Loading
Kreatif, Motivasi
Falsafah Buah-Buahan Dengan Kehidupan
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Semua orang tahu bahawa buah-buhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Tahukah anda buah-buahan juga mempunyai falsafah yang baik dan boleh digunakan dalam kehidupan kita seharian.
TPK kongsikan falsafah buahan-buahan ini untuk pembaca sekalian. TPK terima falsafah ini dari rakan laman sosial TPK.
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna
7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu  jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif, Prihatin
Salah Siapa?
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Mungkin isu mengenai usahawan tudung yang tersohor ini telah lama dan lapuk bagi sesetengah orang. Entri kali ini mungkin akan menyebabkan beberapa pihak tidak setuju dengan pandangan TPK tetapi ini sekadar pendangan TPK mengenai hal ini.
TPK tidak mahu menyentuh mengenai tindakan yang diambil oleh usahawan ini dan beberapa isu lain yang berkaitan.
Terus terang TPK tidak sangat mengikuti perkembangan mengenai isu ini sehinggalah TPK terbaca artikle yang menarik dari blog Denaihati “Usahawan Melayu jahil Trademark dan Paten“. TPK juga ada mencari berita lain mengenai isu ini.
Dengan itu, di sini TPK ingin simpulkan mengenai pandangan TPK terhadap isu ini.
1. Dengan timbulnya isu ini, perhatian mengenai kepentingan harta intelek mula dititikberatkan oleh ramai pengusaha. Tidak kira pengusaha produk fizikal atau produk digital.
2. Fenomena tudung fareeda ini mula menunjukkan kejayaan orang melayu dalam perusahaan tudung. Bermula dari pengusaha sehingga kepada pekerja semuanya orang melayu.
3. Kejayaan ini perlu dibanggakan oleh orang melayu sendiri kerana ianya menunjukkan bahawa orang melayu juga mampu berjaya sekiranya terus cekal dan tabah apabila menceburi bidang perniagaan
4. Dengan terhasilnya tudung fareeda, maka ramai orang yang kreatif dengan mengeluarkan pelbagai jenis tudung dengan cara yang tersendiri. Ianya menunjukkan perubahan yang positif dalam perkembangan jualan tudung.
5. Jika dilihat sekarang ini, sudah ramai yang meniaga tudung dengan pelbagai fesyen tanpa mengetepikan matlamat asal bertudung tersebut. Ianya menunjukkan bahawa kejayaan pengusaha tudung fareeda ini memberi impak yang besar kepada semua wanita yang bertudung.
Di atas adalah pandangan TPK terhadap isu yang berlaku selama ini. TPK tidak mahu menyalahkan sesiapa di dalam hal ini.
Semoga pengusaha tudung fareeda ini akan terus berjaya dan semakin ramai lagi usahawan-usahawan baru yang berjaya.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
http://denaihati.com/usahawan-melayu-jahil-trade-mark-dan-paten
Kreatif, Panduan Blog
Panduan Membina Blog – Platform
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Post kali ini TPK ingin kongsikan sedikit mengenai panduan membina blog tetapi kali ini TPK fokuskan kepada platform yang sesuai dan menjadi pilihan ramai. TPK tidak sehebat mana tetapi berdasarkan pengalaman berblog selama ini boleh dikongsikan bersama terutama kepada mereka yang ingin memulakan dunia bloging.
Sebenarnya dunia blogging ini banyak membantu mereka yang sukakan akan menulis, berkongsi cerita, berniaga dan yang paling seronok menjana pendapatan pasif. Hakikatnya sekarang ini ramai yang sudah mengiktiraf blogger dan kini ada blogger yang sudah popular.
Jika dilihat sekarang ini terlalu banyak platform yang sesuai untuk membina blog. Platform yang biasa digunakan adalah blogspot atau wordpress. Kedua-dua platform ini menjadi pilihan ramai blogger kerana ianya mudah diselenggara dan mesra pengguna.
Diantara kedua-dua platform ini, sekiranya pembaca sekalian merupakan blogger baru yang ingin berjinak-jinak untuk membina blog TPK mencadangkan untuk memilih platform blogspot.
Mengapa??
Platform Blogspot sangat mudah digunakan kerana ianya menyediakan widget yang mudah dikendalikan. Blogger baru boleh memilih widget yang diperlukan dan sesuai mengikut kehendak pembaca sendiri. TPK sarankan agar jangan terlalu banyak meletakkan widget kerana ianya akan mengganggu tempoh masa blog apabila ada orang yang access.
Blogspot juga menyediakan theme dan layout yang menarik. Ianya juga boleh diubahsuai mengikut kesusaian dan citarasa pembaca sekalian.
WordPress tidak bagus ka??
TPK tidak menyatakan bahawa wordpress tidak bagus tetapi platform wordpress lebih mudah digunakan apabila pembaca sekalian sudah mengetahui serba sedikit mengenai basic blogging seperti widget, layout, theme dan sedikit bahasa web.
TPK juga pada asalnya menggunakan platform blogspot dan kini TPK telah tukar dari blogspot ke wordpress. Platform wordpress ada kelebihannya yang tersendiri.
Cukup setakat ini TPK kongsikan mengenai Panduan membina blog. TPK akan kongsikan lagi panduan-panduan lain yang berkaitan dengan membina bog.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif, Uncategorized
Tema Program
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
image
Gimik Perasmian
Alhamdulillah selesai Program Hari Kualiti UiTM Pulau Pinang 2013 dengan tema “Kualiti Pemacu Transformasi.”
Apa yang menarik tema program hari kualiti pada kali ini adalah berkonsepkan penerbangan. Tema program yang lain dari yang lain. Kebiasaannya apabila membuat program pastinya konsep biasa yang dianjurkan.
image
Buku Aturcara seumpama passport
Tidak mengetepikan protokol yang perlu ada di dalam menganjurkan program tetapi ianya sangat menarik. Bermula dari kad jemputan, hiasan dewan, susun atur kedudukan sehinggalah kepada pengagihan makanan kepada para tetamu. Semua orang merasakan bahawa mereka adalah pelanggan yang sedang menaiki penerbangan ke satu destinasi.
Semuanya bercirikan susasa di dalam penerbangan. Kreativiti yang difikirkan sangat mengujakan dan boleh digunakan untuk program-program yang akan datang.
Apa Itu Hari Kualiti?
Hari kualiti disambut setahun sekali oleh semua warga UiTM. Dahulu ianya dikenali sebagai Hari Kualiti tetapi ianya telah di’rebranding’ dengan memberi nama sebagai Hari Inovasi. Setiap UiTM akan menganjurkan program ini bagi meraikan kejayaan mereka yang menyumbang kepada kualiti kampus.
Pelbagai hadiah yang diterima oleh warga kampus. Bermula dari penulisan, pencapaian inovasi sehinggalah kepada mereka yang diberi Anugerah Khidmat Cemerlang. Meraka ini akan diraikan di dalam majlis ini bagi menghargai usaha mereka untuk meningkatkan kualiti diri dan perkhidmatan yang diberikan.
Bagi UiTM Pulau Pinang, Hari Kualiti ini akan menghargai mereka yang telah mendapat penghargaan dalam bidang penulisan, kejayaan di dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Pemenang pertandingan yang telah dipertandingkan, dan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC).
image
Kad Jemputan seumpama boarding pass
Kedudukan Di Dalam Dewan.
Dengan tema program berkonsepkan penerbangan ini semua pemenang ini telah diasingkan tempat kedudukan mereka dengan menamakan ruang kedudukan mereka sebagai Business Class. Manakala bagi mereka yang tidak mendapat apa-apa anugerah diberikan kedudukan di ruangan Economy Class. Penamaan yang sangat menarik.
image
Persembahan Permainan Alat Music dari Pelajar
Persembahan
Bagi meneruskan kesinambungan tema program semua pengunjung yang hadir diibaratkan sedang menaiki penerbangan. Setiap persembahan adalah berlainan dan bercirikan kepada negeri-negeri yang ada di Malaysia. Ianya diibaratkan bahawa penerbangan ini sedang melalui negeri-negeri yang dipersembahankan.
Secara keseluruhan tema program pada kali ini sangat kreatif. Tema program yang sangat menarik dan boleh digunakan pada program-program yang lain.
image
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :
syarat-syarat wajib :
• Like dan Follow Blog Shida :
• Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
• Copy dan paste kod dalam entri korang
• Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini
Senarai Hadiah
Kreatif
Wordless Wednesday
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
poster pgej4u
p/s: JomNiaga merupakan salah satu platform untuk mereka yang minat untuk berniaga dan mempromosikan produk.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Saji.my??
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
saji.my
Adakah pembaca sekalian mengalami masalah untuk mencari gerai/warong/restoran yang menghidangkan makanan yang lazat dan sedap serta menawarkan harga yang murah? Sekiranya pembaca menghadapi masalah tersebut TPK ingin kongsikan satu blog yang berkongsi tempat-tempat menari untuk pembaca kunjungi.
Saji.my itulah nama blog yang menyediakan maklumat-maklumat berkenaan dengan tempat-tempat yang menyajikan hidangan makanan yang lazat. Pastinya ramai yang bermasalah untuk mendapatkan tempat makan yang sedap sekiranya pergi melancong. Blog ini berkongsi dengan pembaca bukan sahaja tempat makan yang sedap tetapi menu-menu makanan yang boleh dicuba dengan harga yang berpatutan.
Blog yang ringkas ini mudah untuk kita layari dan terjah bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Apabila melihat rancangan tv seperti warung kita, jalan-jalan cari makan dan sebagainya pastinya pada ketika itu pembaca akan ingat akan nama restoran yang diperkenalkan tetapi ada juga yang terlupa.
Dengan adanya blog ini pembaca tidak perlu risau dengan masalah terlupa, tidak ingat dan sebagainya. Boleh layari bila-bila masa. Tambahan pula sekarang ini zaman teknologi canggih. Dengan menggunakan smart phone masing-masing, sekiranya berada di sesuatu kawasan boleh layari blog ini dan dapatkan maklumat tempat makan yang manarik untuk dikunjungi.
Bermula dari pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut, kesemua hidangan ini terdapat di dalam blog ini. Pembaca hanya perlu pilih apa makanan yang ingin dicuba dan blog ini akan menyediakan maklumat tempat yang boleh dikunjungi.
Kepada pembaca yang belum pernah mengunjungi blog ini mari sama-sama explore apa yang ada di dalam blog saji.my ini. Pastinya pembaca sekalian tidak akan rasa rugi. Malah ianya boleh dijadikan salah satu sumber maklumat untuk dikongsi dengan orang lain.
p/s: Apa istimewanya VESPA ini??
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Jom sertai “Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com“. Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.
1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
2. Buat entri bertajuk “Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com
3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.
Blog rakan blogger yang menyertai “Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com” akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.
Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.
Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai “Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com“. Sokongan kalian amat saya dihargai.
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Mengisi Masa Lapang
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Pastinya ramai yang menggunakan kesempatan sempena cuti hari Malaysia balik ke kampung halaman, melakukan aktiviti-aktiviti bagi memenuhi masa lapang, bercuti, dan sebagainya.
Pada kali ini TPK ingin sharekan sedikit bagaimana seorang wanita ini memenuhi masa lapang bersama keretanya. Pembaca sekalian boleh melihat dan menilaikannya sendiri.
aerography_bmw
aerography_bmw
aerography_bmw
aerography_bmw
aerography_bmw
Pastinya ramai yang merasaka tindakan wanita ini kurang bijak dengan mewarnakan kereta mewahnya ini sebegitu rupa. Bagi pandangan TPK mungkin ini cara wanita ini ingin menampakan keretanya lain dari yang lain.
p/s : Ramai yang sudah berjaya dengan menyertai JomNiaga
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join
Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA & PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
3. Buat entri bertajuk “Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!”
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Assalamualaikum
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
p/s : Apa itu JomNiaga??
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif, Motivasi
Hari Tanpa Kata-Kata
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
IMG-20130405-WA0001
p/s : Apa itu JomNiaga??
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Rahsia Menjana Pendapatan Secara Part Time
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
download
Tahukah anda bahawa ramai yang telah menjana pendapatan secara part time. Di zaman IT ini sudah pasti ramai yang pada siang hari bekerja seperti biasa dan kemudian di malam hari menjana pendapatan secara part time.
Pendapatan yang dijana bukan sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit. Sekiranya pembaca sekalian membuat sedikit kajian pastinya ramai yang menggunakan platform ini yang pada asalnya part time tetapi mengubahnya kepada fulltime. Semua ini bergantung kepada pembaca sendiri. Sekiranya rajin maka banyaklah pendapatan yang dijana.
Apa rahsianya sehingga terdapat mereka yang berhenti kerja dan mengubah kerja part time ini kepada full time?
Kini TPK ingin berkongsi dengan pembaca sekalian webinar RAHSIA MENJANA PENDAPATAN SECARA PART TIME dan ianya secara percuma.
Keistimewaan webinar ini adalah pembaca akan mempelajari tips membuat duit secara online.
Peralatan yang digunakan cukup mudah:
1. Laptop/Komputer sahaja
2. Tidak perlu perisian khas
3. Tidak perlu pengetahuan komputer yang hebat.
4. Bekerja mengikut masa sendiri.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar lah sekarang di RAHSIA MENJANA PENDAPATAN SECARA PART TIME
p/s: Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga..Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif, Motivasi
Hari Tanpa Kata-Kata
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
IMG-20130312-WA0001
p/s : Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Bloglist Setahun Dari ciklaili.com
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
Wah..rasanya masih belum terlambat untuk TPK menyertai segmen Bloglist Setahun Dari ciklalili.com ini. TPK terbaca dari muka Kelab Blogger Belia mengenai segmen ini yang dihantar oleh ciklaili sendiri.
Sebenarnya TPK sudah banyak kali mendengar mengenai blog ciklaili ini cuma tidak tergerak untuk blogwalking. Bila TPK blogwalking so apa yang TPK rasakan pelbagai info yang boleh membantu untuk meningkatkan ilmu dalam blog TPK ini.
Sahabat blog TPK iaitu saljuhumairah.com awal-awal lagi telah memperkenalkan TPK dengan blog ciklaili.com ini. Pelbagai ilmu yang sahabat blog TPK ini terima dari blog ini dan kini TPK akan cuba untuk menimba ilmu dari blog ciklaili.com ini.
Ok..terus ke syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai segmen ini. Syarat pertama adalah maklumat ringkas berkenaan dengan blog dan pemilik blog ini. Blog Tetikus dan Papan Kekunci ini mula menerjah masuk ke dunia blogging ini bermula 30 Julai 2012. Baru setahun jagung blog ini. Pada asalnya blog ini merupakan blog copy paste yang mana apa sahaja maklumat yang dirasakan perlu dan harus tahu TPK akan share dengan pembaca sekalian. Setelah beberapa bulan TPK rasakan blog ini perlu ditukarkan matlamat asalnya iaitu untuk memberikan maklumat dan pandangan TPK sendiri berkenaan dengan pelbagai isu yang TPK rasakan perlu dikongsikan.
Disebalik blog TPK ini adalah seorang insan yang bertugas di sebuah IPTA dan berkhidmat sebagai pegawai tadbir. Blogging ini hanyalah sampingan dan sekadar berkongsi maklumat yang difikirkan perlu untuk dikongsikan bersama. Masih baru dalam dunia blogging dan masih perlu banyak menimba pengalaman.
Capture
Setelah melihat blog ciklaili.com ini TPK cukup suka membaca berkenaan dengan rezeki yang diterima hasil daripada blog ciklaili.com ini. Dalam kesibukan mengajar tetapi masih mempunyai masa untuk terus berblogging dan menjana pendapatan sampingan. Pembaca sekalian boleh membaca entri terkini hasil daripada berblogging di Rezeki Di Bulam Ramadan.
TPK rasa masih belum layak untuk memberi komen berkenaan dengan penambahbaikan berkenaan dengan blog ciklaili.com ini jika ingin dibandingkan dengan blog TPK sendiri. Masih jauh bezanya diantara blog ciklaili.com hebatnya dan masih banyak yang perlu TPK pelajar.
Apa yang TPK harapkan agar ciklaili.com dapat kongsikan bersama ilmu yang ciklaili.com ada untuk meningkatkan lagi blog TPK sendiri dan boleh la senaraikan blog TPK dalam segmen Bloglist Setahun Dari ciklaili.com ini.
p/s: Mari kita menjana pendapatan dengan JomNiaga.com
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam
Kreatif
Hari Tanpa Kata-Kata
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan
IMG-20121223-WA0003
p/s : JomNiaga adalah platform untuk menjana pendapatan dengan mudah.
SALAM KEMERDEKAAN
Semoga berjumpa di masa akan datang
Wassalam