Dadah Punca Segalanya

Pergelutan yang berlaku di Selatan Thailand adalah berpunca dari masalah pengedaran dadah dan penjualan senjata api secara haram. Perkara ini telah lama berlarutan hingga kini tiada kesudahan. Semua orang sedia maklum bahawa Thailand merupakan negara yang mudah untuk mendapatkan bahan-bahan ini dan pengedaran berlaku secara berleluasa hinggakan terdapat dadah-dadah tersebut yang cuba diseludup masuk ke Malaysia dan negara-negara jiran lain. Walaubagaimanapun penyeludupan ini berjaya dikesan oleh pihak berkuasa akan tetapi terdapat juga yang terlepas diseludup masuk ke negara jiran hingga menyebabkan masalah yang sama dihadapi. Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang merbahaya yang mana penagih dadah sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan bahan haram ini. Oleh yang demikian, nasihat TPK kepada semua pembaca JAUHI DADAH

Choong Wei Menggalas Harapan Negara

Selepas kecewa di Sukan Olimpik Beijing..kini Dato’ Lee Choong Wei datang dengan semangat baru dan harapan yang lebih besar untuk memenangai pingat emas di Sukan Olimpik London dan sekaligus merupakan emas pertama negara di Sukan Olimpik. Walaupun dikatakan kecederaan yang diaalami masih belum sembuh sepenuhnya..perkara itu tidak menjadi halangan kepada pemain no satu negara ini untuk mencapai hasratnya. TPK pasti Dato’ Lee Choong Wei pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya kerana Sukan Olimpik pada kali ini merupakan sukan olimpiknya yang terakhir dan tidak mustahil Choong Wei dapat merealisasikan impiannya itu.

Kecederaan yang dialami bukan penghalang untuknya mencapai impiannya. Choong Wei seorang atlet yang tidak pernah mengaku kalah dan kini permainannya semakin matang. Hari ini Dato’ Lee Choong Wei akan turun menentang Ville Lang dari Finland dalam aksi peringkat Kumpulan A. Diatas kertas, kemenangan berpihak kepada Choong Wei. Walaubagaimanapun setiap lawan perlu dihadapi dengan bersemangat. TPK berharap Dato’ Lee Choong Wei dapat mengharumkan nama negara sekaligus meletakkan Malaysia diantara negara yang pernah mendapat pingat emas di Sukan Olimpik. SEMOGA BERJAYA DATO” LEE CHOONG WEI…

This entry was posted in Sukan by .


TPK tebaca dari akhbar Berita Harian berkenaan dengan dua orang cedera akibat bermain mercu bola. Menurut sumber Berita Harian, mereka ini bukanlah adik beradik tetapi jiran tetangga. Pada mulanya mangsa yang pertama iaitu Mohd Sohibullah Saad, 27 bermain dengan sendirian dan kemudiannya disertai oleh jiran mangsa iaitu Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8. Apa yang TPK pelik disini adalah umur telah mencecah 27 tahun masih lagi bermain mercun. Tidakkah ada kesedaran di dalam diri mangsa untuk insaf dan takut akan akibat bermain mercun. Pelbagai kempen dan amaran telah diberikan oleh pihak Kerajaan untuk tidak bermain mercun tetapi masih lagi ada yang degil. Bila telah terjadi perkara seperti ini menyesal pun tiada gunanya apabila anugerah yang diberikan tidak dihargai. Sememangnya malang tidak berbau dan ini semua ketentuan takdir tetapi kita yang menyebabkan pekara ini berlaku dan kita boleh untuk mengelakkannya. Diharap biarlah berita ini yang pertama dan terakhir ada mangsa cedera akibat mercun. MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!!!!!

Akibat Mercun

Salam Pengenalan

Salam Pengenalan kepada semua pembaca tetikus dan papan kekunci…Tetikus dan Papan Kekunci adalah satu blog yang baru diwujudkan bagi berkongsi dengan semua pembaca berkenaan dengan pandangan dan pendapat penulis berkenaan dengan isu-isu semasa tidak kira di dalam ataupun diluar negara..Selain itu, penulis juga ingin  berkongsi tips berkenaan dengan apa sahaja yang berkaitan agar dapat dikongsi bersama. Kepada pembaca sekalian jangan malu dan segan untuk berkongsi apa sahaja maklumat dengan Tetikus dan Papan Kekunci di mohdyazed@gmail.com