Gam Murah VS Gam Mahal

Teknik “gam” hati pelanggan yang liat mahu bayar.
Satu daripada trauma jurujual dan juga para usahawan adalah aktiviti minta duit daripada pelanggan.

Antara kes-kes yang berlaku:
1) Pelanggan sudah berminat, tetapi masih belum bayar untuk dapatkan produk.
2) Pelanggan sudah tempah dan kata mahu bayar, tetapi duit masih lagi belum sumbat ke akaun bank kita.
Cara untuk melayan perasaan liat pelanggan ini adalah menggunakan strategi berikut.
Ada dua jenis gam yang boleh digunakan:
1) Gam murah.
2) Gam mahal.
============
Strategi Gam Murah
============
1) Takut-takutkan pelanggan dengan helah palsu.
… “Tuan / cikpuan adalah orang yang rugi jika tidak beli produk ini. Semua orang
yang guna produk ini telah berjaya.”
2) Menekan-nekan.
… “Sila bayar sekarang. Jika tidak bayar, tolonglah bayar sekarang.”
============
Strategi Gam Mahal
============
1) Bermula dengan doa meraikan rezeki si pelanggan.
… “Semoga Allah terus memanjangkan hayat rezeki tuan / cikpuan untuk memiliki produk / servis XYZ.”
2) Berikan bantuan.
… “Jika ada sebarang isu berkenaan dengan pembayaran, mohon maklumkan kepada kami. Kami akan usaha untuk permudahkan urusan tuan / puan.”
3) Ringankan beban.
… “Jika tuan / puan teragak-agak untuk beli, sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Kami akan bantu berikan jawapan yang puan inginkan.”
Setiap gam boleh digunakan bergantung pada situasi tertentu.
Setiap gam ini juga boleh digunakan dalam SMS marketing. Ia menjadi senjata pemasaran yang lebih berkesan, apabila digabungkan dengan ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *