Tips Kurangkan Gula Dalam Makanan dan Minuman

TPK tertarik dengan salah satu status rakan TPK di media sosial yang mana ingin mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

 

Dari situ, TPK berasa ingin share sedikit Tips Kurangkan Gula Dalam Makanan dan Minuman yang boleh diamalkan oleh kita semua.

Tips Kurangkan Gula Dalam Makanan dan Minuman yang TPK akan kongsikan ini adalah yang diamalkan oleh TPK sendiri.

 

Anda boleh amalkan dan lihat keputusannya kemudian ye:

1. Makan makanan yang dimasak dari rumah

Dalam kesibukan kerja harian sekarang ini ramai yang mengambil jalan mudah dengan membeli makanan dari luar. Perkara ini memang mudah, cepat dan menjimatkan masa tetapi hakikatnya kandungan gula dalam makanan tidak dapat dikawal.

 

Berbanding dengan makanan yang dimasak sendiri..kita boleh mengawal kandungan gula dalam makanan tersebut dan secara tidak langsung kita boleh mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan.

 

2. Kurangkan minum minuman bergula dan berkarbonat

Air bergula dan berkarbornat adalah pilihan utama yang biasa diambil rakyat Malaysia. Rasa yang sedap dan harga yang murah menyebabkan air-air seperti ini menjadi pilihan.

 

Kurangkan mengambil air-air bergula dan berkarbornat untuk mendapat keputusan yang lebih memberangsangkan.

“Tahukah anda bahawa air berkarbonat mempunyai 9 sudu gula dalam satu sajian”

 

3. Semak label sebelum membeli

Jarang sekali kita menyemak label apabila kita membeli sesuatu produk. Oleh itu, selepas ini TPK cadangkan agar anda menyemak label pada produk yang dibeli. Pastikan anda mengambil produk yang tidak tanda “tanpa gula tambahan” terutama produk minuman atau makanan segera yang dibeli.

 

4. Elakkan beli makanan dari luar

Ramai yang suka ambil jalan mudah dengan membeli makanan dari luar dengan kesibukan kerja dan tugas harian. Salah satu langkah yang boleh diambil untuk kurangkan gula dalam makanan dan minuman adalah dengan mengurangkan membeli makanan dan minuman dari luar kerana kita tidak tahu kuantiti gula yang digunakan dalam setiap sajian.

 

Ramai peniaga akan meletakkan lebih gula dalam makanan dan minuman untuk melazatkan makanan yang disajikan dan melariskan jualan mereka.

 

5. Pilih makanan yang lebih berkhasiat

Memilih makanan yang lebih berkhasiat boleh membantu anda untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan. Makanan berkhasiat yang TPK maksudkan adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain sangat membantu anda untuk mendapat tubuh badan yang lebih sihat.

 

Mengambil makanan yang sihat akan memberikan keputusan dan tubuh badan yang sangat berkualiti. Oleh itu, TPK harap Tips Kurangkan Gula Dalam Makanan dan Minuman yang dikongsikan akan membantu anda untuk merancang makanan yang sesuai untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *