Loading
Politik

Rakyat Yang Menentukan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  
Setelah lebih kurang 13 hari berkempen, hari yang dinantikan telah tiba. Pelbagai strategi dan cara dilakukan untuk memikat hati rakyat.

Pada hari ini, rakyat akan menentukan sendiri siapa pemimpin mereka. Pemimpin yang rakyat akan memberi kepercayaan untuk membangunkan kawasan dan mengutamakan kebajikan. Read More

Politik

POLITIK: Idris – Pas tetap tak boleh perintah Terengganu

Datuk Seri Idris Jusoh

BESUT – Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

“Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam.

Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut.

Idris berkata, Umno sedang menyusun pelbagai strategi dan gerak kerja semua peringkat termasuk bantuan pusat untuk menghadapi PRK kali ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan calon BN tempatan telah disenaraikan dan senarai akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon.

“Kita akan mencari calon tempatan yang disenangi dan disukai oleh rakyat kerana calon yang disukai rakyat akan memberi lebih kemenangan,” katanya. – SH

Politik

UNDI ROSAK PALING LAWAK DI MALAYSIA!

GAMBAR KERTAS UNDI ROSAK PALING KELAKAR DI DUNIA | Kertas undi rosak ni akan membuat anda tergelak bagaimana seorang pengundi begitu yakin memangkah parti yang salah. Mungkin adrenalin telah naik mendadak di samping rasa cemas yang dialami.
“Sorry, salah pangkah boss!”