Loading
Gadget, Panduan Blog, Pelancongan, technology, Teknologi

GenMagz.com..Blog Berbahasa Inggeris Yang Unik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Magazine

Sebenarnya dalam diam telah ramai blogger yang menghasilkan blog-blog berbahasa inggeris. Blog-blog mereka bukan sahaja unik tetapi berinformasi dan mempunyai ramai follower dari pelbagai negara.

Yang paling menarik bukan sahaja mempunyai ramai follower tetapi ada blog yang menjana income yang berlipat kali ganda. Income yang mereka dapat ini bukan dalam Ringgit Malaysia tetapi dalam USD.

Read More

Pendidikan, Teknologi

Cara Mengatasi Masalah Emel Inbox

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Masalah emel

Lama betul TPK tidak update blog Tetikus dan Papan Kekunci. Dengan kekangan masa dan perancangan projek akan datang ianya antara punca TPK meninggal sementara dunia blogging ini.

Penuh bersarang blog Tetikus dan Papan Kekunci ini. Tetapi TPK bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret dan berkongsi maklumat yang TPK ada kepada pembaca sekalian.

TPK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung setia blog Tetikus dan Papan Kekunci kerana masih lagi setia mengikuti perkembangan blog ini.

Pada entri kali ini TPK ingin kongsikan mengenai Tips atau Cara untuk mengatasi masalah emel inbox. Perkara ini TPK sendiri mengalaminya. Read More

Gadget, Teknologi

Perbandingan Lenovo A850 Vs Samsung galaxy note 2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entry ini ringkas.

Lenovo A850 Vs Samsung galaxy note 2 Specs.  Semoga ianya memberi pencerahan dalam mebuat keputusan.

Anda akan lihat perbandingan memang ketara.  Namun, Lenovo A850 tetap berbaloi-baloi harga dan performance nya…

Jemput like Lenovo Murah.  Boleh juga shoping Lenovo disini.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Gadget, Teknologi

Review aplikasi android Denaihati terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Untitled

Siapa yang tidak kenal dengan blog denaihati.com. Blog yang telah menerima Best Personal Blog di Blogrrr Award 2013. Tahniah TPK ucapkan atas penganugerahan yang diterima.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, blog denaihati.com telah lama bertapak di dunia blogger ini. Bermula dari sebuah blog yang biasa-biasa sahaja sehinggalah kepada kejayaan yang dicapai sekarang. Dari blog yang pada asalnya hanya sekadar suka-suka sahaja hinggalah kepada blog yang dikenali ramai dan boleh menjana pendapatannya sendiri

Kini blog denaihati.com telah melangkah ke satu arah teknologi yang baru iaitu blog denaihati.com telah mempunya aplikasi android sendiri. Aplikasi ini boleh dimuat turun di play store dan pengikut blog ini boleh mengetahui entri terbaru yang disediakan oleh admin blog ini.

TPK baru sahaja muat turun aplikasi android Denaihati ini. Apa yang menarik TPK boleh membaca setiap entri yang terdapat di dalam blog ini dengan mudah. Tidak perlu menunggu lama. Berbeza semasa membaca entri blog ini menggunakan aplikasi internet seperti biasa.

image

Paparan yang mudah dan tidak menyakitkan mata untuk melihatnya. Disamping pengguna boleh mengetahui perkembangan blog denaihati.com ini. Aplikasi android ini juga menyediakan menu facebook, yotube, twitter, instagram denaihati.com. Pengguna boleh dapat access semua maklumat yang berkaitan denaihati.com yang terdapat di pelbagai media sosial dengan hanya satu aplikasi sahaja.

image

image

 

Walaupun begitu, mungkin perlu penambahbaikan sedikit berkenaan dengan aplikasi ini dimana gambar yang terdapat di dalam aplikasi ini tidak dapat dilihat sepenuhnya. Berbeza semasa kita melayari blog ini menggunakan aplikasi google crome, internet explore dan sebagainya. Gambar yang dipaparkan di dalam aplikasi ini hanya dapat dilihat separuh sahaja. Mungkin TPK mencadangkan agar ianya boleh ditambahbaik untuk keselesaaan pengguna.

Tahukah anda bahawa pengikut denaihati.com di facebook telah mencecah lebih dari 100 ribu orang dan tidak mustahil kini ianya telah meningkat. Jika pembaca lihat entri yang terdapat di dalam blog dan di facebook denaihati.com ianya berbeza. Setiap status yang dikemaskini di dalam fan page denaihati.com, ianya perkongsian dari pelbagai sumber dan tidak semestinya dari blog denaihati.com sahaja.

Pengguna akan mendapat sumber bacaan yang berbeza selain dari blog denaihati.com.

image

 

Manakala bagi youtube denaihati.com pula, video yang disediakan adalah diambil sendiri oleh admin blog denaihati.com. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, blog denaihati.com ada menubuhkan akademi denaihati.com yang mana akademi ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada semua blogger baru mengenai cara-cara membuat blog yang betul. Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut mengenai akademi denaihati.com ini di sini.

image

 

Twitter dan intagram merupakan media sosial yang juga disediakan di dalam aplikasi ini. Kepada pengguna yang menyukai twitter boleh mengikuti perkembangan blog ini di twitter denaihati.

Sekeping gambar menerangkan seribu cerita. Begitulah perumpamaan yang mudah TPK berikan kepada pembaca sekalian. Sekarang ini ramai yang suka kongsikan gambar di instagram dan tanpa memberikan apa-apa penceritaan ianya boleh ditafsirkan dalam pelbagai cerita dan maksud. Intagram denaihati ini akan menunjukkan aktiviti admin blog ini dan pengguna boleh mengetahui perkembangan terkini admin blog ini.

image

image

image

Akhir sekali, sekali lagi TPK ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada blog denaihati.com atas penganugerahan sebagai Best Personal Blog dan aplikasi android yang telah disediakan. Sesungguhnya aplikasi ini sangat memudahkan pengguna untuk mengetahui perkembangan blog ini. TPK pun berharap agar blog Tetikus dan Papan Kekunci akan mempunyai aplikasi androidnya yang tersendiri.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera di Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Teknologi

Benar atau Tipu

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

TPK ingin menarik perhatian pembaca sekalian untuk meniliti video dibawah. Adakah ianya benar atau tipu? Sebuah kereta yang muncul secara tiba-tiba berlanggar dan kemudian hilang. Adakah teknologi tinggi telah digunakan untuk mewujudkan dan menghilangkan kereta tersebut?

Perhatikan dan buat analisa anda sendiri.

p/s : Apa itu JomNiaga??

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Teknologi

Telefon Curi Tidak Boleh Digunakan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

TPK terbaca dari sebuah akhbar online yang menyatakan bahawa bermula dari bulan November 2013, semua telefon bimbit yang dilaporkan dicuri tidak boleh digunakan.

“PUTRAJAYA , 10 September – Mulai November ini, telefon bimbit yang dilaporkan dicuri oleh pemilik asalnya tidak lagi boleh diguna pakai semula.

Ia berikutan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi membangunkan satu sistem baharu yang dapat menyekat penggunaan semula semua jenis telefon yang telah dilaporkan dicuri.”

Usaha yang bagus untuk memastikan bahawa kejadian kecurian telefon bimbit ini dapat dikurangkan. Walaubagaimanapun pada pandangan peribadi TPK usaha ini perlu diperhalusi terlebih dahulu. Sememangnya SKMM dan syarikat pengeluar telefon bimbit ini akan bekerjasama untuk menghasilkan teknologi yang boleh membantu dalam menyekat penggunaan telefon ini sekiranya ianya dilaporkan dicuri.

Kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan teknologi yang digunakan itu sememangnya berkesan dan ianya tidak boleh dihapuskan dengan aplikasi lain. Mengapa TPK berkata demikian??TPK ingin pembaca sekalian melihat teknologi yang dikeluarkan oleh syarikat Apple.

Semua orang tahu bahawa produk syarikat Apple ini terkenal dengan pelbagai aplikasi yang tidak boleh dikongsikan dengan tablet atau smartphone lain melainkan ianya dikongsikan diantara produk Apple sahaja. Begitu juga dengan aplikasi di dalamnya yang kebanyakkan percuma tetapi pengguna terpaksa membeli aplikasi tersebut sekiranya ingin mendapat penuh penggunaan aplikasi tersebut.

Walaupun begitu, pengguna masih boleh menggunakan aplikasi secara penuh dengan memuat turun satu aplikasi khas. Setelah ianya telah selesai dimuat turun maka pengguna akan dapat menggunakan aplikasi lain dengan penuh dan tidak perlu membayar.

Inilah sebab mengapa TPK minta agar ianya dibuat kajian dengan lebih mendalam agar teknologi atau aplikasi yang digunakan itu benar-benar tidak boleh telefon curi digunakan.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga..Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Teknologi

Menara Jam Gergasi Abraj Al-Bait

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

menara-jam-mekah

Menara jam gergasi yang dikenali sebagai “abraj al-bait” merupakan menara tertinggi yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Ianya dibina untuk rujukan masa, boleh dikatakan orang yang berada di sekitar menara jam gergasi tersebut akan kelihatan waktu yang terpapar padanya.
Persoalannya, apa yang ada di dalam menara tersebut? berikut kami perolehi sedikit info mengenai keratan rentas tentang apa yang ada dalam menara jam gergasi tersebut.

menara-jam-mekah-1

menara-jam-mekah-2

p/s: JomNiaga.com merupakan platform untuk menjana pendapatan

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Teknologi

Isu minyak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

images (3)

Sehingga kini isu kenaikan harga minyak masih lagi diperkatakan oleh rakyat Malaysia samaada di kedai kopi mahupun di media sosial. Tidak kira apa sahaja hujah untuk menidakkan kenaikan harga minyak ini sudah pasti tidak boleh menurunkan semula harga minyak.

Pengumuman kenaikan harga minyak telah pun dibuat dan hari ini dengan rasminya harga minyak yang baru telah digunapakai.

Apa yang rakyat Malaysia perlu lakukan sekarang ini adalah memikirkan apakah langkah yang harus diambil untuk menjimatkan penggunaan minyak.

Disini TPK ingin menarik perhatian pembaca sekalian berkenaan dengan penggunaan kereta hybrid. Sememangnya kereta model ini kurang terdapat di Malaysia tetapi ianya merupakan salah satu langkah untuk menjimatkan minyak.

Setiap pengeluar kereta kini berlumba-lumba untuk mengeluarkan kereta hybrid ini yang boleh menjimatkan minyak. Bagi yang berkemampuan boleh memikirkan untuk memiliki kenderaan ini.

Cadangan TPK untuk mereka yang bekeluarga besar dan ingin memiliki kenderaan, mengapa tidak memilih MPV hybrid. MPV ini merupakan MPV pertama di Malaysia. Sekiranya pembaca sekalian boleh dapatkan sedikit maklumat berkenaan dengan MPV hybrid ini di MPV HYBRID PERTAMA DI MALAYSIA.

p/s: JomNiaga.com merupakan platform untuk menjana pendapatan

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kreatif, Teknologi

Kelebihan iPhone 5 4G

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Siapa yang tidak tahu akan produk terkenal keluaran Apple. Banyak sekali gadget yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Peminat kepada gadget keluaran Apple ini sanggup untuk berhabis ribuan ringgit untuk memiliki produk keluarannya. Bermula dari phone sehinggalah kepada laptop, keluaran syarikat gergasi ini akan mendapat sambutan yang hangat. Ada yang sanggup berbaris panjang untuk menjadi antara yang pertama memiliki produk Apple ini.

TPK tertarik dengan review salah satu sebuah produk keluaran syarikat geragasi ini iaitu iPhone 5 4G. Memang ramai yang telah memiliki gadget ini tetapi masih ramai diluar sana yang belum tahu akan kelebihan gadget ini. TPK telah mendapatkan satu video untu tatapan semua antara kelebihan iPhone 5 4G dengan produk phone keluar syarikat yang sama dan keluaran pesaing bagi syarikat ini.

Kini pembaca sekalian telah mendapat sedikit idea akan kelebihan yang terdapat pada gadget keluaran Apple ini. Oleh itu, terdapat satu pertandingan yang mana menghadiahkan iPhone 5 sebagai hadian utama. Kini pembaca sekalian boleh memiliki gadget canggih ini. Mari ikuti cara untuk memenangi produk ini di sini (iPhone 5)

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Teknologi

Konsep Rumah Microsoft

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Pernahkah anda membayangkan rumah yang dilengkapi dengan teknologi. Kini microsoft mengeluarkan prototype rumah yang dilengkapi dengan teknologi microsoft. Modal yang sangat besar sekiranya ingin mempunyai rumah yang sebegini.

micorosoftfuturen micorosoftfutureo microsoftfuturea microsoftfutureb microsoftfutured microsoftfuturee microsoftfuturef microsoftfuturei microsoftfuturej microsoftfuturek microsoftfuturel microsoftfuturem

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Teknologi

Sketch Up

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entri kali ini TPK akan kongsikan pasal perisian Google Sketch Up. Sebenarnya perisian ini telah lama ada di pasaran. Apa yang TPK nak share kat sini adalah perisian ini mudah digunakan oleh semua orang. TPK baru sudah ikuti kursus ini. Sekadar ingin mengetahui pasal perisian ini dan ingin belajar sesuatu yang baru walaupun tiada dalam bidang kerja TPK.

Adik TPK guna perisian ini untuk buat interior design bagi kerja kursusnya sebelum dia gunakan perisian lain. Pada mulanya TPK fikirkan bahawa susah untuk menggunakan perisian ini tambah pula ada bentuk 3D. So pada ketika itu aTPK tidak tergerak untuk belajar kerana merasakan ianya susah untuk digunakan. Bila TPK ikuti kursus ini kesimpulan yang TPK boleh katakan adalah perisian ini amat mudah. Walaupun tidak ikuti kursus sekalipun boleh belajar dan boleh mengetahui asas penggunaan perisian ini.

Perisian ini lebih kepada mereka yang suka akan design rumah atau objek yang berbentuk 3D. Perisian ini membolehkan kita mendapat gambaran awal sekiranya ingin membuat sesuatu design terutama sekali design rumah, bangunan dan sebagainya. Perisian ini juga boleh membantu mereka untuk mendapatkan objek secara 3D.

Perisian ini boleh download secara percuma dan tiada apa-apa charge yang dikenakan. Semua orang boleh belajar. Kalau ingin tahu lebih boleh belajar guna youtube. TPK sharekan link untuk semua download nota 3D Google Sketch Up ini. So pada mana-mana yang berminat bolehlah download. Free ja.

Klik pada gambar untuk muat turun nota 3D Google Sketch Up

Dalam nota ini ada beberapa bahagian. Bermula dari cara dapatkan perisian sehinggalah kepada penggunaan button menu yang ada pada perisian ini. Selain itu, nota ini juga ada memberikan latihan untuk memahirkan kita dalam penggunaan perisian ini.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.

Teknologi

Wajah Baru

Capture

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Rasanya masih belum terlambat untuk TPK ucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat islam yang menyambutnya. Sebenarnya agak lama TPK menyepi. Bukan apa TPK dalam proses migration matlamat utama blog ini dan proses penambaikan blog ini.

Sebelum ini TPK terikat dengan wordpress.com dan kini TPK tidak lagi. TPK hanya menggunakan platform wordpress sahaja dan kini mengguna hosting yang lain.

Alhamdulillah selesai proses tersebut. Lama juga TPK ambil masa untuk menyelesaikan masalah ini. Pelbagai bahan rujukan yang TPK rujuk untuk memastikan TPK mengambil langkah yang tepat.

Kini TPK ingin melancarkan muka baru Blog TETIKUS DAN PAPAN KEKUNCI. Setelah lama memilih dan membuat pertimbangan kini muka baru ini adalah yang terbaik untuk masa kini.

Kepada semua pembaca sekalian sudi-sudikanlah untuk lawati blog ini ye. Sekadar berkongsi cerita dengan para pembaca dari pengalaman TPK sendiri.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam. 

Teknologi

Penggodam paling seksi

 

KRISTINA SVECHINSKAYA
NEW YORK – Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.
Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.
Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.
Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.
Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. – Agensi
Teknologi

Penerbangan kelas pertama

Sumber: tempat-rarepicture.blogspot