Loading
Panduan IbuBapa, Pendidikan, Uncategorized

4 Amalan Baik Sebelum Tidur

Dari kecil lagi hampir kita semua didik untuk membaca doa tidur sebelum kita tidur. 

 

Banyak amalan baik yang kita dengar untuk diamalkan sebelum kita tidur. Disini TPK ingin kongsikan 4 amalan baik sebelum tidur.

 

  

Read More

Panduan IbuBapa, Pendidikan

Perkara Penting Sebelum Sebarkan Sesuatu Maklumat

Di era globalisasi ini, pelbagai cerita yang kita terima dari media sosial.

 

Ada cerita yang betul dan ada juga cerita yang tidak betul serta ada juga cerita yang ditokok tambah dari cerita asal.

 

Semua perkara ini berlaku apabila cerita yang kita terima tidak ditapis dan sebaran dibuat tanpa sebarang pengesahan. Oleh itu, TPK ingin kongsikan perkara penting sebelum sebarkan sesuatu maklumat

Read More

Pendidikan, Teknologi

Cara Mengatasi Masalah Emel Inbox

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Masalah emel

Lama betul TPK tidak update blog Tetikus dan Papan Kekunci. Dengan kekangan masa dan perancangan projek akan datang ianya antara punca TPK meninggal sementara dunia blogging ini.

Penuh bersarang blog Tetikus dan Papan Kekunci ini. Tetapi TPK bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret dan berkongsi maklumat yang TPK ada kepada pembaca sekalian.

TPK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung setia blog Tetikus dan Papan Kekunci kerana masih lagi setia mengikuti perkembangan blog ini.

Pada entri kali ini TPK ingin kongsikan mengenai Tips atau Cara untuk mengatasi masalah emel inbox. Perkara ini TPK sendiri mengalaminya. Read More

Pendidikan

Global Economic Symposium – Disebalik Tabir

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

GES2014
Pentas Utama

Telah seminggu berlalu program GES ini. Walaupun ianya telah berlalu tetapi ianya masih segar diingatan dengan pelbagai perkara dan aktiviti yang menarik.

Program yang bertaraf antarabangsa ini merupakan satu-satu program yang diadakan di Malaysia dan mendapat liputan dari pelbagai media. Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga media antarabangsa.

Tahniah dan Syabas TPK ingin ucapkan kepada semua warga kerja yang menjayakan program ini terutama kepada UiTM yang telah dipilih dan menjadi host kepada program ini.

Kepada semua tenaga kerja yang bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran program ini, perlu diberikan kredit dan penghargaan yang tidak terhingga sehingga berjayanya program ini.

Dibawah ini adalah sedikit gambar untuk tatapan semua GES 2014 – Disebalik Tabir

GES 2014
Sebahagian AJK Dokumentasi
GES 2014
Sebahagian Sukarelawan Yang Membantu
GES2014
Pakar Grafik
GES2014
Pemantauan Dibuat Untuk Kelancaran GES2014
GES2014
Sempat Bergambar Walaupun Sibuk
GES2014
AJK Dokumentasi
GES2014
AJK Gerak Kerja
GES2014
Sebahagian Idea Yang Diambil Dari Peserta dan Pembentang
GES2014
Merancang Untuk Pergerakan Seterusnya – AJK Gerak Kerja
GES2014
AJK Gerak Kerja – Memastikan Program Berlangsung Mengikut Jadual & Kelangkapan Lengkap Serta Berfungsi
GES2014
Antara Venue GES 2014
GES2014
AJK Dokumentasi
GES2014
AJK Dokumentasi
GES2014
Bersyukur Dengan Usaha & Kejayaan Kerja Dokumentasi
GES2014
Semua AJK Yang Terlibat Menjayakan GES2014

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pendidikan

Global Economic Symposium – Opening

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebentar tadi baru sahaja selesai ucapan pembukaan GES 2014. TPK kongsikan sedikit gambar-gambar yang berkaitan untuk tatapan semua.

GES2014
Before opening session
GES2014
Before opening session
GES2014
Before opening session
GES2014
Ucapan Pembukaan dari Naib Canselor UiTM
GES2014
Urusetia yang bertugas
GES2014
Urusetia yang bertugas
GES2014
Banner perjalanan perbincangan GES2014
GES2014
Urusetia yang bertugas

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan Blog, Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA, Panduan Perniagaan, Pendidikan

Peperiksaan Penguasa Kastam dan GST

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebelum ini TPK ada kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 khas untuk mereka yang dipanggil untuk mengikuti peperiksaan pada 6 September 2014.

Jika anda merupakan salah seorang calon yang akan mengikuti peperiksaan ini boleh dapatkan panduan berguna ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Entri kali ini ringkas sedikit yang mana antara topik yang mungkin akan ditanya pada peperiksaan penguasa kastam ini adalah mengenai GST.

Isu hangat ini walaupun belum diaksanakan tetapi telah pelbagai feedback yang diterima. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membangkang.

Oleh itu, kepada calon-calon yang terpilih boleh memberikan tumpuan kepada topik GST dan mungkin topik ini boleh dijadikan topik utama pada peperiksaan penguasa kastam ini.

Semoga berjaya dari TPK.

p/s: Panduan Penguasa Kastam W41 akan ditutup jualannya pada 5 September 2014. Dapatkan segera sebelum jualannya ditutup.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan Blog, Panduan IbuBapa, Panduan Peperiksaan SPA, Panduan Perniagaan, Pendidikan

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan. Ramai yang mahu bekerja di sektor kerajaan kerana jaminan masa depan yang terjamin.

Tetapi semua telah maklum bahawa untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan ini bukannya mudah. Pelbagai proses terpaksa dilalui untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan.

Proses pertama yang perlu dilalui adalah mendaftarkan diri di website SPA dan memohon jawatan yang ingin dipohon dan sesuai dengan tahap pencapaian akademik yang ada.

Pada 6 September 2014 ini, mereka yang mendaftar untuk mendapat jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam atau Penguasa Kastam W41 akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan ini akan berlangsung secara online.

Calon-calon yang terpilih telah pun mendapat emel pemakluman dan menghadiri satu taklimat khas mengenai peperiksaan ini.

Pastinya pada ketika ini, calon-calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan ini berada di dalam keadaan yang gelisah dan berusaha mencari seberapa banyak ilmu yang boleh dibaca sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan.

Bahan bacaan yang dibaca pastinya akhbar tempatan, isu semasa, senarai kabinet terkini dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal negara.

Disini TPK ingin kongsikan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon yang berjaya.

Panduan ini menerangkan mengenai format soalan yang akan ditanya pada peperiksaan ini, contoh-contoh soalan, dan nota tambahan yang boleh membantu anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan ini.

Panduan ini sesuai untuk semua samaada yang dipanggil peperiksaan atau tidak. Jika anda tidak terpilih sebagai calon peperiksaan, anda boleh menggunakan panduan ini sebagai persediaan awal sebelum dipanggil ke peperiksaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan panduan ini di Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

p/s: contoh soalan yang berada di dalam panduan ini bukanlah soalan bocor tetapi ianya lebih kepada contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan dan sebagai persiapan awal.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pendidikan

Pelajaran: Dahulu vs Sekarang

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Cabaran seorang guru pada hari ini sangat mencabar berbanding dengan zaman dahulu. Guru bukan sahaja berhadapan dengan perubahan sistem pendidikan tetapi juga dengan perubahan pemikiran dari ibu, bapa dan pelajar di sekolah.

Perubahan sistem pendidikan dengan pemansuhan sistem peperiksaan UPSR dan PMR dan sistem baru bagi menilai kemampuan pelajar adalah satu perubahan yang besar bagi semua pihak. Bukan sahaja guru yang terlibat tetapi juga ibu bapa dan pelajar.

Ibu bapa dan pelajar terpaksa memahami sistem baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam memantapkan sistem pendidikan di Malaysia.

TPK tidak mahu menyentuh mengenai sistem baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Walaupun pelbagai maklumbalas yang TPK dengar mengenai sistem baru ini. Ada yang menyokong dengan pengenalan sistem baru ini dan ada yang kurang menyokong sistem ini atas beberapa faktor.

Masing-masing mempunyai hujah untuk menyokong dan tidak menyokong sistem ini.

TPK ingin menarik perhatian anda sekalian mengenai karikatur di atas. Sekiranya anda sekolah di era 60-an hingga 90-an pasti anda akan teringat zaman sekolah masing-masing dan ianya lebih kepada situasi pada karikatur di 1969.

Pada zaman ini, pelajar amat takutkan guru dan ibu bapa akan menyalahkan semula pelajar sekiranya keputusan yang diterima tidak memuaskan. Pada zaman ini juga, guru-guru dibenarkan untuk memukul pelajar atas kesalahan yang dilakukan dan untuk mengajar dan bukannya untuk mendera.

Berbeza dengan karikatur zaman sekarang yang mana guru-guru akan dipersalahkan atas prestasi pelajar yang kurang memuaskan. Hal ini menunjukkan betapa mencabarnya pekerjaan sebagai seorang guru. Bukan sahaja perlu memastikan prestasi pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang baik tetapi juga mendidik tanpa boleh memukul atau denda seperti zaman sebelum ini.

Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi sebagai seorang guru. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama. Bukan sahaja guru tetapi juga pelajar dan ibu bapa.

Mungkin ibu bapa pada zaman ini TPK mencadangkan agar jangan hanya mendengar atau menyalahkan sebelah pihak sahaja sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Seeloknya siasat dan bertanya terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil.

Semoga perkongsian ini dapat memberi anda sedikit manfaat dan panduan.

Sebelum TPK tutup entri kali ini TPK ingin kongsikan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk anda dan anak-anak anda.

Teknik Rahsia Matematik

Panduan mudah yang boleh digunakan bukan sahaja pelajar tetapi juga mereka yang sentiasa menggunakan operasi matematik di dalam kerja harian. Teknik yang diajar di dalam panduan ini adalah teknik operasi matematik yang mudah bagi mendapatkan jawapan tanpa memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan matematik.

Ia juga boleh menarik minat mereka yang tidak sukakan akan matapelajaran matematik apabila operasi perkiraan yang dimudahkan dan menyoronokkan.

Minda Genius – Mengangkat Minda Ke Dimensi Baru

Panduan setebal 72 muka surat ini memberi anda panduan mengenai kuasa minda yang boleh mengubah pemikiran anda yang boleh digunakan dalam pembelajaran.

Panduan ini mengajar anda untuk menguasai minda yang boleh meningkatkan tahap pemikiran dan ingatan.

Ianya sangat sesuai untuk semua bukan sahaja pelajar tetapi juga orang dewasa.

Teknik penguasaan minda yang dikongsikan ini juga berpandukan kepada teknik penguasaan minda yang disarankan di dalam Islam.

p/s: Semoga kedua-dua panduan yang TPK kongsikan ini boleh memberi anda ilmu yang berguna dan boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pendidikan

Sains & Fizik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

Apabila kita mengatakan berkenaan dengan sains pastinya ada diantara kita yang terlintas akan fizik, kimia, biologi. Kebanyakan subject yang ditakuti oleh pelajar-pelajar antaranya adalah fizik. Disini TPK ingin kongsikan bersama sedikit teknik memahami sains dan teknik pengajaran yang dilakukan secara praktikal.

Selain itu, kajian yang dibuat oleh Professor Brian Cox ini mengenai berlian sangat menarik dan boleh digunakan oleh pembaca sekalian untuk tontonan pelajar-pelajar dan anak-anak disekolah dan dirumah.

atau

A night with the stars

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam