Tag Archives: Buat 5 langkah ini

Buat 5 langkah ini

216,048 graduan universiti
menganggur.

>> 3 daripada 5 graduan
universiti akan mengambil
masa lebih dari 6 bulan
untuk dapat kerja

>> 40% yang lain ambil masa
yang lebih lama untuk dapat
kerja.

Itu data. Perit membaca data
ini, tapi lebih perit lagi
pada graduan yang melaluinya.

Ambil blueprint ini;

[STEP 1]
Proaktif cari jawatan kosong
di;

– Agensi kerajaan. Ada lebih 241
agensi kerajaan seluruh negara
dan jawatan kosong ini tidak
dihebahkan. Anda kena cari
di agensi tersebut

[HINT* Google ‘agensi kerajaan’]

– Portal Jobsmalaysia. Ini adalah
inisiatif ‘Sistem Penjodohan Pekerjaan’
oleh kerajaan. Tapi gagal dimanfaatkan
oleh graduan..

– Portal kerja kosong yang
banyak seperti myStar dan lain
lain. Anda kena rajin cari

[STEP 2]

– Siapkan resume anda. Jangan
buat 1 resume dan print 15 copy!

– 1 resume untuk 1 jawatan di 1 syarikat

– Buat resume yang spesifik untuk
1 jawatan sahaja. Anda kena
tulis intro yang berbeza untuk
setiap resume. Khas dan spesifik

– Belajar buat resume di;

[+] http://resumekerja.com/

[STEP 3]

Doa dan tawakkal

[STEP 4]

Follow-up syarikat tersebut. Bercakap
dengan bahagian ‘sumber manusia (HR)’

[STEP 5]

Buat persediaan temuduga khusus
untuk jawatan itu. Studi mengenai
syarikat dan jawatan itu

—–

5 langkah ini nampak mudah. Tapi
cuba buat dengan sepenuh hati
dan anda akan tersenyum nanti.

Tim Infokerjaya dah bantu lebih
75,000 graduan dalam kerjaya
sejak tahun 2008 dan data-data
pengangguran ini menyedihkan
kami.

Jom bersungguh cari kerja. Kerja
kosong itu ada tapi menanti
orang yang tepat.

Siapkan diri anda. Guna flow
dan strategi yang betul.