Loading
Piala Dunia, Sukan

Ragam Piala Dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Kehangatan piala dunia semakin dirasai oleh semua orang di dunia ini. Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena perlawanan piala dunia yang akan diadakan bermula 13 Jun 2014 ini.

TPK tertarik dengan satu video yang mana cara dia menanti kehadiran piala dunia.

Teknik bola sepak yang ditunjukkan adalah sangat hebat dan menghiburkan. Dengan memakai jersey pasukan yang akan bertanding di piala dunia nanti dan dengan pelbagai teknik sepakan yang menarik.

Sama-sama kita saksikannya.

p/s: Berapa kali dia cuba TPK tidak pasti la..tetapi sekurang-kurangnya dia sentiasa berusaha untuk mencapai matlamatnya. Memang hebat tetapi mengapa tidak wakil mana-mana negara…heheheh

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Tahniah Pasukan Negara – Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Gambar Hiasan

Tahniah TPK ucapkan kepada pasukan negara di atas persembahan yang sangat mantap semasa perlawanan separuh akhir kejohanan hoki cabaran juara-juara 2014 yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Perlawanan yang sungguh dramatik dan hebat di persembahan oleh kedua-dua pasukan Malaysia dan Kanada.

Walaupun pasukan negara tewas pada perlawanan ini tetapi TPK cukup bangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan negara ini.

Semangat berlawan yang ditunjukkan harus dipuji.

Walaupun Malaysia mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama tetapi pasukan Kanada berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sehingga masa sebenar tamat.

Tempoh permainan yang laju dan menarik.

Pasukan negara tewas semasa pukulan “shoot out”.

Walaupun tewas, TPK sekali lagi ingin ucapkan tahniah dan syabas di atas persembahan perlawanan yang sangat menarik dan tidak membosankan.

Diharap pasukan negara akan berjaya di perlawanan akan datang dan tidak putus asa untuk terus berusaha.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Panduan Bermain Bowling

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Semasa TPK berikan gambar ini sahaja ramai yang bertanya semula, apakah maksud gambar ini. Entri kali ini TPK akan terangkan apakah yang dimaksudkan mengenai gambar ini.

Gambar ini adalah berkaitan dengan susunan pin bowling. Pernahkah anda bermain bowling?

Majoriti pembaca TPK mungkin pernah bermain bowling. Tidak kiralah bermain bowling secara seriuos atau sekadar suka-suka. Pastinya mendapat strike adalah target utama bagi mereka yang bermain bowling.

Kali ini TPK akan kongsikan mengenai panduan bermain bowling. TPK tidaklah hebat mana tetapi bolehlah untuk berkongsi pengetahuan mengenai panduan bermain bowling ini.

TPK tertarik dengan kata-kata jaguh bowling antarabangsa

“duplicate the same series of motions

Kata-kata yang penuh makna ini TPK simpulkan adalah mengulangi cara balingan yang sempurna berkali-kali.

Jaguh bowling antarabangsa ini memberi tips mudah kepada semua. Sekiranya anda telah mendapat strike pada sesuatu balingan itu, maka anda hanya perlu mengulangi balingan, kedudukan, kelajuan bola dan sasaran yang sama. Itu adalah kunci kejayaan permainan bowling ini.

Sebenarnya jika anda mempunyai pengetahuan dan latihan yang cukup anda mampu bermain secara konsisten dan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game.

Gambar kredit kepada intosports.info

1. Jarak diantara pin dan garisan yang dibenarkan adalah sejauh 60 kaki.  Oleh itu, apabila membaling bola bowling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda.

Cuba ambil 3 biji buah guli dan letakkan satu dekat dengan anda dan satu lagi jauh dengan anda. Gunakan satu lagi biji guli sebagai peluru anda. Mana lebih mudah untuk dibaling? Tentulah yang dekat bukan? Oleh itu, untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda.

Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.

tenpin bowling lane

2. Perhatikan arrow (anak panah) dan papan2 kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan. Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.

board and arrows

3. Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. 

Jika bola jatuh ke arrow pertama atau boardke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau boardke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

bowling-lane-diagram

4. Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane.  Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows.

Biasanya terdapat 5 atau 7dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.

Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain bowling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola bowling tersasar dari lontaran yang sebelumnya.

Ingat yang anda perlu ulangi atau duplicate balingan terdahulu dengan seberapa hampir yang boleh. Dalam kata lain, anda hendaklah menjadi mesin fotokopi yang baik. Perubahan cuma dibuat sekiranya balingan terdahulu kurang baik.

Teknik Bowling

5. Persediaan melibatkan banyak faktor fizikal dan mental. Antaranya, pastikan anda memilih bola yang sesuai dengan anda. Tidak terlalu berat atau ringan dan mempunyai grip yang selesa.

6. Gunakan juga kasut boling yang sesuai serta tidak licin atau kesat.

7. Tenangkan fikiran sebelum membuat balingan dan cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan sebelum balingan mahu dibuat. Berikan tumpuan dan pastikan semua yang anda bayangkan dilaksanakan dengan baik.

bowling stance

bowling approach

4 steps approach

8. Dalam permainan bowling, approach yang baik adalah AMAT PENTING sekali. Pastikan anda memilih approach yang sesuai dengan anda. Gunakan dots di hadapan sebagai panduan jika anda memilih approach yang pendek, manakala dots yang di belakang boleh dijadikan panduan jika anda memilih approach yang panjang. Four-Steps Approach sering digunakan oleh pemain boling, namun anda boleh memilih 3-Steps atau 5-Steps jika anda rasa lebih selesa. Kuncinya adalah kelancaran atau “smooth”.

9. Pergerakkan anda mesti “natural”, tak kira berapa steps atau langkah yang anda gunakan di lane bowling. Namun, anda harus juga ingat bahawa jika steps terlalu kurang, maka anda akan terpaksa membuat segalanya dengan cepat dan pantas. Manakala, terlalu banyak steps akan membuat timing anda jadi berserabut. Oleh itu, hati-hati dalam membuat pilihan.

10. Gunakan dots sebagai panduan. Timing hendaklah tepat dan smooth. Tangan hendaklah lurus ketika menghayun bola dan pergerakkanya seiring dengan pergerakkan kaki anda.

11. Antara yang penting adalah pergerakkan tangan kanan dan kaki kanan yang seringan dan sama jarak. Tangan adalah lurus dan biarkan ia bergerakan secara “natural” dan jangan paksa i.e, umpama “pendulum swing“

12. Buat follow through semasa melepaskan bola. Bawa rakan anda sebagai pemerhati jika perlu untuk memastikan anda melakukan sebagaimana yang sepatutnya. Selamat mencuba!

Sumber

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Kim Kallstrom

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Experienced: Kallstrom has won 108 caps for Sweden and was successful during a six-year stint at Lyon

Siapa pemain ini? Mengapa dia merupakan “hor search” dalam google search?

Pintu perpindahan bagi bulan Januari telahpun ditutup. Kepada semua peminat bola sepak terutama boleh sepak Eropah, musim perpindahan ini menjadi antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Setelah melihat pencapaian pasukan kegemaran masing-masing maka pembelian pemain pada pertengahan musim ini menjadi kayu pengukur kepada pasukan itu samaada ianya boleh merangkul piala atau tidak. Begitulah senario peminat bola sepak Eropah.

Kim Kallstrom, merupakan nama yang paling hangat di taip pada google search. Pemain ini merupakan pemain baru yang dipinjamkan oleh pasukan Arsenal. Pemain yang berasal dari Sweeden ini merupakan pemain tunggal yang dipinjamkan oleh Arsenal untuk menguatkan pasukan Arsenal untuk menempuh perlawanan yang lebih sengit pada pusingan kedua ini.

Pemain yang berusia 31 tahun ini berjaya mencuri perhatian pemerhati pasukan Arsenal dan jurulatih Arsene Wenger untuk memperkuatkan pasukan Arsenal. Dengan pelbagai kecederaan yang dialami oleh pemain Arsenal seperti Aaron Ramsey, Theo Walcott, dan ramai lagi, Arsene Wenger berpendapat bahawa pemain ini mampu untuk menampung kekurangan yang berada dalam pasukan ini.

Kim Kallstrom merupakan pemain tengah dan telah mewakili pelbagai pasukan. Dengan pengalamannya yang luas, TPK yakin bahawa Kim Kallstrom mampu memberi sumbangan yang besar pada pasukan Arsenal dan meraih kejayaan pada musim ini.

Kim Kallstrom bukan pemain pertama yang berasal dari Sweeden yang pernah menyarung jersi Arsenal tetapi ramai lagi pemain sebelum ini yang pernah menyarung jersi Arsenal ini dan antaranya adalah Fredie Ljunberg dan ramai lagi.

TPK harap dengan status pinjaman Kim Kallstrom mampu untuk memberi yang terbaik bagi membantu Arsenal mencapai kejayaan pada musim ini.

TPK berikan sedikit maklumat mengenai Kim Kallstrom dan status perpindahan dan peminjaman pemain bagi pasukan-pasukan lain.

Kim Källström
Kim Källström 2012.jpg
With Spartak Moscow in 2012
Personal information
Date of birth 24 August 1982 (age 31)
Place of birth Sandviken, Sweden
Height 1.85 m (6 ft 1 in)[1]
Playing position Midfielder
Club information
Current club Arsenal
(on loan from Spartak Moscow)
Number 29
Youth career
1986–1989 Sandvikens IF
1990–1996 Partille IF
1997–1998 BK Häcken
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
1999–2001 BK Häcken 69 (14)
2001–2003 Djurgårdens IF 48 (26)
2004–2006 Rennes 83 (20)
2006–2012 Lyon 204 (17)
2012– Spartak Moscow 30 (3)
2014 → Arsenal (loan) 0 (0)
National team
1997–1998 Sweden U16 32 (12)
1999 Sweden U18 2 (0)
2000–2003 Sweden U21 21 (5)
2001– Sweden 108 (16)

– JUAN MATA (£37m – Manchester United)
– WILLIAM KVIST (Loan – Fulham)
– LUUK DE JONG (Loan – Newcastle United)
– LACINA TRAORE (Loan – Everton)
– NACHO SCOCCO (£3m – Sunderland)
– MOHAMED SALAH (£15m – Chelsea)
– LIAM BRIDCUTT (£3.5m – Sunderland)
– JOE LEDLEY (£2.5m – Crystal Palace)
– WILFRIED ZAHA (Loan – Cardiff)
– LEWIS HOLTBY (Loan – Fulham)
– WAYNE HENNESSEY (£3m – Crystal Palace)
– JOHN HEITINGA (Free – Fulham)
– KURT ZOUMA (£12.5m – Chelsea)
– KOSTAS MITROGLOU (£12.5m – Fulham)
– THOMAS INCE (Loan – Crystal Palace)
– KIM KALLSTROM (Loan – Arsenal)

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Raket dan Bulu Tangkis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

Apabila kita dengar akan alat permainan raket dan bulu tangkis ianya cukup sinonim dengan permainan badminton. Sepertimana yang kita tahu bahawa semalam telah berakhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berlangsung di China. Sedikit review yang ingin TPK berikan berdasarkan kepada pengamatan TPK sepanjang kejohanan ini

Bergu Wanita.

Bagi acara bergu wanita, ianya menunjukkan pertembungan antara 2 negara iaitu China dan Korea. Seperti mana yang diramal bahawa kuasa gergasi dunia dalam pertandingan ini China menguasai acara bergu wanita. Pada mulanya, tentangan sengit yang diberikan oleh pasukan Korea kepada pasukan China tetapi akhirnya bergu dari Korea ini terpaksa akur dengan kehebatan gandingan dari China ini.

Pada pandangan TPK bagi acara bergu wanita ini sesungguhnya pasukan Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negara asia yang lain. Bergu wanita Malaysia tidak pernah memasuki pertandingan akhir. Pihak yang berkenaan perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk memantapkan pasukan badminton wanita negara. Ketepikan kepentingan politik dan kelab untuk kebaikan bersama. Individu yang layak perlu diketengahkan biarpun berlainan kelab untuk membawa nama negara Malaysia ke mata dunia.

Perseorangan Wanita.

Sejarah tercipta dalam acara perseorangan wanita kerana remaja 18 tahun yang berasal dari Thailand memenangi acara perseorangan wanita dengan mengalahkan jaguhan dari China. Permain termuda yang memenangi kejohanan dunia dan juga telah mengalahkan pemain no 1 dunia bagi perseorangan wanita. Semakin lama semakin hebat pemain-pemain dari negara Thailand ini. Sebelum ini ramai yang hanya mengenali akan perseorangan lelaki iaitu Bonsak Posana sahaja tetapi remaja dari Thailand ini telah membuka mata peminat badminton negara bahawa dia akan menjadi salah seorang pemain dunia yang hebat.

Bebalik kepada pemain perseorang wanita Malaysia. Sama seperti pemain bergu wanita yang mana pemain Malaysia gagal menyaingi pemain lain seperti China, Korea, Jepun dan juga negara-negara Eropah. Perancangan untuk melatih pemain akar umbi telah dilakukan tetapi mungkin perlu diperhalusi untuk memperlihatkan akan keberkesanan program tersebut. Kekurangan pemain wanita atau terlalu mengharap kepada pemain yang ada menyebabkan peluang pemain muda tidak diberikan.

Bergu Campuran

Pada permulaan pertandingan ini lagi bagi acara bergu campuran ini semua tidak menafikan bahawa kuasa besar badminton dunia, China dijangka akan memenangi acara ini. Sekali lagi rakyat negara China ini dikejutkan dengan kekalahan pasukannya kepada pasangan dari Indonesia. Persaingan sengit yang diberikan membuahkan hasil apabila pasukan dari Indonesia ini memenangi pertandingan ini.

Harapan negara pada acara ini adalah pada pasangan yang memenangi pingat perak di peringkat super series. Sesungguhnya harapan negara hanya pada pasangan ini sahaja. Sepatutnya negara Malaysia perlu melahirkan ramai lagi pasangan bergu campuran dan memberi pendedahan awal kepada mereka.

Bergu Lelaki

Penonton dikejutkan lagi dengan ketiadaan wakil dari negara China dalam acara ini. Sesuatu yang mengejutkan apabila bergu yang berjaya melangkah keperingkat akhir adalah dari negara Denmark dan Indonesia. Seperti yang dijangkakan bahawa pasangan dari Indonesia ini memenangi dengan mudah acara ini.

Bagi wakil negara kita seperti pencapaian yo-yo. Kecundang di peringkat suku akhir. Pihak berkenaan perlu memikirkan langkah drastik untuk meningkatkan semula pencapaian bergu negara. Jika dilihat bergu negara lain kebanyakkan muka-muka baru dan mampu mencapai kejayaan yang lebih bagus. Mereka juga akan bergandingan dengan pasangan baru untuk memantapkan lagi pasukan tersebut dan memberi pendedahan kepada mereka yang baru disamping dibimbing oleh mereka yang berpengalaman. Jangan terlalu mengharap kepada gandingan sedia ada kerana setiap langkah dan gerak pasangan tersebut telah diketahui dan dikaji oleh pihak lawan.

Perseorangan Lelaki

Harapan negara Malaysia hanya diberikan kepada wakil tunggal negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang turun menentang seteru utamanya iaitu Lin dan. Saingan sengit yang diberikan tetapi jaguh negara ini terpaksa menarik diri di set terakhir kerana kecederaan. Ramai yang menyalahkan penganjur yang menutup penghawa dingin pada set ke-2 bermula. Pada pandangan TPK, kita jangan mencari kesalahan orang lain tetapi cuba mengkaji kesilapan dan kekurangan pasukan kita sendiri.

Kebergantungan kepada jaguh negara ini perlu dikurangkan dan seharusnya pelapis baru perlu digilap untuk mengalas tanggungjawab membawa nama negara dimercu kejayaan. Jangan hanya melihat kepada kejayaan lepas kerana ianya telah berlalu. Perlu dilihat kejayaan yang akan dicapai dan perlu dicapai.

Secara keseluruhannya, pihak berkenaan perlu membuat perubahan secara total dan bukannya mengharap kepada jaguh yang sedia ada. Pelapis perlu dipupuk dan dididik dari sekarang. Lihat seperi China dan Korea setiap kali kejohanan muka baru akan diperkenalkan untuk diberi pendedahan. Isu politik dan kepentingan kelab perlu diketepikan. Pemain yang layak perlu diberi keutamaan untuk mengalas tanggungjawab negara dan bukan memihak kepada mana-mana atas kepentingan politik atau kelab.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Sukan

Apa Ada Dalam Bola Golf???

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Tahukah anda apakah yang terdapat di dalam bola golf. Ramai yang hanya mengetahui bahawa bole golf boleh terdapat di dalam pelabagai warna. Sebenarnya di dalam bola golf mengandungi pelbagai warna dan bentuk. TPK sendiri tidak mengetahui sehingga TPK melihat sendiri. Pada mereka yang belum mengetahuinya lihat berikut.

  
 
  
  
  
  

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Sukan

SUKAN: Fandi silap strategi?

Nunez

 

PERCUBAAN pertama Johor Darul Takzim (JDT) meraih trofi Piala FA menemui kegagalan apabila tunduk 0-1 kepada juara bertahan, Kelantan pada aksi final di Bukit Jalil, kelmarin.

Di sebalik kekalahan itu, ada suara sumbang mengaitkan ia berpunca daripada kesilapan taktikal Fandi pada separuh masa pertama.

Beliau mengeluarkan Safee Sali seawal minit ke-18 untuk digantikan dengan penyerang Argentina Lionel Nunez.

Ketika perlawanan menuju ke penghujung babak pertama, beliau mengeluarkan pula pemain tengah Andrezinho.

Malah, kehadiran Safiq Rahim dikatakan kurang memberi impak dan khidmatnya tidak diperlukan pada babak kedua.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas perlawanan ditamatkan, Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim menjelaskan pertukaran tersebut dibuat kerana ketiga-tiga pemain itu mengalami kecederaan.

“Tidak dinafikan kehilangan tiga pemain tersebut (Safee dan Andre mengalami kecederaan pangkal paha, manakala Safiq kecederaan di buku lali) jelas telah melumpuhkan gerakan tengah.

“Dan itu telah diambil kesempatan oleh Kelantan untuk menguasai perlawanan,” katanya. – SH

Sukan

Pemain Sasaran Arsenal

David Villa - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

 

David Villa
Club: Barcelona
Age: 31
Position: Striker
Value: £14m
Likelihood: Spain striker is keen on a move, but Arsène Wenger has played down speculation after trying and failing to seal a deal in January.

Christian Benteke - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Christian Benteke

Club: Aston Villa
Age: 22
Position: Striker
Value: £11m
Likelihood: Has admitted he is a fan of Arsenal, and also that he thought Aston Villa was a London club when he signed for them. Would seem a good fit, especially if Villa are relegated.

Victor Valdes - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Victor Valdes
Club: Barcelona
Age: 31
Position: Goalkeeper
Value: £10m
Likelihood: Keeper has indicated that he will not be renewing his Barcelona contract as he wants to experience life in another country, and would provide first-rate competition for Wojciech Szczesny at the Emirates.

 Victor Wanyama - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Victor Wanyama
Club: Celtic
Age: 21
Position: Defensive midfielder
Value: £12m
Likelihood: Celtic are keen to hang on to their midfield powerhouse, who has impressed in this season’s Champions League. Wenger would have to lodge a high bid to tempt the Scots, something he’s generally not keen on doing, in case you hadn’t noticed.

 Pepe Reina - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Pepe Reina
Club: Liverpool
Age: 30
Position: Goalkeeper
Value: £10m
Likelihood: Seen as a replacement for Szczesny, rather than direct competition as Valdes would be. Reina may end up replacing Valdes at Barcelona, which certainly appears a more tempting prospect.

 Stephan El-Shaarawy - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Stephan El-Shaarawy
Club: AC Milan
Age: 20
Position: Striker
Value: £25m
Likelihood: Fading. El Shaarawy was tipped for a move in January but now looks more likely to sign a new contract with Milan.

 Stevan Jovetic - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Stevan Jovetic
Club: Fiorentina
Age: 23
Position: Striker
Value: £25m
Likelihood: Manchester City’s interest in the Montenegrin striker has cooled, leaving Arsenal as front runners for his signature.

 Etienne Capoue - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Etienne Capoue
Club: Toulouse
Age: 24
Position: Defensive midfield
Value: £12m
Likelihood: Wenger failed with a January bid but will try again for the classy Frenchman at the end of the season. May prove a cheaper option than Wanyama.

 Nicolas N'Koulou - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Nicolas N’Koulou
Club: Marseille
Age: 22
Position: Centre back
Value: £10m
Likelihood: Has been closely watched by Arsenal for some time and has indicated he may be interested in a move at the end of the season.

 Sebastian Rode - Arsenal transfer targets for summer 2012: in pictures

Sebastian Rode
Club: Eintracht Frankfurt
Age: 22
Position: Central midfielder
Value: £7m
Likelihood: Would be a battle with Spurs, who have been long-standing admirers of the German U-21 international.

 Sumber: telegraph.co.uk

Sukan

Jutawan Indonesia ingin membeli Inter Milan

image

Jutawan dari Indonesia, Erick Thohir membuat pemilik kelab terkenal Italy Inter Milan iaitu Massimo Moratti untuk berfikir untuk menjual kelab itu. Jutawan ini menawarkan jumlah yang sangat lumayan untuk membeli kelab tersebut.

Dalam sejarah selama 18 tahun, Moratti mempertimbangkan secara serious untuk melepaskan kelab tersebut yang mana kelab ini merupakan kebanggaan keluarga secara turun-temurun.

Moratti sebenarnya hanya berhajat untuk menjual sedikit sahamnya kepada pelabur yang berminat. Namun, Erick yang juga memiliki saham di kelub bola sepqk amerika syarikat, DC Uniter dan kelab NBA 76ers menawarkan untuk membeli kesemua saham kelab tersebut. Laporan yang diterima jumlah keseluruhan yang ditawarkan adalab 250 hingga 300 juta Euro.

Sukan

Wigan juara Piala FA

Wigan Athletic

WIGAN Athletic muncul juara Piala FA musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 1-0 ke atas Manchester City di Stadium Wemble awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Tandukan Ben Watson pada masa kecederaan melakar detik bersejarah buat penyokong Wigan apabila buat pertama kali dalam tempoh 81 tahun menjulang Piala FA.

Bagi City pula, ini adalah kejohanan kedua untuk mereka setelah muncul naib juara setelah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. – SH

Sukan

Reebok ATV 19+: Kasut Pelik Dari Reebok

Reebok telah memperkenalkan kasut terbarunya iaitu Reebok ATV 19+ yg digunakan untuk berlari. Kasut ini dinamakan ATV kerana ianya menyerupai konsep ATV iaitu All Terrain Vehicle. Kasut ini terdapat 3 warna pilihan dan dijual dengan harga US$ 139.98.

Sumber: Penpatah.blogspot

Sukan

‘Selangor siasat’

Penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe yang menjadi mangsa insiden dengan pemain FELDA United.
FAS akan lapor kepada FAM insiden ‘sepak terajang’ Forkey Doe di terowong
Shah Alam: Empat pemain FELDA United – Helmi Eliza Elias, Kaironnisam Sahabudin, Shafizan Hashim dan Razali Umar Kandasamy dikenal pasti menjadi watak utama dalam insiden ‘sepak terajang’ ke atas penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe selepas perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Ia didedahkan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian iaitu di terowong masuk menuju ke bilik persalinan kedua-dua pasukan dan mereka juga melihat dengan jelas insiden berkenaan.
Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu siasatan terperinci dilakukan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengemukakan apa-apa aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut terhadap pemain terbabit.

Tindakan dalam 3 hari

“Saya minta jurulatih Selangor (Irfan Bakti Abu Salim), pegawai pasukan serta pemain terbabit memberi laporan. Dalam dua atau tiga hari ini kita akan bincangkan perkara ini selepas penyiasatan teliti dibuat.

“Saya mahu insiden pergaduhan seperti ini dihentikan. Sudah tentu salah satu pasukan akan kalah dan kadang kala isu di atas padang yang menjadi punca sehingga berlanjutan ke bilik persalinan,” kata Hamidin ketika ditemui selepas program pemain Selangor dan PKNS FC bertemu peminat di Kompleks PKNS, Shah Alam, semalam.
Helmi dan Kaironnisam dikatakan ‘panas’ terhadap Forkey Doe ketika perlawanan dan kemuncaknya apabila penyerang dari Liberia itu menjaringkan gol kedua untuk Selangor menang 2-0.

Dalam pada itu, Selangor menguji tiga pemain pertahanan import – Martin Abena (Cameroon), Mamadou Tall (Burkina Faso) dan Daniel Alberto de Melo (Brazil) pada aksi persahabatan di Padang SUK, Shah Alam, malam tadi dan salah seorang pasti dipilih menggantikan Peter Chrappan.-SH

Sukan

JDT buru Baros, Anelka, Saha

KUALA LUMPUR – Patah tumbuh, hilang berganti. Tidak sampai 48 jam selepas Daniel Guiza dan Simone Del Nero beraksi dalam permainan terakhirnya, Johor Darul Takzim telah melancarkan pencarian mencari pemain import terbaru yang bertaraf dunia.
Penggantinya bukan calang-calang pemain dan tiga penyerang yang mempunyai nama besar dalam dunia bola sepak menjadi pemburuan Johor DT iaitu Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka.

Namun, difahamkan Johor DT telah menyatakan tawaran secara rasmi kepada bekas penyerang Liverpool, Aston Villa dan Galatasaray iaitu Baros yang kini berusia 31 tahun dengan tawaran sekitar A$1 juta (RM3.05 juta) ke 1.5 juta(RM4.5 juta) setahun.
Cuma, segalanya bergantung kepada Baros yang kini beraksi di Liga Republik Czech bersama kelab, Banik Ostrava untuk menerima tawaran terbabit.

Dikenali antara penyerang paling prolifik Republik Czech selepas menjaringkan 41 gol dalam 93 penampilan, Baros dianggap antara pengganti paling sesuai untuk mengambil alih peranan Guiza di jentera serangan Johor DT.
Begitu dikenali di kalangan penyokong Liverpool, dia menjadi sebahagian tonggak The Reds ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2004/05 apabila melakukan kebangkitan dramatik daripada ketinggalan 0-3 untuk mengikat AC Milan 3-3 sebelum menang melalui sepakan penalti 3-2.

Manakala Saha, bekas penyerang Manchester United yang mengikat kontrak jangka pendek selama enam bulan bersama Lazio pada musim ini akan kekal dalam radar Johor DT jika Baros menolak tawaran yang dikemukakan.
Selain itu, Anelka yang menyertai gergasi bola sepak Itali, Juventus selama lima bulan secara pinjaman dari kelab China, Shanghai Shenhua, juga dilihat antara pilihan terbaik kerana kontraknya akan berakhir pada bulan depan.

Satu lagi kuota pemain import Johor DT dijangka diisi oleh pemain import Johor dari Brazil, Andre Francisco yang telah memulakan latihan bersama Johor semenjak bulan lalu.
Guiza ditamatkan kontrak lebih awal oleh Johor DT kerana pemain itu hanya mempunyai kontrak berbaki empat bulan dan tidak sempat beraksi dalam saingan Piala Malaysia, sementara prestasi Del Nero tidak begitu memberangsangkan kerana sering berdepan masalah kecederaan musim ini.

Kreatif, Pelancongan, Prihatin, Sosial, Sukan

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu.Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.

Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta dia memantau kediaman itu sementara dia bercuti menyambut Tahun Baru Cina.Jurucakap polis Brunei, Pengiran Abdul Salam Ghani berkata, bedah siasat sudah dijalankan dan polis masih menanti laporan pemeriksaan itu bagi menentukan punca kematian.“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan akan dibawa pulang ke Malaysia,” kata Abdul Salam kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media Malaysia bahawa seorang suspek sudah ditahan dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan itu.Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.

Banglo tempat mayat itu ditemui masih diperiksa polis.Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.Jenayah ganas jarang berlaku di Brunei. – AFP

TPK: setiap perbuatan akan dibalas dan dihukum