Loading

Rawatan Awal Kecederaan Buku Lali / Pergelangan Kaki

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemaafan

Entri kali ini berbeza sedikit dengan entri sebelum-sebelum ini. TPK akan kongsikan sedikit info mengenai rawatan awal kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Setiap orang pasti tidak lari dengan kecederaan. Tidak kira kecederaan apa sekali pun. Untuk kali ini, TPK akan tumpukan pada kecederaan buku lali / pergelangan kaki.

Kecedaraan ini biasanya mudah dialami kepada mereka yang gemar dengan aktiviti sukan. Ianya juga boleh juga dialami kepada mereka yang tidak juga terlibat dengan aktiviti sukan.

Bagaimana ianya boleh terjadi??

1. Kurang latihan hingga menyebabkan kecederaan mudah terjadi

2. Keadaan permukaan jalan yang tidak serata

3. Kecuaian kita semasa berjalan atau berlari.

Itu adalah antara punca yang biasa kita dengar mengenai kecederaan buku lali / pergelengan kaki

Jika dilihat dari aspek fisioterapi atau sains sukan punca kecederaan buku lali / pergelangan kaki adalah:

1. Kecederaan ligamen yang menyambung tulang antara satu sama lain

2. Kecederaan pada ligamen yang seterusnya membawa kepada bengkak, lebam dan koyak. Menjadikan sukar untuk menanggung berat badan pada sendi.

3. Kerosakkan atau bengkak pada tendon (penyambung otot ke tulang) atau rawan (kusyen sendi)

4. Jangkitan pada sendi buku lali / pergelangan kaki

Cara Rawatan:

1. Letakkan Ais

Apabila anda terkena kecederaan buku lali / pergelangan kaki, perkara pertama yang penting adalah meletakkan ais batu pada tempat yang cedera.

Ianya adalah berperanan untuk mengurangkan bengkak dan kebiasaannya pada tempat kecederaan akan berlaku banyak aktiviti peredaran darah.

Di ingatkan supaya tidak meletakkan minyak panas atau terus urut kaki.

Tempoh masa yang perlu dilakukan adalah selama 3 hari. Letak ais ini selama 10 – 15 minit dan kemudian rehatkan dulu tempat yang cedera. Kemudian letak semula ais tersebut sekerap yang mungkin.

2. Kurangkan Pergerakan

Kurangkan pergerakan dan beban pada tempat yang cedera. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan.

3. Membalut buku lali / pergelangan kaki

Membalut tempat yang cedera juga adalah merupakan salah satu rawatan awal yang perlu dilakukan. Ianya dapat membantu dalam mengurangkan pergerakan hingga mengakibatkan kecederaan semakin teruk.

4. Letakkan bantal di tempat cedera ketika duduk atau baring 

Ini adalah untuk memastikan kecederaan yang dialami dapat dipulihkan dengan cepat.

5. Dapat rawatan susulan di hospital

Setelah rawatan awal dilakukan dan ianya masih tidak berkurangan, mohon terus rujuk kepada hospital untuk mendapat rawatan susulan.

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit idea dan ilmu kepada anda semua.

Semoga berjumpa di masa akan datang

Wassalam

Kongsi Bersama:

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • Arief
    May 4, 2017

    Dia akan pulihke klu letak ais sbb saya bru kne ni

  • Amir
    November 15, 2016

    Terima kasih

  • syukur
    June 13, 2015

    Sepertinya jarang yang menggunakan es untuk perawatan kakai lebam, justru kebanyakan menggunakan minyak urut.

    • TPK
      September 13, 2015

      Tetapi penggunaan minyak urut sbnrnya boleh menyebabkan tempat yg sakit akan lbh memudaratkan..

  • Denaihati
    April 10, 2014

    letak minyak panas memang biasa kita buat, kalau terseliuh biasanya dapat rasa beberapa jam dapat rasa semakin baik.

    • TPK
      April 11, 2014

      Tapi sebenarnya tidak berapa elok sangat letak minyak panas..kalo nak letaka juga lepas 3 hari..sebelum tu kena letak ais batu dulu..