“Rahsia” menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja

Sehingga hari ini, kita diperkenalkan
dengan konsep super hero.

Setiap super hero pula memiliki super
power yang tersendiri.

Iron Man, Batman, The Hulk, Spiderman dan
sewaktu dengannya. Masing-masing memiliki
kehebatan yang tersendiri.

Sebagai usahawan, apakah super power yang
menjadi impian dan idaman sebagai permulaan?

===
Super power idaman usahawan.
===

Antaranya adalah kemampuan untuk:

1) Menjual apa sahaja.

2) Kepada sesiapa sahaja.

Mempunyai skil menjual (a.k.a skil mempengaruhi
orang) adalah skil yang paling bermakna dan
menguntungkan bisnes.

Bolehkah skil ini diperoleh?

Mungkin ya, apabila kita belajar dengan
orang yang betul.

==
Bagaimana mempengaruhi pelanggan buat apa
yang kita mahu.
==

Sebagai contoh, ini adalah perkongsian daripada
penulis buku terkenal iaitu Dale Carnegie menerusi
judul bukunya iaitu How to Win Friends and
Influence People:

1) Satu-satunya cara untuk kita mempengaruhi
seseorang adalah mengetahui apa yang benar-benar
mereka mahu.

2) Kemudian tunjukkan bagaimana mereka boleh
dapatkannya.

Pendekatan ini disokong oleh seorang jurujual
lagenda bernama Harry Browne.

Selain daripada mempunyai skil menjual dan
mempengaruhi orang, beliau juga mempunyai pendekatan
pelik apabila memilih salesman baru untuk dilatih.

Harry Browne akan melatih golongan introvert.

Iaitu golongan yang suka berdiam diri dan tidak
suka bercakap di khalayak ramai.

Kenapa?

Kerana beliau mempunyai sistem menjual yang
sangat berkesan.

Sehingga golongan introvert pun boleh pakai sistem
ini, walaupun mereka kurang berminat untuk
berkomunikasi secara bersemuka.

===
Sistem menjual produk gaya Harry Browne.
===

Harry Browne menjelaskan sedikit sebanyak tentang
pendekatan menjual yang beliau lakukan berkali-kali.

1) Proses membeli melibatkan motivasi dan
tenaga daripada pelanggan.

2) Kita tidak boleh mencipta motivasi dan paksa
pelanggan beli produk jika mereka tidak mahu.

3) Motivasi itu datang daripada diri pelanggan
sendiri.

4) Iaitu apabila mereka jelas dengan apa yang
mereka mahu, dan masalah apa yang mereka mahu
selesaikan.

5) Tugas kita adalah mengenal pasti apakah jenis
perkataan yang pelanggan gunakan, bagi menerangkan
apa yang mereka mahu.

6) Gunakan setiap perkataan itu dan beritahu pelanggan
bagaimana mereka boleh dapatkannya serta merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *