Loading
Gadget, Panduan Blog, Pelancongan, technology, Teknologi

GenMagz.com..Blog Berbahasa Inggeris Yang Unik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Magazine

Sebenarnya dalam diam telah ramai blogger yang menghasilkan blog-blog berbahasa inggeris. Blog-blog mereka bukan sahaja unik tetapi berinformasi dan mempunyai ramai follower dari pelbagai negara.

Yang paling menarik bukan sahaja mempunyai ramai follower tetapi ada blog yang menjana income yang berlipat kali ganda. Income yang mereka dapat ini bukan dalam Ringgit Malaysia tetapi dalam USD.

Read More

Panduan IbuBapa, Pelancongan

5 Cara Menghidupkan Api

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entri kali ini TPK ingin kongsikan sedikit mengenai cara-cara menghidupkan api. Semoga perkongsian ini akan memberi anda sedikit panduan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pelancongan

Pertunjukan Belon Panas Di Pulau Pinang

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebelum ini, apabila di sebut mengenai pertunjukan belon panas semua akan teringat di Putrajaya tetapi berbeza pada kali ini di mana untuk pertama kalinya pertunjukan belon panas dibawa dari Putrajaya ke Pulau Pinang.

Pertunjukan sulung ini membawakan sebanyak 10 belon panas untuk tontonan semua peminat dan pengunjung di Pulau Pinang.

Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan selain dari pertunjukan belon panas yang disediakan oleh penganjur. Kredit TPK berikan kepada pengajur yang berjaya mengajurkan pertunjukan belon panas ke Pulau Pinang khasnya dan wilayah utara amnya.

Semua pengunjung yang menetap di wilayah utara dapat melihat sendiri bagaimana belon panas ini dikendalikan dan berpeluang untuk menaiki belon panas.

Begitu hebat sambutan yang diberikan sampaikan untuk menempah menaiki belon panas ini sudah habis di tempah seawal pagi lagi. Ramai yang menggunakan peluang yang ada untuk merasakan sendiri menaiki belon panas yang sememangnya tiada sebelum ini.

TPK sajikan sedikit gambar-gambar menarik sepanjang program ini.

Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang Belon Panas di Pulau Pinang

Meriah sambutan yang diterima sepanjang program ini. TPK mengharapkan agar program seperti ini boleh diteruskan.

p/s: Perniagaan yang bermula dengan RM100.00 boleh memberi pulangan yang beribu-ribu kali ganda. Ingin mengetahui caranya boleh ke Usahawan Komunikasi. #STEP

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Luar Malaysia, Panduan IbuBapa, Pelancongan, Prihatin

Panduan Bercuti


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Panduan Bercuti

Hanya tinggal beberapa hari lagi cuti persekolahan akan berakhir. Walaupun begitu masih belum terlambat untuk ibubapa menggunakan baki cuti persekolahan yang ada untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Terpulang kepada ibubapa untuk memilih tempat yang sesuai untuk bercuti bersama anak-anak.

Ibubapa perlu menggunakan peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Setelah sibuk bekerja mencari rezeki, kini tiba masanya untuk meluangkan masa sepenuhnya untuk melayan kerenah anak-anak.

Pelbagai tempat menarik pilihan ibubapa dan ianya bergantung juga kepada kos percutian tersebut. Ibubapa boleh membawa anak-anak ke Taman Negara, Zoo Negara dan Taman Tema.

TPK tidak mahu membincangkan mengenai tempat menarik yang boleh dilawati. Mungkin TPK akan buat satu entri khas mengenai tempat yang sesuai dilawati nanti.

Entri kali ini TPK akan membincangkan mengenai Panduan Bercuti. Panduan ini sesuai untuk mereka yang akan pergi bercuti.

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan sediakan sebelum pergi bercuti.

1. Merancang Tempat Percutian

Dalam apa aktiviti/perkara yang ingin kita lakukan perancangan adalah sangat perlu. Begitu juga dalam percutian, perancangan ke mana tempat bercuti adalah penting.

Perancangan tempat bercuti penting kerana ianya memberi ukuran awal mengenai seberapa banyak keperluan yang diperlukan sepanjang percutian.

Jika percutian itu jauh maka persediaannya banyak dan sekiranya percutian itu dekat maka persediaan memadai dengan jarak atau tempoh percutian.

2. Pakaian

Pakaian yang lengkap perlu untuk memastikan pakaian yang di bawa dan diperlukan mencukupi. Persediaan pakaian ini adalah mengikut tempat percutian yang telah dirancang.

Sekiranya percutian tersebut adalah ditempat yang sejuk maka perbanyakkan baju yang tebal, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung kaki dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu.

Sebaliknya sekiranya percutian itu adalah ditempat yang panas maka perbanyakkan pakaian yang lebih sesuai dengan tempat percutian.

3. Keperluan Diri

Apa yang TPK maksudkan dengan keperluan diri?

Keperluan diri yang TPK maksudkan adalah keperluan harian yang kita gunakan untuk membersihkan diri. Keperluan ini penting agar masa percutian anda tidak diganggu untuk mencari keperluan ini.

Keperluan ini termasuklah:

1. Sabun

2. Berus Gigi dan Ubat Gigi

3. Pencukur

4. Pengepit Kuku

5. Pencuci Telinga

7. Pewangi Badan

8. Keperluan Wanita

9. Getah Ikat Rambut (Untuk wanita atau anak-anak)

4. Ubat-Ubatan

Ini adalah antara perkara yang penting. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda sememangnya telah diarahkan oleh pakar perubatan untuk mengambil ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan maka perkara ini tidak boleh diketepikan.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil maka keperluan ubatan mereka tidak boleh diambil ringan. Sediakan ubat-ubatan secukupnya sebagai persiapan sekiranya mereka ditimpa sakit semasa percutian. Antara ubat-ubatan yang TPK cadangkan adalah:

1. Ubat Demam

2. Ubat Batuk

3. Ubat Selsema

4. Ubat ‘Sumbat’ (Ubat yang dikhaskan untuk bayi atau kanak-kanak apabila didapati suhu badan terlalu panas)

Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau bayi, TPK menyarankan agar anda membawa bersama penyukat suhu.

Penyukat suhu ini penting kerana ianya membantu anda untuk membuat tindakan awal sekiranya anak anda perlu rawatan susulan atau tidak.

5. Makanan

Makanan perlu untuk anda yang pergi bercuti. Makanan yang TPK maksudkan adalah makanan yang diperlukan untuk anda sebelum anda mengenali tempat percutian tersebut.

Makanan ini seperti roti, maggie, air kotak, air mineral, dan sebagainya. Makanan ini diperlukan terutama pada mereka yang bercuti dan kurang arif mengenai tempat makan yang sesuai dan murah.

Selain itu, makanan ini juga bertujuan untuk mengelakkan anda dari berasa lapar di hotel atau rumah penginapan.

Cukup setakat ini TPK kongsikan panduan bercuti ini. TPK akan tambah nanti perkara-perkara yang perlu mengenai panduan bercuti ini dientri yang lain.

Diharap anda semua dapat menggunakan panduan ini untuk percutian anda nanti.

Sebelum TPK tamatkan entri ini, TPK ingin kongsikan satu panduan pada semua mengenai Teknik Berenang – Panduan Asas Berenang Dengan Mudah

Panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin belajar berenang dan sangat sesuai pada mereka yang tiada asas berenang.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Panduan IbuBapa, Pelancongan

Ini pun perlu di bawa setiap masa

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

14066967_1

Selain membawa barangan kecantikan sendiri terutama produk asas ketika anda melancong, pastikan beberapa barangan lain turut anda bawa bagi membantu menjaga kesihatan kulit juga rambut anda.

Tisu Anti Bakteria

Tisu anti-bakteria sangat berguna kerana anda boleh menyegarkan kulit apabila berminyak dan kotor.

Tisu ini juga satu alternatif yang baik jika anda tidak boleh mencuci muka anda dengan segera.

Bawa Pelembap Bibir Di Dalam Beg Tangan Anda

Bibir cenderung untuk menjadi kering dan luka ketika melancong. Jadi melembapkan bibir adalah perlu.

Pastikan salap bibir anda atau pelembap bibir sentiasa ada di dalam beg tangan atau beg sandang anda.

Pelembap Kulit

Perjalanan jauh sering membuat kulit anda kering. Jadi pastikan anda membawa pelembap kulit untuk muka juga badan.

Gunakannya selalu untuk mengelakkan kulit kering menjadi lebih kering.

Bedak Bayi

Satu daripada perkara yang paling teruk mengenai melancong adalah rambut berminyak. Anda pula tidak boleh mencuci rambut rambut ketika itu.

Cara paling cepat adalah taburkan sedikit bedak bayi pada sikat anda. Ini akan menyerap minyak tambahan daripada rambut. Sikat rambut anda sehingga semua kesan bedak dikeluarkan daripada rambut.


head

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pelancongan

Bangunan terbesar di dunia

Bangunan yang dikenali sebagai New Century Global Center adalah bangunan freestanding terbesar di dunia. Di lengkapi pusat membeli-belah, hotel, taman air serta sebuah kampung di dalam bangunan berkeluasan 19million kaki persegi.

Siling kaca berketinggian 100 meter dan mempunyai matahari buatan. Bangunan yang terletak di Chengdu, wilayah Sichuan ini mampu memuatkan 20 Sydney Opera Houses atau tiga Pentagon. Direka oleh arkitek British-Iraq Zaha Hadid.

New Century Global Center yang dibuka kepada orang ramai pada hujung minggu ini mengambil masa tiga tahun untuk membinanya.

Pelancongan

RIBUAN WANITA BERBIKINI

GUANGZHOU – Sekumpulan wanita yang hanya memakai bikini di China berkumpul di Taman Tema Air Chimelong di sini untuk membentuk formasi angka 2013 kelmarin, lapor media tempatan.

Formasi angka tahun 2013 itu juga dilakukan seperti bentuk ular yang melingkar.

Lapor media tempatan, kumpulan wanita itu melakukan formasi tersebut untuk sesi fotografi sempena satu acara promosi di taman tema air tersebut.

Beribu-ribu wanita mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang diadakan kelmarin.

Ia diadakan sempena musim panas tahun ular menurut kalendar masyarakat Cina.

Kumpulan wanita muda itu turut mengambil kesempatan berekreasi dan mandi di kolam air taman tema air tersebut. – Agensi

TPK: Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri untuk menyambut sesuatu kejayaan. Setiap orang juga inginkan kelainan dalam menyambut kejayan tersebut. Jangan sampai kelainan yang ingin dibuat itu melanggar semua peraturan yang telah ditetapkan.

Pelancongan

Pandangan Dari Tingkat 100 Bangunan One World Trade Center

Bangunan ini adalah yang tertinggi di Western Hemisphere. Ketinggiannya mencecah 1,776 kaki. Ianya akan dibuka pada tahun 2015 dan mari lihat bagaimana pandangan dari tingkat 100 bangunan ini.







Pelancongan

Rumah Penginapan Paling Tinggi

Agak-agak ada sesiapa yang berani tidur dan menginap di rumah ini atau tidak???Siapa yang berani akan mendapat melihat pemandangan yang cantik dan nyaman..tetapi sekiranya hujan dan angin kuat apa akan jadi???hehehe

http://tetikusdanpapankekunci.files.wordpress.com/2013/04/281239_201210300828071.jpg

 

Pelancongan

Hotel Atas Gunung Yang Telah Ditinggalkan

Hotel del Salto telah dibuka secara rasmi pada 1924 berdekatan dengan Tequendama Falls, Bogotá River, Colombia dan sayangnya hotel ini telah ditutup pada 1990’an. Orang ramai speculate hotel ini berhantu dan disebabkan itu tidak ramai yang datang menginap dalam hotel ini tapi salah satu sebab kenapa hotel ini ditutup mungkin adalah kerana sungai berdekatan dengan hotel telah tercemar.

Pelancongan

WÄRTSILÄ-SULZER RTA96-C ENJIN TERBESAR DI DUNIA

Wärtsilä-Sulzer RTA96-C ialah enjin terbesar di dunia. Enjin diesel yang dihasilkan Wärtsilä, sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland. Enjin14 silinder, berkapasiti 1820 liter dan seberat 2300 tan ini mampu menghasilkan 108 920 kuasa kuda. Kapal pertama yang menggunakan enjin ini ialah Emma Mærsk pada tahun 2006. Setakat ini 25 Wärtsilä-Sulzer RTA96-C sudah dihasilkan dan 86 lagi sedang dalam pembinaan.



Pelancongan

Apabila Bangunan Kiub Olimpik China Menjadi Taman Tema Waterpark ‘Gergasi’

Apabila Bangunan Kiub Olimpik China Menjadi Taman Tema Waterpark ‘Gergasi’.

#Well, selepas olympic memang tidak praktikal lagi kalau nak simpan kolam renang tu. Dari dibiarkan, baik buat benda yang boleh mendatangkan duit ye tak.