Loading

Panduan Bermain Bowling

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

image

Semasa TPK berikan gambar ini sahaja ramai yang bertanya semula, apakah maksud gambar ini. Entri kali ini TPK akan terangkan apakah yang dimaksudkan mengenai gambar ini.

Gambar ini adalah berkaitan dengan susunan pin bowling. Pernahkah anda bermain bowling?

Majoriti pembaca TPK mungkin pernah bermain bowling. Tidak kiralah bermain bowling secara seriuos atau sekadar suka-suka. Pastinya mendapat strike adalah target utama bagi mereka yang bermain bowling.

Kali ini TPK akan kongsikan mengenai panduan bermain bowling. TPK tidaklah hebat mana tetapi bolehlah untuk berkongsi pengetahuan mengenai panduan bermain bowling ini.

TPK tertarik dengan kata-kata jaguh bowling antarabangsa

“duplicate the same series of motions

Kata-kata yang penuh makna ini TPK simpulkan adalah mengulangi cara balingan yang sempurna berkali-kali.

Jaguh bowling antarabangsa ini memberi tips mudah kepada semua. Sekiranya anda telah mendapat strike pada sesuatu balingan itu, maka anda hanya perlu mengulangi balingan, kedudukan, kelajuan bola dan sasaran yang sama. Itu adalah kunci kejayaan permainan bowling ini.

Sebenarnya jika anda mempunyai pengetahuan dan latihan yang cukup anda mampu bermain secara konsisten dan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game.

Gambar kredit kepada intosports.info

1. Jarak diantara pin dan garisan yang dibenarkan adalah sejauh 60 kaki.  Oleh itu, apabila membaling bola bowling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda.

Cuba ambil 3 biji buah guli dan letakkan satu dekat dengan anda dan satu lagi jauh dengan anda. Gunakan satu lagi biji guli sebagai peluru anda. Mana lebih mudah untuk dibaling? Tentulah yang dekat bukan? Oleh itu, untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda.

Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.

tenpin bowling lane

2. Perhatikan arrow (anak panah) dan papan2 kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan. Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.

board and arrows

3. Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. 

Jika bola jatuh ke arrow pertama atau boardke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau boardke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

bowling-lane-diagram

4. Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane.  Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows.

Biasanya terdapat 5 atau 7dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.

Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain bowling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola bowling tersasar dari lontaran yang sebelumnya.

Ingat yang anda perlu ulangi atau duplicate balingan terdahulu dengan seberapa hampir yang boleh. Dalam kata lain, anda hendaklah menjadi mesin fotokopi yang baik. Perubahan cuma dibuat sekiranya balingan terdahulu kurang baik.

Teknik Bowling

5. Persediaan melibatkan banyak faktor fizikal dan mental. Antaranya, pastikan anda memilih bola yang sesuai dengan anda. Tidak terlalu berat atau ringan dan mempunyai grip yang selesa.

6. Gunakan juga kasut boling yang sesuai serta tidak licin atau kesat.

7. Tenangkan fikiran sebelum membuat balingan dan cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan sebelum balingan mahu dibuat. Berikan tumpuan dan pastikan semua yang anda bayangkan dilaksanakan dengan baik.

bowling stance

bowling approach

4 steps approach

8. Dalam permainan bowling, approach yang baik adalah AMAT PENTING sekali. Pastikan anda memilih approach yang sesuai dengan anda. Gunakan dots di hadapan sebagai panduan jika anda memilih approach yang pendek, manakala dots yang di belakang boleh dijadikan panduan jika anda memilih approach yang panjang. Four-Steps Approach sering digunakan oleh pemain boling, namun anda boleh memilih 3-Steps atau 5-Steps jika anda rasa lebih selesa. Kuncinya adalah kelancaran atau “smooth”.

9. Pergerakkan anda mesti “natural”, tak kira berapa steps atau langkah yang anda gunakan di lane bowling. Namun, anda harus juga ingat bahawa jika steps terlalu kurang, maka anda akan terpaksa membuat segalanya dengan cepat dan pantas. Manakala, terlalu banyak steps akan membuat timing anda jadi berserabut. Oleh itu, hati-hati dalam membuat pilihan.

10. Gunakan dots sebagai panduan. Timing hendaklah tepat dan smooth. Tangan hendaklah lurus ketika menghayun bola dan pergerakkanya seiring dengan pergerakkan kaki anda.

11. Antara yang penting adalah pergerakkan tangan kanan dan kaki kanan yang seringan dan sama jarak. Tangan adalah lurus dan biarkan ia bergerakan secara “natural” dan jangan paksa i.e, umpama “pendulum swing“

12. Buat follow through semasa melepaskan bola. Bawa rakan anda sebagai pemerhati jika perlu untuk memastikan anda melakukan sebagaimana yang sepatutnya. Selamat mencuba!

Sumber

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kongsi Bersama:

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • sollihin
    November 15, 2014

    Bertambah faham..

  • sohoque
    April 24, 2014

    waaahh amat bagus tips inkkk

    • TPK
      April 25, 2014

      memang bagus pun..terutama kepada meraka yang baru nak tahu mengenai bowling..sekadar berkongsi dari pengalaman yang ada..

  • ema
    April 24, 2014

    bulan depan ada tounament boling antara rakan sepejabat…dah lama tak main..memang banyak masuk longkang nya…anyway, thanks for sharing panduan bermain boling ni.

    • TPK
      April 25, 2014

      Sama-sama..sekadar berkongsi untuk panduan semua…

  • Denaihati
    April 23, 2014

    bagus panduan ni. kalau main kat tablet/pc biasa hentam je dulu….janji strike…heeee

    • TPK
      April 25, 2014

      Betul tu..kalo kt table/pc memang main hentam ja..heheh..