Kebaikan Minum Kopi Pada Kesihatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Memandangkan hari ini adalah hari kopi antarabangsa maka TPK kongsikan kebaikan minum kopi.

Read More

Kesihatan, Panduan IbuBapa

Cara-cara Mencegah Penyakit Jantung

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

“Mencegah lebih baik dari mengubati”..itulah istilah atau pepatah yang sering kita dengar. Tidak kira di kaca televisyen, buku, perbualan rakan sekerja, perbualan cikgu di sekolah dan dimana-mana sahaja.

Tetapi sejauh mana kita memahami akan maksud pepatah atau istilah tersebut?? Read More

Kesihatan

Panas dan Air

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

sukatan air dalam badan

Sekarang ini ramai yang telah mengetahui akan fenomena yang melanda negara ini iaitu tahap kepanasan yang melampau.

Perubahan iklim ini terjadi mengakibatkan sesetengah tempat mengalami cuaca panas yang tinggi dan ada sesetengah tempat yang hujan.

Kita semua maklum bahawa setiap dari kita perlu banyak minum air untuk kesihatan badan. Bukan apabila musim panas ini melanda negara sahaja tetapi sepanjang masa kita perlu minum air dengan banyak.

Jika sebelum ini kita hanya maklum bahawa seeloknya kita minum sebanyak 2 litter air atau 8 gelas tetapi dengan perubahan cuaca yang melanda ini kita perlu menggandakan jumlah minuman air yang perlu ada dalam badan.

Perkara ini bukan sahaja untuk mereka yang bekerja diluar kawasan bangunan tetapi juga untuk kita yang bekerja di dalam bangunan juga perlu banyak minum air.

Elakkan untuk terlibat dengan aktiviti diluar bangunan.

Semoga perkongsian pada kali ini membantu anda sekalian.

p/s: ramai yang berjaya menjadi usahawan dengan menggunakan telefon sahaja. Anda juga boleh cuba dan menjadi usahawan. Anda hanya perlu join group Teknik Perniagaan Komunikasi.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan, Motivasi, Panduan IbuBapa

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan, Panduan IbuBapa

Khasiat Buah-Buahan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setiap orang pasti ada buah-buahan yang diminati dan disukai. Setiap buah-buahan mempunyai khasiatnya sendiri.

Setiap buah-buahan ini juga mempunyai khasiatnya yang tersediri. Tiada buah-buahan yang tiada khasiatnya cuma khasiatnya banyak atau sedikit sahaja.

Apabila kita bercakap dengan buah barli pasti ianya bersangkut paut dengan mereka yang terkena demam ataupun sakit tekak. Sebenarnya buah barli ini adalah merupakan buah yang sesuai untuk menyejukkan badan dan sesuai untuk mereka yang terkena demam.

Buah kurma akan laris jualannya pada tiba Bulan Ramadan tetapi hakikatnya buah kurma ini merupakan buah yang sangat elok dimakan. Selain dari itu, buah kurma juga merupakan sumber yang boleh memberikan tenaga. Sesuai untuk mereka yang bersukan.

image

Anggur dan madu juga adalah merupakan buah-buahan yang menjadi pilihan oleh Rasulullah S.A.W sebagai salah satu buah-buahan yang elok dimakan. Dengan khasiatnya yang banyak, ianya juga membawa kebaikan dan menjaga kesihatan.

Perkongsian TPK kali ini ringkas tetapi ianya sangat sesuai untuk anda semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan berguna pada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan, Panduan IbuBapa

6 Cara Kurangkan Pengambilan Gula

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Jika dilihat gambar di atas pasti anda terkejut dengan kandungan gula yang terdapat dalam minuman yang kita minum hampir setiap hari.

Sebelum ini anda hanya mengetahui kuantiti gula yang terdapat di dalam minuman tersebut tetapi kali ini TPK berikan gambar gula dalam bentuk kiub yang mana ianya lebih mudah untuk anda buat pengukuran sendiri kandungan gula di dalam minuman ini.

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat gemarkan akan minuman manis dan ramai juga yang berpenyakit akibat dari faktor pemakanan yang diambil.

Ramai yang tidak boleh meninggalkan minuman manis dalam pemakanan harian. Oleh itu, disini TPK ingin kongsikan 6 cara anda boleh kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

1. Hindarkan Godaan Makanan Bergula

Utamakan makanan yang lebih berkhasiat seperti hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Jangan terlalu mengikut nafsu makan sehingga kain, seluar atau pakaian anda terasa ketat.

2. Banyakkam Minum Air Kosong

Untuk mendapat badan yang sihat dan pemakanan yang sihat adalah memperbanyakkan minum air kosong.

Badan manusia memerlukan air kosong yang banyak. Apabila badan anda mendapat air yang cukup ianya akan mencegah keinginan untuk menikmati hidangan bergula lain atau makanan yang lain.

Oleh itu, TPK nasihatkan agar anda banyakkan minum air kosong.

3. Ambil ‘Supplement’

Pengambilan ‘supplement’ adalah antara yang membantu dalam mengurangkan pengambilan gula. Vitamin C adalah antara supplement yang boleh membantu mengawal pengambilan makanan bergula.

Vitamin C semulajadi boleh ditemui pada buah oren dan buah kiwi. Selian itu, sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin dan protein ikan dan daging boleh mengatur tahap gula dalam darah kerana ianya mengandungi magnesium

4. Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit Tetapi Kerap

Waktu pemakanan yang teratur akan memberi tenaga pada tubuh sepanjang hari dan mengatur tahap gula dalam darah.

Pilih makanan yang tinggi kandungan serat kerana ianya boleh melambatkan gula masuk ke dalam aliran darah.

5. Pilih Makanan Daripada Bahan Pemanis Semulajadi

Pemanis yang TPK maksudkan disini adalah seperti madu atau tumbuhan lain yang manis. Pemanis semulajadi ini merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses.

Pemanis semulajadi mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingakn dengan gula biasa.

6. Jaga Keseimbangan Hormon Badan

Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi boleh menyebabkan kadar insulin dalam badan naik kerana makanan ini cepat diubah menjadi gula dalam darah.

Oleh itu, pola pemakanan perlu seimbang bagi menghalang penyerapan karbohidrat di dalam aliran darah.

Diharap perkongsian TPK ini memberi sedikit panduan kepada anda semua untuk mengurangkan pengambilan gula dan mendapat tubuh yang sihat.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Islamic, Kesihatan, Panduan IbuBapa

Cara Mengusir Jin dan Saka

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Saka adalah jin yang berada di dalam tubuh manusia sekian lama da sebati dengan diri manusia tersebut. Hal ini boleh terjadi samaada disedari atau tidak disedari. Kebanyakan saka ini diterima dari keturunan yang mengamalkan ilmu-ilmu sihir.

image

Ilmu-ilmu sihir ini mungkin tidak diamalkan sehingga kini tetapi ianya mencari keturunannya mengikut kesukaannya tanpa diketahui oleh empunya badan.

Memang sukar untuk mengusir jin yang telah berada di dalam badan manusia yang dikenali sebagai saka. Ianya boleh diusir tetapi jin tersebut tetap akan mencari tuan punya badan untuk bersama.

Namun bergitu dengan usaha yang berterusan sakan ini boleh dikeluarkan atau diusir dari badan tuannya.

1. Isikan air penuh dalam satu bekas (untuk dijadikan air minuman)

2. Baca ayat-ayat berikut selepas solat subuh

2.1 Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7)

2.2 Surah Al-Baqarah (Ayat 255 – ayat kursi)

2.3 Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)

Setelah selesai minum air bacaan ini dan niatkan pada diri semoga dilindungi dan mengusir segala kejahatan (jin) yang berada di dalam badan.

Usaha yang berterusan ini tanpa putus asa, In Sha Allah akan dimakbulkan segala yang didoa dan apa yang dimohon.

Proses ini bukan boleh selesai dalam masa yang singkat. Ianya memakan masa yang lama dan usaha berterusan perlu dilakukan.

Apabila anda minum air ini, dengan izin Allah..Jin(saka) yang berada di dalam badan akan merasa kepanasan dan terbakar.

Setelah anda meminum air ini, anda akan dapat rasakan seluruh anggota menjadi panas terutama di bahagian tengkuk. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan di atas usaha yang dilakukan dengan izin Allah.

Sumber

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan, Panduan IbuBapa

Kebaikan dan Keburukan Antibiotik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Apabila kita mendapat sakit dan berjumpa dengan doktor pasti doktor akan memberikan salah satu ubat untuk memulihkan sakit kita tu adalah antibiotik.

Jika kita telah biasa berjumpa dengan doktor pasti kita juga akan meminta doktor untuk memberikan antibiotik bagi memulihkan sakit kita itu.

Ramai diantara kita yang tahu bahawa antibiotik mempunyai kebaikan untuk mempercepatkan proses pemulihan dari sakit tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa antibiotik juga mempunyai keburukannya.

Antibiotik adalah sejenis kulat yang boleh membunuh pelbagai jenis bakteria punca kita mendapat sakit. Kulat ini dikenali sebagai “penicilin”.

Anda perlu faham bahawa kulat ini membunuh bakteria dan bukan virus. Penyakit yang berpunca dari virus kebiasaannya akan hilang secara sendiri selepas 7-14 hari tanpa pengambilan antibiotik.

Penyakit yang berpunca dari virus dan biasa menyerang kita adalah batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus.

Penyakit virus yang dimaksudkan oleh TPK adalah denggi. Penyakit denggi ini tidak boleh diubati tetapi boleh pulih dengan sendirinya selepas 10 hari. Walaubagaimanapun, rawatan lain perlu dilakukan seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet darah.

Berhati-hati Mengambil Antibiotik

1. Alahan

Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan yang berpunca dari antibiotik ini boleh mengakibatkan timbul ruam di seluruh badan atau kulit melecur atau sesak nafas.

Pastikan anda yang mempunyai alahan ini memberitahu pada doktor yang anda mempunyai alahan pada antibiotik. Ianya boleh membantu dari anda mendapat penyakit lain yang berpunca dari antibiotik.

2. Kesan Sampingan Kecil

Pengambilan antibiotik boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan kecil lain seperti pening, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

3. Bom Nuklear

Antibiaotik adalah sebagai bom nuklear di mana apabila kita mengambil antibitotik ianya akan membunuh bakteria jahat dan dalam masa yang sama ianya juga akan membunuh bakteria baik yang terdapat di dalam badan kita.

Bukan semua bakteria yang terdapat di dalam badan kita ini jahat dan memudaratkan tetapi terdapat bakteria yang membantu dalam pertumbuhan kita.

Antibiotik tidak akan berkesan sekiranya diambil secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Bakteria punca kepada penyakit akan membina mutasi baru dan antibiotik yang diambil tidak akan memberi kesan yang baik.

Semoga perkongsian ini memberi anda sedikit maklumat yang berguna yang boleh anda gunakan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kemalangan, Kesihatan, Panduan IbuBapa

Rawatan Awal Kecederaan Buku Lali / Pergelangan Kaki

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entri kali ini berbeza sedikit dengan entri sebelum-sebelum ini. TPK akan kongsikan sedikit info mengenai rawatan awal kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Setiap orang pasti tidak lari dengan kecederaan. Tidak kira kecederaan apa sekali pun. Untuk kali ini, TPK akan tumpukan pada kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Kecedaraan ini biasanya mudah dialami kepada mereka yang gemar dengan aktiviti sukan. Ianya juga boleh juga dialami kepada mereka yang tidak juga terlibat dengan aktiviti sukan.

Bagaimana ianya boleh terjadi??

1. Kurang latihan hingga menyebabkan kecederaan mudah terjadi

2. Keadaan permukaan jalan yang tidak serata

3. Kecuaian kita semasa berjalan atau berlari.

Itu adalah antara punca yang biasa kita dengar mengenai kecederaan buku lali / pergelengan kaki

Jika dilihat dari aspek fisioterapi atau sains sukan punca kecederaan buku lali / pergelangan kaki adalah:

1. Kecederaan ligamen yang menyambung tulang antara satu sama lain

2. Kecederaan pada ligamen yang seterusnya membawa kepada bengkak, lebam dan koyak. Menjadikan sukar untuk menanggung berat badan pada sendi.

3. Kerosakkan atau bengkak pada tendon (penyambung otot ke tulang) atau rawan (kusyen sendi)

4. Jangkitan pada sendi buku lali / pergelangan kaki

Cara Rawatan:

1. Letakkan Ais

Apabila anda terkena kecederaan buku lali / pergelangan kaki, perkara pertama yang penting adalah meletakkan ais batu pada tempat yang cedera.

Ianya adalah berperanan untuk mengurangkan bengkak dan kebiasaannya pada tempat kecederaan akan berlaku banyak aktiviti peredaran darah.

Di ingatkan supaya tidak meletakkan minyak panas atau terus urut kaki.

Tempoh masa yang perlu dilakukan adalah selama 3 hari. Letak ais ini selama 10 – 15 minit dan kemudian rehatkan dulu tempat yang cedera. Kemudian letak semula ais tersebut sekerap yang mungkin.

2. Kurangkan Pergerakan

Kurangkan pergerakan dan beban pada tempat yang cedera. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan.

3. Membalut buku lali / pergelangan kaki

Membalut tempat yang cedera juga adalah merupakan salah satu rawatan awal yang perlu dilakukan. Ianya dapat membantu dalam mengurangkan pergerakan hingga mengakibatkan kecederaan semakin teruk.

4. Letakkan bantal di tempat cedera ketika duduk atau baring 

Ini adalah untuk memastikan kecederaan yang dialami dapat dipulihkan dengan cepat.

5. Dapat rawatan susulan di hospital

Setelah rawatan awal dilakukan dan ianya masih tidak berkurangan, mohon terus rujuk kepada hospital untuk mendapat rawatan susulan.

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit idea dan ilmu kepada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan, Motivasi, Panduan IbuBapa, Prihatin

Tips Atasi Kemurungan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Ketika TPK sedang melayari laman sosial, TPK terkejut apabila terbaca seorang pelajar IPTA membunuh diri akibat kemurungan.

Anda boleh baca berita penuh mengenai pelajar ini dibawah:

Georgetown : Polis mengesahkan lelaki ditemui mati di dalam longkang berhampiran asrama Desasiwa Restu, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, kelmarin, berpunca akibat kemurungan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan mangsa adalah mahasiswa tahun empat universiti berkenaan dalam jurusan farmasi.

Beliau berkata, mangsa berusia 23 tahun dan berasal dari Lahat, Ipoh, Perak dan tinggal bersebelahan asrama lelaki berhampiran dengan lokasi mayatnya ditemui.

“Siasatan dijalankan mendapati tidak ada saksi melihat kejadian dan melainkan maklumat dari rakan asrama mengatakan mangsa kelihatan murung sejak empat hari lalu.

“Mangsa dipercayai mengalami masalah peribadi dan kerap memencilkan diri sebelum mayatnya ditemui dalam longkang berhampiran tempat letak motosikal,” katanya.

Ismail berkata, berdasarkan siasatan di tempat serta pemeriksaan oleh pakar Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 22 meter.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa jatuh di atas tanah berhampiran longkang sebelum tergolek ke dalam longkang berikutan kawasan berkenaan curam.

“Pemeriksaan dilakukan menemui lumut di kaki mangsa selain kesan tapak kaki di atas bumbung bangunan membuktikan mangsa terjun dari tempat berkenaan.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas jatuh di tempat tinggi dan tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.

Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan siasatan diteruskan untuk merakam percakapan rakan dan keluarga mangsa.

Dalam kejadian itu seorang pengawal keselamatan menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di dalam longkang di sebuah asrama lelaki berhampiran tempat letak motosikal.

TPK tidak mahu membincangkan mengenai pelajar ini tetapi TPK tertarik dengan faktor kemurungan ini.

Ramai yang tahu akan penyakit ini tetapi ramai yang tidak tahu cara untuk mengatasi kemurungan ini.

Sebelum TPK pergi lebih lanjut, mari sama-sama kita ketahui mengenai kemurungan.

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong.

Punca Kemurungan:

1. Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima

1.1 Kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah). Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.

1.2 Kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram).

2. Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri.

3. Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

4. Kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan

1. Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan

2. Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau berlebihan tidur

3. Cepat letih, lesu dan tidak bermaya /bertenaga

4. Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)

5. Amat sensitif, pendiam  dan suka mengasingkan diri

6. Perasaan pesimistik  (Hilang semangat, putus asa/putus harapan)

7. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan

8. Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.

9. Rasa tidak tenteram dan mudah marah

10. Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan

11. Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.

12. Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)

Tips Untuk Mengatasi Kemurungan

1. Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

2. Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

3. Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

4. Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan

5. Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

6. Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

Sumber: HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan

Durian dan Kesihatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Musim durian kini kebali. Pastinya ramai pengemar durian menantikan saat ini. Banyak pokok-pokok durian telah mula menghasilkan buah dan hanya menunggu buah gugur ke bumi sahaja.

Saat ini yang dinantikan oleh semua penggemar durian. Bermula dari menantikan durian gugur ke bumi hinggalah kepada saat menikmati kesedapan raja buah ini.

Ada yang sanggup mengeluarkan ratusan ringgit untuk menikmati kesedapan raja buah ini. Tidak dinafikan bahawa raja buah ini cukup ramai penggemarnya.

Tapi tahukah anda bahawa raja buah ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

1. Kesihatan kulit (Vitamin C 80%)

2. Membantu pencernaan (Thiamin 61%)

3. Mengawal kadar gula dalam darah (Mangan 39%)

4. Membantu melawan stress (Vitamin B6 38%)

5. Menghindari dan mengurangkan sembelit (Serat 37%)

6. Menjaga kesihatan tulang (Potasium 30%)

7. Meringankan migrain (Riboflavin 29%)

8. Menjaga kesihatan tiroid (Besi 25%)

9. Meningkatkan kesihatan kehamilan (Folat 22%)

10. Mencegah kejang saraf dan otot (Magnesium 18%)

Buah dan sayuran memiliki kandungan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Jadi, makanlah dengan bijak!

head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan

Permainan Video Baik Atau Tidak??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Best sangat ke main permainan video nie???Buang masa ja…Itu adalah soalan yang akan kita dengar daripa mereka yang bukan penggemar permainan video. Berbeza dengan peminat permainan video yang mana perbualan mereka lebih kepada

game apa yang terkini??

Best x??

Dah lepas ke stage nie..

Itulah antara persoalan dan dialog mereka. Sangat berbezakan. Pastinya kepada peminat permainan video ini akan sentiasa mencari permainan yang terkini dan apabila telah memulakan satu permainan itu ianya akan bermain sehingga abis dan selesai permainan tersebut. Selagi tidak selesai sesuatu level selagi itu ianya akan dimainkan sehingga melepasi level tersebut.

Bagaimana TPK boleh tahu perasaan mereka yang minatkan permainan video ini??Dahulu TPK merupakan seorang yang sangat gilakan permainan video ini tetapi kini TPK sudah kurang bermain permainan video ini setelah TPK merasakan terdapat sesuatu yang lain pada diri dan kesihatan TPK.

Pada masa itu, TPK boleh dikatakan ketagih permainan video ini. Menghabiskan masa hanya mengadap permainan video sahaja tanpa memikirkan persekitaran. Pastinya TPK akan bermain permainan video ini sehingga selesai.

Setelah lama dengan permainan video ini TPK merasakan perubahan pada diri TPK iaitu akan cepat marah. Ia merupakan salah satu faktor yang berpunca dari permainan video. Perasaan ini mula timbul apabila bermain permainan video kemudian tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Cuba berulang kali dan ianya masih tidak berjaya. Pada masa ini, perasaan marah itu timbul dan ianya terbawa-bawa di dalam urusan kehidupan.

Setelah TPK merasakan perubahan itu, terus TPK mengurangkan permainan video ini dan hasilnya TPK dapat mengurangkan perasaan cepat marah dan ianya beransur-ansur hilang.

Satu kajian mendapati permainan dan simulasi komputer mungkin menyebabkan pemainnya tidak menghiraukan kesihatan mereka dan tidak mempedulikan perasaan orang lain atau bersifat empati.

Beberapa eksperimen oleh penyelidik dari Universiti Melbourne di Victoria, di sini menunjukkan pemain terlalu asyik bermain sehingga gagal mengenal pasti tanda sakit dan menyebabkan mereka berpotensi tidak mempedulikan orang lain.

Pakar mendakwa keadaan itu berlaku kerana karakter di alam maya dalam permainan video dan di atas talian terlalu maju, sehingga menyebabkan pemain ‘terpisah’ dari badan dan mempunyai kurang sifat empati.

Pendedahan kepada persekitaran tiruan di alam maya yang tidak melibatkan emosi dan kemesraan menyebabkan pemain menjadi kaku berhubung perkara berkenaan.

Pakar berkata, permainan karakter di alam maya menyebabkan pemain mula menganggap diri mereka sebagai karakter itu, sehingga mereka lupa mengenai kehidupan sebenar.

Ahli psikologi, Dr. Ulrich Weger memberi amaran terhadap kesan mendalam ke atas sifat manusia ekoran alam maya berkenaan.

”Kita dapat menyaksikan mereka melihat dunia sebenar menjadi kabur dan mengelirukan di dalam masyarakat sekarang,” katanya.

Kini TPK masih lagi bermain permainan video tetapi tidak ketagih seperti sebelum ini. Hanya sekadar untuk berseronok dan berhibur sahaja.

Walaupun begitu, sebenarnya ada baiknya permainan video ini. Terdapat permainan video yang boleh menguji minda. Dalam berseronok bermain ianya menguji supaya kita sentiasa berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Selain itu, permainan video ini juga boleh mengeratkan silaturrahim apabila ianya dimainkan bersama-sama ahli keluarga yang lain. TPK kongsikan permainan video yang boleh dimain bersama ahli keluarga yang lain

Capture

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kesihatan

Tiada Yang Mustahil

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Siapa yang tidak tahu dengan jadual diatas. Pembaca boleh melihat dan menilai diri sendiri di kategori mana kedudukan kita. Adakah dalam keadaan yang sihat atau kurang sihat? Mengapa secara tiba-tiba TPK mengutarakan isu ini.

TPK terbaca satu artikel berkenaan dengan sebuah syarikat produk kesihatan melantik aktress terkenal Fasha Sanda sebagai duta mereka. Siapa yang tidak kenal dengan Fasha Sanda. Pastinya semua orang tahu bahawa aktress yang dulunya pernah terlibat dengan pelbagai gosip dan kontroversi ini baru sahaja melahirkan anak.

Apabila kita bercakap dengan kelahiran anak pastinya kaum wanita cukup takut dengan isu berat badan. Pelbagai cara dan petua yang diamalkan untuk memastikan berat badan tidak bertambah selepas bersalin. Berbeza dengan aktress terkenal ini apabila mengamalkan cara pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan sehingga mendapat bentuk tubuh yang menawan.

Tidak kurang juga dengan mereka yang cuba mengambil pelbagai produk gantian untuk mendapatkan berat badan yang ideal. TPK sangat tertarik dengan apa yang dilakukan oleh Fasha Sanda dalam menurunkan berat badan. Pengambilan diet yang seimbang sangat diperlukan untuk memastikan badan sentiasa sihat.

Walauapapun makanan tambahan yang kita ambil. Senaman perlu dilakukan dan janganlah hanya mengharapakn kepada makanan tambahan sahaja kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan. TPK berikan apa yang diamalkan oleh aktress terkenal ini dalam usaha menurunkan berat badan.

Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu. 
Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.

Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.

Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.

“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram. 

“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.

“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.

“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.

Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.

Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.

Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan  Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan  Micro Massage.

Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.

Tambahnya, sejak diberi peluang merasai semua rawatan pelangsingan di pusat kecantikan berkenaan, dia mula percaya bahawa semuanya pasti, apatah lagi rawatan yang disediakan disitu langsung tidak menyakitkan.

“Bagi saya, rawatan pelangsing akan memberi kesan kepada seseorang sekiranya ada disiplin yang kuat dalam pemilihan nutrisi makan, makan dengan bijak dan pilihan makanan yang betul. 

“Mendapatkan rawatan secara berterusan dan tidak ketinggalan senaman ringan akan dapat membantu penaikan berat badan serta mengekalkan bentul badan diingini,” katanya.

Selain Fasha Sandha, artis lain yang bergelar duta Slim World iaitu Ziana Zain, Erra Fazira dan Azizah Ariffin.

 

Sekiranya pembaca masih lagi keliru dengan cara yang betul untuk melangsingkan badan, pembaca boleh mendapatkan panduan Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda atau Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam