Loading
Lawak

Suami, Isteri dan Rumah

images (1)

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: “Kenapa?”
Isteri: “Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!”

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: “Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!”

Sumber: Rakan muka buku

Lawak

Nurse dan Pemandu Teksi

download (2)

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan… Nurse itu bertanya…

“Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??”

Feddy tersenyum malu dan berkata…
” Sebenarnya… saya selalu berfantasi….maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse…”

“Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…

Feddy gembira dan berkata…
“iya…iya, saya masih single”.

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata…

“Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin”.

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…

“Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan… Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”

Sumber: Rakan FB

Lawak

KENAPA GADIS MELAYU SERING MENJADI MANGSA RASUK!

Ikuti percakapan antara seorang bomoh dengan jin… Kenapa dia suka merasuk pelajar Melayu saja?

Suatu hari seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin-jin yang berlegar-legar di asrama yang merasuk pelajar-pelajar.

Ketika sampai, dia pun membaca mantera. Dia memanggil ketua jin. Lalu ketua jin pun datang dengan menunjukkan wajah yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang berpengalaman pun nak hampir pengsan melihat wajah brutalnya itu.

Tapi ketua bomoh itu menguatkan semangatnya. Lalu ketua bomoh itu bertanya dengan suara yang nyaring dan kuat, menampakkan semangat yang tidak kendur walaupun jin itu menampakkan wajah yang amat mengerikan.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah ini hah?
Jawab!!!
Kenapa Gadis Melayu yang menjadi sasaran kau wahai setan yang di rejam..?”
Dengan menarik nafas yang panjang ketua jin pun menjawab..
“Siapa bilang  Gadis Melayu tak menawan.. Tak menarik hati, tiada memikat”

“Kalaulah memang, tak mungkin aku tertarik… Kalaulah sungguh, tak mungkin aku merasuk,”
“Aduhai……. Kekekekkkkeeee”
Lawak

Kreatif??

TPK: Adakah ini dimanakan kreatif??Pelbagai cara dilakukan oleh seseorang itu untuk menampakkan dirinya lain dari yang lain atau berbeza dari orang lain tetapi janganlah perbezaan yang kita lakukan itu menampakkan ketidakcerdikkan kita dengan kelakuan kita.

Lawak

Main Counter Strike

 

TPK: Tidak salah untuk kita bermain video game tetapi jangan sampai kita hilang kesabaran. Terlebih bermain game boleh mengakibatkan kita hilang sabar dan punca kemarahan

Lawak

Menarik Hari Ini

funny-pictures-450

Pasangan pengantin ini lebih mengutamakan komputer games setelah selesai majlis perkahwinan mereka

funny-pictures-450

Kreatif – itu yang boleh diberikan kepada lelaki ini yang hanya menggunakan pasir dan air untuk membuat sebuah monumen menyerupai wajah manusia

funny-pictures-450

Salah satu cara untuk tidak meminum arak. Hanya mampu untuk dilihat sahaja. Pembungkusan yang akan membuat pengemar arak marah

funny-pictures-450

Tidak putus asa dalam usaha untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupan

funny-pictures-450

Cara baru untuk memasak sosej sekiranya tempat tinggal anda berdekatan dengan lava gunung berapi.

funny-pictures-450

Pemanggang bergerak.

funny-pictures-450

Tiada lagi permusuhan antara mereka

funny-pictures-450

Apabila semua orang sibuk dengan teknologi maka lelaki ini sanggup menggunakan apa sahaja agar dirinya tidak ketinggalan

funny-pictures-450

Piring astro model baru???

INFO:

Kebaikan ketawa untuk kesihatan

1) KETAWA meningkatkan imune sistem

Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya cel imune akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh untuk menangkis segala penyakit dalam badan korang

2) KETAWA meningkatkan hormon endorphine

Endorphine adalah hormon yang sangat berguna untuk badan dan fungsinya adalah memberi kesegaran kepada badan. Terasa ‘happy’ memanjang, hormon ini sangat banyak dirembeskan ketika ketawa

3) KETAWA melindungi jantung

Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya, penyakit berkaitan jantung akan terhindar dengan sendirinya

 

TPK: Tidak salah untuk kita ketawa dan berjenaka tetapi perlu ada batasnya kerana berjenaka atau ketawa yang keterlaluan akan mengakibatkan sesuatu yang buruk. Jangan pula kita terlau serius dan tidak mahu ketawa atau tidak mahu berjenaka kerana ianya akan membuatkan anda semakin tertekan. Mulakan pagi anda sekalian dengan senyuman kerana satu senyuman itu merupakan sedekah.

 

Lawak, Prihatin

Teknik Baru Mengambil Nota

image

Apabila teknologi digunakan sepenuhnya semasa mengambil nota. Beginilah yang terjadi.

Info Teknik Mengambil Nota di Bilik Kuliah

aib_036 • 7 months ago • 564 viewed
Pengambilan nota adalah satu tindakan penting ketika belajar. Kita tidak boleh menulis kesemua apa yang diucapkan oleh guru ataupun pensyarah. Ini kerana, tidak semua perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka begitu perlu untuk kita catatkan.
Berikut adalah jenis-jenis pengambilan nota ketika waktu belajar.

Kaedah ‘split method’
Kaedah 2-6 split method adalah pengambilan nota melibatkan pengajaran dalam kelas dan juga dari buku teks. Jadi, gabungkan nota-nota daripada kedua-dua sumber tersebut dalam satu kertas. Buat garisan tengah yang membahagikan antara nota dari pengajaran dalam kelas dan juga nota dari buku teks. Dengan ini, apabila anda mengulangkaji pelajaran, anda dapat mengulangkaji kedua-duanya sekali.

Kaedah Nota Berkumpulan (group note)
Pasti anda rasa penat jika anda seorang saja terpaksa mengambil nota dengan tergesa-gesa. Untuk mengatasi masalah ini, buatlah satu kumpulan dan susun jadual untuk menentukan giliran ahli kumpulan mengambil nota. Kemudian, gabungkan nota-nota tersebut.

Kaedah ‘tape recorder’
Bukan semua orang mampu menulis nota dengan cepat. Menggunakan tape recorder boleh memperincikan lagi pengambilan nota. Anda boleh ‘double check’ apa yang diajarkan di kelas ataupun kuliah. Walaupun begitu, anda harus segera menulis nota dari ‘tape recorder’ tersebut agar ia terus segar di minda.

Bersedia masuk kelas
Antara faedah-faedah membuat persedian sebelum masuk ke kelas:
1) Anda akan mesra dengan pembelajaran itu.
2) Awak tahu apa yang perlu ditanya jika tidak faham.
3) Anda tidak perlu membuang masa mencatat nota sedangkan maklumat-maklumat sudah tersedia dalam bahan bacaan.

Menggunakan pensil warna
Ya, bunyinya agak menyusahkan. Namun, dengan menggunakan warna dalam pengambilan nota dapat menyegarkan 50%-80% maklumat dalam minda tanpa membaca kali kedua.

Kesimpulannya, kajian menunjukkan 80% maklumat akan segar di dalam minda jika kita mengulangkajinya dalam masa 24 jam.

Lawak

Tidak Tahu Maksud

Apabila ingin membuat sesuatu pastikan tahu maksud dan apa perkara yang ingin dilakukan. Sekiranya buat tanpa usul periksa berikut la jadinya…

tattoo_01

tattoo_01

tattoo_01

tattoo_01