Loading
Panduan IbuBapa, Panduan Perniagaan, Prihatin

Tidur Sekejap Di Siang Hari Menyegarkan Minda

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Tahukah anda bahawa tidur sekejap di siang hari elok untuk menyegarkan badan dan minda.

Terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa tidur di siang hari adalah sifat orang yang pemalas dan akan mengganggu kesihatan.

Sedarkah kita, bahawa tidur sekejap di siang hari adalah amalan yang diamalkan oleh umat Islam dan masyarakat barat sejak dahulu lagi.

Di barat, tidur sekejap di siang hari di panggil “power nap”. Ianya dipraktikkan untuk menyegarkan semula badan dan merehatkan minda.

Di Amerika Syarikat ditubuhkan satu agensi khas untuk menyebarkan maklumat mengenai kesan baik tidur sekejap di waktu siang kepada semua penduduk di sana.

Di Malaysia, perkara ini masih baru dan ianya masih belum banyak dipraktikkan lagi.

Setiap majikan memerlukan output yang maksimum dan untuk memberikan output yang maksimum ianya memerlukan badan dan minda yang cergas dan rehat yang cukup.

Terdapat pelbagai bahan ilmiah yang diluar sana yang boleh dijadikan bahan bacaan mengenai perkara ini.

Pada waktu rehat tengahhari adalah waktu yang paling sesuai untuk tidur sekejap. Walaubagaimanapun kebanyakkan masa ini digunakan untuk mencari makan dan berbual bersama rakan-rakan atau melayari internet.

Tempoh yang paling sesuai untuk tidur sekejap ini adalah dalam lingkungan 30 – 40 minit sahaja. Sekiranya anda mengambil masa yang lebih dari itu, ianya akan memberi kesan yang tidak baik pada badan yang mana badan anda akan merasa sangat letih dan tidak bermaya serta kelesuan.

Secara fizikalnya, tidur sekejap secara berkala boleh membantu dalam menyegarkan otak, memperbetulkan semula sistem jantung, memperbaiki sel-sel darah, dan mengendurkan otot-otot.

Manakala secara psikologi dan mental, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang, dan sedia melakukan kerja seterusnya dengan produktiviti yang tinggi.

Dari perspektif Islam pula, tidur siang diiktiraf sebagai perkara yang baik.

‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari’.

– Imam al-Ghazali –

Di atas kesedaran ini, terdapat majikan di negara barat yang menyediakan tempat-tempat rehat yang sesuai untuk pekerjanya tidur sekejap dan merehatkan minda sebelum memulakan kerja selepas waktu tengah hari.

p/s: Jangan terlebih tidur sudah la ye..

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan IbuBapa, Prihatin

Tips Menjadi Orang Baik dan Disukai Orang

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Menjadi insan yang baik adalah idaman semua begitu juga memiliki insan yang baik sebagai teman hidup. Mereka yang bersifat baik akan sentiasa disukai dan balasan baik akan sentiasa mendapat balasan yang baik.

Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh kita semua untuk menjadi orang baik tetapi banyak yang selalu disalaherti dengan perbuatan baik yang kita lakukan. Oleh itu, disini TPK kongsikan tips menjadi orang baik dan disukai orang yang boleh anda gunakan.

1. Tulus

Ketulusan hati dalam melakukan sesuatu perkara adalah perkara yang penting. Dengan membuat perkara itu bukan diatas sebab terpaksa ianya secara sendiri akan menampakkan anda insan yang baik.

2. Berkomunikasi Dengan Sopan

Berkomunikasi adalah salah satu faktor yang boleh menjadi ukuran samaada ada insan tersebut baik ataupun tidak. Berkomunikasi dengan sopan dan menjauhi kata-kata kasar boleh membuatkan anda mudah didekati dan disukai.

3. Menghargai Orang Lain

Menerima bantuan dari orang lain adalah salah satu lumrah dalam kehidupan kita. Jika kita ingin diri dihargai maka kita perlu meghargai orang lain terlebih dahulu. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghargai seseorang.

4. Bantu Membantu

Memberi bantuan kepada yang memerlukan tanpa memikirkan ganjaran yang akan diterima adalah salah satu perkara yang baik.

Jika anda sudi memberi bantuan maka anda juga mudah untuk menerima bantuan apabila diperlukan.  

5. Bersyukur

Ini adalah langkah penting dalam melakukan segala sesuatu, setiap kali anda berfikir bahawa hidup sedang susah, bersyukurlah atas apa yang telah miliki, kerana belum tentu semua orang seberuntung dirimu.

6. Berkawan Dengan Semua

Janganlah memilih-milih kawan, kerana semua manusia di mata Allah SWT adalah sama, yang membezakan hanya Akhlaknya

Semog perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada anda dan diri TPK sendiri.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Prihatin

7 Cara Mencari Kebahagiaan Hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Menginginkan kebahagiaan hidup di dalam dunia ini adalah impian semua manusia. Tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Walaupun dilimpahi dengan pelbagai harta benda atau wang ringgit yang banyak tanpa kebahagiaan maka ianya hanya sia-sia sahaja.

Erti bahagia bagi setiap manusia adalah berbeza-beza. Ada yang mendefinisikan bahagia apabila mempunyai wang ringgit yang mencukupi ianya akan membawa kepada kebahagiaan, ada juga mengertikan bahagia dengan setiap ahli keluarganya ada bersama walaupun mereka hidup serba kekurangan.

Kebahagiaan bukan boleh dibeli tetapi ianya perlu dicari. Disini TPK kongsikan 7 cara mencari kebahagiaan hidup yang boleh digunakan oleh anda.

1. Nikmati Kebahagiaan

Salah satu cara untuk mencari kebahagiaan adalah dengan menikmati kebahagiaan yang telah dikecapi. Bersyukur dengan kebahagian yang ada. Sesungguhnya kebahagiaan yang dikecapi itu telah ditetapkan dan setiap orang mempunyai kebahagiaan yang berbeza-beza.

2. Lakukan Apa Yang Anda Ingin Lakukan

Apa yang anda rasa bahawa tindakan yang anda ambil boleh memberikan kebahagiaan maka teruskan. Walau susah macam mana pun tindakan yang diambil tetapi teruskan kerana ada mengetahui bahawa keputusannya yang anda akan terima akan membahagiakan anda.

Anda pasti tidak akan menyesal dengan keputusan yang diterima walaupun keputusan yang diterima bukan seperti yang dijangkakan.

3. Kebahagiaan Percuma

Ramai yang beranggapan bahawa kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit. Sebenarnya kebahagiaan tiada nilainya dan ianya percuma.

Wang hanya alat yang digunakan untuk anda membuat pilihan samaada ingin kebahagiaan atau tidak. Walaupun ada yang beranggapan bahawa wang boleh membahagiakan tetapi ianya memerlukan usaha yang berterusan untuk anda sentiasa mempunyai wang.

Pilihlah kebahagiaan yang percuma yang mana kebahagiaan ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dan semua orang boleh menikmatinya. Kebahagiaan yang TPK maksudkan adalah kebahagiaan perhubungan, kebahagiaan ketawa, kebahagiaan bermain dengan anak-anak dan sebagainya.

4. Mencintai

Seseorang yang berjaya untuk memperuntukkan masa, komitmen dan perhatian didalam hubungan adalah merupakan orang paling bahagia didunia ini. Jangan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian sehingga mengabaikan perhubungan, kerana anda akan terlepas peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup.

5. Menjadi Pemaaf

Apabila anda sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kesalahan maka ianya akan membuatkan anda menjadi orang yang paling bahagia di dalam dunia ini. Perasaan hasad dengki, dendam dan sebagainya dapat dihindarkan dengan menjadi pemaaf kepada mereka yang melakukan kesilapan.

6. Bersyukur

Bersyukur dengan apa yang ada membuatkan anda merasa bahagia. Perasaan bersyukur ini perlu dipupuk kerana jika anda tidak bersyukur anda akan sentiasa berada di dalam keadaan yang tidak tenteram dan bahagia kerana anda cuba berlumba-lumba dengan mereka yang lebih dari anda. Ini akan membuatkan anda berasa tidak bahagia.

7. Lalui apa yang sedang anda lalui

Kenangan hanyalah merupakan satu proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. Nikmatilah kebahagian terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukannya bergantung terhadap kenangan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Panduan IbuBapa, Prihatin

7 Sifat Sombong Yang Perlu Dijauhi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Perasaan sombong adalah merupakan salah satu sifat yang perlu dijauhi oleh semua orang. Sesungguhnya mereka yang mempunyai sifat sombong ini akan dilaknat oleh Yang Maha Esa.

TPK kongsikan 7 sifat sombong yang perlu kita jauhi.

1. Sombong Dengan Ilmu Yang Ada

Manusia boleh menjadi sombong dengan ilmu pengetahuan yang dia ada. Tidak kira ilmu berkenaan dengan perihal dunia ataupun ilmu mengenai perihal akhirat.

Manusia yang sombong ini kebiasaannya akan merasa bongkak dan riak dengan ilmu yang ada. Setiap ilmu yang diketahui tidak akan dikongsikan bersama malah perasaan menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang ada.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa’. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong Dengan Kelebihan Ibadah Yang Dilakukan.

Merasakan diri sudah cukup beribadah dan orang lain tidak mampu melakukan ibadah seperti yang dilakukan adalah dianggap sombong.

Hakikatnya mereka ini telah termakan dengan tipu daya syaitan yang menggoda untuk berasa seperti yang dirasakan.

Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya..”

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

3. Sombong Dengan Keturunan Sendiri

Masing-masing manusia mempunyai keturunannya sendiri. Tidak terlepas terdapat mereka yang berbangga dengan keturunan mereka.

Mereka akan bermegah-megah dengan keturunan mereka hinggakan orang lain patut menghormati mereka dengan keturunan mereka.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT:

 

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

4. Sombong Dengan Paras Rupa Yang Dimiliki

Merendah-rendahkan rupa paras orang lain dan membangga diri dengan rupa paras sendiri juga dianggap sombong.

Perkara ini seringkali terjadi dikalangan kita, rakan-rakan atau sedara mara. Memang niat kita adalah untuk bergurau tetapi ianya dianggap sombong dengan menghina rupa paras orang lain.

5. Sombong Dengan Harta Yang Dimiliki

Sombong dengan harta yang dimiliki sememangnya terjadi disekeliling kita. Tidak kira samaada harta yang dimiliki banyak ataupun tidak.

Harta ini boleh di dalam pelbagai bentuk samaada rumah, kenderaan, peralatan elektronik dan sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT :

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

6. Sombong Dengan Kekuatan dan Kegagahan Diri

Kekuatan dan kegagahan dalam diri bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau dibanggakan. Kelebihan yang dimiliki adalah untuk membantu mereka yang lemah.

Hakikatnya perkara ini berbeza dari matlamat anugerah ini diberikan. Mereka membantu yang lemah tetapi bantuan yang diberikan adalah untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk.

FIRMAN ALLAH SWT :

 

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

7. Sombong Dengan Pengikut Yang Ramai

Pekara ini sering terjadi dan selalu dapat kita lihat disekeliling kita. Ramai yang bangga dan sombong dengan pengikut yang ramai hingga lupa bahawa pengikut yang ramai itu adalah untuk membantu dan bekerjasama kearah yang lebih baik.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan kita sentiasa mengingati satu sama lain.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin

Meja Bulat Cermin Gelap Kenderaan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Isu mengenai peraturan cermin gelap kini menjadi bualan hangat oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Setelah sekian lama peraturan penggunaan cermin gelap ini tidak digubal kini satu perbincangan meja bulat membincangkan mengenai cermin gelap kenderaan akan diadakan.

Perbincangan ini akan membincangkan mengenai penggubalan peraturan penggunaan cermin gelap yang sesuai digunakan dengan perkembangan semasa.

Terdapat pelbagai isu yang perlu dilihat semasa perbincangan meja bulat ini.

1. Peraturan ini sekiranya ingin digubal perlu dilaksanakan kepada semua peringkat. Tidak kira samaada pengguna itu di kalangan mereka orang biasa atau dikalangan VVIP. Perkara ini timbul disebabkan penggunaan cermin gelap dilarang sepenuhnya kepada pengguna biasa tetapi tidak kepada mereka yang bergelar VVIP.

Selain itu, penggunaan cermin gelap ini juga perlu dilihat semula kepada penguatkuasa itu sendiri. TPK tidak maksudkan kepada kenderaan penguatkuasa tetapi kenderaan peribadi penguatkuasa yang kebanyakkannya bercermin gelap dan tidak mengikut peraturan tetapi tiada tindakan yang dikenakan walaupun selalu keluar masuk ke bangunan penguatkuasaan.

2. Penjualan lapisan cermin gelap perlu juga dilihat semula. Walaupun pihak berkuasa melarang penjualan lapisan cermin gelap tetapi jika mempunyai permintaan maka ianya akan dijual juga secara senyap atau haram.

Anda sendiri boleh lihat kepada penjualan VCD cetak rompak. Oleh kerana mempunyai permintaan maka penjualannya tetap ada dan hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita penangkapan penjualan VCD cetak rompak. Pelbagai usaha dijalankan untuk membenteras perkara ini tetapi disebabkan mempunyai permintaan maka ianya tetap dijual.

3. Peraturan yang bakal digubal perlulah releven dengan perubahan keadaan semasa seperti cermin kenderaan import yang tersedia gelap, cuaca panas yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi.

Pandangan peribadi TPK, perubahan peraturan cemin gelap ini perlu menyeluruh dan tiada pengecualian kepada mana-mana pihak. Jika peraturan yang baru ini hanya kepada pihak tertentu sahaja maka ianya masih tidak mencapai objektifnya.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin

Sultan Azlan Shah Mangkat

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Setelah pelbagai cerita yang kita dengar mengenai kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kini ianya telah disahkan sendiri oleh Menteri Besar, Perak.

Sebagai anak jati Perak, TPK sedih menerima berita ini.

Al-Fatihah

Semoga roh ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dikalangan mereka yang solehah.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu. (Sinar Harian)

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Pengenalan & Peribadi, Prihatin

Selamat Hari Ibu

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Sempena Hari Ibu pada hari ini, TPK ingin mengucapkan

SELAMAT HARI IBU 

pada ibu TPK yang tersayang kerana pengorbanan yang diberikan sehingga TPK berjaya hingga ke hari ini. Jasa yang ditaburkan tidak terbalas dengan wang ringgit. Kesusahan ibu untuk membesarkan anak-anaknya dan melihat anaknya berjaya adalah satu pengorbanan yang sanagat tidak ternilai.

Kepada isteri yang tersayang juga TPK ingin ucapkan

SELAMAT HARI IBU

Pengorbanan isteri dalam membesarkan anak-anak dan memastikan keperluan anak-anak dan suami mencukupi walau dalam apa jua keadaannya.

Semoga pengorbanan ibu dan isteri TPK dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Prihatin

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Wordless Wednesday = Setiap hari rabu semua ramai blogger akan letakkan tajuk wordless wednesday. Meletakkan gambar sahaja tanpa penceritaan. Sekeping gambar memberi pelbagai cerita.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan IbuBapa, Prihatin

10 Tips Mengatasi Rasa Marah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Kata-kata diatas mungkin boleh membuat kita berfikir sekejap mengenai rasa marah.

Semua orang pasti tidak terlepas dari perasaan marah. Tetapi ramai diantara kita yang kurang pasti bagaimana untuk mengatasi perasaan marah.

Ada yang tahu cara untuk mengatasi perasaaan marah tetapi mungkin cara yang salah atau tidak betul.

Disini TPK kongsikan 10 tips untuk mengatasi perasaan marah.

1. Ketika anda marah jangan mengatakan apa-apa.

Anda pernah dengar mengenai kata-kata “berdiam lebih baik dari berkata-kata”. Kata-kata ini sangat sesuai dipraktikkan apabila kita sedang marah.

Jika kita mengatakan apa-apa semasa sedang marah maka ianya akan menyebabkan setiap kata-kata kita dipengaruhi dengan perasaan marah dan sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan atau keputusan pada masalah itu adalah bukan keputusan yang terbaik.

Ketika marah, bilanglah sampai sepuluh sebelum anda berbicara. Jika anda sangat marah, bilanglah sampai seratus. – Thomas Jefferson –

2. Pedulikan orang-orang yang berusaha membuat kita marah.

Dikalangan anda mungkin akan ada orang yang suka melihat anda marah dan cuba membuat perkara-perkara yang boleh membangkitkan perasaan marah anda.

Oleh yang demikian, TPK mencadangkan agar anda pedulikan mereka yang cuba membuatkan anda marah.

3. Gunakan alasan untuk menghentikan kemarahan.

Ketika kita marah, katakan kepada diri sendiri “kemarahan ini tidak akan membantu saya dengan cara apapun. Kemarahan ini akan membuat situasi lebih buruk.”

Dengan berkata-kata positif pada diri sendiri, ianya akan membuat perasaan marah anda berkurangan atau reda.

4. Bersangka baik pada orang lain.

Jika anda berasa marah maka anda bersangka baik terhadap orang yang membuatkan anda marah.

Ianya boleh membantu anda untuk mengurangkan perasaan marah anda. Jika anda selalu praktikkan perkara ini, ianya akan membuatkan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang.

5. Nilai kedamaian jauh lebih tinggi dibanding rasa marah.

Jika kita menghargai nilai kedamaian jauh lebih tinggi dari perasaan marah maka anda akan merasakan satu kerugian jika anda marah.

Sesungguhnya perasaan marah ini amat merugikan berbanding dengan kedamaian.

“Anda mungkin punya hak untuk marah dengan seseorang, tetapi anda tahu bahawa dengan marah kepadanya anda hanya akan kehilangan kedamaian fikiran anda yang berharga ..”

6. Mencuba untuk memahami mereka yang marah pada anda.

Anda cuba memahami mereka yang cuba membuat anda marah.

Dengan cara ini anda akan membuatkan mereka yang suka membuat anda marah berasa serba salah dan tidak akan lagi cuba membuat anda marah.

7. Fokus pada sesuatu yang berbeza.

Misalkan seseorang telah melakukan sesuatu yang membuat anda marah. Fikirkan tentang sesuatu yang akan membuat anda bahagia.

Tinggalkan yang negatif dan fokus pada yang positif.

8. Tarik nafas dalam-dalam.

Tindakan sederhana dengan menarik nafas dalam-dalam akan sangat membantu anda dalam menghilangkan kemarahan.

9. Meditasi.

Latihan meditasi yang betul boleh membuatkan anda berasa tenang dan perasaan marah anda berkurangan.

10. Tersenyum.

Ketika kita tersenyum kita meredakan banyak situasi negatif. Tersenyum adalah cara menawarkan niat baik kepada orang lain.

Sumber

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kreatif, Prihatin

Salah Siapa?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Mungkin isu mengenai usahawan tudung yang tersohor ini telah lama dan lapuk bagi sesetengah orang. Entri kali ini mungkin akan menyebabkan beberapa pihak tidak setuju dengan pandangan TPK tetapi ini sekadar pendangan TPK mengenai hal ini.

TPK tidak mahu menyentuh mengenai tindakan yang diambil oleh usahawan ini dan beberapa isu lain yang berkaitan.

Terus terang TPK tidak sangat mengikuti perkembangan mengenai isu ini sehinggalah TPK terbaca artikle yang menarik dari blog Denaihati “Usahawan Melayu jahil Trademark dan Paten“. TPK juga ada mencari berita lain mengenai isu ini.

Dengan itu, di sini TPK ingin simpulkan mengenai pandangan TPK terhadap isu ini.

1. Dengan timbulnya isu ini, perhatian mengenai kepentingan harta intelek mula dititikberatkan oleh ramai pengusaha. Tidak kira pengusaha produk fizikal atau produk digital.

2. Fenomena tudung fareeda ini mula menunjukkan kejayaan orang melayu dalam perusahaan tudung. Bermula dari pengusaha sehingga kepada pekerja semuanya orang melayu.

3. Kejayaan ini perlu dibanggakan oleh orang melayu sendiri kerana ianya menunjukkan bahawa orang melayu juga mampu berjaya sekiranya terus cekal dan tabah apabila menceburi bidang perniagaan

4. Dengan terhasilnya tudung fareeda, maka ramai orang yang kreatif dengan mengeluarkan pelbagai jenis tudung dengan cara yang tersendiri. Ianya menunjukkan perubahan yang positif dalam perkembangan jualan tudung.

5. Jika dilihat sekarang ini, sudah ramai yang meniaga tudung dengan pelbagai fesyen tanpa mengetepikan matlamat asal bertudung tersebut. Ianya menunjukkan bahawa kejayaan pengusaha tudung fareeda ini memberi impak yang besar kepada semua wanita yang bertudung.

Di atas adalah pandangan TPK terhadap isu yang berlaku selama ini. TPK tidak mahu menyalahkan sesiapa di dalam hal ini.

Semoga pengusaha tudung fareeda ini akan terus berjaya dan semakin ramai lagi usahawan-usahawan baru yang berjaya.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

http://denaihati.com/usahawan-melayu-jahil-trade-mark-dan-paten

Islamic, Panduan IbuBapa, Prihatin

20 Hikmah Bersedekah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

 

Setiap diminta untuk terus bersedekah dalam apa jua keadaan dan situasi. Tidak kira samaada kita di dalam kesusahan ataupun kesenangan.

Sesungguhnya bersedekah itu mempunyai pelbagai hikmah disebaliknya. Bersedekah boleh berbentuk dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bukan hanya wang ringgit tetapi bersedekah boleh juga dalam bentuk doa, selawat serta lain-lain lagi.

Tahukah anda bahawa bersedekah mempunyai pelbagai hikmah?

Disini TPK kongsikan 20 hikmah bersedekah:

1. SEDEKAH DAPAT MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN MEREDAKAN MURKA ALLAH.
Rasulullah Saw bersabda: “Sedekah meredakan kemarahan Allah dan menangkal (mengurangi) kepedihan sakaratul maut.” (dalam buku Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq).

2. SEDEKAH MEMBUKA PINTU REZEKI.
Rasulullah Saw bersabda ” Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (HR Al-Baihaqi). Dalam salah satu hadits Qudsi, Allah berfirman: ” Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan n afkah kepadamu. “(HR Muslim).

3. SEDEKAH MELIPATGANDAKAN REZEKI.
Sedekah tidak saja membuka pintu rezeki/ tetapi juga melipatgandakan rezeki yang ada pada kita.
“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS Al-Baqarah 2:261).

4. SEDEKAH MENJAUHKAN DIRI DARI API NERAKA
Rasulullah Saw bersabda: “Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir
kurma.” ( Mutafaq’alaih).

5. PELAKU SEDEKAH BERADA DALAM NAUNGAN SEDEKAHNYA PADA HARI KIAMAT.
Rasulullah bersabda: “Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya ” (HR Ahmad).

6. AMALAN SEDEKAH ADALAH PENAWAR UNTUK BERBAGAI JENIS PENYAKIT JASMANI
Sebagaimana sabda Nabi:”Bentengilah hartamu dengan zakat, obati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (HR Ath-Thabrani).

7. AMALAN SEDEKAH ADALAH PENAWAR BERBAGAI JENIS PENYAKIT HATI
Sebagaimana sabda Nabi kepada orang yang mengeluhkan kekerasaan hatinya kepada beliau:”Jika kamu hendak melembutkan hatimu, maka berilah makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”(HR Ahmad).

Rasulullah Saw juga pernah bersabda bahwa sedekah dari seorang Muslim meningkatkan
(hartanya) dimasa kehidupannya, meringankan kepedihan saat mautnya, dan Allah hilangkan
perasaan sombong dan egois dari dirinya. (Fiqhus-Sunnah vol. 3, hal 97).

8. ALLAH MENOLAK BERBAGAI MACAM MUSIBAH DENGAN SEDEKAH.
Sedekah menolak berbagai bentuk musibah bagi siapapun, sekalipun mereka dari
golongan orang zhalim, bahkan kafir sekalipun. Rasulullah Saw bersabda’. “Sedekah dapat menyelamatkan manusia dari kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4).

9. SEORANG HAMBA BARU BISA SAMPAI PADA HAKIKAT KEBAJIKAN SEJATI MELALUI AMALAN SEDEKAH ,
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan
sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (QS. 3:92).

l0. SEORANG YANG BERSEDEKAH DIDOAKAN OLEH MALAIKAT SETIAP HARI.
Nabi Saw bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata ‘ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’ sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata.’ya Allah, berikanlah kehancuran kepada orang-orang
yang menahan (hartanya)’,”(HR Bukhari-Muslim).

11. PELAKU SEDEKAH DIKARUNIAKAN KEBERKAHAN BAGINYA DAN HARTANYA.
Allah melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya (QS Saba 34: 39). Dan jika disedekahkan, maka tidak berkurang karena Allah akan menggantinya.

12. TIDAK ADA HARTA YANG TERSISA BAGI PEMILIK HARTA MELAINKAN APA YANG TELAH DISEDEKAHKANNYA.
Sebagaimana dalam firman-Nya: “…Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (QS.3 :92).

13. ALLAH MELIPATGANDAKAN GANJARAN BAGI ORANG YANG BERSEDEKAH,
sebagaimana firman-Nya: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan
(pembayarannya) kepada mereka: dan bagi mereka pahala yang banyak. (QS 57:18).

14. PENGAMAL SEDEKAH AKAN DIPANGGIL DARI ARAH PINTU KHUSUS DARI PINTU-PINTU SURGA,
“Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR Bukhari).

15. PADA AMALAN SEDEKAH TERDAPAT DI DALAMNYA KELAPANGAN DADA, KENYAMANAN DAN KETENANGAN HATI.
Setiap kali bersedekah, makin menguat kebahagiaan dan makin besar kesenangan. Allah Ta’ala berfirman :”Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung (QS. 59: 9).

16. SEDEKAH DAPAT MENGHAPUS DOSA.
Pernyataan ini diperkuat dengan dalil hadist Rasulullah saw, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614).

17. KAYA YANG DISERTAI SEDEKAH BERADA DI TINGKATAN YANG SAMA DENGAN AL-QUR’AN YG DISERTAI PENGAMALANNYA.
Rasulullah bersabda: “Tidak boleh hasad (iri hati) kecuali (kepada) dua orang. (Yaitu) seorang yang diberikan Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia mengamalkannya siang dan malam. Dan seorang yang dikaruniakan (kekayaan) harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya di (jalan) kebenaran siang & malam.”

18. SEORANG HAMBA DIANGGAP TELAH MENEPATI PERJANJIAN DENGAN ALLAH, PADA SAAT IA MENGORBANKAN JIWA DAN HARTANVA DI IALAN ALLAH.
Allah berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang-mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surqa untuk mereka. Mereka berperanq pada ialan Alah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, lnjil dan Al Qur’an. Dan siapakah vanq lebih menepati janjinya (selain) daripada Alltah? Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangah yang besar.(QS 9:111).

19. SEDEKAH ADALAH PENSUCI BAGI HARTA DAN JIWA, MELEPASKAN DARI SIKAP SIKAP BURUK (AD-DAKHAN).
Nabi berwasiat kepada para pedagang: ‘Wahai para pedaganq,. sesunnguhnva (pada) perdagangan ini terjadi kealphaan dan sumpah, maka campurilah dengan sedekah.”(HR. Ahmad). Allah berflrman:
“Anbillah zakat dari sebagian, harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka…” (QS At-Taubah:103).

20. SEDEKAH UNTUK JANDA DAN ORANG MISKIN DIIBARATKAN SEPERTI ORANG YG BERPUASA TERUS MENERUS.
Rasulullah bersabda,”orang yg mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang shalat malam. Ia tidak merasa lelah & ia juga ibarat orang berpuasa yg tidak pernah berbuka.” (HR Bukhari)

Sumber

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin

Hakikat Kedudukan Boss dan Anak Buah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

 

Entri kali ini tidak banyak yang ingin TPK huraikan. Sekadar melontarkan sekeping gambar yang boleh melihat hakikat kedudukan di antara boss dan anak buah.

Jangan hanya melihat pada gambar burung dan tahi yang terkena pada setiap burung tersebut tetapi lihat disebalik atau apa yang tersirat pada gambar ini.

Kedudukan burung-burung pada gambar ini menunjukkan kedudukan diantar boss dan setiap pegawai laian yang berada di bawahnya.

Tahi yang terkena pada burung tersebut, boleh dianggap sebagai kerja atau tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap pegawai bawahan. Lagi bawah kedudukan pegawai itu lagi banyak tanggungjawab atau kerja yang perlu dilakukan.

Tetapi harus kita ingat bahawa walaupun boss atau pegawai atasan kurang kerja yang dilakukan tetapi mereka memegang tanggungjawab yang lebih besar iaitu memikirkan bagaimana untuk memajukan organisasi yang diwakili.

p/s: Walau manapun kedudukan kita, tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, amanah dan ikhlas. Jangan cuba memberi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada orang lain.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Islamic, Motivasi, Panduan IbuBapa, Prihatin

5 Cara Mengurangkan Stress

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Dalam kita menjalan aktiviti harian pastinya kita tidak lari dengan rasa tertekan atau stress. Tidak kira apa sahaja kerja yang kita lakukan samaada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.

Setiap orang mempunyai tekanan yang berbeza-beza. Bagi seorang pegawai mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja dengan tugasan dan kerenah anak buahnya. Begitu juga dengan pencuci yang mana tekanan yang dihadapi mungkin mengenai cara untuk memastikan kebersihan sentiasa di jaga.

Itu adalah 2 contoh yang TPK berikan mengenai stress atau tekanan yang dihadapi oleh pegawai dan pencuci. Ianya menunjukkan bahawa tekanan atau stress ini boleh dihadapi oleh semua orang dalam keadaan yang berbeza-beza.

Entri kali ini TPK ingin berkongsi 5 cara bagaimana untuk kita mengurangkan stress atau tekanan. Anda boleh mempraktikkannya dimana-mana sahaja.

1. Biasakan diri berada di dalam keadaan yang tenang.

Apabila seseorang berada dalam keadaan yang stress pasti perasaan tidak tenang akan menghantui diri. Perasaan ini akan menjadi bercampur-campur hingga menyebabkan anda stress.

Tindakan yang anda perlu buat adalah cuba tenangkan diri. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menenangkan diri. Ada yang suka keluar ke pasaraya, ada yang suka melakukan hobi atau minat dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk sentiasa di dalam berwuduk. Dalam keadaan berwuduk kita akan berasa tenang dan perkara yang susah akan menjadi mudah.

2. Perbanyakkan kata-kata motivasi atau kata-kata positif

Setiap hari kita akan menerima kata-kata motivasi dari rakan-rakan, tidak kira dari mana sekalipun. Kata-kata motivasi ini juga boleh kita cari di laman-laman web untuk meningkatkan motivasi diri dan mengurangkan stress.

Setiap pagi sebelum melakukan kerja cuba ambil satu kata-kata motivasi dan fahami akan maksud kata-kata itu. Selain itu, cuba tampal di dinding pejabat atau tempat kerja dengan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan semangat kita dan dengan cara ini ianya boleh mengurangkan tekanan dan stress pada diri.

Di dalam Islam juga dituntut untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran ini boleh membantu dalam menenangkan semula fikiran dan mengurangkan perasaan stress atau tekanan.

3. Melakukan aktiviti yang diminati/disukai

Apabila perasaan tekanan mula menghantui, cuba cari aktiviti yang akan membuat anda berasa gembira. Aktiviti ini mungkin berbentuk hobi, hiburan dan sebagainya.

Jika anda seorang yang meminati permainan video game, teruskan dengan bermain agar perasaan tekanan anda akan berkurangan. Jika anda seorang yang gemarkan bercucuk tanam, teruskan dengan aktiviti bercucuk tanam.

Perbanyakkan solat sunat juga boleh mengurangkan perasaan tekanan atau stress bagi seorang muslim. Apabila anda berasa stress atau tekanan, cuba dirikan solat sunat agar perasaan itu akan berkurangan.

4. Selalu berdoa

Selalu berdoa kepada Yang Maha Esa agar anda tidak dihantui dengan perasaan stress atau tertekan. Memohon agar anda sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna.

5. Bersangka baik

Perasaan bersangka baik perlu diterapkan di dalam diri. Sentiasa bersangka baik dalam semua hal kerana jika anda berperasaan buruk maka mudah untuk anda mendapat stress atau tekanan.

Bukan dalam urusan kerja sahaja yang perlu bersangka baik tetapi dalam semua hal kita perlu bersangka baik. Perasaan yang buruk, hasad dengki, stress atau tekanan akan dapat dihindari jika kita terus mengamalkan perasaan bersangka baik.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi anda semua sedikit panduan untuk mengurangkan stress atau tekanan.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan IbuBapa, Prihatin

Langkah-Langkah Membuat Keputusan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Setiap manusia pasti tidak lagi dengan membuat keputusan. Tidak kira samaada keputusan itu dalam faktor kehidupan, keluarga, kerja dan sebagainya.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat kadang-kadang tidak memberi hasil yang maksimum dan ada yang salah membuat keputusan.

Perkara ini mungkin disebabkan adalah kekurangan pengetahuan mengenai langkah yang betul untuk membuat keputusan.

Oleh itu, kini TPK ingin kongsikan langkah-langkah yang boleh digunakan untuk membuat keputusan. 

1. Jangan Takut Membuat Keputusan

Ramai orang takut untuk membuat keputusan. Hal ini mungkin disebabkan pengalaman yang lepas apabila tersalah membuat keputusan atau tidak berani untuk menanggung tanggungjawab atau akibat berdasarkan kepada keputusan yang telah dibuat.

2. Jangan Membuat Keputusan Secara Emosi

Dalam membuat keputusan, ianya perlu secara rasional. Jangan mengikut emosi kerana akibatnya adalah keputusan yang dibuat bukan berdasarkan kepada fakta dan keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tidak tepat.

Keputusan yang mengikut emosi adalah keputusan yang dibuat mengikut hati dan perasaan dan ianya bukan keputusan yang terbaik tetapi ianya lebih berbentuk kepada keputusan untuk melepaskan geram atau melepaskan dendam.

3. Kumpulkan Maklumat

Buat sedikit kajian dan kumpulkan maklumat mengenai keputusan yang bakal dibuat. Maklumat yang diterima perlu dipertimbangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

Jangan ketepikan maklumat yang diterima kerana maklumat-maklumat ini penting agar keputusan yang dibuat tidak salah dan ia adalah keputusan yang tepat.

4. Buat Beberapa Alternatif Keputusan

Keputusan yang dibuat perlu mempunyai beberapa pilihan. Keputusan yang diambil atau dibuat boleh digunakan dan sekiranya keputusan asal tidak boleh dibuat maka terdapat keputusan lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Contoh: Keputusan Plan A, Plan B dan Plan C

5. Jangan Bersikap Subjektif

Keputusan yang dibuat perlu menguntungkan semua pihak. Jangan membuat keputusan yang dibuat hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja.

6. Umumkan Keputusan Tepat Pada Masanya

Keputusan yang dibuat perlu diumumkan kepada semua orang. Ianya perlu diumumkan pada tarikh, masa dan tempat yang sesuai. Jangan umumkan keputusan terlalu awal atau terlalu lambat.

7. Pantau Keputusan Yang Telah Dibuat

Keputusan yang telah dibuat perlu dipantau perlaksanaannya. Ianya perlu mengikut perancangan berdasarkan kepada keputusan yang telah dibuat.

Jangan membiarkan keputusan yang dibuat tanpa dipantau kerana ianya akan menyebabkan keputusan yang dibuat tidak mencapai seperti yang diputuskan.

Harap perkongsian ini boleh digunakan oleh semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Motivasi, Prihatin

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam