Loading
Kesihatan, Motivasi, Panduan IbuBapa

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Panduan IbuBapa

15 Langkah Kecil Untuk Mengubah Hidup Menjadi Lebih Baik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap orang diminta untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Perubahan yang diminta memerlukan usaha yang berterusan.

Oleh itu, TPK kongsikan sedikit langkah yang boleh dilakukan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik.

1. Setiap perubahan perlu usaha

Jika kita menginginkan sesuatu kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Begitu juga jika kita ingin berubah. Usaha perlu dilakukan untuk memulakan sesuatu perubahan terutama perubahan dalam diri.

2. Pastikan anda memiliki teman untuk diajak berkongsi

Teman untuk berkongsi perlu untuk memberi sokongan, galakkan, pujiaan dan juga kritikan. Sokongan ikhlas ini penting bagi memastikan perubahan yang anda buat betul. Teman ini boleh dikalangan rakan karib, isteri, ibubapa dan sebagainya.

3. Hadapi masalah dan tidak mengelak

Manusia tidak lari dengan masalah. Masalah pasti akan datang dan kita perlu menghadapi dan menyelesaikannya. Semakin besar dan sulit sesuatu masalah itu, ianya akan mengajar kita ilmu baru dan mendewasakan kita semua. Ianya juga membantu dalam perubahan yang ingin kita lakukan.

4. Jangan membazir masa

Gunakanlah waktu yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan berguna. Masa yang ada tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Penuhi aktiviti-aktiviti yang boleh membantu anda untuk berubah.

5. Konsisten.

Setiap perkara yang kita ingin lakukan perlulah konsisten. Ianya perlu tetap dan berterusan. Jangan hanya bersemangat pada peringkat awalnya sahaja tetapi pada akhirnya semangat untuk berubah tersebut hilang begitu sahaja.

6. Cari pembakar semangat

Apabila anda menemui jalan buntu atau stress dalam aktiviti yang anda lakukan, carilah sesuatu yang boleh menenangkan anda dan boleh meningkatkan lagi semangat untuk anda meneruskan aktiviti serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang ada.

7. Ikhlas dan nikmati apa yang dilakukan.

Setiap perbuatan yang ikhlas pasti akan dibayar dan diberi ganajaran yang secukupnya. Hayati dan nikmati setiap pekara yang dilakukan agar anda mengetahui dan memahami perkara yang ada lakukan.

8. Keluar dari zon selesa

Keluar dari zon selesa sedia ada akan memberi anda pelbagai buah fikiran untuk berubah. Zon selesa yang ada tidak mencukupi dan tidak akan membantu untuk anda berubah. Keselesaan yang ada hanya sementara.

9. Jadilah orang yang suka membantu

Bantu membantu adalah amalah yang mulia. Sifat ingin membantu adalah satu sifat terpuji. Setiap bantuan yang diberikan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran pasti akan memberikan hasil dikemudian hari.

10. Hargai apa yang kamu miliki sekarang

Menghargai apa yang dimiliki akan memberi panduan untuk anda berubah. Ianya bukan sahaja harta tetapi juga lain-lain seperti keluarga, isteri, anak-anak, kesihatan dan sebagainya.

11. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru adalah satu tindakan yang saling bersangkutan. Setiap perkara yang baru akan memberi sedikit panduan kepada kita dan akan menguji kemampuan diri kita sendiri.

12. Cari kekurangan dan kelebihan diri.

Setiap kita mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kekurangan yang ada perlu diatasi dan kelebihan yang ada perlu digunakan sebaik yang mungkin untuk membantu anda mengubah diri ke arah yang lebih baik.

13. Melancong

Melancong memberi anda sedikit ketenangan dan melihat keadaan di sesuatu tempat. Ianya boleh membantu anda untuk mengukur diri sendiri dan mengubah diri.

14. Mendengar muzik untuk membangkitkan semangat.

Semangat yang semakin pudar boleh ditingkatkan dengan mendengar muzik-muzi kegemaran. Genre muzik berbeza-beza mengikut selera masing-masing.

15. Bangun awal pagi

Kita dituntut untuk bangun awal pagi dan terus memulakan kerja selepas selesai solat subuh. Ianya membantu dalam merancang aktiviti anda pada hari tersebut.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Panduan IbuBapa

Cara Menghindari Sifat Sombong dan Angkuh

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari sifat sombong dan angkuh. Ada pelbagai kategori sifat sombong dan angkuh. Kategori-kategori ini telah disebut oleh Iman A-Ghazali seperti di dalam gambar yang TPK berikan diatas.

Oleh itu, kita dituntut untuk saling mengingati supaya tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri.

Entri kali ini TPK akan kongsikan mengenai cara menghindari sifat sombong dan angkuh.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka”.

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. “

Al-A’raaf 146

“Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)

Sifat sombong dan angkuh ini kebiasaannya akan mengantui kita apabila kita mempunyai kelebihan tertentu berbanding dengan orang lain seperti jawatan yang tinggi, kereta yang mewah, rumah yang mahal, pendidikan yang tinggi, rupa paras yang menawan dan sebagainya.

Tanda-tanda sifat sombong dan angkuh di dalam diri.

1. Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.

2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.

3. Bila menghadiri sesuatu majlis, minta untuk dikedepankan.

4. Jika berjalan, bersikap angkuh.

5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.

6. Tidak mengindahkan nasihat serta teguran orang lain.

7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.

8. Selalu menganggap dirinya hebat dan tidak pernah melakukan kesilapan.

9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Panduan Imam Al-Ghazali untuk kita menghindari sifat sombong dan angkuh adalah:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Cara lain untuk menjauhi sifat sombong dan angkuh:

1. Melihat ke tanah dan berzikir melihat ke tanah dan berzikir

2. Mengingati sifat sombong adalah sifat Iblis.

3. Berkawan dengan pelbagai jenis manusia.

4. Memandang orang dan sesuatu dengan berfikiran positif.

5. Membaca kisah manusia sombong dan akibatnya.

7. Menulis kelemahan diri.

8. Melembutkan jiwa dengan zikir dan doa.

9. Menerima pendapat orang lain.

10. Menjauhi mengumpat.

11. Memakai pakaian yang sederhana.

12. Rajin bersedekah.

13. Sentiasa belajar.

14. Menginsafi Diri

15. Menjauhi perkara yang boleh menyebabkan sombong.

16. Fikirkan kesengsaraaan di neraka.

17. Doa menjadi manusia tawadduk(merendah diri )

Semoga perkongsian TPK kali ini mengingatkan diri anda semua dan diri TPK supaya tidak menyimpan perasaan ini dan mengindarinya. Entri ini bukan sahaja untuk anda tetapi juga untuk diri TPK sendiri.

p/s: dapatkan ebook percuma mengenai Penjimatan Elektrik. Ebook ini berguna untuk semua.

==>> EBOOK PERCUMA <<==

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Motivasi

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Ketua vs Pemimpin

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Panduan IbuBapa

Kata-Kata Motivasi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Hari ini bermula hari bekerj abagi kebanyaka pembaca blog tepakku.com. Entri yang pendek TPK berikan kepada semua untuk sama-sama kita renung dan fikirkan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan sebab untuk kita menjadi lebih kuat dan atas permintaan kita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kreatif, Motivasi

Falsafah Buah-Buahan Dengan Kehidupan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Semua orang tahu bahawa buah-buhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Tahukah anda buah-buahan juga mempunyai falsafah yang baik dan boleh digunakan dalam kehidupan kita seharian.

TPK kongsikan falsafah buahan-buahan ini untuk pembaca sekalian. TPK terima falsafah ini dari rakan laman sosial TPK.

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu  jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi

Kumpulan Darah Manusia

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap manusia pasti mempunyai darah dan warna darah kita semua sama bezanya adalah kategori darah sahaja.

Tetapi ada seorang yang darahnya berbeza warna dari kita semua iaitu Mahsuri..fakta ini pun hanya berdasarkan cerita dogeng.

Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Terdapat 4 kumpulan darah yang berbeza iaitu A, B, AB dan O.

Kumpulan Darah Manusia

Sebenarnya, kumpulan darah yang kita miliki ini adalah diwarisi dari kedua ibubapa kita sendiri. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis darah boleh mempengaruhi personaliti, watak, kesesuaian seseorang individu.

Jika dilihat dari gambar diatas mungkin ramai yang setuju dan tidak setuju dengan kajiselidik yang telah dijalankan. Walaubagaimanapun ianya hanya kajiselidik seseorang atau kumpulan mengenai jenis darah dan pekerjaan yang mungkin diwakilinya.

1. Darah A adalah Petani

Kebanyakan mereka yang dari kalangan dari jenis A ini adalah golong pemalu yang mementingkan kesempurnaan.  Mereka sangat bertimbang rasa dan tidak pandai menipu.

Setia dengan kawan dan rakan sekerja adalah antara ciri mereka dari kumpulan darah A. Perahsia, kuat tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

2. Darah B adalah Pemburu

Golongan yang periang, memiliki semangat dan personaliti yang kuat. Mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir.

Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka sangat bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka mahukan.

3. Darah AB adalah ahli kemanusiaan

Sukar difahami, gemar menjauhkan diri dan selalu menggunakan logik akal daripada mengikut gera hati. Sangat bagus menguruskan kewangan. Kadangkala mereka yang memiliki darah AB ini bersikap talam dua muka

4. Darah O adalah pejuang

Mereka ini outgoing, expressive dan passionate. Sangat bermotivasi dan mempunyai ciri kepimpinan semulajadi.

Dikurniakan rasa kewujudkan yang kuat dan tidak takut mengambil risiko jia mereka yakin mereka akan menang. Seorang ahli sukan semulajadi.

Kongsikan anda mempunyai darah di kategori mana dan mungkin anda boleh sahkan kajian ini di ruangan komen.

p/s: dapat ebook percuma di sini

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Motivasi

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Prihatin

7 Cara Mencari Kebahagiaan Hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Menginginkan kebahagiaan hidup di dalam dunia ini adalah impian semua manusia. Tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Walaupun dilimpahi dengan pelbagai harta benda atau wang ringgit yang banyak tanpa kebahagiaan maka ianya hanya sia-sia sahaja.

Erti bahagia bagi setiap manusia adalah berbeza-beza. Ada yang mendefinisikan bahagia apabila mempunyai wang ringgit yang mencukupi ianya akan membawa kepada kebahagiaan, ada juga mengertikan bahagia dengan setiap ahli keluarganya ada bersama walaupun mereka hidup serba kekurangan.

Kebahagiaan bukan boleh dibeli tetapi ianya perlu dicari. Disini TPK kongsikan 7 cara mencari kebahagiaan hidup yang boleh digunakan oleh anda.

1. Nikmati Kebahagiaan

Salah satu cara untuk mencari kebahagiaan adalah dengan menikmati kebahagiaan yang telah dikecapi. Bersyukur dengan kebahagian yang ada. Sesungguhnya kebahagiaan yang dikecapi itu telah ditetapkan dan setiap orang mempunyai kebahagiaan yang berbeza-beza.

2. Lakukan Apa Yang Anda Ingin Lakukan

Apa yang anda rasa bahawa tindakan yang anda ambil boleh memberikan kebahagiaan maka teruskan. Walau susah macam mana pun tindakan yang diambil tetapi teruskan kerana ada mengetahui bahawa keputusannya yang anda akan terima akan membahagiakan anda.

Anda pasti tidak akan menyesal dengan keputusan yang diterima walaupun keputusan yang diterima bukan seperti yang dijangkakan.

3. Kebahagiaan Percuma

Ramai yang beranggapan bahawa kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit. Sebenarnya kebahagiaan tiada nilainya dan ianya percuma.

Wang hanya alat yang digunakan untuk anda membuat pilihan samaada ingin kebahagiaan atau tidak. Walaupun ada yang beranggapan bahawa wang boleh membahagiakan tetapi ianya memerlukan usaha yang berterusan untuk anda sentiasa mempunyai wang.

Pilihlah kebahagiaan yang percuma yang mana kebahagiaan ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dan semua orang boleh menikmatinya. Kebahagiaan yang TPK maksudkan adalah kebahagiaan perhubungan, kebahagiaan ketawa, kebahagiaan bermain dengan anak-anak dan sebagainya.

4. Mencintai

Seseorang yang berjaya untuk memperuntukkan masa, komitmen dan perhatian didalam hubungan adalah merupakan orang paling bahagia didunia ini. Jangan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian sehingga mengabaikan perhubungan, kerana anda akan terlepas peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup.

5. Menjadi Pemaaf

Apabila anda sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kesalahan maka ianya akan membuatkan anda menjadi orang yang paling bahagia di dalam dunia ini. Perasaan hasad dengki, dendam dan sebagainya dapat dihindarkan dengan menjadi pemaaf kepada mereka yang melakukan kesilapan.

6. Bersyukur

Bersyukur dengan apa yang ada membuatkan anda merasa bahagia. Perasaan bersyukur ini perlu dipupuk kerana jika anda tidak bersyukur anda akan sentiasa berada di dalam keadaan yang tidak tenteram dan bahagia kerana anda cuba berlumba-lumba dengan mereka yang lebih dari anda. Ini akan membuatkan anda berasa tidak bahagia.

7. Lalui apa yang sedang anda lalui

Kenangan hanyalah merupakan satu proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. Nikmatilah kebahagian terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukannya bergantung terhadap kenangan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Panduan IbuBapa

4 Tips Untuk Membuatkan Kita Lebih Bersyukur

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Setiap manusia dituntut untuk bersyukur. Tidak dalam situasi apa sekali pun kita dituntut untuk bersyukur dengan rahmat yang kita terima.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa bersyukur kita.

Kali ini TPK ingin kongsikan 4 tips untuk membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

1. Senaraikan Semua Perkara Yang Boleh Kita Syukuri

TPK merasakan terlalu banyak yang boleh kita syukuri apabila senaraikan semua perkara. Setelah senaraikan semua perkara yang boleh kita syukuri cuba perhatikan semula dan bayangkan sekiranya perkara-perkara ini tiada.

Senarai yang pasti akan anda tulis adalah, nikmat bernafas, nikmat darah yang mengalir, nikmat hidup, nikmat mata yang melihat, nikmat telinga yang mendengar, nikmat mulut yang boleh berkata-kata dan sebagainya.

Dari senarai diatas cuba ambil satu nikmat dan anda bayangkan sekiranya nikmat tersebut tiada. Sudah pasti anda akan merasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.

2. Biasakan Diri Dengan Ucapan Terima Kasih

Biasakan diri dengan ucapan terima kasih adalah perkara yang sangat baik. Hanya dengan ucapan terima kasih ianya boleh membuka pintu hati kita dan diri kita untuk lebih bersyukur dengan apa yang telah kita terima.

Caranya amat mudah iaitu: apabila kita masih dapat bernafas setelah bangun dari tidur ucapkanlah terima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih menghidupkan kita semula.

Apabila mendapat pertolongan dari orang ucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu.

Pentingnya terima kasih adalah ianya akan membuat kita lebih bersyukur dan terima kasih juga merupakan kata-kata penghargaan kepada mereka yang telah membantu kita.

3. Renungkan Perkara Baik Yang Anda Terima

Setiap orang diantara kita pasti pernah menerima perkara baik yang boleh kita syukuri. Contoh seperti; mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat, mendapat cahayamata dan sebagainya.

Dengan mengingati semula perkara-perkara ini ianya akan menyedarkan kita bahawa betapa beruntungnya kita dan ini akan membuatkan kita lebih bersyukur.

4. Lihat Mereka Yang Nasib Kurang Dari Kita

Jika perhatikan disekeliling kita pasti akan ada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang telah kematian ibubapa, pekerja kontrak yang bekerja siang malam, mereka yang bekerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang serta macam-macam lagi.

Bandingkan kehidupan mereka ini dengan kehidupan kita sekarang. Sudah pasti anda akan merasa bersyukur dengan kehidupan yang telah ada sekarang ini. ]

Selain itu, anda juga diminta untuk berdoa agar nasib mereka yang kurang bernasib baik itu menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semoga perkongsian pada kali ini boleh memberi sedikit manfaat yang anda boleh gunakan dimasa akan datang.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi

9 Cara Memulakan Hari

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Hari isnin = Monday Blues

Begitulah istilah yang kebiasaannya kita dengar dari ramai orang apabila menjelang hari isnin. Perkataan ini kadang-kadang keluar dari mulut rakan-rakan kita sendiri.

Pada pendapat ramai orang hari isnin adalah hari memanaskan badan. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana setelah cuti selama 2 hari pada hari sabtu dan ahad maka hari isnin dianggap hari malas dan hari pemanas badan untuk memulakan kerja.

Kebanyakkan mereka mengganggap pada hari isnin tiada aktiviti penting yang dilakukan tetapi banyak aktiviti dilakukan pada hari selasa dan berikutnya.

Disini TPK ingin kongsikan perkara yang boleh anda lakukan agar anda boleh bekerja dengan penuh semangat pada hari isnin.

1. Menetapkan minda anda bahawa hari isnin anda perlu bersemangat untuk memulakan kerja dan melaksanakan kerja yang telah diberikan. Minda ini perlu ditetapkan sebelum anda tidur.

2. Bangun pagi dengan wajah yang ceria dan minda yang positif. Ini boleh membantu anda untuk mendapat semangat yang baru dan tenaga untuk memulakan kerja pada hari yang baru.

3. Sentiasa berfikiran positif dan beranggapan bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaianya

4. Sebelum anda bangun dari katil, tetapkan minda anda dengan perkara yang positif. Jangan biarkan perasaan malas menguasai minda anda. Fokus dengan aktiviti yang akan dan lakukan pada hari ini.

5. Menyedari bahawa hari ini adalah milik anda. Semuanya telah dirancang dan anda perlu laksanakannya dengan sempurna.

6. Membuat andaian bahawa orang yang akan berjumpa pada hari ini adalah orang yang baik dan menjauhi perasaan buruk sangka dan prasangka

7. Mulakan hari anda dengan senyuman. Senyum bahawa anda masih bernafas dan diberi kesempatan lagi untuk meneruskan lagi hidup. Sesungguhnya dengan senyuman ini ianya boleh berjangkit dengan orang lain.

8. Pertikaikan perkara yang remah kerana sekiranya anda mengambil kira perkara-perkara remah ini, ianya boleh melemahkan semangat anda pada hari baru tersebut.

9. Lihat keluar tingkap dan nikmati keindahan alam dan cahaya matahari pagi yang boleh membangkitkan semangat anda pada hari baru anda.

Semoga perkongsian entri kali ini memberi anda manfaat dan anda boleh praktikkan dalam kehidupan harian anda.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Motivasi

10 Sifat Mazmumah Yang Di Benci Allah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Entri kali ini ringkas sahaja. TPK kongsikan 10 sifat mazmumah yang di benci Allah. Perkongsian ini adalah untuk sama-sama kita dijauhi dari sifat-sifat tercela ini.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi

Salah tetap salah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Entri kali ini mudah sahaja. Kata-kata di atas menunjukkan bahawa salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya .

Dan jika perkara itu benar maka ia tetap benar walaupun semua orang tidak melakukannya dan hanya anda seorang sahaja yang melakukannya.

Kata-kata diatas menunjukkan bahawa anda jangan takut untuk melakukan perkara yang benar.

“Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.” (HAMKA)

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam