Loading
UiTM

Selfie Yang Memakan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika anda mengikuti perkembangan di laman sosial..selain dari ucapan hari guru..kita semua dikejutkan dengan tindakan seorang graduan dari salah sebuah IPTA yang mengambil gambar secara selfie diatas pentas semasa menerima folder/skrol.

 

Tindakan pelajar ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk laman-laman sosial dan media massa. Pelbagai komen yang diterim dari tindakan pelajar ini. Ada komen yang menyokong dan ada juga komen yang menghentam tindakan pelajar ini. Read More

Panduan IbuBapa, UiTM

Keputusan Kemasukan Ke Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 

Keputusan kemasukan ke Universiti telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya TAHNIAH diucapkan. Kejayaan ini bukan bermakna perjuangan anda semua telah tamat tetapi ianya baru bermula.

Kehidupan di alam Universiti sangat berbeza dengan alam persekolahan. Alam Universiti adalah satu proses yang mana anda boleh melihat sendiri bagaimana anda menguruskan masa anda sendiri dan cara pembelajaran yang berbeza.

Sekiranya anda cepat menyesuaikan diri, maka anda boleh menggunakan ruang yang untuk tumpukan perhatian pada sesi pembelajaran yang lebih mencabar. Read More

UiTM

Belajar dan Kerja

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Ekspo Selangkah ke UiTM

Pada 3 minggu kehadapan ini adalah hari-hari yang sangat bermakna kepada semua pelajar-pelajar yang telah pun menerima keputusan SPM pada 3 Mac 2015 yang lalu.

Pelajar-pelajar mula mencari tempat yang sesuai untuk melanjutkan pengajian. Nasihat TPK carilah tempat yang bebetul sesuai dan menawarkan program yang minat dan layak. Jangan mohon program yang tidak layak dengan hasrat untuk membuat rayuan. Pasti program yang tidak layak tidak akan diterima.

Entri kali ini, ada berkait rapat dengan mereka yang ingin melanjutkan pengajian. Sebelum itu, masih belum terlambat untuk TPK ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM yang dicapai. Pada mereka yang tidak berjaya, jangan mudah putus asa kerana masih banyak peluang yang boleh dicapai diluar sana.

Kebiasaannya dalam pemilihan program untuk melanjutkan pengajian, ramai yang memikirkan ‘jika program ini…nanti kerja apa??’. Inilah antara persoalan yang biasa akan ditanya oleh bakal-bakal mahasiswa dan juga ibubapa apabila berkunjung ke mana-mana ekspo atau pameran pendidikan.

Tahukah anda, bahawa setiap program yang ditawarkan oleh Universiti, ianya telah melalui pelbagai proses dan setiap program pasti ada kerja yang menanti.

Apa yang perlu dilakukan oleh mahasiswa apabila mereka ingin mendapatkan pekerjaan apabila selesai atau tamat pengajian adalah mendapatkan pencapaian akademik atau cgpa yang paling tinggi. Ini akan memberi peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan.

Cgpa yang cemerlang akan menempatkan anda di bidang pekerjaan yang sudah pasti. Jangan memikirkan kerja terlebih dahulu apabila anda belum tentu diterima masuk ke Universiti. Jika telah diterima masuk, selesaikan dahulu pengajian sebelum memikirkan pekerjaan apa yang akan diterima.

Cuba tumpukan perhatian dan dapatkan cgpa yang paling tinggi.

Semoga perkongsian TPK ini membantu anda dalam merancang masa depan anda semua.

p/s: ramai yang berjaya menjadi usahawan dengan menggunakan telefon sahaja. Anda juga boleh cuba dan menjadi usahawan. Anda hanya perlu join group Teknik Perniagaan Komunikasi.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, UiTM

Jawatan Kosong PDRM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Jawatan kosong PDRM

Pada 23 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung satu majlis pelancaran program pengambilan pegawai Kor Suksis sebagai Kadet Inspektor PDRM. Majlis ini berlangsung di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza ianya menguntungkan pelbagai pihak. Bermula dari Kadet Polis di persekolahan, Suksis di IPTA dan terus menyambung karier sebagai Pegawai Polis. Perjalanan mengambil mereka yang berpengalaman dalam bidang kepolisan ini amat berguna dan menguntungkan.

Pada zaman persekolahan, pelajar-pelajar yang berminat dengan badan beruniform akan mula mempelajarinya dengan menyertai kelab kadet polis. Di kelab ini kebanyakkan mereka akan memperlajari teknik dan cara-cara berkawad dan mendisiplinkan diri.

Pembelajaran mengenai bidang kepolisan ini tidak terhenti di situ sahaja. Ianya disambung pula dengan badan beruniform suksis di IPTA. Di dalam suksis bukan sahaja mempelajari mengenai teknik kawad kaki dan mendisiplinkan diri sahaja tetapi lebih kepada peraturan, akta-akta yang berkaitan dan macam-macam lagi mengenai ilmu kepolisan.

Setelah selesai mereka boleh diserap terus sebagai pegawai PDRM. Walaubagaimanapun, syarat-syarat utama perlu dipatuhi bagi melayakkan mereka menjadi pegawai PDRM

Usaha murni ini perlu diteruskan bagi meningkatkan lagi kemampuan dan kepercayaan orang terhadap PDRM. Selain melahirkan generasi yang rapat dan mesra dengan PDRM ianya juga melahirkan generasi yang minat untuk menjadi anggota PDRM.

p/s: TPK sempat mengikuti majlis pelancaran ini. Hebat dan ianya satu permulaan untuk hubungan baik ini.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Panduan IbuBapa, UiTM

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 1

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Peluang untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM. Permohonan kemasukan ke UiTM kini dibuka.

Jangan lepas peluang ini untuk melanjutkan pengajian. Semua permohonan adalah melalui online. Semak dan baca dengan teliti sebelum proses permohonan dilakukan.

Iklan kemasukan ke UiTM, Permohonan ke UiTM

p/s: Mohon selagi peluang masih ada.

Jika ingin mengetahui mengenai peluang menjana pendapatan. Boleh terus ke Tambah Pendapatan Dengan Jobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

UiTM

Permohonan Kemasukan Ke UiTM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

26x13.5cm_IKLANAKHBARSesi2'14

Kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke UiTM boleh mula memohon sekarang.

Pemohon yang tidak berjaya pada kemasukan pada Jun 2014 juga boleh cuba memohon pada kemasukan pada kali ini.

Kemasukan pada kali ini hanya untuk kemasukan ke UiTM sahaja.

Semak kelayakan program dan keputusan yang anda terima di www.selangkah.uitm.edu.my

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin, UiTM

Permohonan ke Universiti

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Keputusan STPM dan SPM telah pun diumumkan. TPK ingin ucapkan tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada calon calon yang kurang cemerlang jangan kecewa dan putus asa, sesungguhnya ini bukan penghujung atau pengakhirannya.

Sekarang ini masa pelajar-pelajar lepasan STPM dan SPM memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA berdasarkan kepada keputusan yang diterima. Disini TPK ingin kongsikan sedikit tips dan panduan yang boleh digunakan oleh calon-calon agar tidak melakukan kesilapan semasa mengisi borang permohonan.

1. Syarat Kelayakan Program

Calon-calon yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA perlu menyemak syarat kelayakan program sebelum mengisi borang permohonan. Syarat kelayakan permohonan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu syarat am universiti dan syarat khas universiti.

Capture

Syarat am universiti kebiasaannya menyatakan subjek-subjek wajib yang perlu lulus dan kebiasaannya syarat am universiti ini adalah 5 kredit.

Capture

Syarat khas program pula menyatakan subjek-subjek lain yang perlu lulus bagi melayakkan untuk dipertimbangkan masuk ke dalam program.

Bagi calon-calon yang ingin melanjutkan pengajian ke UiTM terdapat sistem yang memudahkan calon-calon untuk menyemak syarat-syarat am dan khas dengan memasukkan maklumat peribadi dan keputusan SPM yang diterima. Sistem ini akan membantu dalam memberi panduan program yang layak berdasarkan kepada keputusan yang diterima. Calon-calon boleh mencuba sistem ini di Semakan Syarat Kelayakan

2. Memohon Program Yang layak

Apabila membuat pilihan program, calon diminta untuk memilih program yang layak sahaja. Jangan memilih program yang tidak layak atau tidak cukup syarat kerana ianya akan merugikan peluang yang diberikan. Sistem pemilihan akan menolak secara automatik permohonan yang tidak memenuhi syarat am dan syarat khas program.

3. Memilih program berdasarkan kepada minat.

Pemilihan program mestilah mengikut aturan yang paling diminati diletakkan diatas sekali dan yang kurang minat diletakkan di bawah. Aturan ini penting bagi memastikan calon-calon memohon program yang diminati sahaja.

Calon-calon dilarang sama sekali untuk meletakkan untuk meletakkan program yang sama pada IPTA yang sama pada ruang pemilihan kerana ianya akan merugikan calon dan peluang pemohon.

Pemilihan ini perlu mengutamakan syarat kelayakan dan kemudian minat. Jangan mengutamakan minat dan mengetepikan syarat kelayakan.

4. Jangan membuat pemilihan program sesuka hati.

Calon-calon diminta untuk tidak meletakkan program sesuka hati tanpa memikirkan keutamaan. Hal ini bagi mengelakkan calon akan mendapat tawaran program yang kurang diminati berbanding program yang diminati sedangkan kelayakan yang diterima adalah baik.

Diharap panduan ini boleh membantu mereka yang sedang di dalam dilema untuk memilih program.

Baca juga: Isu pelajar gagal masuk IPTA

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

UiTM

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (AKADEMIK) UiTM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA Negeri/ Cawangan berikut:

i. Universiti Teknologi MARA (Perak), Kampus Tapah.
ii. Universiti Teknologi MARA (Melaka), Kampus Jasin.
iii. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.
iv. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Borang permohonan dan maklumat jawatan terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.uitm.edu.my/index.php/en/jobs/jobs-with-uitm

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN, 3 MAC 2014.

Bahagian Pengurusan Perjawatan,
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

Kerja Di Rumah

Kerja Kosong Dirumah 2014

Rahsia Menjana Pendapatan Secara Part Time

Betul ke Jobdirumah nie??

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin, UiTM

Iklan Kekosongan Jawatan Pentadbiran UiTM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Universiti Teknologi  MARA (Pulau  Pinang)  dengan  ini  mempelawa  calon-calon  Bumiputra  Warganegara  Malaysia  yang  berkelayakan  dalam  bidang yang  berkaitan  untuk  mengisi  kekosongan  jawatan tetap bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

CapturePEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau

(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32)

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENOLONG AKAUNTAN (GRED W27)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan ialah pada RM1667.08)

(d) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1892.68)
dan

(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:RM837.00); atau

(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:RM837.00);

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepadu;

(ii) Berat badan sekurang-kurang 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglibatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

dan

(e ) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

(b) Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang, UiTM (Pulau Pinang) di http://www.penang.uitm.edu.my dan juga boleh dapati sendiri di Pos Pengawal Utama atau di Pejabat Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 9, Kompleks Perdana, Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang).

(c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(d) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Februari 2014.

Sila kemukakan permohonan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 9, KOMPLEKS PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PULAU PINANG)
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

NO. TEL: (04) 3822700/2859/2857

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Prihatin, UiTM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2014/2015

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Perhatian kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian. Kini peluang anda untuk melanjutkan pengajian di UiTM dibuka.

Kepada mereka yang sedang belajar di UiTM dan kini berada di semester akhir boleh melakukan permohonan kemasukan ke UiTM.

Sekiranya pembaca sekalian, bukan pelajar dan bukan bekas pelajar UiTM boleh memohon kemasukan ke UiTM melalui UPU.

Permohonan melalui UPU akan dibuka bermula 20 Januari 2014.

A2 Poster2 IKLANSesi1'14

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam