Category Archives: Panduan Blog

Bayaran Komisyen Jobdirumah

Jika anda mengikuti entri-entri dalam blog ini TPK ada kongsikan mengenai Kerja Sambila di Rumah dengan Jobdirumah.

 

Entri tersebut TPK kongsikan bagaimana untuk mendapatkan kerja dan melakukan tugas tersebut dari rumah sahaja.

 

Ianya sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan part time atau menambah pendapatan sampingan.

Continue reading

Kerja Sambilan di Rumah dengan Jobdirumah

Sebenarnya ramai yang telah mndapat manfaat dengan Jobdirumah.

 

Panduan yang disediakan amat berguna dan memberi kelebihan pada mereka yang pandai English. Walaupun begitu, pada mereka yang lemah dengan English jangan risau kerana bahasa yang digunakan mudah difahami.

 

Hari ini TPK ingin kongsikan Kerja Sambilan di Rumah dengan Jobdirumah


Continue reading

5 Tips Pengurusan Masa Untuk Usahawan Internet

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Pengurusan Masa

Setiap orang mempunyai masa 24 jam sehari, tetapi seringkali ramai yang merasakan, masa itu tidak mencukupi. Bagi yang berniaga secara sambilan di internet, masa untuk mereka berniaga agak terhad, siang hari sibuk bekerja di pejabat, maka, banyak aktiviti perniagaan yang terpaksa dilakukan pada waktu malam, iaitu sekitar 3-4 jam sahaja sehari. Jadi, ianya mungkin menjadi punca perniagaan sukar untuk dikembangkan.

Continue reading

GenMagz.com..Blog Berbahasa Inggeris Yang Unik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Magazine

Sebenarnya dalam diam telah ramai blogger yang menghasilkan blog-blog berbahasa inggeris. Blog-blog mereka bukan sahaja unik tetapi berinformasi dan mempunyai ramai follower dari pelbagai negara.

Yang paling menarik bukan sahaja mempunyai ramai follower tetapi ada blog yang menjana income yang berlipat kali ganda. Income yang mereka dapat ini bukan dalam Ringgit Malaysia tetapi dalam USD.

Continue reading

4 Kebaikan dan Keburukan Menulis Blog

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

4 kebaikan dan keburukan blogging

Jika diperhatikan sekarang ini semakin banyak blog-blog baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap blog yang baru wujud ini mempunyai niche atau matlamat masing-masing

Continue reading

Kerja Di Rumah 2015

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Kerja Di Rumah 2015

Ketika ini perhatian warga dunia banyak tertumpu pada kejatuhan mata wang di negara-negara besar atau negara pengeluar. Perkara ini juga terkesan kepada negara kita Malaysia.

Setiap hari ada sahaja yang meneliti nilai mata Ringgit Malaysia berbanding dengan USD. Entri kali ini TPK ingin kongsikan sedikit tips yang anda boleh gunakan kesempatan kejatuhan mata wang ini untuk menjana lebih banyak pendapatan sampingan. Continue reading

Panduan Menambahkan Pendapatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Affiliate

Untuk sekian kalinya, TPK ingin kongsikan dengan pembaca bagaimana untuk mendapatkan panduan menambah pendapatan dari niche X.

Panduan ini sangat mendapat sambutan dan anda akan mengetahui pelbagai rahsia mereka menjana pendapatan sehingga mencecah 5 angka.

Continue reading

5 Tips Kekal Bertahan Sebagai Usahawan Internet

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

usahawan internet

Setiap hari, semakin ramai usahawan internet muncul di internet dan menawarkan pelbagai produk. Ada yang mendapat sambutan hangat dan ada yang sekadar suam-suam kuku sahaja.

Oleh itu, TPK ingin kongsikan beberapa tips yang jika diamalkan, mungkin dapat membantu perniagaan internet anda bertahan lebih lama. Continue reading

10 Teknik Blogwalking

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

blogwalking

Apabila disebut mengenai blog sudah pasti ramai yang mengetahuinya tetapi bila disebut blogwalking ramai yang tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan blogwalking?

Blogwalking adalah satu aktiviti yang mana blogger pergi melawat dan membaca entri yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger lain. Bukan sahaja melawat tetapi meninggalkan komen-komen yang berkaitan dengan entri yang dikongsikan. Perkara ini dilakukan tanpa memerlukan sebarang kos tetapi memerlukan sedikit masa untuk anda membaca entri yang dikongsikan. Continue reading

Under Maintainance

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Under Maintainance

Terleih dahulu TPK ingin mohon maaf kepada semua pembaca blog tepakku.com. Selepas hampir 1 minggu blog ini menghadapi masalah teknikal maka kini blog tepakku.com kini telah kembali pulih.

TPK juga mencuba pelbagai cara dan merujuk ramai pakar untuk memastikan blog ini sentiasa releven dan berkongsi maklumat-maklumat yang berguna kepada semua.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada blog tepakku.com.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Peperiksaan Penguasa Kastam dan GST

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebelum ini TPK ada kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 khas untuk mereka yang dipanggil untuk mengikuti peperiksaan pada 6 September 2014.

Jika anda merupakan salah seorang calon yang akan mengikuti peperiksaan ini boleh dapatkan panduan berguna ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Entri kali ini ringkas sedikit yang mana antara topik yang mungkin akan ditanya pada peperiksaan penguasa kastam ini adalah mengenai GST.

Isu hangat ini walaupun belum diaksanakan tetapi telah pelbagai feedback yang diterima. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membangkang.

Oleh itu, kepada calon-calon yang terpilih boleh memberikan tumpuan kepada topik GST dan mungkin topik ini boleh dijadikan topik utama pada peperiksaan penguasa kastam ini.

Semoga berjaya dari TPK.

p/s: Panduan Penguasa Kastam W41 akan ditutup jualannya pada 5 September 2014. Dapatkan segera sebelum jualannya ditutup.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan. Ramai yang mahu bekerja di sektor kerajaan kerana jaminan masa depan yang terjamin.

Tetapi semua telah maklum bahawa untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan ini bukannya mudah. Pelbagai proses terpaksa dilalui untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan.

Proses pertama yang perlu dilalui adalah mendaftarkan diri di website SPA dan memohon jawatan yang ingin dipohon dan sesuai dengan tahap pencapaian akademik yang ada.

Pada 6 September 2014 ini, mereka yang mendaftar untuk mendapat jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam atau Penguasa Kastam W41 akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan ini akan berlangsung secara online.

Calon-calon yang terpilih telah pun mendapat emel pemakluman dan menghadiri satu taklimat khas mengenai peperiksaan ini.

Pastinya pada ketika ini, calon-calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan ini berada di dalam keadaan yang gelisah dan berusaha mencari seberapa banyak ilmu yang boleh dibaca sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan.

Bahan bacaan yang dibaca pastinya akhbar tempatan, isu semasa, senarai kabinet terkini dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal negara.

Disini TPK ingin kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon yang berjaya.

Panduan ini menerangkan mengenai format soalan yang akan ditanya pada peperiksaan ini, contoh-contoh soalan, dan nota tambahan yang boleh membantu anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan ini.

Panduan ini sesuai untuk semua samaada yang dipanggil peperiksaan atau tidak. Jika anda tidak terpilih sebagai calon peperiksaan, anda boleh menggunakan panduan ini sebagai persediaan awal sebelum dipanggil ke peperiksaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan panduan ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

p/s: contoh soalan yang berada di dalam panduan ini bukanlah soalan bocor tetapi ianya lebih kepada contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan dan sebagai persiapan awal.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

97% Diskaun / 3 hari sahaja

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Jika pembaca sekalian masih tidak lupa akan perkongsian TPK mengenai cover timeline yang hampeh boleh baca semula di Cover Timeline Hampeh.

Kali ini pasti pembaca sekalian tidak percaya bahawa diskaun yang diberikan kepada mereka yang berminat dengan design banner yang menarik untuk diletakkan di timeline fanpage anda.

Design yang menarik dan mudah untuk diselenggara ini sesuai untuk mereka yang sedang giat berniaga secara atas talian.

Selain itu, pada mereka yang kreatif boleh menggunakan template ini untuk dijadikan salah satu sumber pendapatan lain dengan memberi perkhidmatan menyediakan banner kepada peniaga atas talian yang lain.

Jika anda dapatkan sekarang, diskaun yang mustahil akan diberikan kepada anda. Dengan membayar sedikit untuk mendapatkan template ini anda boleh gunakan untuk lipat kali gandakan pendapatan anda.

===>> Template Segera Fanpage

Ramai yang telah mendapatkan template ini dan berpuas hati dengan design yang diberikan. Pastikan anda menjadi mereka yang terawal untuk memilikinya untuk menambahkan lagi pendapatan atas talian anda serta menarik pelanggan berpotensi anda.

++++++++++++++++++++

Template Segere Fanpage

++++++++++++++++++++

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kelajuan Internet Idaman Semua

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Begitu lama blog tepakku.com ini menyepi. Hampir sebulan tiada entri terkini yang TPK kongsikan bersama semua pembaca setia tepakku.com. Encik Alexa pun merajuk, sampai jatuh teruk.

TPK ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia tepakku.com. Walaupun tiada entri terkini yang TPK kongsikan dalam tempoh hampir sebulan ini tetapi pembaca setia tepakku.com masih mengunjungi blog ini.

Masih dalam bulan Syawal, tidak lewat kiranya TPK ingin mengucapkan Selamat Hai Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga dengan kehadiran syawal pada kali ini memberikan anda lebih keberkatan dan kebahagiaan hidup.

Entri kali ini TPK ingin kongsikan mengenai tahap kelajuan internet diseluruh negara-negara asean dan dunia.

Internet sekarang ini bukan lagi perkara mewah untuk dimiliki tetapi telah menjadi keperluan. Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti akan ada satu pakej data yang dilanggan tidak kira melalui postpaid atau prepaid.

Begitulah pentingnya internet pada kehidupan harian sekarang ini. Setiap aktiviti yang dilakukan dikongsikan di pelbagai laman sosial. Begitu hebat gelombang laman sosial sekarang ini. Terdapat juga segelintir yang sanggup untuk ikat perut semata-mata untuk berlaman sosial.

Apabila bercakap mengenai laman sosial pasti ianya ada bersangkut paut dengan kemudahan internet. Kelajuan internet menjadi perkara utama yang menjadi pertimbangan mereka yang suka berlaman sosial.

Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh intenet provider dengan tawaran yang terbaik tetapi tahukah anda bahawa tahap kelajuan internet di negara kita ini masih lagi ketinggalan jauh berbanding dengan negara lain dan juga tidaklah terlalu teruk.

Anda boleh lihat sendiri gambar yang TPK berikan dan nilai dimana tahap kelajuan internet yang berada di negara kita berbanding dengan negara lain.

image

Anda merasakan memiliki unifi adalah kelajuan internet yang diidamkan kerana kelajuannya tetapi apabila melihat kepada kedudukan kelajuan internet di negara-negara lain, anda pasti akan rasa irihati. Negara jiran seperti Singapura dan Thiland.

Negara Singapura sudah pasti tidak boleh disangkal lagi bahawa mereka sememangnya telah dikategorikan sebagai negara maju dan jika mereka memiliki kelajuan internet yang tinggi adalah tidak mustahil tetapi jika dilihat negara Thailand, mungkin kita akan mengatakan bahawa statsitik ini tipu. Inilah hakikatnya bahawa Thailand lebih kehadapan dari segi tahap kelajuan internet berbanding dengan negara kita.

Walaupun berapa pun tahap kelajuan internet yang kita perlukan, penggunaan yang betul haruslah diutamakan. Jangan menggunakan kemudahan internet yang ada untuk menyebarkan fitnah, berita yang kurang tepat dan sebagainya. Sesungguhnya di zaman sekarang ini, orang ramai akan terus mempercayai sesuatu maklumat yang diterima dari mengkaji sumbernya terlebihnya dahulu.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam