Loading

Matlamat 2015

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

5 hari 2014 meninggalkan kita dan 5 hari juga kita telah melangkah ke tahun 2015.

Pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2014, samaada perkara yang terjadi kepada diri kita sendiri atau terjadi kepada negara.

Kejadian yang berlaku pada negara di tahun 2014 banyak mengingatkan diri kita bahawa betapa hebat dan canggih pun teknologi yang ada, sudah pasti ianya tidak boleh melawan takdir dan ketentuan Yang Maha Esa.

Selain itu, kejadian yang berlaku pada tahun 2014 juga adalah untuk memberi kita peluang supaya kita dapat munasabah diri dan melihat semula apa yang telah kita lakukan supaya tidak melakukan lagi kemungkaran yang boleh mengakibatkan berlaku perkara yang tidak diingini.

Pada tahun 2015 ini, TPK berharap agar sebarang perkara buruk yang berlaku pada tahun 2014 dan tahun-tahun sebelum ini tidak diulangi dan sama-sama kita perbaiki diri dan kelakuan agar sebarang kemungkaran dihindari.

Selain itu, pada tahun 2015 sudah pasti anda semua mempunyai azam dan matlamat masing-masing. Azam dan matlamat ini merupakan pencetus semangat untuk anda lebih berjaya dan dapat mencapai azam yang dihajatkan.

Pada tahun 2015, juga pasti ramai yang ingin menambah pendapatan sedia ada. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akan menyebabkan pendapatan sedia ada tidak mencukupi. Anda boleh menceburkan diri dalam pelbagai perkara perniagaan untuk menambah pendapatan.

TPK akan kongsikan pada anda lubang-lubang perniagaan yang anda boleh ceburkan diri dan boleh menambah pendapatan anda.

p/s: TPK dengar yang sekaran orang ramai sedang sibuk melakukan perniagaan menggunakan telefon (bukan jual topup). Mengapa anda tidak cuba kan…dapatkan maklumat lanjut di TEKNIK PERNIAGAAN KOMUNIKASI

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kongsi Bersama:

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge