Loading
Dalam Malaysia, Luar Malaysia, Panduan IbuBapa, Pelancongan, Prihatin

Panduan Bercuti


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Panduan Bercuti

Hanya tinggal beberapa hari lagi cuti persekolahan akan berakhir. Walaupun begitu masih belum terlambat untuk ibubapa menggunakan baki cuti persekolahan yang ada untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Terpulang kepada ibubapa untuk memilih tempat yang sesuai untuk bercuti bersama anak-anak.

Ibubapa perlu menggunakan peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Setelah sibuk bekerja mencari rezeki, kini tiba masanya untuk meluangkan masa sepenuhnya untuk melayan kerenah anak-anak.

Pelbagai tempat menarik pilihan ibubapa dan ianya bergantung juga kepada kos percutian tersebut. Ibubapa boleh membawa anak-anak ke Taman Negara, Zoo Negara dan Taman Tema.

TPK tidak mahu membincangkan mengenai tempat menarik yang boleh dilawati. Mungkin TPK akan buat satu entri khas mengenai tempat yang sesuai dilawati nanti.

Entri kali ini TPK akan membincangkan mengenai Panduan Bercuti. Panduan ini sesuai untuk mereka yang akan pergi bercuti.

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan sediakan sebelum pergi bercuti.

1. Merancang Tempat Percutian

Dalam apa aktiviti/perkara yang ingin kita lakukan perancangan adalah sangat perlu. Begitu juga dalam percutian, perancangan ke mana tempat bercuti adalah penting.

Perancangan tempat bercuti penting kerana ianya memberi ukuran awal mengenai seberapa banyak keperluan yang diperlukan sepanjang percutian.

Jika percutian itu jauh maka persediaannya banyak dan sekiranya percutian itu dekat maka persediaan memadai dengan jarak atau tempoh percutian.

2. Pakaian

Pakaian yang lengkap perlu untuk memastikan pakaian yang di bawa dan diperlukan mencukupi. Persediaan pakaian ini adalah mengikut tempat percutian yang telah dirancang.

Sekiranya percutian tersebut adalah ditempat yang sejuk maka perbanyakkan baju yang tebal, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung kaki dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu.

Sebaliknya sekiranya percutian itu adalah ditempat yang panas maka perbanyakkan pakaian yang lebih sesuai dengan tempat percutian.

3. Keperluan Diri

Apa yang TPK maksudkan dengan keperluan diri?

Keperluan diri yang TPK maksudkan adalah keperluan harian yang kita gunakan untuk membersihkan diri. Keperluan ini penting agar masa percutian anda tidak diganggu untuk mencari keperluan ini.

Keperluan ini termasuklah:

1. Sabun

2. Berus Gigi dan Ubat Gigi

3. Pencukur

4. Pengepit Kuku

5. Pencuci Telinga

7. Pewangi Badan

8. Keperluan Wanita

9. Getah Ikat Rambut (Untuk wanita atau anak-anak)

4. Ubat-Ubatan

Ini adalah antara perkara yang penting. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda sememangnya telah diarahkan oleh pakar perubatan untuk mengambil ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan maka perkara ini tidak boleh diketepikan.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil maka keperluan ubatan mereka tidak boleh diambil ringan. Sediakan ubat-ubatan secukupnya sebagai persiapan sekiranya mereka ditimpa sakit semasa percutian. Antara ubat-ubatan yang TPK cadangkan adalah:

1. Ubat Demam

2. Ubat Batuk

3. Ubat Selsema

4. Ubat ‘Sumbat’ (Ubat yang dikhaskan untuk bayi atau kanak-kanak apabila didapati suhu badan terlalu panas)

Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau bayi, TPK menyarankan agar anda membawa bersama penyukat suhu.

Penyukat suhu ini penting kerana ianya membantu anda untuk membuat tindakan awal sekiranya anak anda perlu rawatan susulan atau tidak.

5. Makanan

Makanan perlu untuk anda yang pergi bercuti. Makanan yang TPK maksudkan adalah makanan yang diperlukan untuk anda sebelum anda mengenali tempat percutian tersebut.

Makanan ini seperti roti, maggie, air kotak, air mineral, dan sebagainya. Makanan ini diperlukan terutama pada mereka yang bercuti dan kurang arif mengenai tempat makan yang sesuai dan murah.

Selain itu, makanan ini juga bertujuan untuk mengelakkan anda dari berasa lapar di hotel atau rumah penginapan.

Cukup setakat ini TPK kongsikan panduan bercuti ini. TPK akan tambah nanti perkara-perkara yang perlu mengenai panduan bercuti ini dientri yang lain.

Diharap anda semua dapat menggunakan panduan ini untuk percutian anda nanti.

Sebelum TPK tamatkan entri ini, TPK ingin kongsikan satu panduan pada semua mengenai Teknik Berenang – Panduan Asas Berenang Dengan Mudah

Panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin belajar berenang dan sangat sesuai pada mereka yang tiada asas berenang.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Dalam Malaysia, Luar Malaysia, Prihatin

Terjawab sudah semua persoalan #MH370

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Terjawab sudah semua persoalan mengenai pesawat MH370. Sesungguhnya Yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya. Semoga keluarga penumpang dan anak kapal tabah menerima berita sedih ini.

IMG-20140325-WA0002

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. TPK berharap keluarga penumpang dan anak kapal dapat menerima hakikat ini dan jangan putus-putus berdoa kepada-Nya.

Dengan permakluman mengenai pesawat #MH370 ini bukan bermakna pengakhiran untuk kita terus berdoa. Doa perlu terus dipanjatkan kepada Yang Maha Esa untuk melindungi kita semua dan kesajahteraan kita semua di dunia dan di akhirat.

==>>Al – Fatihah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Luar Malaysia

Teknik Baru Gunting Rambut

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Apabila kita bercakap mengenai gunting rambut pastinya yang akan kita fikirkan kedai mamak, lagu tamil, DVD hindustan, gunting, mesin gunting rambut, “kepak” kepala dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan teknik gunting rambut di negara China ini, dimana teknik yang digunakan adalah dengan membakar rambut. Mungkin ramai yang tidak tahu akan situasi ini. Situasi ini hanya akan diketahui sekiranya kita mengunjungi negara tembok besar China ini.

Agak-agaknya ada tak orang yang sanggup buat teknik ini sekiranya ditawarkan di negara kita ini??

Gunting Rambut Tradisi China, Bakar Rambut Dengan Lilin-3

Mungkin kebanyakan orang berfikir jika rambut yang ada dibakar maka bentuknya akan semakin rosak, namun di China ada kedai gunting rambut yang mempunyai cara terbaik untuk mendapatkan gaya rambut yang terkini iaitu dengan cara dibakar.

Gunting Rambut Tradisi China, Bakar Rambut Dengan Lilin-2

Salah satu orang yang menggunakan teknik bakar rambut ini adalah Wang adalah salah satu tukang gunting rambaut tradisional di bandar Jinshi , Sichuan , China . Teknik potong rambut dengan cara dibakar ini sendiri diberi nama Dahuojia ,, Dahuojia sendiri merupakan teknik memotong rambut tradisonal china yang sudah ada sejak 1980.

Gunting Rambut Tradisi China, Bakar Rambut Dengan Lilin-4

Tapi, saat ini sudah jarang orang yang mahu dipotong rambutnya dengan menggunakan teknik seperti ini kerana dianggap sangat menyeramkan.

“Teknik memotong rambut ini sudah jarang digemari dan tidak terlalu banyak pelanggan yang tertarik melakukannya. Hanya orang tua saja yang datang ke kedai saya saat ini ,” ujar Wang.

Teknik memotong rambut dengan cara dibakar ini , menggunakan sebuah besi panas yang kemudian di letakan di rambut yang akan dipotong, nah hasil dari rambut yang terbakar inilah yang nantinya membuat dandanan rambut menjadi lebih bagus dari biasanya .

head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

Percaya atau Tidak??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Pembaca percaya atau tidak bahawa gambar yang TPK akan paparkan ini merupakan lelaki. Mereka ini seorang lelaki yang bertukar jantina kepada perempuan. Bukan jantina sahaja yang ditukar tetapi hampir semua susuk tubuh mereka ditukar.

Pastinya pembaca tidak akan percaya bahawa mereka ini adalah lelaki. Mari kita sama-sama saksikan.

Mak Nyah Malaysia Menang Anugerah Miss International Queen 2013 -1 Mak Nyah Malaysia Menang Anugerah Miss International Queen 2013 -3 Mak Nyah Malaysia Menang Anugerah Miss International Queen 2013 -4

m ma

Mak Nyah Malaysia Menang Anugerah ” Miss International Queen 2013 ” |  Miss International Queen 2013 merupakan pertandingan ratu cantik sedunia bagi golongan pondan atau maknyah, acara ini merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh golongan tersebut setiap tahun.

Ini kerana ia menghimpunkan ‘jelitawan-jelitawan’ dari seluruh dunia bagi memilih siapakah yang paling layak dinobatkan pondan paling cantik bagi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Untuk itu, setiap negara akan menghantar ‘wakil mereka’ bagi merebut kejuaraan.

Hadiah utama adalah wang tunai BAHT300,000, sebentuk tiara dan pakej pembedahan plastik percuma di Bangkok.

Tahun ini pertandingan dilangsungkan di Pattaya, Thailand. Untuk tahun ini juga, ‘negara kita’ menghantar ‘dua wakilnya’ iaitu Nur Sajat Fariz dan Patricia ‘Asyeera’ Wong.

Daripada 24 peserta (dari 17 negara yang bertanding), Nur Sajat telah diangkat sebulat suara oleh juri menjuarai kategori MOST TALENTED (paling berbakat).Berikut adalah gambar-gambar Nur Sajat ketika pertandingan tersebut.

Dan Pemenang bagi pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Brazil, Marcello Ohio.

Mereka yang masih mencari kerja..Ini masanya yang sesuai untuk memulakan pekerjaan anda. Jangan lepaskan peluang ini.

head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

KOTA YANG HILANG DI DASAR LAUT MEDITERRANEAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar peninggalannya.

Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam?

Franck Goddio memeriksa batu dengan serpihan emas (abad ke 6 – 2 SM)


Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion


Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan

Antara artifak lain yang telah ditemui di dasar lautan:

– Patung gangsa Osiris, yang dibunuh dan dibangkitkan sebagai raja-tuhan. Lambang tipikal kuasa (cangkuk dan pemukul) telah hilang. Mata terbuka diserlahkan oleh kepingan emas halus.

– Patung gangsa Firaun dinasti ke-26, yang ditemui di kuil di kawasan Amon di Heracleion

-Lampu minyak Gangsa (tempoh Hellenistic, kira-kira abad ke-2 SM) ditemui di kuil Amun

– Bdengan serpihan emas (abad ke 6 – 2 SM)

-Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion

– Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan

* Gambar – Franck Goddio dengan tugu Heracleion utuh dan bersurat (1.90 m)

Masih mencari teknik yang betul untuk manjan wang dari rumah??Kini terdapat panduan untuk memudahkan anda Buat Duit Dari Rumah.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

Tasik Ubah Haiwan Menjadi Batu

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Seorang jurugambar profesional ketika melawat sebuah tasik di Tanzania terkejut apabila menemui pelbagai jenis haiwan menjadi keras seperti baru disumpah menjadi batu.

Nick Brand ketika melawat Tasik Natron mendapat tahu haiwan itu berubah menjadi kaku seperti batu adalah kerana tubuh mereka menjadi terawet oleh alkali yang tinggi terkandung di dalam air tasik itu.

Air tasik itu sebenarnya mengandungi abu gunung berapi yang bernama Natron. Natron turut digunakan oleh orang Mesir untuk mengawet mayat para pemerintah ketika Mesir purba seperti mayat Firaun.

Tahap alkali di dalam tasik itu adalah dalam kadar pH antara 9 dan 10.5 serta suhunya adakalanya boleh mencecah 60 darjah celcius. Tidak ada haiwan akan terselamat apabila berada di tasik itu dan biasanya haiwan-haiwan itu akan mati.

Sebaik sahaja seekor burung atau binatang jenis kelawar terjatuh ke dalam air Tasik Natron, mineral yang terdapat di dalam air akan mula mengubah daging mereka menjadi batu. Tubuh mereka kemudian akan kaku betul-betul pada saat terakhir kematian mereka.

Jika dilihat daripada keadaan haiwan di dalam gambar itu, ia kelihatan seperti di sebuah tasik yang berhantu tetapi dipenuhi oleh hantu binatang akibat daripada kejadian itu.

p/s: JomNiaga merupakan salah satu platform untuk mereka yang minat untuk berniaga dan mempromosikan produk.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

Ikan Puyu Tertelan Lobster

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Percaya atau tida bahawa seekor ikan puyu yang ditangkap ini didapati menelan seekor lobster. Perihal ini diketahui setelah perut ikan ini dipotong.

p/s: Apa istimewanya VESPA ini??

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

Kereta Jaguar Cair

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

“Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi,” jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau. – sumber

p/s : Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga……Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Luar Malaysia

Laut Terbelah Dua

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini pastinya akan mengundang suasana pelik dan menarik perhatian sesiapa jua untuk melihat dan merasainya sendiri. Hal-hal sebegini sememangnya sukar untuk dijelaskan. Apa yang berlaku di Korea ini adalah suatu fenomena yang pelik dan tidak salah jika dikatakan antara salah satu keajaiban di dunia.

Fenomena laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan ini merupakan sebuah pulau yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan, dalam tempoh sejam anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Keadaan ini telah menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Perkara ini  juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

 

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, sesiapa juga tidak akan mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Tuhan yang Maha Kuasa mampu menjadikan segala-galanya. Tiada apa yang mustahil bagiNya… Fikir-fikirkan.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Kreatif, Luar Malaysia

Pulau Terapung

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Siapa yang tidak tahu cerita Saiful Apek (Aspalela). Cerita yang mana Apek membina pulau buatannya hasil dari pengumpulan bahan-bahan buangan. Tahukah anda bahawa di sebuah negara ini terdapat sekumpulan manusia yang hidup diatas pulau terapung. 

Pulau ini terletak di Tasik Titicaca. Tasik Titicaca adalah tasik yang terletak di sempadan Peru dan Bolivia, kira-kira 3,811 meter di atas paras laut, menjadikannya tasik dilayari tertinggi komersil di dunia. Mengikut jumlah air, ia juga merupakan tasik terbesar di Amerika Selatan.

Titicaca adalah penting bagi penduduk orang pra-Incan dipanggil Uros yang tinggal di pulau-pulau buatan yang diperbuat daripada buluh terapung dipanggil totora. Pulau-pulau ini telah menjadi tarikan utama pelancong untuk Peru, melukis lawatan dari bandar tasik Puno. Tujuan penempatan pulau asalnya pertahanan, dan jika ancaman timbul mereka boleh bergerak. Pulau terbesar walaupun mengekalkan menara hampir keseluruhannya dibina daripada buluh.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

 

Luar Malaysia

10 Taman Negara Tercantik Dalam Dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Snowdonia National Park, Wales, Great Britain
 
Grand Canyon National Park, Arizona
 
Kruger National Park, South Africa
 
Deosai National Park
 
Kakadu National Park, Northern Territory, Australia
 
Iguazu National Park Argentina
 
Sagarmantha National Park, Nepal
 
Madain Saley National Historic Park, Saudi Arabia
 
Plitvice Lakes National Park, Croatia
 
Hortobagy National Park, Hungary
 

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Luar Malaysia

10 Destinasi Percutian Di Pantai Paling Indah Di Dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Cancun, Mexico

Phi Phi Islands, Thailand
Crater Lake Oregon
Linapacan Island, Philippines
The Maldives
Valle Verzasca, Switzerland
Bodrum, Turkey
Hanauma Bay, Hawaii
Cala Macarelleta, Spain
Calanque d’En-Vau, France

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Luar Malaysia

Titanus Giganteus: Kumbang Terbesar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Gambar menunjukkan spesis kumbang Titanus Giganteus, dipercayai spesis kumbang terbesar di dunia di dalam kerluarganya.

Lebih dikenali sebagai Titan Beetle, kumbang ini boleh membesar sehingga 7 inci.

Ia mempunyai sistem rahang yang cukup kuaat, mampu untuk mematahkan sebatang pensil tulis anda!
Namun begitu, walaupun rupanya yang menggelikan dan menggerunkan setakat ini tiada kes melibatkan kecederaan terhadap manusia.

Serangga ini ditemui di kawasan lembap di hutan hujan Amerika Utara, dan hanya keluar untuk mencari pasangan untuk mengawan.

Namun, saintis belum menjumpai sebarang telur atau larva serangga ini di kawasan berdekatan.
Dipercayai juga ia hidup dengan memakan kayu reput dan daun hijau.

 

Selamat Bebuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Luar Malaysia

Guantanamo: Penjara Terkejam Di Dunia

Guantanamo dilabel penjara terkejam dunia
Tindakan kejam tentera AS ke atas tahanan

Apabila kita menyebut Kem tahanan “Guantanamo” pasti ramai yang dapat membayangkan kejadian-kejadian ngeri dan kejam yang berlaku di sana terutamanya ke atas banduan-banduan beragama islam, akibat kerakusan kuasa AS. Tahanan di Penjara itu dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes berkata, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS. Matanya pernah disembur dengan serbuk lada. Bukan itu sahaja, malah mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke matanya. Muka beliau juga pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari.

 http://www.uruknet.de/pic.php?f=2006_the_road_to_guantanamo_tv_004.jpg
Source: Goggle

Bekas tahanan yang enggan dikenali juga berkata, beliau melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air. Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas. Dia juga pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati.

 http://www.freedomsphoenix.com/Uploads/Graphics/338/11/338-1116223631-torture-cell.jpg
Source: Google

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita. Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di Penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara. Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah serta memijak-mijaknya.

http://www.indymedia.org.uk/images/2005/03/306456.jpg
 Source: Google

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan. Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan  tahanan lain. Selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang. Beliau juga pernah dirantai tangan dan kakinya seperti kedudukan janin dalam perut, ketika disoal siasat. Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.

Luar Malaysia

Apabila Rambut Tidak Dicuci Selama 26 Tahun

Geli! Apabila Rambut Tidak Dicuci Selama 26 Tahun (2 Foto) | Setiap orang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan. Jadi tidak boleh tidak, orang yang menetap di Malaysia perlu mandi sekurang-kuranya 2 hari sekali bagi memastikan badan sentiasa bersih. Percayakah anda bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mencuci rambutnya selama 26 tahun. Tetapi apabila orang kampung bertindak mencuci rambutnya, ternyata air basuhan tersebut tersangat kotor. Ish.. boleh termuntah!

Seorang lelaki berumur 80 tahun membuat keputusan untuk membasuh rambutnya buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Lelaki itu, Mr Luo berasal dari sebuah perkampungan kecil di bandar Chong Qing, China. Habis satu kampung dikerah Mr Luo untuk mencuci rambutnya itu. Sebanyak 3 paket serbuk pencuci digunakan dan memerlukan kira-kira 5 jam proses mencuci! Nampak tak betapa berkaratnya rambut Mr Luo ini?

image

image