Loading
Panduan IbuBapa, Pendidikan, Uncategorized

4 Amalan Baik Sebelum Tidur

Dari kecil lagi hampir kita semua didik untuk membaca doa tidur sebelum kita tidur. 

 

Banyak amalan baik yang kita dengar untuk diamalkan sebelum kita tidur. Disini TPK ingin kongsikan 4 amalan baik sebelum tidur.

 

  

Read More

Uncategorized

Jawatan Kosong

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan dan ingin mendapatkan pengalaman bekerja. Disini TPK kongsikan iklan jawatan kosong yang boleh anda mohon.

Jawatan Kosong Jawatan Kosong Jawatan Kosong Jawatan Kosong

Semoga perkongsian TPK pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

Tinted Kereta

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Pelanggan: Tauke, saya mau pasang tinted
Tauke: Boleh, mau yang mana??
Pelanggan: Saya mau yang ini, brapa harga??
Tauke: Nie RM180 saja.
Pelanggan: Ok, kasi pasang kat kereta saya.
Tauke: Tapi kalo you amik ini tinted I bagi special price.
Pelanggan: Brapa harga??
Tauke: Tambah RM 50 ja lagi.
Pelanggan: Ok, I amik yang nie la..tp JPJ lepas tak??
Tauke: Lepas, you don’t worry.
Pelanggan: Ok, pasang yang nie la…

Begitu la situasi pelanggan dan tauke di kedai acsesori kereta.

Apa yang TPK ingin pembaca faham pada senario ini adalah bagaimana cara tauke kedai ini menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan produk yang murah tetapi menjual barang yang lebih mahal.

Mudah mempengaruhi pelanggan. Teknik pemasaran yang berkesan. Dengan alasan yang pelbagai maka produk yang lebih mahal di jual.

Begitulah antara teknik-teknik pemasaran yng berkesan.

Perkara lain yang TPK ingin kaitkan adalah setelah bersetuju dengan harga baru memikirkan peraturan. ‘JPJ lepas x??’ sedangkan persetujuan telahpun dibuat.

Pada hemat TPK, ramai yang memasang tinted ini lebih mementingkan cantik dari peraturan yang dibenarkan.

Walaupun tinted yang dipasang melanggar peraturan tetapi ianya jatuh pada perkara yang kedua.

Ditambah pula dengan janji manis penjual jika berlaku apa-apa rujuk balik pada kedai. Cukup mudah ayat yang digunakan untuk mempengaruhi pelanggan.

Peraturan boleh diketipkan semata-mata untuk menampakkan kenderaan kita cantik. Tidakkah ianya satu pembaziran apabila ditangkap oleh pihak berkuasa maka tinted tersebut sudah pastinya diminta untuk dikoyakkan.

Walaupun ramai yang menganggap nilai untuk memasang tidak seberapa tetapi ianya masih memerlukan wang untuk memasang semula.

Banyak perkara yang kita lakukan sebenarnya mengetepikan hal peraturan hanya untuk mendapat yang cantik dan elok. Diharap entry ini dapat memberi peringatan kepada diri TPK dan kita semua. In Sha Allah.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Uncategorized

Rewang vs Katering

 

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Musim cuti sekolah akan melabuhkan tirainya. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Walaupun begitu jemputan ke rumah kenduri tetap meriah.

Pada musim cuti sekolah ini ramai yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis kenduri kahwin. Pada masa ini ramai sanak saudara yang berkunjung ke kampung bagi memeriahkan majlis ini.

Para sahabat juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin ini. Walaupun mendapat sebanyak 10 undangan ke majlis perkahwinan tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk memenuhi semua undangan perkahwinan.

Apabila kita cakap mengenai kenduri kahwin, ianya saling tidak terpisah dengan pengantin lelaki, pengantin perempuan, pelamin, dan yang paling penting adalah nasi minyak serta lauk pauk yang bakal di hidangkan.

image

Sekarang ini kebanyakan rumah-rumah kenduri banyak mengambil jalan mudah dengan menghidangkan makanan nasi minyak, cuma dihidangkan oleh pihak katerer. Susah untuk kita dapati rumah kenduri yang menyediakan makanan secara gotong-royong.

TPK dijemput untuk menghadiri satu undangan perkahwinan. Apa yang menarik dengan rumah kenduri ini ialah penduduk kampung bergotong-royong menyediakan makanan kenduri.

Makanan yang disediakan berbeza dengan rumah kenduri lain. Kebiasaannya rumah kenduri menyediakan nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging atau ayam dan sayur dalca tetapi rumah kenduri ini menyediakan lauk kampung yang tidak pernah kita dapati di rumah kenduri iaitu nasi putih, ayam masak merah, gulai batang pisang, masak lemak ikan masin dan sayur dalca.
image

Kenduri ini menarik perhatian TPK kerana semua penduduk kampung bergotong-royong membantu dalam menyediakan makanan untuk kenduri. Bermula dari proses penyediaan makanan sehinggalah kepada proses menghidangkan makanan.

Suasana pada kenduri kahwin ini sangat meriah dengan semua pekerja bekerjasama bagi memastikan semua jemputan mendapat tempat dan mendapat makanan yang disediakan.

Bak kata pepatah “Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing”  dan “Perkara yang berat jika dibuat secara bersama akan menjadi mudah”. TPK sangat seronok melihat mereka ini bekerjasama dalam menghidangkan makanan.

image

 

Kebiasaannya kenduri kahwin kini akan menyediakan makanan secara buffet tetapi berbeza dengan kenduri ini apabila jemputan yang hadir hanya perlu duduk sahaja. Semua makanan akan dihidangkan dan disediakan oleh penduduk kampung. Sekiranya lauk-pauk yang disediakan tidak mencukupi, jemputan hanya perlu meminta untuk ditambah. Cukup susah untuk mendapat suasana sebegini semasa majlis kenduri kahwin sekarang ini.

TPK mengharapkan agar sesuasana kenduri seperti ini tidak ditinggalkan dan tidak dilupakan. Sesungguhnya suasana ini sebegini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung.

image

image

image

image

image

image

 

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kreatif, Uncategorized

Tema Program

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Gimik Perasmian

Alhamdulillah selesai Program Hari Kualiti UiTM Pulau Pinang 2013 dengan tema “Kualiti Pemacu Transformasi.”

Apa yang menarik tema program hari kualiti pada kali ini adalah berkonsepkan penerbangan. Tema program yang lain dari yang lain. Kebiasaannya apabila membuat program pastinya konsep biasa yang dianjurkan.

image

Buku Aturcara seumpama passport

Tidak mengetepikan protokol yang perlu ada di dalam menganjurkan program tetapi ianya sangat menarik. Bermula dari kad jemputan, hiasan dewan, susun atur kedudukan sehinggalah kepada pengagihan makanan kepada para tetamu. Semua orang merasakan bahawa mereka adalah pelanggan yang sedang menaiki penerbangan ke satu destinasi.

Semuanya bercirikan susasa di dalam penerbangan. Kreativiti yang difikirkan sangat mengujakan dan boleh digunakan untuk program-program yang akan datang.

Apa Itu Hari Kualiti?

Hari kualiti disambut setahun sekali oleh semua warga UiTM. Dahulu ianya dikenali sebagai Hari Kualiti tetapi ianya telah di’rebranding’ dengan memberi nama sebagai Hari Inovasi. Setiap UiTM akan menganjurkan program ini bagi meraikan kejayaan mereka yang menyumbang kepada kualiti kampus.

Pelbagai hadiah yang diterima oleh warga kampus. Bermula dari penulisan, pencapaian inovasi sehinggalah kepada mereka yang diberi Anugerah Khidmat Cemerlang. Meraka ini akan diraikan di dalam majlis ini bagi menghargai usaha mereka untuk meningkatkan kualiti diri dan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi UiTM Pulau Pinang, Hari Kualiti ini akan menghargai mereka yang telah mendapat penghargaan dalam bidang penulisan, kejayaan di dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Pemenang pertandingan yang telah dipertandingkan, dan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC).

image

Kad Jemputan seumpama boarding pass

Kedudukan Di Dalam Dewan.

Dengan tema program berkonsepkan penerbangan ini semua pemenang ini telah diasingkan tempat kedudukan mereka dengan menamakan ruang kedudukan mereka sebagai Business Class. Manakala bagi mereka yang tidak mendapat apa-apa anugerah diberikan kedudukan di ruangan Economy Class. Penamaan yang sangat menarik.

image

Persembahan Permainan Alat Music dari Pelajar

Persembahan 

Bagi meneruskan kesinambungan tema program semua pengunjung yang hadir diibaratkan sedang menaiki penerbangan. Setiap persembahan adalah berlainan dan bercirikan kepada negeri-negeri yang ada di Malaysia. Ianya diibaratkan bahawa penerbangan ini sedang melalui negeri-negeri yang dipersembahankan.

Secara keseluruhan tema program pada kali ini sangat kreatif. Tema program yang sangat menarik dan boleh digunakan pada program-program yang lain.

 

image

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin, Uncategorized

Salah Siapa??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

pendatang asing 4

Salah siapa??Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh ramai pihak. Pasti pembaca tertanya-tanya mengapa TPK mempersoalan salah siapa??

TPK bertanyakan persoalan ini adalah berikutan kes samun yang berlaku pada sekeluarga yang menetap di Jengka, Pahang.

Suspek yang melakukan samun ini berkemungkinan besar dilakukan oleh warga Indonesia. Perkara ini dipastikan oleh mangsa hasil dari perbualan suspek.

Kes jenayah ini bukan yang pertama kali berlaku di Malaysia tetapi ianya adalah diantara yang berlaku dan dilaporkan serta diberitakan. Mungkin banyak lagi kes jenayah yang berlaku di tempat-tempat lain cuma ianya tidak diberitakan sahaja.

TPK ingin memberi pandangan berkenaan dengan kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini. Perkara ini mungkin berlaku atas kelekaan dan kesilapan kita sendiri. Mengapa TPK menyalahkan kita sendiri dan bukan penjenayah yang melakukan jenayah. Hal ini kerana perkara ini berpunca dari permulaan kita menggalakkan pendatang asing ini datang ke negara kita untuk memenuhi keperluan guna tenaga untuk mencapai objektif dan matlamat negara.

Pembaca sedia maklum bahawa warga asing ini kebanyakkan mereka memenuhi keperluan tenaga kerja terutama di dalam bidang pembinaan. Pendatang asing ramai yang berkunjung ke negara ini atas keperluan negara untuk memastikan setiap perancangan pembinaan memenuhi jadual dan mengikut perancangan disamping matlamat negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

Mengapa perlu menggunakan tenaga asing dan bukan tenaga tempatan?? Hal ini berikutan tenaga tempatan memilih kerja lain selain dari kerja pembinaan dan berkemungkinan kadar bayarannya yang murah menyebabkan kerja pembinaan ini bukan pilihan utama rakyat Malaysia.

Selain bayaran yang murah, kos hidup yang tinggi menyebabkan rakyat Malaysia memilih untuk kerja yang memberi pulangan yang lebih lumayan.

Apa kaitan jenayah dengan warga asing??Kebanyakan majikan melepaskan mereka ini setelah selesai satu projek dan membiarkan mereka ini untuk menguruskan diri sendiri termasuklah urusan untuk mereka pulang semula ke negara asal mereka. Oleh yang demikian, terdapat segelintir warga asing ini yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah untuk mendapat lebih banyak wang.

Ada juga warga asing yang masuk secara haram dan sememangnya matlamat mereka untuk melakukan jenayah tetapi bilangan mereka ini mungkin sedikit.

Lambakan warga asing ke negara ini perlu dipandang serius.Jangan hanya memandang untuk mencapati objektif individu, organisasi atau negara sahaja tetapi kebajikan dan keselamatan rakyat perlu difikirkan bersama.

Kita juga boleh memainkan peranan dengan sentiasa mengambil tahu perkara yang berlaku dipersekitaran kita dan sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan.

JENGKA – Sembilan beranak terpaksa menempuh 30 minit dalam ketakutan apabila disamun lima lelaki berpakaian ala ninja dan bersenjatakan parang panjang di rumah mereka di Felda Jengka 10 dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, sembilan beranak tersebut dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki memakai baju berlengan pendek, seluar pendek paras paha dan bertopeng muka ketika masing-masing sedang lena tidur.

Kesemua mangsa dikumpulkan dalam satu bilik termasuk tiga cucu dengan dua kembar berusia tiga tahun selain tiga daripada mereka adalah lelaki diikat.

Mangsa, Mohd Nor Ibrahim, 63, berkata, dia terjaga dari tidur apabila merasa sakit di perut akibat ditindih seorang lelaki bertopeng menggunakan bahagian lutut.

Menurutnya, dia diminta tidak bersuara oleh lelaki berkenaan yang turut menghunus sebilah parang ke leher sebelum seorang lelaki lain bertindak mengejutkan isterinya yang tidur bersebelahan.

“Sebaik buka mata, saya terkejut tengok ada orang di depan mata dan dia tekan lututnya ke perut saya, dan pada masa sama suruh saya diam.

“Parang panjang diletakkan di leher dan isteri saya yang tersedar juga tergamam apabila seorang lagi suspek letak parang di lehernya,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana berada dalam ketakutan selain bimbangkan keselamatan anak dan cucu di ruang tamu.

Isteri mangsa, Asma Ariffin, 61, berkata, ketika leher dihunus parang, lelaki terbabit bertindak ganas merentap dua utas gelang emas di tangan kirinya termasuk rantai emas dan sebentuk cincin.

Menurutnya, dia yang dalam ketakutan merayu kepada lelaki berkenaan agar tidak bertindak sedemikian kerana mahu memberi kerjasama menyerahkan barangan emas itu bagi mengelak dicederakan.

“Makcik merayu supaya tidak merentap dan makcik akan bagi dengan baik, tetapi lelaki itu tidak peduli sehingga tangan makcik sakit serta lebam.

“Tidak lama kemudian, tiga anak dan tiga cucu dibawa masuk ke dalam bilik kami oleh tiga lagi lelaki lain yang pakaian lebih kurang sama dan masing-masing meletakkan parang ke leher kami semua.

“Pada masa itu, tiada apa yang makcik ingat selain mati kerana jika ada yang bertindak luar jangkaan, parang di leher kami bila-bila masa sahaja boleh makan diri,” katanya.

Asma berkata, kebimbangan utama terhadap keselamatan cucu-cucunya menyebabkan mereka semua mengikut kata lima lelaki berkenaan agar berdiam diri walaupun menyedari terdapat beberapa motosikal melalui jalan hadapan rumah mereka pada waktu itu.

Menurutnya, dalam tempoh setengah jam di dalam bilik tersebut, tiga daripada lelaki terbabit menyelongkar kesemua bilik dalam rumah itu.

Mangsa kehilangan seutas rantai emas, dua gelang, sebentuk cincin, sepasang subang, enam telefon bimbit, sebuah komputer riba, empat jam tangan dan wang tunai RM500 dengan anggaran kerugian RM25,000.

Salah seorang daripada anak mangsa, Husaini, 43, cedera d bahagian kepala dan pinggang apabila dipukul oleh salah seorang lelaki berkenaan.

Mohd Nor berkata, anak kedua daripada lapan beradik itu yang secara kebetulan mahu ke tandas terserempak dengan lelaki terbabit di hadapan pintu bilik air di ruang dapur.

Menurutnya, Husaini yang terkejut dengan kehadiran lelaki berkenaan cuba memperbetulkan lipatan kain pelekat yang dipakai, namun tindakannya itu disalah erti apabila disangka seperti mahu menyerang balas.

“Lelaki itu ingat anak saya hendak melakukan sesuatu lalu memukul kepala Husaini dengan sebatang kayu selain di bahagian pinggang,” katanya.

Mohd Nor berkata, kelima lelaki yang dipercayai warganegara Indonesia berdasarkan cara percakapan dan berbau busuk itu memasuki rumahnya dengan memotong besi tingkap nako di bahagian dapur.

Mereka turut menghidupkan suis lampu di dalam rumah bagi mengelak keadaan mencurigakan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka.

 

Masih mencari teknik yang betul untuk manjan wang dari rumah??Kini terdapat panduan untuk memudahkan anda Buat Duit Dari Rumah.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan bekerja dirumah. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera diJobdirumah

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

iOS 7 – Hebat atau Tidak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

ios7justd

Semalam hampir kebanyakkan pemilik gadget dr apple ini mengemaskini tablet dan phone masing-masing dengan aplikasi yang terkini iaitu iOS7. Pastinya ramai yang sudah mengemaskini dengan aplikasi terbaru ini.

TPK juga tidak ketinggalan untuk mengemaskini ipad TPK sendiri. TPK sendiri belum explore secara menyeluruh dengan aplikasi terbaru dari apple ini. Sekadar tatapan semua pembaca TPK selitkan sedikit video berkenaan dengan kelebihan aplikasi iOS7 ini untuk tatapan semua.

p/s: Apa istimewanya VESPA ini??

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

Kereta Lutsinar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Semakin hari semakin berkembang teknologi kini. Bukan sahaja gadget tetapi dunia automatif juga tidak mahu ketinggalan. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Kini penyelidik dari luar negara ini telah mula memikirkan kenderaan lutsinar yang mana ianya sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan tersebut.

Kenderaan ini dibuat untuk memudahkan penggunanya melihat sendiri tahap keselamatan yang terdapat di pada kenderaan tersebut.

Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

       Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.       

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.       

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.       

“Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan,” jelasnya lagi. 

p/s: ramai yang telah berjaya dengan JomNiaga. Mari daftar cepat.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin, Uncategorized

Jangan Kritik Suasana Tempat Kerja

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Mungkin ini sebagai peringatan kepada semua penjawat awam yang bergiat aktif di media sosial. TPK kongsikan bersama sedikit petikan dari akhbar untuk makluman pembaca sekalian.

“Budaya menggunakan media sosial untuk mengkritik telah menjadi masalah di kalangan pekerja muda, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam terpaksa mengeluarkan surat pekeliling mengingatkan mereka supaya menghentikannya atau berdepan kemungkinan tindakan.
Oleh itu, jika anda tidak bersetuju dengan dasar kerajaan atau berasa diabaikan secara tidak adil dalam urusan kenaikan pangkat dan berfikir untuk mengadu dalam talian, anda dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Ketua pengarah, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata beberapa penjawat awam telah menggunakan Twitter, blog, Whatsapp , Facebook dan Youtube untuk mempersendakan inisiatif kerajaan.
“Kami telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penjawat awam memberi pandangan negatif terhadap program kerajaan melalui media sosial dan internet.
“Mereka harus sedar bahawa ini adalah satu kesalahan,” katanya dalam surat kepada semua kementerian, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Mohamad Zabidi mengingatkan kakitangan awam peruntukan di bawah seksyen 19 (1) Peraturan Am (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 melarang mereka daripada membuat kenyataan secara bertulis atau lisan yang boleh menjejaskan atau menyebabkan kesan buruk ke atas dasar-dasar, keputusan atau program kerajaan.
“Mereka tidak boleh berkata apa-apa yang berpotensi memalukan atau meletakkan Kerajaan dalam situasi buruk.
“Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengedarkan maklumat atau komen mengenai dasar-dasar itu dalam apa jua cara,” katanya.
“Walaupun agensi-agensi kerajaan mengambil kesempatan daripada media sosial untuk mempromosikan wacana dan menghebahkan inisiatif mereka, penjawat awam tidak perlu menggunakan platform ini untuk mengkritik pihak berkuasa.
“Pekerja-pekerja sektor awam perlu sentiasa ingat bahawa mereka perlu kekal setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan pada setiap masa.
“Ini jelas dinyatakan dalam undang-undang yang mengawal perkhidmatan awam.
“Saya berharap agar semua ketua-ketua jabatan menganggap serius perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan ini,” katanya.
Tambahnya, mereka yang didapati bersalah boleh diturunkan pangkat, dipindahkan atau dalam senario kes terburuk, dipecat.”

Pada hemat TPK, penjawat awam perlu mendokong dasar yang telah ditetapkan dan menyuarakan sebarang cadangan dan penambahbaikan melalui saluran yang betul dan yang telah disediakan.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga..Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

 

Uncategorized

Panduan Mendidik Anak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Pernahkan pembaca sekalian yang bergelar ibu bapa menghadapi masalah berikut semasa mendidik anak-anak??

  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah

Sesungguhnya di dalam mendidik anak-anak pelbagai cabarannya. Pelbagai teknik yang digunakan dalam mendidik anak-anak. Adakah pembaca sekalian pasti yang teknik dan cara yang digunakan merupakan teknik dan cara yang terbaik??

TPK juga cuba pelbagai teknik dan cara untuk memastikan anak-anak akan mendapat didikan yang terbaik.

Anak adalah anugerah yang terbaik terutama kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Dengan adanya anak-anak, rumahtangga akan lebih ceria dan bermakna. Sekiranya kita penat bekerja di siang hari anak-anak adalah penyeri dan penghilang penat serta stress di tempat kerja.

Anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya ibu bapa gagal mendidik anak-anak maka gagallah kita sebagai ibu bapa.

Bagaimana cara untuk menyelesaikannya??TPK terjumpa panduan yang boleh membantu kita semua di dalam menyelesaikan masalah ini. Mungkin ianya dapat membantu dan boleh dijadikan panduan di dalam mendidik anak.

Pembaca sekalian boleh memperolehi panduan ini di PANDUAN MENDIDIK ANAK.

Semoga panduan ini akan berguna kepada kita semua.

p/s: Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga..Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Prihatin, Uncategorized

Bandingkan Harga Bijak Berbelanja

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Semak harga

Isu kenaikan harga minyak masih lagi diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira di mana sahaja samaada di lama sosial, pejabat, kedai kopi dan di merata tempat.

Antara perbincangan dan anggapan rakyat Malaysia adalah kenaikan minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Oleh demikian, Kementrian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah meminta rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati harga barangan runcit.

Apa yang perlu dilakukan??

Kita sebagai pengguna diminta untuk menyemak harga barang yang tersenarai dan membandingkannya di kedai-kedai yang menjualnya. Sekiranya harga tersebut berbeza dan jauh lebih mahal pengguna diminta untuk melaporkannya.

Semak harga1

Bagaimana carannya??

1. Layari website 1 pengguna

2. Klik di ruangan Price Watch

3. Pilih Lokasi, Daerah dan Senarai Barang

4. Senarai harga barangan akan dipaparkan.

Cukup mudah untuk kita semua sebagai pengguna mengetahui senarai harga yang telah ditetapkan oleh KPDNKK.

Marilah kita bersama-sama membantu dalam memastikan hak kita sebagai pengguna.

p/s : Ramai yang telah berjaya dengan menyertai JomNiaga..Kereta yang menjimatkan minyak??? Lihat disini

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Dalam Malaysia, Uncategorized

Minyak Naik 20sen

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20-cents

Ketika entri ini sedang ditulis harga minyak telah pun naik sebanyak 20 sen. Pengumuman ini telah pun diumumkan dan ramai rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa akan berlaku kenaikan melalui media sosial.

TPK tidak terkecuali menerima pelbagai maklumat berkenaan dengan kenaikan harga minyak ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong dan ada yang berdiam diri sahaja. Itu adalah hak masing-masing untuk bersuara dan menyuarakan apa yang mereka rasa.

IMG-20130902-WA0037

Pada ketika ini juga sepanjang pengamatan TPK, hampir semua stesen minyak dipenuhi dengan kenderaan yang ingin mengisi kenderaan masing-masing dengan minyak sebanyak yang mungkin sebelum kenaikan harga minyak ini pada jam 12.01 tengah malam tadi.

TPK merasakan kerajaan yang sedia ada telah memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu rakyat dan tidak membebankan rakyat. Mungkin terdapat beberapa faktor sebelum pengumuman kenaikan ini diumumkan. TPK tidak menyokong mana-mana pihak tetapi TPK rasakan perkara ini perlu diambil secara positif. Mengapa TPK berkata demikian.

IMG-20130902-WA0040

Mungkin ramai yang tidak menyokong dengan pandangan TPK secara keseluruhan tetapi TPK hanya menyuarakan apa yang TPK rasa dan pembaca berhak untuk tidak setuju dengan pandangan TPK. Pada pandangan peribadi TPK kenaikan ini berlaku diatas beberapa faktor yang difikirkan rasional dan sebab yang munasabah.

Sekiranya kerajaan tidak memikirkan rakyat sudah lama kenaikan ini berlaku dan berkemungkinan besar harga minyak jauh lebih mahal dari sekarang. Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Pelbagai kempen dijalankan untuk rakyat Malaysia memikirkan langkah terbaik untuk menjimatkan minyak kenderaan tetapi ianya hanya dilakukan oleh segelintir sahaja.

1186197_515496758538345_569185586_n

Ramai yang marah apabila harga minyak naik tetapi mengapa kita perlu marah dan menyalahkan orang lain. Bukankah lebih elok sekiranya kita mencari penyelesaian bagi masalah ini. Kerajaan yang sedia ada telah melakukan yang terbaik, kini tiba masanya kita mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Berkongsi kenderaan, menggunakan kenderaan awam, dan banyak lagi kempen yang dijalankan untuk membantu menjimatkan minyak tetapi adakah kita menggunakan dan menghayati kempen yang dijalankan ini??Kini tiba masanya untuk kita melihat semula berkenaan dengan kempen-kempen dan cara-cara untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Terdapat alternatif lain yang telah diperkenalkan iaitu dengan menggunakan gas NGV. Ye..sememangya ada yang menyatakan sekiranya menggunakan gas NGV performance kereta akan kurang. Pilihan masih ditangan kita samaada ingin menggunakannya atau terus menggunakan minyak. Dalam membantu menggalakkan penggunaan NGV ini kerajaan perlu memperbanyakkan semula stesen minyak yang menyediakan kemudahan ini.

Tidak terhenti setakat itu untuk alternatif penjimatan minyak. Kini banyak kenderaan hybrid yang mana penggunaan minyak sangat minima. Mungkin boleh difikirkan bersama untuk memiliki kenderaan ini.

p/s: Mari kita menjana pendapatan dengan JomNiaga.com

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

Tidak Sengaja

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

20130819-161628.jpg

TPK terkejut bila menerima mesej bergambar ini. Bagaimana kenyataan ini boleh dikeluarkan apabila video tersebut telah tersebar. Jika ingin mengajar atau mendidik isteri sekalipun bukan begini caranya. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengajar atau mendidik isteri. Bukan kah isteri itu merupakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada seorang suami.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

Fakta Yang Mengejutkan Mengenai Buah-Buahan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

selamat hari raya khat_j4d

Rasanya ramai lagi masih lagi dalam mood Hari Raya. Pada kali ini TPK tidak menyentuh berkenaan dengan hari raya. Apa yang TPK ingin pembaca sekalian tahu berkenaan dengan fakta yang mengejutkan mengenai dengan buah-buahan.

1. Tidak semua oren oren.

Tidak semua oren oren.

Di kawasan-kawasan sub-tropika berkembang (seperti Brazil, negara yang tumbuh paling oren di dunia ) tidak pernah ada suhu cukup sejuk untuk memecahkan klorofil pada kulit buah-buahan, ini bermakna ia mungkin masih kuning atau hijau walaupun ia masak . Oleh kerana pengguna Amerika tidak boleh memahami apa-apa fenomena, oren yang diimport mendapatkan rawatan dengan gas etilena untuk menghilangkan klorofil dan menjadikan mereka oren.

2. Kebanyakan buah-buahan komersial klon.

Buah-buahan yang paling komersial adalah klon.

Apabila anda melihat di pasar raya epal dan oren semua sama dan sebenarnya ia tidak begitu mengejutkan. Pengeluar jenis buah-buahan, yang dipanggil kultivar (katakan, Fuji epal atau pear Bosc) untuk kekal konsisten dengan sempurna, tanpa semua mutasi genetik tidak menentu.

3. Klon pokok yang ditanam oleh teknik cantuman

Tentera klon pokok yang ditanam oleh cantuman.

Jika anda makan epal Macintosh dan ditanam benih, pokok itu ia meningkat dan akan menghasilkan epal yang kelihatan dan merasai sama seperti Macintoshes. Jadi, daripada menanam benih, penanam untuk menghasilkan epal genetik yang serupa.

Oleh kerana pokok-pokok tidak mengeluarkan benih mereka tidak berupaya untuk membiak tanpa diklon oleh manusia.

4. Jepun Yubari cantaloupes adalah buah yang paling mahal di dunia, dua tembikai ini pernah dijual pada lelongan untuk $ 23,500.

Jepun cantaloupes Yubari adalah buah yang paling mahal di dunia, dua tembikai sekali dijual pada lelongan untuk $ 23,500.

Rakyat di Jepun membayar harga yang sangat mahal untuk buah-buahan mewah seperti tatu epal dan cantaloupes coddled, yang biasanya diberikan sebagai hadiah. Permintaan telah menurun pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi harganya masih cukup mengejutkan.

5. Petani Cherry mengupah juruterbang helikopter untuk mengeringkan pokok mereka selepas hujan supaya ceri tidak berpecah terbuka.

Petani Cherry mengupah juruterbang helikopter hawa kering pokok mereka selepas hujan supaya ceri tidak berpecah terbuka.

Juruterbang mendapat bayaran beratus-ratus ringgit sehari untuk stand-by pada musim panas pada musim hujan kerana pokok-pokok perlu dikeringan. Ia kedengaran tidak masuk akal, tetapi ia berbaloi untuk petani kerana buah-buahan yang mahal. Pekerjaan yang berbahaya; juruterbang sering cedera dalam kemalangan kebun .

6. Epal anda makan mungkin dari tahun yang lama.

Epal yang anda makan mungkin menjadi tahun yang lama.

Epal adalah untuk dijual di kedai-kedai runcit dan pasar tani sepanjang tahun, walaupun musim menuai mereka (sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat) hanya berlangsung beberapa bulan pada musim gugur. Dengan teknologi penyimpanan sejuk yang canggih ia mungkin (dan / atau mungkin) yang segar, epal berair yang anda makan pada bulan Ogos 2013 telah sebenarnya dituai pada bulan Oktober 2012.

7. Pisang yang dihantar belum masak.

Pisang mendapatkan buatan masak (selepas dihantar) kepada salah satu daripada tujuh "warna" kematangan.

Pisang dihantar hijau kerana terlalu lembut dan mudah rosak jika dihantar pada warna kekuningan, kemudahan pengedaran menggunakan teknologi penyimpanan yang membuatkan pisang ini kekuningan.

8. Satu delima boleh memegang lebih daripada 1,000 biji.

Satu delima boleh memegang lebih daripada 1,000 biji.

Bertentangan dengan mitos bahawa setiap delima mempunyai 613 biji.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Uncategorized

Kedai Maya Pertama Di Dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Sebuah peruncit utama Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia menjurus kepada pengguna telefon pintar, dengan cara membeli secara mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di stesen kereta api bawah tanah Seoul. Homeplus, rantai diskaun kedua terbesar di negara ini, menawarkan 500 barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan di “kedai” yang terletak di stesen Seolleung.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej rak kedai saiz sebenar dipenuhi dengan barang-barang – seperti susu, epal, beg beras atau sekolah beg galas – yang masing-masing mempunyai kod bar kecil tersendiri. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan pada telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar-gambar kod bar.

“Anda boleh membuat pesanan sewaktu anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi dan barangan anda telah sampai di rumah apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam,” kata seorang jurucakap Homeplus.

Malah, pengguna tidak perlu berada berhampiran kedai maya. Sebagai contoh, jika anda mahu untuk membuat pesanan air yang telah habis diminum, anda tidak perlu pergi ke kedai maya yang terletak di stesen kereta api bawah tanah Seoul . Anda hanya perlu mengimbas kod bar botol dengan app Homeplus itu. Produk tersebut kemudiannya akan dihantar ke rumah / pejabat.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani ibadah Puasa.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam.