Loading
Sosial

Selepas MILO kini KOPI Pula.

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Beberapa minggu lepas..kecoh di laman sosial mengenai produk MILO yang diciplak atau tiruan. Produk hebat ini diciplak dari segi bentuk dan juga pembungkusan produk tersebut.

Semuanya sama seperti produk yang original.

Pada kali ini, menyusul pula cerita mengenai produk tiruan tapi kali ini Kopi pula. Pengemar-pengemar kopi pasti lepas ini akan lebih berhati-hati dengan minuman dan jenama yang akan mereka beli.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kopi tiruan ini di berita berikut:

Selepas dikejutkan dengan Milo tiruan, kini pula muncul kopi yang menyamar dan menyalah guna jenama kopi terkenal.

China Press melaporkan, sesetengah pengguna mengalami tanda-tanda keracunan selepas meminum kopi itu.

Menurut akhbar itu, bungkusan kopi ‘ciplak’ itu adalah 100 peratus sama seperti jenama sebenar sekali gus menyebabkan ramai pengguna tertipu.

Selepas mendapat maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Melaka dan menyita kopi bernilai RM20,000.

Pengeluar kopi ‘ciplak’ itu turut didapati menyalah guna logo halal.

Jakim pada masa yang sama turut bekerjasama dengan polis untuk melakukan serbuan di Kelantan, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain dan berjaya merampas bertan-tan kopi ‘ciplak’.

Difahamkan pihak tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan kopi ‘ciplak’ sejak tiga tahun lalu sementara jenama ‘ori’ berada di pasaran selama 12 tahun.

Menurut seorang ahli lembaga pengarah kopi ‘ori’, kemunculan kopi ‘ciplak’ telah menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar selain menjejas imej mereka.

 

Semoga perkongsian TPK pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sosial

Pelakon Era 80-an, Putri Salbiah Didakwa Tipu Dan Palsukan Dokumen

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.

Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.

Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.

Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di sini pada 10.45 pagi, 1 April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.

Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.

Mohd Shahrullah berkata tertuduh menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan beliau akan memastikan anak guamnya hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan di mahkamah.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi kesemua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Ogos bagi pengurusan kes. – Bernama

 

TPK: Pelbagai cara orang lakukan untuk mendapatkan wang dan kesenangan

Sosial, Teknologi

Putus cinta era digital

California: Kecewa bercinta lebih teruk dirasakan pada zaman digital kerana sejarah perhubungan wujud dalam bentuk gambar dan mesej yang dihantar ke laman web sosial, kata penyelidik.

Pada masa lalu, ketika pasangan kekasih yang sudah berpisah boleh mengoyak gambar dan membakar surat cinta, rekod yang disimpan di laman seperti Facebook lebih sukar dibuang kerana jumlah yang banyak.

“E-mel dan gambar digital boleh dipadam dengan mudah tetapi lagu, gambar dan mesej yang dihantar ke laman sosial sukar dibuang, terutama jika dikirim secara online oleh orang lain,” kata kajian itu.

Timbulkan masalah

Penyerapan kandungan yang disimpan dalam komputer, tablet dan telefon bimbit mendatangkan masalah ketika berpisah kerana peringatan mengenai hubungan mereka sentiasa ada.

Pakar psikologi Universiti California Santa Cruz menemu bual 24 orang berusia 19 hingga 34 tahun mengenai kaedah mereka memulihkan diri selepas berpisah.

Membentangkan hasil kajian mereka di seminar Persatuan bagi Jentera Pengkomputeran di Paris minggu lalu, penyelidik menjelaskan mereka sukar untuk cuba mencari menerusi setiap peringatan mengenai hubungan online mereka, bermakna sebahagiannya memilih untuk memadamkan semuanya, manakala yang lain sekadar mula memusnahkan secara sistematik semua yang mereka jumpa.
Sebahagian peserta mengaku memadam semua kesan daripada peralatan digital mereka dan lapan menyimpan rapi rekod perhubungan mereka, manakala empat lagi memilih mesej dan gambar yang hendak dipadam.

Mereka yang memilih menyimpan semuanya mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada rasa kecewa tetapi mereka yang membuang semuanya kerap berasa menyesal berbuat demikian. – AGENSI

Masalah Sosial, Sosial

Terbantut

Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah rumah tumpangan di Taman Nira, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, pasangan lingkungan 30-an terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Batu Pahat Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, pemeriksaan mendapati mereka bukan mahram. Pada mulanya, kami hanya melihat seorang lelaki namun pemeriksaan menemui seorang wanita yang mencurigakan di atas katil.

“Pasangan terbabit dipercayai adalah kekasih dan kedua-duanya banyak mendiamkan diri berkemungkinan terkejut dengan pemeriksaan itu,” katanya.

Menurut Saiful, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dijamin ahli keluarga masing-masing.
Saiful berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Pasangan kekasih dinasihati supaya tidak terjerumus dengan khalwat atau sebarang kegiatan tidak bermoral demi masa depan masing-masing,” katanya.

Sumber: My Metro

Masalah Sosial, Sosial

Kerenah Budak Zaman Sekarang

20130503-220042.jpg

Jika dilihat dari status dan comment dari FB ini pasti ramaimyang tidak percaya bahawa status ini ditulis oleh seorang budak yang masih dibangku sekolah. Apa yang menghairankan TPK adalah kanak-kanak ini masih lagi kecil dan semua perbelanjaan masih lagi ditanggung oleh ibu bapa tetapi sudah pandai bercinta. TPK harap kanak-kanak ini dapat muhasabah diri semula dan melihat tingkah laku yang dilakukan ini akan merugikan dan membuang masa. Sepatutnya di dalam lingkungan umur ini mereka sepatutnya belajar dan menumpukan perhatian pada pelajaran.

INFO: TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Suasana Pembelajaran Yang Kondusif

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Masalah Sosial, Sosial

Selamba topless, tayang ketiak dalam keretapi

 

Seorang pelayar internet sangat terkejut apabila melihat dua orang lelaki tidak memakai baju di dalam MRT yang dinaikinya.Dalam laporannya beliau menulis:

Topless mat salih dalam MRT.

“Ketika itu saya dalam MRT menuju ke rumah di Eunos dan stesyen Dove selepas kelas, dan secara tiba-tiba muncul dua orang mat salih separuh bogel ini.

“Rakan-rakan mereka yang lain berpakaian seperti biasa.”Penumpang-penumpang berasa agak kurang selesa dengan mat salih ini, namun membiarkan sahaja kelakuan mereka itu.

“Saya rasa mereka ini mahu meninggalkan Singapura dalam keadaan separuh bogel.

“Gila!”

Sumber: Pilihan anda
Luar Malaysia, Masalah Sosial, Sosial

SEBELUM VS SELEPAS PEMBEDAAN UBAH JANTINA

Pengguna youtube bernama Jesslyngirl87melakukan rawatan hormon selama 2 tahun dan perubahan badan beliau dari seorang lelaki sasa menjadi awek amat menakjubkan. Sila lihat perubahan mendadak beliau dibawah.



Masalah Sosial, Prihatin, Sosial

Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan. – SH

Masalah Sosial, Sosial

Polis cekup pasangan kekasih

Polis cekup pasangan kekasih

SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita  sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.

“Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras,  pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang  besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.

“Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.

“Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

Masalah Sosial, Sosial

Sos Spaghetti Rompak Bank

Spaghetti Sauce Robbery

Seorang wanita menggunakan sos spaghetti untuk merompak bank. Wanita berusia 60 tahun ini memasukkan sos spaghetti ini di dalam beg dan menyatakan bahawa di dalan beg tersebut mempunyai bom dan meminta juruwang tersebut memberi sejumlah wang kepadanya.

Setelah mendapat wang tersebut wanita ini melarikan diri dan semua pekerja bank mengosongkan bank tersebut. Pasukan penyelamat datang dan memaklumkan bahawa di dalam beg tersebut bukanlah bom seperti yang diketahui tetapi adalah sos spaghetti semata-mata untuk menakutkan orang ramai dan pekerja bank tersebut.

Sumber: newser.com

Masalah Sosial, Sosial

MAJLIS PENGKEBUMIAN OLOK-OLOK UNTUK ORANG HIDUP DI CHINA

Weng Jia (22) seorang pelajar yang berasal dari Wuhan China mengadakan majlis pengkebumian walaupun beliau masih hidup. Menurut beliau, majlis ini diadakan supaya beliau boleh menikmati pengkebumian beliau semasa masih hidup. You see Weng Jia mendapat idea untuk mengadakan lakinan funeral ini setelah menghadiri majlis pengkebumian nenek beliau. Weng merasakan adalah rugi majli pengkebumian yang besar-besaran diadakan tetapi ianya tidak dapat dinikmati oleh si mati.



Masalah Sosial, Sosial

Cara Walmart Menipu Pembeli Di USA

Disebabkan donut ini tidak dapat dijual sebelum pada tarikh luputnya, mereka mengubah tarikh tersebut kepada tarikh baru. Well, walaupun wallmart tiada di negara kita tapi mungkin kes ni pernah berlaku dalam negara cuma kita tidak tahu?


Masalah Sosial, Sosial

Pelajar tunggu bas dicabul tiga lelaki

Kajang: Malang bagi seorang penuntut sebuah universiti apabila menjadi mangsa cabul tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas untuk bertemu rakannya, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah pondok menunggu bas di depan universitinya dan dalam perjalanan ke pekan Kajang.

Sumber berkata, ketika itu, sebuah kereta yang tidak dikenali berhenti di depannya dan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mabuk menegur serta mempelawa mangsa menaiki kenderaan mereka.
“Mangsa tidak mengendahkan pelawaan berkenaan sebelum dua daripada lelaki itu turun dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

“Mereka mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjerit serta cuba melepaskan diri,” katanya.

Katanya, beberapa minit kemudian, sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan menghampiri kenderaan lelaki terbabit.
“Tindakan pemilik kereta itu cuba menyelamatkan mangsa dan menyebabkan lelaki terbabit terperanjat serta panik. Mereka menolak mangsa ke luar dari kereta sebelum memecut kenderaan berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – my metro

Masalah Sosial, Sosial

Penyeludup Ditahan Menbawa ‘Barang’ Pelik Pada Tubuhnya

Penyeludup Ditahan Menbawa ‘Barang’ Pelik Pada Tubuhnya.

Seorang lelaki di Norway ditahan oleh pihak imigresen kerana menyeludup ‘barang’ pelik pada tubuhnya. Antara barang-barang yang dibawa ialah ular dan cicak gecko.

#Kalau malaysia, seekor gecko berapa ye?



Masalah Sosial, Sosial

Rupa Peserta Transgender Pertama Dalam Miss USA

Kylan WEnzel telah menjadi peserta transgender Miss USA yang pertama dalam sejarahnya selepas peraturan Miss Universe diubah pada April 2012. Donald Trump dan organisasi Miss Universe telah memberi kata putus untuk membenarkan peserta transgender untuk bertanding dalam pertandingan berprestij itu. Kylan telah menyertai pemilihan dalam Miss California pada minggu lepas.

#COMEL SIAK! SARCASM