Loading
Panduan Peperiksaan SPA

Buat 5 langkah ini

216,048 graduan universiti
menganggur.

>> 3 daripada 5 graduan
universiti akan mengambil
masa lebih dari 6 bulan
untuk dapat kerja

>> 40% yang lain ambil masa
yang lebih lama untuk dapat
kerja.

Itu data. Perit membaca data
ini, tapi lebih perit lagi
pada graduan yang melaluinya.

Ambil blueprint ini;

[STEP 1]
Proaktif cari jawatan kosong
di;

– Agensi kerajaan. Ada lebih 241
agensi kerajaan seluruh negara
dan jawatan kosong ini tidak
dihebahkan. Anda kena cari
di agensi tersebut

[HINT* Google ‘agensi kerajaan’]

– Portal Jobsmalaysia. Ini adalah
inisiatif ‘Sistem Penjodohan Pekerjaan’
oleh kerajaan. Tapi gagal dimanfaatkan
oleh graduan..

– Portal kerja kosong yang
banyak seperti myStar dan lain
lain. Anda kena rajin cari

[STEP 2]

– Siapkan resume anda. Jangan
buat 1 resume dan print 15 copy!

– 1 resume untuk 1 jawatan di 1 syarikat

– Buat resume yang spesifik untuk
1 jawatan sahaja. Anda kena
tulis intro yang berbeza untuk
setiap resume. Khas dan spesifik

– Belajar buat resume di;

[+] http://resumekerja.com/

[STEP 3]

Doa dan tawakkal

[STEP 4]

Follow-up syarikat tersebut. Bercakap
dengan bahagian ‘sumber manusia (HR)’

[STEP 5]

Buat persediaan temuduga khusus
untuk jawatan itu. Studi mengenai
syarikat dan jawatan itu

—–

5 langkah ini nampak mudah. Tapi
cuba buat dengan sepenuh hati
dan anda akan tersenyum nanti.

Tim Infokerjaya dah bantu lebih
75,000 graduan dalam kerjaya
sejak tahun 2008 dan data-data
pengangguran ini menyedihkan
kami.

Jom bersungguh cari kerja. Kerja
kosong itu ada tapi menanti
orang yang tepat.

Siapkan diri anda. Guna flow
dan strategi yang betul.

Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA

Jenis temuduga yang perlu anda tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

job-interview

Read More

Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA

10 Tips Lulus Viva PhD

Setiap yang menyambung pengajian ke peringkat tertinggi pasti akan gementar apabila tiba hari viva.

PhD lettered on book spine

Bukan sahaja untuk pengajian PhD sahaja tetapi untuk sarjana juga terdapat sesetengah program yang perlu viva walaupun tidak sehebat PhD.

Ramai yang boleh menyiapkan tugasan dan penyelidikan tetapi ramai juga yang tidak tamat pengajian akibat sangkut pada viva.

Read More

Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik mungkin salah satu impian dikalangan kita semua. Dengan penampilan yang segak dan bergaya..bekerja dengan mereka-mereka yang mentadbir negara maka jawatan ini menjadi rebutan dan antara jawatan yang hangat dipasaran..

 

TETAPI…

Read More

Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA

Panduan Menjawab Peperiksaan Online Separa Perubatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

separaperubatan

14 September 2015 adalah tarikh penting bagi mereka yang telah dipilih untuk menduduki Peperiksaan Online Separa Perubatan. 

Walaupun dalam keadaan jawatan dibekukan pada jawatan-jawatan baru kerajaan tetapi masih terdapat kekosongan yang perlu diisi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan sedia ada.

Oleh itu, bagi membantu mereka yang terpilih disini TPK ada kongsikan panduan untuk mereka yang terpilih.

Read More

Panduan Blog, Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA, Panduan Perniagaan, Pendidikan

Peperiksaan Penguasa Kastam dan GST

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebelum ini TPK ada kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 khas untuk mereka yang dipanggil untuk mengikuti peperiksaan pada 6 September 2014.

Jika anda merupakan salah seorang calon yang akan mengikuti peperiksaan ini boleh dapatkan panduan berguna ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Entri kali ini ringkas sedikit yang mana antara topik yang mungkin akan ditanya pada peperiksaan penguasa kastam ini adalah mengenai GST.

Isu hangat ini walaupun belum diaksanakan tetapi telah pelbagai feedback yang diterima. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membangkang.

Oleh itu, kepada calon-calon yang terpilih boleh memberikan tumpuan kepada topik GST dan mungkin topik ini boleh dijadikan topik utama pada peperiksaan penguasa kastam ini.

Semoga berjaya dari TPK.

p/s: Panduan Penguasa Kastam W41 akan ditutup jualannya pada 5 September 2014. Dapatkan segera sebelum jualannya ditutup.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan Blog, Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA, Panduan Perniagaan, Pendidikan

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan. Ramai yang mahu bekerja di sektor kerajaan kerana jaminan masa depan yang terjamin.

Tetapi semua telah maklum bahawa untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan ini bukannya mudah. Pelbagai proses terpaksa dilalui untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan.

Proses pertama yang perlu dilalui adalah mendaftarkan diri di website SPA dan memohon jawatan yang ingin dipohon dan sesuai dengan tahap pencapaian akademik yang ada.

Pada 6 September 2014 ini, mereka yang mendaftar untuk mendapat jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam atau Penguasa Kastam W41 akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan ini akan berlangsung secara online.

Calon-calon yang terpilih telah pun mendapat emel pemakluman dan menghadiri satu taklimat khas mengenai peperiksaan ini.

Pastinya pada ketika ini, calon-calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan ini berada di dalam keadaan yang gelisah dan berusaha mencari seberapa banyak ilmu yang boleh dibaca sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan.

Bahan bacaan yang dibaca pastinya akhbar tempatan, isu semasa, senarai kabinet terkini dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal negara.

Disini TPK ingin kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon yang berjaya.

Panduan ini menerangkan mengenai format soalan yang akan ditanya pada peperiksaan ini, contoh-contoh soalan, dan nota tambahan yang boleh membantu anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan ini.

Panduan ini sesuai untuk semua samaada yang dipanggil peperiksaan atau tidak. Jika anda tidak terpilih sebagai calon peperiksaan, anda boleh menggunakan panduan ini sebagai persediaan awal sebelum dipanggil ke peperiksaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan panduan ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

p/s: contoh soalan yang berada di dalam panduan ini bukanlah soalan bocor tetapi ianya lebih kepada contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan dan sebagai persiapan awal.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam