Loading
Masalah Sosial

Ikut Perasaan atau Kurang Didikan??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Adakah remaja ini yang harus dipersalahkan dengan tindakannya cubaan membunuh diri??

Adakah kawan-kawan kepada remaja ini yang perlu dipersalahkan kerana mengejek remaja ini??

Adakah para pendidik yang perlu persalahkan kerana kurang memberi perhatian kepada remaja ini??

Adakah ibubapa yang perlu dipersalahkan kerana kurang memberi didikan kepada remaja ini??

Pelbagai persoalan yang boleh diutarakan diatas tindakan remaja ini. Pada pandangan peribadi TPK, remaja ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas tindakan yang cuba dilakukan.

Setiap orang perlu melihat semula peranan masing-masing. Terutama mereka yang TPK senaraikan di dalam list diatas.

Mengapa TPK berkata demikian, mungkin salah pada remaja ini sendiri yang tidak menuntut ilmu itu sendiri sehingga di diejek oleh rakan-rakannya. Mungkin juga, para pendidik yang tidak memberi perhatian langsung pada remaja ini dalam proses menuntut ilmu. Mungkin ibubapa tidak mengendahkan akan pendidikan remaja ini hinggakan remaja ini tidak tahu langsung untuk melaungkan azan.

Itu mungkin perkara yang perlu kita nilai semula. Pembaca boleh tidak bersetuju dengan TPK, tetapi ini sekadar pandangan peribadi TPK. Pembaca mungkin ada pandangan peribadi yang boleh dikongsikan bersama. Jangan segan untuk meninggalkan komen dan beri pandangan anda.

Akibat tertekan dan malu diejek rakan kerana gagal melaungkan azan selepas diarahkan tenaga pengajar sebagai denda tidak menyiapkan tugasan, seorang pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama sebuah institut kemahiran, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu bapa pelajar tahun pertama Jurusan Penyediaan Makanan berkenaan, berjaya memujuknya turun.

Difahamkan, kejadian disedari beberapa rakan pelajar terbabit yang memaklumkannya kepada tenaga pengajar institut berkenaan dan mereka segera menghubungi polis dan bomba.

Pelajar hanya mahu dikenali sebagai Izam, 18, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya sedang mengikuti kelas apabila dikejutkan dengan bunyi bising di luar kelas.

“Sebaik keluar kami dapati seorang pelajar lelaki sedang berdiri di atas beranda tingkat tiga asrama. Saya menyangka dia bergurau.
“Namun sebaik melihat beberapa kakitangan dan tenaga pengajar berusaha memujuknya turun, baru saya sedar dia cuba terjun,” katanya.

Dia difahamkan pelajar terbabit tertekan dengan ejekan rakan selepas gagal melaungkan azan sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan tugasan diberi pensyarah.

Insiden kira-kira 30 minit itu agak mendebarkan apabila pelajar berkenaan dilihat memaut dan bergayut pada saluran air di bumbung asrama manakala 13 anggota Bomba dan Penyelamat Miri sudah menyediakan beg udara di bawah serta sebuah jentera skylif.

Sebaik diselamatkan, pelajar lelaki itu dilihat meluru memeluk bapanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pelajar itu, kakitangan institut serta keluarganya diambil keterangan bagi membantu siasatan.

head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Masalah Sosial

Mana Pergi Rasa Malu???

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

malu

Mana perginya perasaan malu?Itulah ungkapan yang boleh TPK katakan kepada pasangan remaja ini. Jika dilihat dari gambar di atas mungkin pembaca sekalian boleh menjangkakan aktiviti apa yang sedang dilakukan dan pastinya tanggapan negatif yang akan difikirkan.

Pandangan TPK hampir sama dengan pembaca sekalian. TPK mendapat maklum bahawa remaja ini bergambar di dalam bilik mandi yang mana mereka sedang bercuti di cherating. Di mana TPK mendapat gambar ini???

TPK mendapat gambar ini dari sebuah blog yang popular dan ianya dipaparkan di ‘muka buku’ remaja tersebut. Tanpa rasa malu remaja ini dengan bangganya menunjukkan gambar mereka bermesra.

Mungkin berlaku sabotaj kepada akaun ‘muka buku’ remaja ini. Mungkin juga remaja ini dikhianati oleh sesorang yang mencemburinya. Walauapapun remaja ini sepatutnya tidak berkelakuan demikian. Maruah diri dan keluarga perlu dijaga.

TPK harap remaja ini sedar dan cuba untuk muhasabah diri bagi menilai kembali diri sendiri. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.

Sebuah akaun facebook dipercayai milik seorang remaja perempuan telah memaparkan beberapa keping gambar yang agak kurang enak jika dilihat. Akaun tersebut menggunakan nama Fatihah Hakema.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah akaun palsu ataupun sengaja dibina untuk ‘mengenakan’ remaja tersebut. Ini kerana, foto-foto yang terdapat di dalam akaun tersebut hanyalah foto ketika beliau bersama teman wanitanya bercuti di Cherating.

‘Display picture’ untuk profile nya agak melampau apabila memaparkan gambar beliau dan teman lelakinya berbogel sambil berpelukan di dalam pancuran. Namun begitu, terdapat beberapa keping gambar beliau masih bertudung dan berpakaian sempurna.

Ini adalah status terakhir beliau yang ditulis pada 10 Oktober yang lepas:

Fateha

Kalau benar ini adalah akaun beliau, amat malanglah remaja melayu sekarang. Masalah ini bertambah parah apabila berjauhan dengan ibu bapa. Tetapi jika ini adalah penganiayaan, maka wajarlah tindakan sepatutnya di ambil.

f

f1

f2

f3

 

Capture

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Masalah Sosial

Ditangkap tak berpuasa sambil main judi ??

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik apabila wajahnya dirakam ketika dicekup tidak berpuasa di sebuah premis judi.

Walaupun pihak akhbar yang melaporkan berita ini tak menamakan dengan jelas siapakah pelakon seksi terbabit, ramai pelayar siber mengatakan beliau adalah Lana Nordin yang sebelum ini digelar Pamela Anderson Malaysia.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam menurut laporan Sinar Harian.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Sumber

TPK: Apa yang terjadi diambil sebagai pengajaran..bukan dijadikan ikutan.

Masalah Sosial

Paduka Ayahanda Gombak Ditetak

Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 “slash wounds” pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).-Sumber

Sumber: panggungopera.blogspot
Masalah Sosial

Hantu,Lelaki Ini Malah Lihat Kekasihnya Berhubungan Badan dengan Anak Kandungnya

Maksud hati ingin merakam hantu, namun apa daya lelaki ini melihat sesuatu yang lebih mengejutkan. Ia secara tak sengaja merakam kekasihnya bercinta dengan anak kandungnya yang berusia 16 tahun.

Ia berharap dengan merakam hantu, ia boleh mengetahui adanya aktiviti paranormal di rumahnya di Tasmania, Australia. Sayangnya, yang terakam, kekasihnya yang sudah tinggal bersamanya selama 11 tahun dan ibu dari anaknya yang bungsu malah bercinta dengan anak laki-lakinya yang diperolehnya dari perempuan lain.

Meski demikian, sang anak akhirnya mengaku bercinta dengan kekasih ayah kandungnya yang berusia 28 tahun itu sebanyak tiga kali. Sang lelasih kemudian menelefon polis dan saat polis tiba ia kemudian mengaku berhubungan badan dengan anak sang kekasih dan tahu usianya baru 16 tahun.

Ia mengatakan, jika usia normal untuk seks adalah 16 tahun yang sebenarnya berusia 17 tahun. Ia pun mengaku merasa malu dengan tindakannya. Si perempuan, yang namanya dirahsiakan, dinyatakan bersalah berdasarkan hukum negara bagian. Ia akan dijatuhi hukuman pada minggu depan.

Masalah Sosial

Memalukan

Semasa TPK ada post satu entri berkenaan dengan reaksi remaja sekolah yang agak kurang sopan. Hari ini satu lagi entri yang tidak kurang hebatnya yang mana jika dilihat dari gambar pasangan ini boleh dikatakan masih lagi dibawah umur dan dibangku sekolah. 

Usia yang begitu remaja sepatutnya remaja ini sedang mengulangkaji pelajaran atau membantu ibubapanya dirumah tetapi tidak kepada pasangan ini yang tanpa segan silu berpelukan dihadapan khalayak ramai. Apa yang memalukan lagi tidak malu dan tidak segan untuk mengambil gambar dan diletakkan di laman sosial masing-masing.

Nasihat TPK kepada pemabaca sekalian, jangan buat sesuatu perkara yang menampakkan kurang cerdiknya kita sebagai manusia.

Capture Capture1

 

Masalah Sosial, Prihatin

Gambar Melampau Pelajar Sekolah Menengah

Jangan terkejut apabila melihat gambar barikut. Kelakuan dan aksi ini adalah dari remaja dengan pakaian sekolah. Aksi yang terlampau ini mungkin ambil sekadar untuk suka-suka tetapi apa yang TPK ingin semua tahu bahawa adakah remaja sekolah kita sekarang ini telah rosak dan terikut-ikut dengan budaya barat???

Sesungguhnya tidak terlewat sekiranya remaja ini sedar bahawa perjalanan mereka masih jauh dan menimba ilmu itu penting dalam kejayaan di masa akan datang. Tidak mustahil sekiranya remaja ini berani dengan aksi yang sebegini berkemungkinan remaja ini boleh terjerumus di lembah maksiat. TPK tidak mahu berfikiran terlalu negatif dalam hal ini. Diharap remaja ini sedar dan insaf serta dapat muhasabah diri dengan melihat sendiri kesilapan diri yang telah dilakukan.

Pintu taubat dan mohonlah kemaafan kepada-Nya. Sesungguhnya Yang Maha Esa tidak pernah lupa dan sentiasa memaafkan hambanya yang ingin bertaubat.

Walaubagaimanapun banyak faktor yang menyebabkan remaja ini berani beraksi sebegini. Didikan agama dan pengawasan ibubapa sangat penting dalam memastikan tingkah laku anak tidak melanggar peraturan dan tidak memalukan keluarga.

INFORMASI: 5 CARA MENDIDIK ANAK SUPAYA PATUH
Bukan dengan menghukum atau cara kekerasan.

Anak yang patuh bukanlah dibentuk dengan cara kekerasan atau hukuman. Kepatuhan pada anak justru bisa dimunculkan dari kesadaran dalam diri anak tersebut. Orangtua sebaiknya mendidik kepatuhan anak dengan cara yang membuatnya menyadari bahwa kepatuhan adalah nilai positif.

Sayangnya hal itu tidaklah tidaklah mudah. Semua harus melewati proses yang membutuhkan kesabaran dan usaha ekstra, dan tentunya hal ini bukanlah hal yang tidak mungkin.

Berikut adalah cara untuk melatih dan membuat anak supaya menjadi lebih patuh:

1. Konsisten
Untuk melatih anak supaya lebih patuh Anda harus konsisten dalam menentukan peraturan. Bila hari ini Anda melarangnya bermain di jalanan, maka minggu depan peraturan ini harus tetap dijalankan, karena anak selalu mencari celah untuk bisa melanggar aturan yang dibuat orangtuanya.

2. Bersikap lembut
Anak umumnya tidak dapat merespon dengan baik bila kita menghadapi mereka dengan bentakan atau amarah. Tegas bukan berarti harus bersikap keras, Anda bisa lebih lembut. Coba untuk mengerti perasaan mereka dan tekankan bahwa mereka harus bisa mengikuti peraturan dan arahan Anda.

3. Beri contoh
Ini adalah cara yang paling efektif untuk membuat anak patuh. Beri contoh pada mereka apa yang harus mereka perbuat. Jangan sampai mereka justru melihat Anda melakukan hal yang Anda larang kepada mereka.

4. Puji mereka
Jangan ragu untuk memuji dan membesarkan hati mereka ketika mereka melakukan hal yang kita inginkan. Dengan begitu mereka akan merasa lebih dihargai atas usahanya.

5. Menjelaskan hal kepada mereka
Jelaskan kepada mereka maksud dan tujuan baik Anda menetapkan aturan pada mereka, sehingga mereka mengerti kenapa mereka harus mematuhi peraturan yang Anda buat.

Masalah Sosial, Motivasi

Kurang Ajar atau Kurang Diajar???

Lihat sendiri reaksi wanita ini adalah dia ini boleh dikategorikan sebagai kurang ajar atau kurang diajar??

TPK: Kita sentiasa diajar untuk bersikap sopan dan menjaga kebersihan terutama sekali di tempat-tempat awam. Kenapa kita perlu ada sikap kotor sedangkan ianya salah satu sifat yang keji dan terkutuk. 

Masalah Sosial, Sosial

Terbantut

Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah rumah tumpangan di Taman Nira, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, pasangan lingkungan 30-an terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Batu Pahat Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, pemeriksaan mendapati mereka bukan mahram. Pada mulanya, kami hanya melihat seorang lelaki namun pemeriksaan menemui seorang wanita yang mencurigakan di atas katil.

“Pasangan terbabit dipercayai adalah kekasih dan kedua-duanya banyak mendiamkan diri berkemungkinan terkejut dengan pemeriksaan itu,” katanya.

Menurut Saiful, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dijamin ahli keluarga masing-masing.
Saiful berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Pasangan kekasih dinasihati supaya tidak terjerumus dengan khalwat atau sebarang kegiatan tidak bermoral demi masa depan masing-masing,” katanya.

Sumber: My Metro

Masalah Sosial, Sosial

Kerenah Budak Zaman Sekarang

20130503-220042.jpg

Jika dilihat dari status dan comment dari FB ini pasti ramaimyang tidak percaya bahawa status ini ditulis oleh seorang budak yang masih dibangku sekolah. Apa yang menghairankan TPK adalah kanak-kanak ini masih lagi kecil dan semua perbelanjaan masih lagi ditanggung oleh ibu bapa tetapi sudah pandai bercinta. TPK harap kanak-kanak ini dapat muhasabah diri semula dan melihat tingkah laku yang dilakukan ini akan merugikan dan membuang masa. Sepatutnya di dalam lingkungan umur ini mereka sepatutnya belajar dan menumpukan perhatian pada pelajaran.

INFO: TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Suasana Pembelajaran Yang Kondusif

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Masalah Sosial

GAMBAR: MENCURI AYAM???

Geli rasanya TPK lihat gelagat wanita ini apabila sanggup mencuri ayam dengan menyembunyikan ayam tersebut di dalam seluar dalamnya. Wanita ini sanggup melakukan sedemikian dengan bantuan seorang lelaki. Wanita ini menunjukkan aksinya can cara bagaimana seekor ayam dapat dicuri dari sebuah pasaraya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wisbenbae

 

Fakta Menarik Tentang Telur Ayam

  • Telur mempunyai nilai kegunaan protein (net protein utilization) 100 peratus. Bandingkan dengan daging ayam (80 peratus) dan susu (75 peratus).
  • Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan asas utama bagi beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 peratus berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki ruang liang halus sehinga oksigen dapat masuk dan karbon dioksida serta wap udara dapat keluar dari telur.
  • Putih telur terdiri daripada protein yang disebut sebagai albumen dan juga mengandungi niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur ini mengandungi 57 peratus dari protein telur.
 
  • Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak biji-biji padi yang memiliki pigmen kuning dan oren yang dimakan oleh ayam betina, makin pekatlah warna kuning telurnya.
  • Warna telur juga bervariasi sesuai usia dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindari memakan telur yang warna putihnya agak merah muda atau berubah warna lain.
  • Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur. Darah ini berasal dari pembuluh darah di kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap selamat untuk dimakan.
  • Ketika dieram, suhu telur sekitar 40.5 darjah Celcius. Semakin dingin suhu, cairan di dalamnya akan mengendap dan terbentuk sel udara antara dua lapisan telur.
  • Seekor ayam betina mampu bertelur purata 250-270 biji telur setahun.
 
  • Sebahagian besar rakyat Amerika lebih menyukai telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia, telur ayam kebanyakan berwarna coklat.
  • Dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih amis dan kulitnya memiliki ruang liang halus yang lebih besar sehingga lebih mudah dijadikan telur masin

 

 

Masalah Sosial, Sosial

Selamba topless, tayang ketiak dalam keretapi

 

Seorang pelayar internet sangat terkejut apabila melihat dua orang lelaki tidak memakai baju di dalam MRT yang dinaikinya.Dalam laporannya beliau menulis:

Topless mat salih dalam MRT.

“Ketika itu saya dalam MRT menuju ke rumah di Eunos dan stesyen Dove selepas kelas, dan secara tiba-tiba muncul dua orang mat salih separuh bogel ini.

“Rakan-rakan mereka yang lain berpakaian seperti biasa.”Penumpang-penumpang berasa agak kurang selesa dengan mat salih ini, namun membiarkan sahaja kelakuan mereka itu.

“Saya rasa mereka ini mahu meninggalkan Singapura dalam keadaan separuh bogel.

“Gila!”

Sumber: Pilihan anda
Luar Malaysia, Masalah Sosial, Sosial

SEBELUM VS SELEPAS PEMBEDAAN UBAH JANTINA

Pengguna youtube bernama Jesslyngirl87melakukan rawatan hormon selama 2 tahun dan perubahan badan beliau dari seorang lelaki sasa menjadi awek amat menakjubkan. Sila lihat perubahan mendadak beliau dibawah.



Masalah Sosial, Prihatin, Sosial

Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan. – SH

Masalah Sosial, Sosial

Polis cekup pasangan kekasih

Polis cekup pasangan kekasih

SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita  sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.

“Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras,  pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang  besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.

“Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.

“Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH